Isnin, 6 April 2015

stesen keretapi

Fakta Pelik Tapi Benar: Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji

Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji.Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik, tapi itulah kebenarannya.

Tetapi adakah ia satu kebetulan atau ada rahsia tersirat di akhir zaman di bumi Malaysia ini. Hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan