Sabtu, 25 April 2015

sayyid badruddin

Sollu Alan Nabiy.
Nk kongsi satu kisah tentang dakwah Kasih Sayang dalam elemen M, iaitu kasih sayang Nabi Muhammad s.a.w...

Kisah Dakwah Ulama Kepada Pelacur
Seorang ulama besar hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya. Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.
“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar. Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?”
tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.
Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami, moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.
Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan, adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”
“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”, jawab murid tersebut dengan bersemangat.
“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”, seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.
“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”, jawab Tuan Guru dengan tenang.
Keadaan menjadi bingit, masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.
“Aku sudah menjangka bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.” Tuan Guru menjawab dengan tenang.
Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut. Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.
“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku (nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala”, Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya itu.
Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini. Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan. Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.
Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.
“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu, saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian. Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala”.
Terkejut para pelacur itu apabila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara’ tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka. Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar dari kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.
Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.
Keesokkan paginya, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di masjid Tuan Guru. Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.
Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.
Ini merupakah karamah yang Allah Ta’ala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.
Tuan Guru yang dimaksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddits al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani Rahimahullahu Ta’ala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah. Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka. Beliau mula mengarang kitab ketika umurnya belum pun sampai 20 tahun. Marilah kita jadikan kisah dakwah ini sebagai ibrah kepada kita. Wallahu a’lam.
Al Fatihah..
al-Alim al-Allamah Muhaddits al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani Rahimahullahu Ta’ala. (1850-1935)

Jumaat, 24 April 2015

alvin tan

SALIB GEREJA TAMAN MEDAN, AZAN VERSI ALVIN, ISLAM DICABAR ATAU MENCABAR?

Tahun 2009 penduduk melayu Seksyen 23 Shah Alam berarak membawa kepala lembu membantah pembinaan kuil. 2015 Salib gereja Taman Medan diturunkan.

Sejujurnya tindakan di atas langsung tidak berkaitan dengan agama Islam, ia hanya bermotifkan PERKAUMAN.

Bukti bahawa Islam tidak berkaitan dengan kes penghinaan itu, telah dijelaskan SEJELAS-JELASNYA di dalam Al-Quran iaitu kitab suci Islam.

Surah Al-An'aam ayat 108:
"Dan janganlah kamu cerca (apa) yang mereka sembah selain daripada Allah, nanti mereka mencerca Allah pula tanpa ilmu pengetahuan."

Jelaslah bahawa tindakan penduduk melayu yang menghina Hindu dan Kristian itu bertentangan dengan isi AlQuran, mereka bertindak menurut hawa nafsu dan perkara ini cuma lah SENSITIVITI KAUM. Tidak bersangkut paut dengan AGAMA ISLAM.

Bolehkah Islam menindas agama lain di Negara ini?

Merujuk pada Al Quran, jawapannya TIDAK!

At-Taubah 6: "Dan jika diantara orang musyrik (tidak beriman kepada Allah) meminta pertolongan, hendaklah kamu lindungi dia."
Al-Anfaal 61: "Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, hendaklah kamu cenderung juga."

Al-Quran menyuruh umat Islam untuk melindungi dan memberi kedamaian kepada penganut agama lain. Tetapi adakah rakyat Malaysia mematuhi arahan Al-Quran? Tidak! Hanya segelintir sahaja yang benar2 mengikut ajaran Al-Quran.

Sekali lagi, ditekankan bahawa kejadian yang terjadi baru2 ini semuanya langsung tidak berkaitan dengan Agama Islam.

ALVIN TAN MELAUNGKAN AZAN VERSI R&B.

Alvin Tan yang merakamkan Azan versi R&B sambil bermain piano berkata azan itu ditujukan untuk umat Islam di 'MALAYSIA'.

Kenapa hanya Malaysia tetapi bukan kepada umat Islam seluruh dunia?

Tidak lain, ini juga bersifat PERKAUMAN.

Rata-rata kaum Melayu beranggapan bahawa Islam itu Melayu. Buktinya rakyat Sarawak dan Sabah yang beragama Islam akan dianggap sebagai MELAYU.

Tetapi mereka lupa, Nabi Muhammad saw bukannya Melayu, dia seorang Arab berkulit putih. Orang yang pertama melaungkan Azan ialah Bilal bin Rabah seorang yang berbangsa kulit hitam (negro). DI DALAM ISLAM TIDAK WUJUD PERKAUMAN!

Kembali kepada kes Alvin melaungkan azan versi R&B, Umat Islam Malaysia mengamuk.

Ini lah yang dikatakan "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak".

Adakah umat Islam boleh menyalahkan Alvin? Lihat pada umat Islam Malaysia sendiri, mereka sibuk bersiul2 dan menyanyikan lagu dari band Indonesia (Wali Band) yang mengubah suai bacaan Al-Quran kepada versi dangdut Indonesia.

Lirik lagu itu dipetik dari Surah AL-Baqarah ayat 201: "Rabbanaa aatinaa fiddun yaa hasanah, wafil aakhirati hasanah waqina 'azaaba nnar."

Ayat Al-Quran ialah KATA-KATA TUHAN, wajib dibaca dengan cara yang betul!  Diam dan menghayati maksudnya. Bukannya dibaca sambil disiul2, terlonjak2 menari2.

Al-A'raf 204: "Dan apabila dibacakan Al-Quran maka hendaklah kamu semua mendengarnya dan diam, mudah-mudahan kamu beroleh rahmat".

Adakah mereka menentang lagu ini? Tidak, kerana ahli band ini termasuk dalam Rumpun Melayu Nusantara.

Dalam kenyataan Alvin di media sosial, dia mempertahankan dirinya dengan berkata, "saya bukannya pengganas."

Negara Malaysia yang kononnya di bawah kekuasaan Islam, tetapi membenarkan penjualan arak, judi, rancangan2 TV berunsur gangster, sex, dadah,  akibatnya rakyat terpengaruh dan wujudnya rempit, gangster, penagih dadah, sex bebas, rogol, bunuh dan senarainya berterusan tidak terputus.

Kebanyakannya dilakukan orang yang mengaku 'ISLAM'. Tidak mustahil kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku Islam ini sebenarnya Musuh Allah dan Rasulnya. Buktinya:

Al-Baqarah:278-279 : "Wahai orang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah swt dan tinggalkanlah saki baki riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan Rasul-Nya."

Negara kita yang kononnya Islam tetapi mengamalkan 'sitem riba'. Berapa ramai rakyat kita yang kononnya Islam,  tanpa segan silu membuat pinjaman, memberi pinjaman, mencari wang tanpa mempedulikan halal haramnya?. Bukankah mereka dengan lantang telah mengisytiharkan perang dengan Allah dan Rasul?

Jika umat Islam sendiri menentang Allah, Rasul dan Al-Quran, mereka sendiri memijak2 agama Islam, apakah rasionalnya disebalik amukan mereka terhadap orang bukan Islam yang terang-terang tidak tahu menahu hukum Islam?

Ketika ayat Al-Quran diubah menjadi lagu berirama mirip dangdut, rakyat Malaysia turut menyanyi bersama.

Ketika Azan dikumandangkan, masjid2 dan surau dibiarkan kosong. (perkara yang amat dibenci Nabi Muhammad saw)

Tetapi apabila seorang rakyat Malaysia berbangsa Cina mengubah suai Azan kepada irama R&B, serta merta dia dikecam dan diugut.

Jelaslah, tindakan mereka menentang agama lain bukan kerana Allah, tetapi semata2 kerana SENSITIVITI PERKAUMAN. Tidak ada Allah di dalam hati mereka. Hukum Allah mereka pijak dan hina.

Sekarang ini Alvin telah melarikan diri ke Amerika, mungkin ini sesuatu yang baik. Jika kita lihat statistik perkembangan Islam di negara Barat, ianya sangat memberangsangkan. Rakyat Amerika yang memeluk Islam bertambah dengan teramat pantas.

Ini disebabkan umat Islam di sana mengamalkan ajaran Al-Quran dengan bersungguh-suungguh dan mereka melakukan dakwah tanpa mengenal erti putus asa.
Semasa Alvin merakamkan azan, dia telah mengucap kalimah syahadah, iaitu pengakuan melalui lidah, apa yang dia perlukan sekarang ialah pengakuan melalui hati.
Semoga dia akan bertemu dengan orang Amerika Islam sejati dan menerangkan kepadanya maksud Islam yang sebenar.

Kepada umat Islam Malaysia. Jika anda benar-benar sayangkan Islam, perbaiki diri kita sendiri, kemudian mulakan dakwah anda, bersihkan nama ISLAM, hapuskan PERKAUMAN!

(Forward kepada pembaca Islam dan bukan Islam sangat digalakkan

fat to ntfs

ni limitation dalam windows 7. dulu aku pakai windows 7 ada masalah sama gak, sekarang pakai windows 8 dah takde masalah. ni aku copy-pastekan:

By default, Windows provides the option to format a USB flash drive with FAT or FAT32 file systems only, but not with  NTFS (New TechnologyFile System.)
The reason behind this is that there are some disadvantages of NTFS usage in this case. First of all, the speed of saving on the flash drive decreases (but the speed of reading data from the drive is the same), and you have to be more careful to always remove the USB flash drive safely.
However, you can still format the Flash Drive in the NTFS format. Follow these steps for the same.

1.      Insert the USB flash drive into the USB port.
2.      Click Start, type devmgmt.msc in the Search textbox and press  Enter.
3.      Find Disk Drives and expand it.
4.      Find the USB flash drive you want to format, and double-click it. It opens the  Properties dialog box.
5.      Click Policies tab.
6.      By default, the  Optimize for quick removal option selected, switch it to Optimize for performance and then pressOK.
7.      Now open  Computer. Right click on the USB Flash Drive and select Format. The Format dialog box now appears.
8.      Select NTFS in the File System field.
9.      Press Start and wait while the process will be completed.
10.   Now your USB Flash Drive is formatted with NTFS format.

Khamis, 23 April 2015

jemari

Bismilla..

Muasabah diri ku..Juga sebagai renungan bersama..

JEMARI..

Setiap kejadian tiada yang sia-sia.
Semuanya ada tabiatnya..
Sahabat..
Jari kelingking adalah mewakili 10tahun..
1 sehingga 10 tahun..
Zaman mengenal semua benda..
Di situ kita baru mengenal erti ukhuwah
Yang terjalin dalam siratulrahim.
Sahabat..
Jari manis juga mewakili 10tahun lagi.
10 sehingga 20 tahun..
Zaman itu ada manis dalam kehidupan.
Kerana kita sudah mengenal pertalian
Kita yang boleh sarung cincin kemanisan
Untuk bersiap sedia berumahtangga.
Sahabat..
Jari hantu juga mewakili 10tahun lagi..
20 sehingga 30 tahun.
Zaman ini kita baru membina sebuah kehidupan..
Punya pasangan masing-masing ..
Tapi harus juga beringat..
Syaitan dan hantu-hantu sentiasa cuba
Mengagalkan usaha kita..
Sahabat..
Jari telunjuk juga mewakili 10tahun lagi..
40 sehingga 50tahun..
Zaman ini kita sudah boleh berbangga
Dengan pencapaian kita.
Didik lah anak-anak-anak kita.
Di jalan-jalan Allah..
Namun janganlah suka menunjuk kesalahan
orang..
Sedangkan salah sendiri kita tak perasan.
Usia ini ..
Usia seharusnya berubah..
Kerana di usia ini kita adalah seorang pemimpin..
Pada keluarga..
Sahabat..
Jiran..
Muslimin muslimat..
Ibu jari juga mewakili 10tahun lagi..
50 sehingga 60 tahun..
Zaman ini umpama zaman rujukan..
Rujuk lah pada orang tua setiap keputusan.
Semoga berkat dunia dan Akhirat..
Macam cop ibu jari yang harus di dulukan..
Kerana ia lambang matang dalam kedewasaan..
Kata orang tua harus di dengar..
Mereka macam isyarat bagus..
Kalau tak bagus mereka cakap tak bagus..
Sahabat.
Bila ke dua tangan..
Antara kiri dan kanan di rapatkan..
Ia menjadikan 10jemari..
60 tahun sehingga seterus..
Sisa kehidupan yang ada..
Zaman ini umpama usia umat baginda
Hidup dan mati ketentuan Iilahi..
Tapi zaman ini..
merapatkan lah
Kedua tangan ke hadrat yang maha Esa.
Allah yang Esa..
Semuga kita ada bersama sama.
Dalam pengakhiran..

Sangku Riang♥

Rabu, 22 April 2015

suami janda

Kelebihan Kahwin Suami Orang.
Labels: Masyarakat, Tahukah Anda?
Adakah  anda  sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumah tangga anda?, jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami.
Seorang   kawan   yang   bekerja   di  kementerian  pelajaran  menceritakan
pengalamannya  berurusan  dengan  para  janda  yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.
Walaupun  ada  teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang.
Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:
   1.    Suami   orang   biasanya  penyabar  dan  menilai  tinggi  institusi
      kekeluargaan.  Mereka  tidak  mudah  melafazkan  kata  cerai dan cuba
      mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.
   2.    Suami  orang  makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang
      yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk
      isteri kedua menjaganya.
   3.    Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab
      batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.
   4.    Suami  orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita
      kahwin  duda,  dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi
      jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.
   5.    Suami  orang  lebih  baik  dari teruna, kerana suami orang tak perlu
      senantiasa  tinggal  dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada
      rumah  lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa
      tinggal  bersama  janda  yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa
      tidak selesa dan lemas melayan teruna.
   6.    Suami  orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi
      bolehlah tumpang rezekinya.
   7.   Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.
   8.    Suami  orang  biasanya  tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak
      perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.
   9.    Suami  orang  biasanya  susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh
      isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah
      barang  yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di
      negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

Banyak  lagi  kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin  anda  sebenarnya  berada  dalam kerugian yang besar kerana tidak
menjadi   pilihan   wanita.  Jadi  pastikan  anda  segera  berkahwin  untuk
mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.
Jadilah  suami  orang  yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah  dalam  perkahwinan  biar  kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung  jawab  anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan  sabar.  nescaya  anda
 bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.
     