Ahad, 19 April 2015

rohani

Ada perbezaan yg ketara antara org2 rohani dgn org2 kerohanian. Org2 rohani ialah org2 yg sentiasa mujadah ke atas nafsu, berusaha membuang segala sifat mazmumah(tercela) dlm diri dan menggantikan/memasukkan sifat mahmudah(terpuji) ke dlm diri.

Ibadah mereka tidaklah terlalu byk ttp tidak juga terlalu sedikit. Ttp sgt konsisten atau istiqamah.Kemudiannya hasil akhir drpd  mujahadah itu mereka memperolehi sifat ikhsan dan ikhlas. Mereka memperolehi pelbagai perkara2 luar biasa atau di luar logik ttp tidak mengubah apa2 sifat hati mereka. Pujian dan cacian drpd org kpd mereka tidak memberi kesan kpd hati dan perasaan mereka. Sama shj. Rasa berTuhan makin 'menajam' dan rasa hamba makin 'mendalam' di dlm diri.

Berbeza pula dgn org2 kerohanian. Mereka tidaklah mujahadah secara bersungguh2 ke atas nafsu. Ttp amal ibadah mereka sgt byk. Agak konsisten ttp kadang2 tidak. Hasil akhir drpd mujahadah itu mereka memperolehi sifat yg sama shj spt sebelum mujahadah.Mereka juga memperolehi byk perkara2 luar biasa atau di luar logik akal. Ttp keistimewaan yg mereka perolehi menyebabkan mereka riak dan rasa diri hebat. Mereka lupa yg keistimewaan yg mereka dpt adalah secara istidraj(kemurkaan Allah) bukan melalui kasih syg Allah. Pujian drpd org mendatangkan rasa bangga. Sedangkan cacian manusia mendatang rasa derita dan kecewa. Rasa berTuhan makin 'menumpul' dan rasa hamba makin 'menipis' di dlm diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan