Khamis, 23 April 2015

jemari

Bismilla..

Muasabah diri ku..Juga sebagai renungan bersama..

JEMARI..

Setiap kejadian tiada yang sia-sia.
Semuanya ada tabiatnya..
Sahabat..
Jari kelingking adalah mewakili 10tahun..
1 sehingga 10 tahun..
Zaman mengenal semua benda..
Di situ kita baru mengenal erti ukhuwah
Yang terjalin dalam siratulrahim.
Sahabat..
Jari manis juga mewakili 10tahun lagi.
10 sehingga 20 tahun..
Zaman itu ada manis dalam kehidupan.
Kerana kita sudah mengenal pertalian
Kita yang boleh sarung cincin kemanisan
Untuk bersiap sedia berumahtangga.
Sahabat..
Jari hantu juga mewakili 10tahun lagi..
20 sehingga 30 tahun.
Zaman ini kita baru membina sebuah kehidupan..
Punya pasangan masing-masing ..
Tapi harus juga beringat..
Syaitan dan hantu-hantu sentiasa cuba
Mengagalkan usaha kita..
Sahabat..
Jari telunjuk juga mewakili 10tahun lagi..
40 sehingga 50tahun..
Zaman ini kita sudah boleh berbangga
Dengan pencapaian kita.
Didik lah anak-anak-anak kita.
Di jalan-jalan Allah..
Namun janganlah suka menunjuk kesalahan
orang..
Sedangkan salah sendiri kita tak perasan.
Usia ini ..
Usia seharusnya berubah..
Kerana di usia ini kita adalah seorang pemimpin..
Pada keluarga..
Sahabat..
Jiran..
Muslimin muslimat..
Ibu jari juga mewakili 10tahun lagi..
50 sehingga 60 tahun..
Zaman ini umpama zaman rujukan..
Rujuk lah pada orang tua setiap keputusan.
Semoga berkat dunia dan Akhirat..
Macam cop ibu jari yang harus di dulukan..
Kerana ia lambang matang dalam kedewasaan..
Kata orang tua harus di dengar..
Mereka macam isyarat bagus..
Kalau tak bagus mereka cakap tak bagus..
Sahabat.
Bila ke dua tangan..
Antara kiri dan kanan di rapatkan..
Ia menjadikan 10jemari..
60 tahun sehingga seterus..
Sisa kehidupan yang ada..
Zaman ini umpama usia umat baginda
Hidup dan mati ketentuan Iilahi..
Tapi zaman ini..
merapatkan lah
Kedua tangan ke hadrat yang maha Esa.
Allah yang Esa..
Semuga kita ada bersama sama.
Dalam pengakhiran..

Sangku Riang♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan