Tip GST #1 : Akaun Kewangan Peribadi
Sebelum anda mencari pendapatan baru, apa kata anda cek dahulu akaun kewangan peribadi anda. Cuba teliti perbelanjaan-perbelanjaan bulanan anda sebelum ini, kemudian bandingkannya dengan anggaran perbelanjaan yang bakal dikenakan GST. Adakah berlaku peningkatan kos? Bagaimana pula dengan pendapatan bulanan apatah lagi jika anda bergaji tetap, adakah ia masih mampu menampung peningkatan kos ini?
Jika tidak, mulalah anda memotong kos-kos yang tidak memberi manfaat diri seperti kos perbelanjaan hiburan. Sebelum anda sibuk menjaga kewangan negara, lebih baik anda sibuk uruskan kewangan keluarga terdahulu.
Tip GST #2 : Jangan Bakar Duit
Ini isu yang paling sensitif, kalau cakap ni mesti confirm ada yang marah. Hentikan aktiviti-aktiviti bakar duit, dalam bahasa lain beli rokok, apatah lagi jika ia merosakkan kesihatan. Kos bagi merawat kesihatan bukanlah murah. Saya pernah terbaca satu papan tanda di Jakarta yang bertulis “Jika anda miskin, anda jangan jatuh sakit sebab kos merawat kesihatan itu tidak murah."
Anda faham ker tak faham apa yang diperkatakan oleh papan tanda itu? Tak kisahlah anda tuan kepada medical card takaful atau tidak, sebab bila dah sakit teruk nanti anda akan tetap tafakur walau ada takaful.
Tip GST #3 : Buat Perbandingan
Jangan berbelanja 'memkhinzir' buta. Rajinkan sikit diri itu, pilih di mana tempat hendak berbelanja dan bandingkan harga dengan kedai lain. Pilih dan beli barang harga yang paling menjimatkan kos. Berhati-hati dengan peniaga yang tamak, ini kerana terdapat peniaga yang sesuka hati menaikkan harga barang atau servis tanpa mempunyai pendaftaran cukai GST yang sah. Jika jumpa peniaga macam ni, jangan bagi peluang, pergi lakukan report ke pihak berkuasa berkenaan peniaga itu. Bak kata pepatah orang Melaka, “memang hawau peniaga ni”.
Tip GST #4 : Memasak
Siapa yang rajin ke dapur sahaja faham bahawa makan di rumah lebih murah kosnya dari makan di kedai. Sepatutnya, makan di rumah lebih kos efektif dan sihat kecuali anda penggemar makan mee segera yang akan memutuskan urat perut serta gugurkan rambut. Alang-alang dah memasak, lebih baik jadikan ia bekal ke tempat kerja atau sekolah.
Tip GST #5 : Pengangkutan
Masih ingat lagi satu ketika dulu, TV ada mengeluarkan iklan “Jom berkongsi kereta." Mungkin jika iklan ini dikeluarkan pada hari ini, pasti ramai yang akan mengikutnya. Kira kos perbelanjaan pengangkutan bulanan anda, jika anda memandu kereta sendiri dan rasa kosnya terlalu mahal maka ajak rakan sepejabat join naik satu kereta dengan anda. Pakat-pakat dengan rakan, kongsi kos petrol kereta. Kalau anda tidak mempunyai rakan, belajarlah pergi ke tempat kerja dengan menaiki pengangkutan awam.
Tip GST #6 : Jangan Tambah Hutang
Sudah-sudahlah dengan perangai lagak berbarang baru seperti berhutang duit membeli kereta baru sekadar untuk ditayangkan orang sekeliling. Jangan tambah hutang yang tidak mendatangkan hasil.
Tip GST #7 : Tambah Ilmu
Belajar membina kewangan. Bersedia untuk laburkan sedikit wang dalam pencarian ilmu yang boleh meningkatkan pendapatan bulanan anda. Anda boleh dapatkan ilmu ini menerusi bahan bacaan seperti buku, majalah, internet dan media sosial. Jika ada pulus lebih, cuba lapangkan masa untuk hadiri seminar-seminar dari mentor yang berjaya. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja anda mampu menangani GST.
Tip GST #8 : Jom Berniaga
Bermulalah berniaga dengan modal yang rendah, nak lagi best belajar niaga tanpa modal. Berniaga itu mudah. Ramai anak didik saya berniaga secara online atau menjadi ejen dapat hasilkan pendapatan RM20,000 hingga RM50,000 sebulan.
Tip GST #9 : Tingkatkan Sedekah
Sedekah memilik kuasa dan impak yang besar terhadap kehidupan. Melaluinya, Allah SWT mampu datangkan anda rezeki tidak disangka melalui cara aturanNya yang cukup luarbiasa. Dengan bersedekah juga, Allah SWT akan lapangkan setiap rezeki kita. Lagi banyak anda bersedekah, Insya Allah lagi banyak anda akan menerimanya kemudian.
Tip GST #10 : Tingkatkan Pergantungan Kepada Allah SWT
Dari kesemua tip-tip diatas, tip terakhir inilah yang paling penting dan utama yang wajib anda lakukan. Tingkatkan lagi pergantungan diri kepada Allah SWT. Percaya di setiap kesusahan yang diterima pasti ada kesenangan yang menjelma. Tidak akan bergerak satu zarah pun jika Allah SWT tidak mengizinkannya.
GST bukanlah punca sebenar masalah kewangan kita, diri kita sendiri merupakan punca utama kenapa wujudnya masalah kewangan diri dan keluarga. Uruskan kewangan dengan cara yang terbaik bagi mencipta kebebasan dari masalah kewangan di masa hadapan.
Bagi anda yang ingin pelajari Live bersama saya bagaimana anda boleh merubah hidup dan tahap kewangan anda, daftar dan hadir ke Seminar Hidup Luar Biasa. Saya akan berkongsi dengan anda ilmu dan pengalaman saya sendiri bagaimana saya merubah hidup saya menjadi luar biasa hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan