Ahad, 17 Mei 2015

izzat

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, yang sebelum ini lantang mendesak Putrajaya memansuhkan sistem peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), tidak diraikan pada sambutan Hari Guru semalam, 16 Mei.
Tetapi, bekas guru Pendidikan Seni Visual yang menerima surat tamat perkhidmatan hujung Mac lalu itu tidak kecewa walaupun kelemahan yang dikenalpastinya dalam sistem itu diakui kementerian dan diperbaiki.
Beliau sebaliknya masih mampu tersenyum kerana usahanya mentransformasikan sistem pendidikan negara berhasil.
Pemecatannya bukan pengakhiran baginya yang mengakui tidak sesekali berpatah semangat, malah akan terus menjadi pejuang dan pemerhati kepada guru dan sistem pendidikan negara.
“Bila saya dihentikan memang agak tergugat untuk teruskan perjuangan itu. Bila kita bukan cikgu, kita tidak menjiwai. Tetapi saya cuba guna 3 tahun pengalaman mengajar untuk menjiwainya.
“Langkah saya baru bermula. Dahulu sebagai latihan kendiri melihat ketahanan mental sama ada saya boleh bergerak atau tidak.
“Dalam hati saya sedih itu tidak ada. Saya cuba adakan, tetapi tidak sampai. Isteri saya pun masih boleh ketawa, katanya tidak ada rezeki. Mungkin rezeki di tempat lain,” katanya.
Izzat, 29, diberhentikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 31 Mac lalu walaupun hanya dimaklumkan mengenai perkara itu 3 minggu selepas tarikh surat berkenaan.
Bekas guru di SMK Damak, Jerantut itu juga sebelum itu ditukarkan ke SMK Triang, Bera dan terpaksa berulang alik lebih 200km setiap hari ekoran lantang menentang PBS.
“Saya diberhentikan atas sebab tatatertib dengan 4 pertuduhan. Pertama, bersama dengan pembangkang semasa himpunan 22 Februari 2014 di Masjid Bangi sedangkan himpunan itu anjuran saya.
“Kedua kerana saya pentadbir utama laman (Facebook) ‘Kami Mahu PBS Dimansuhkan’ dan menggunakan gambar profil zaman kegelapan pendidikan Malaysia," katanya dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider.
Sebab ketiga, katanya, ialah kerana beliau tidak hadir ke sekolah 2hari sebelum himpunan 22 Februari tersebut.
"Saya pun pelik. Sebab itu saya boleh kena buang?" soalnya.
Sebab keempat, katanya, ialah kerana beliau hadir ke sekolah tetapi tidak merekodkan waktu baliknya pada 8 kejadian.
"Saya tidak pernah dipanggil pengetua sebab tidak hadir, tidak pernah dikaunseling, diberi amaran kedua, ketiga. Tidak pernah,” katanya.
Izzat berkata, KPM seharusnya mengenakan tindakan penggantungan sebelum memecatnya sebagai seorang guru kerana terdapat 12 atau 13 tahap bagi penjawat awam sebelum dibuang kerja.
“Mereka ada beri surat bela diri tiga minggu sebelum itu. Bila saya tanya pendapat kawan-kawan, mereka minta saya mengaku salah dan mohon dipertimbang agar tidak dibuang kerja.
“Ada beberapa guru beritahu, kalau sampai tahap hendak kena buang, mereka patut panggil dan kita bersemuka dengan pegawai, selepas itu baru jatuhkan hukuman. Menggunakan surat agak pelik sikit,” katanya.
Beliau berkata, kehidupannya semakin terganggu selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada Disember 2013 untuk berbincang mengenai PBS.
Katanya, walaupun Idris berjanji tidak mengambil tindakan selepas pertemuan itu, namun pelbagai lapisan pegawai KPM datang menyiasatnya di sekolah.
Bermula Januari 2014, katanya, beliau ditekan pegawai daripada 5 tahap iaitu Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, KPM, nazir negeri dan nazir kebangsaan.
“Mereka ini datang dengan alasan nak menyiasat dalam tempoh sebulan. Sekali datang 5 atau 6 orang. Mereka bertanya mengapa saya menentang PBS. Kita tak menentang, kita kata PBS itu bermasalah.
“Itu punca utama saya buat himpunan di Masjid Bangi pada 22 Februari itu, yang sepatutnya di KPM,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Izzat berkata, walaupun ditukarkan sekolah dan kemudiannya diberhentikan perkhidmatan, namun semangatnya tidak pernah goyah dan menganggapnya sebagai satu ujian.
Katanya, sebagai seorang pejuang, beliau tetap gagah berdepan segala cabaran dan apa yang berlaku akan dijadikan sebagai pengajaran.
“Perlu berlapik apabila bercakap dengan pegawai lebih tinggi walaupun ada salah. Kita tidak perlu mengaibkannya dengan orang atasannya," katanya.
Izzat mengakui, pada 24 Disember tahun lepas beliau memberi soalan yang seolah-olah ingin berbahas dengan pegawai Idris.
"Ia memalukan mereka depan menteri, sampai mereka tidak boleh jawab soalan saya.
“Bahasa kasarnya, saya menampakkan kebodohan mereka dengan ketara. Di situ kesilapan saya,” katanya.
Bapa yang baru menimang cahaya mata kedua ini berharap, masa yang terluang dapat dihabiskan bersama isteri dan anak-anak selain memulakan perniagaan yang sudah lama ditinggalkannya.
Beliau kini bersama sebuah badan bukan kerajaan yang baru ditubuhkan, Kelab Intelek Pendidikan Malaysia (KIPM), yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Disember tahun lalu.
Beliau berhasrat menjadikan badan itu wadah perjuangan membela nasib guru di Malaysia.
“Sebelum jadi guru, saya ada perniagaan sendiri, dalam bidang reka bentuk dan percetakan secara atas talian. Cetak majalah sekolah, laporan tahunan dan lain-lain.
“Kemudian bila jadi cikgu, saya tinggalkan dan sekarang nak aktifkan balik. Ia akan memakan sedikit masa,” katanya.
Ditanya harapan sempena sambutan Hari Guru, Izzat berkata beliau mengharapkan agar tugas pengkeranian guru dapat dikurangkan.
Katanya, perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah juga perlu dipertingkatkan bagi meringankan tugas pengajaran dan pembelajaran.
“Tidak kira guru yang menyokong kerajaan atau tidak, mereka nak benda yang sama, iaitu pendidikan yang terbaik dari segi pengurusan pendidikan.
"Dan, kerja pengkeranian yang membebankan dikurangkan. Orang kata, hilang nikmat jadi guru ini kerana kerja-kerja pengkeranian.
"Ambil kehadiran murid, tanya yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bukankah itu kerja yang sia-sia," katanya.
Izzat juga melahirkan harapan agar nisbah murid dengan guru dipastikan mengikut kemampuan Malaysia.
"Pada tahap 1:20, dah memadai setiap kelas. Perbanyakkan lagi guru,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.
Katanya, beliau tidak sesekali menyimpan dendam kepada kerajaan mahupun KPM, namun berharap masa depan guru akan dapat dibela.
Katanya, meskipun tidak lagi bergelar guru, namun jiwanya sebagai seorang pendidik tidak pernah luntur dalam membawa isu semasa pendidikan negara.
“Masa saya jadi cikgu dulu, kekangan saya pada masa sahaja. Peraturan saya langgar, selagi tidak salah. Saya cuma kalah pada batasan masa, yang lain okay.
"KPM ini hendak berikan rasa takut yang diwujudkan sejak dulu lagi," katanya. 
“Dendam pun tidak dapat apa, tetapi jadi pembakar semangat seolah-olah mereka ini dah jolok sarang tebuan. Mereka buat kesilapan besar.
“Tidak marah tetapi kecewa dengan sikap sama-sama Melayu sebab kita bercakap benda betul. Tidak sokong saya tidak mengapa, tetapi sokonglah cikgu-cikgu lain,” katanya mengakhiri pertemuan bersama The Malaysian Insider. – 17 Mei, 2015.

sentap

Tadi saya solat di Petronas Sri Gombak. Sebelum solat, dalam surau tu ada dua orang lelaki berbual. Seorangnya tua, seorang lagi muda. Selesai saya ambil wuduk, lelaki muda tu berlalu dan yang lelaki tua tu maseh duduk sambil memegang plastik yang penuh dengan pakaian.
Saya terdengar sedikit perbualan akhir mereka. Kata lelaki muda,
"Di Baitul Mal Sungai Buloh, ada kerja kosong. Pergilah."
Saya dalam hati, mungkin lelaki tua ni nak minta zakat agaknya. Kemudian mungkin lelaki muda tu suruh orang tua tu cari kerja.
Lepas solat, saya terdengar dia berbual dengan Arif. Orang tua tu tanya,
"Dik, tempat adik kerja, ada kosong tak?"
Arif jawab, "Saya belajar lagi, Pak Cik.. Maaf sangat ya."
"Oh yeke..." sedih kedengaran orang tua mendengar jawapan itu.
Selepas berdoa, saya terus paling ke belakang, dan bersalam dengan orang tua itu.
"Pak cik cari kerja ke?"
"Haah.. Pak cik dah lama cari kerja..."
Walaupun nadanya sedih, namun senyumannya begitu manis sekali. Saya tidak menyangka orang sebegitu pun, mempunyai masalah kerja.
"Dah berapa lama pak cik cari? "tanya saya.
" Dah 15 hari.. Di Gombak ini saja pak cik cari dekat 15 hari. "
Saya amat terkejut. Mustahil Gombak yang semaju ini, mempunyai banyak kedai, tidak punyai kerja kosong.
"Pak cik dah minta kerja pemandu lori, pembasuh pinggan kat kedai, jaga kedai, cleaner, semuanya tak dapat."
Saya lebih terkejut.
" Eh, kenapa tak dapat, pak cik? Takkan tak dapat? Kerja cleaner pun tak dapat?"
Dengan senyuman, tetapi matanya berair, dia menceritakan,
"Kebanyakan kedai dah tak mahu orang Melayu jadi pekerja. Mereka lebih sukakan pekerja Indonesia dan Bangladesh."
Saya berkerut. Hati saya tiba-tiba terasa bahang.
"Pak cik melutut untok bekerja di kedai makan, tapi mereka tak mahu pak cik. Mereka mahu pekerja yang ada agensi. Yang ada agensi pula, semuanya warga Indonesia, Nepal dan Bangladesh.
Pak cik dah tua, dik. Umur pak cik 52 tahun. Pak cik dah tak ada keluarga lagi. Pak cik dapat kerja jadi pengawal keselamatan pun, tak kisahlah. Tapi pak cik ada penyakit jantung. Bila pak cik ke agensi pengawal keselamatan, mereka tak mahu orang tua yang ada pengakit.
Pak cik minta kerja di McDonald's dan KFC. Mereka tak mahu pekerja umur atas 35 tahun. Mereka nak yang muda. Pekerja cleaner pun, diorang nak yang Indonesia atau Nepal sahaja.
Pak cik cuba minta di McDonald's bawah tu. Supervisor dia tanya, pak cik ni orang Malaysia ke, orang Indonesia. Pak cik kata pak cik orang Malaysia. Lepas tu dia terus menolak. Katanya, dia mahukan pekerja Indonésia.
Pak cik ke kedai runcit. Mereka tak mahu pekerja yang berpenyakit dan tua. Pak cik nak kerja basuh pinggan saja. Tapi hampir semua sudah dipenuhi dengan pekerja Indonesia dan Bangladesh. "
Saya amat berang sekali. Tergamak bangsa kita membiarkan saudaranya terkapai-kapai,sedangkan bangsa lain pula yang mendapat kesenangan! Celaka!
" Pak cik tak nak kerja di stesen minyak kah? Boleh minta di Petronas sini." Tanya saya.
"Inilah peluang terakhir pak cik. Kalau tak dapat juga, pak cik akan ke Sungai Buloh esok pagi naik bas."
Saya menggeleng.
"Pak cik tidur di mana? Sudah makan kah?"
"Pak cik tidur di masjid sahaja. Pak cik tak ada rumah. Pak cik ada RM2.00 sahaja. Pak cik tak makan lagi. Pagi tadi nasib baik ada orang belanja roti canai. "
Dia keluarkan satu note RM1.00 dan beberapa duit syiling.
Nak menangis saya melihat keadaan itu. Patutlah di tangannya ada plastik berisi pakaian. Terpaksa merempat di masjid-masjid untok berteduh. Saya terus keluarkan beberapa wang di dalam dompet saya lalu saya berikan pada dia.
Saya katakan, "Ini duit makan. Dan yang ini duit nak ke Sungai Buloh. Saya minta maaf sangat kerana tak dapat membantu."
Matanya berair. Dia kata pada saya, "Nama adik apa?"
"Farid. Farid Wajdi." jawab saya sambil tersenyum. Mata saya sudah mula berair melihat senyuman tabahnya itu.
"Terima kaseh Farid. Boleh pak cik nak nombor telefon? Kalau pak cik dah dapat kerja, pak cik nak belanja Farid."
Ya Allah. Mulianya hati pak cik ini. Dalam keadaan susah, maseh mengenang jasa orang lain. Dalam kesusahan, maseh lagi difkirkan untok membuat kebaikan.
Saya pun berikan nombor telefon saya.
Akhirnya saya pun meminta diri kerana saya sudah hampir terlambat untok ke kelas.
Di dalam kereta, saya tertanya-tanya, apakah malangnya menjadi orang tua Malaysia. Nasib mereka lebih buruk daripada pendatang asing. Inilah dikatakan kera dihutan disusukan, anak di rumah kelaparan.
Saya doakan pak cik dapat kerja dan petempatan yang terbaik. Saya doakan. Kata saya sebelum kami berpisah.
Ayuh, kawan. Ayuh doakan! - By Muhammad Farid Wajdi Bin Hanif

Sabtu, 16 Mei 2015

israk mikraj

[11:44pm, 16/05/2015] ust bisry pitas: Mantap mesej isra' dan mi'raj mlmni sebenarnya...

Tersentuh mndengar ceramah tadi 😭

Malam yg bersejarah tu adalah mlm yg semua org dah sedia maklum..malam yg sangat istimewa sb Rasulullah SAW bertemu secara langsung dgn Allah. Jibril pun tak dibenarkan naik ke,arasy.

Tp ramai tktau yg malam istimewa tersebut bkn semata mata utk Rasulullah shj tapi utk kita semua iaitu umat baginda SAW.

Seperti yg kita tau amanah dan wahyu berkenaan Solat fardhu 5 waktu diberikan secara lgsung oleh Allah pd mlm tu.

Biasanya kekasih kalau bertemu kekasih takkan ingt perkara lain dah..tp Rasulullah kekasih Allah, berjumpa Allah, masih boleh ingt kita semua, ditempat termulia yg tiada manusia pn boleh sampai. Itulah kelebihan nabi kita yg agung..melebihi nabi2 lain sebelumnya.

Kata2 yg kita baca dlm solat,  tahiyyat awal dan akhir, rupa rupanya adalah dialog pertama Allah dan Rasulullah SAW semasa berjumpa secara langsung pada malam itu..."attahiyyatul mubarakatussolawatu thoyyiba tulillah...assalamualaika ayyuhan nabiyyu warohmatullohi wabarakatuh" (huruf ka dlm bhs arab bermksud kamu...Allah mberikan salam pd baginda seorg sahaja), "assalamualaina wa ala ibadillahis solihiinn" (hujung ada Na pula bmksud KAMI, baginda mnjawab salam itu mewakili utk kita semua umat baginda) 😭😭 kita yg solat hari hari baca lafaz tu lebih kurang je...dah la tak faham mksud...nk solat abis cepat je..Allah 😣

Bagaimana yg tak solat langsung? Yg tak tahu lgsung intipati isra' dan mi'raj? Skrg umur kita berapa? 30 tahun? 60 tahun? 100 tahun sebelum tahun ni...kita kat mana? Cuba jawap? Kita dah wujud ke? Bole ingat lagi tak? Kita TAK WUJUD pun lagi..mcmne diri kita boleh terlalu bongkak tknk ikut perintah Allah, buat maksiat seolah2 kita hidup mcm selama lamanya!? Allah...kalau masih tak sedar, balikla...balikla kpd Pencipta kita. Kita ni makhluk Dia je..hamba je. Ikutlah perintah Dia.

Peristiwa BESAR ni bkn utk baginda semata mata tp utk kita semua umat baginda..perlu ambil iktibar dari.kisah pnjg mlm tersebut. Nabi kita yg terakhir diangkat darjatnya drp nabi2 lain dgn mnjadi imam kpd semua nabi2 sblm Mi'raj. Secara tak lgsung kita semua patut bersyukur sb kita diberi kelebihan ini sekali melalui baginda SAW..rahmat yg sangat besar dr Allah..yg umat nabi lain tak dapat..cnth surah al fatihah, Al Quran yg lengkap, rukuk dlm solat tkde dlm solat2 umat terdahulu sblm zaman Muhammad, syafaat di mahsyar nnt dan bnyk lagi.

Org yg teragak2 dgn perkara ghaib Allah, takkan dpt mencapai Iman org muslim yg sebenar! Begitulah kisah mlm isra dan miraj...kisah yg tak mampu digunakan akal fikiran manusia biasa. Abu Jahal sgt gembira bila tau nabi kisahkan perkara ini. Dia cuba nk racuni pemikiran Abu Bakr as siddiq r.a dgn kisah ini, tp Abu Bakr bila dgr yg bercerita tu adalah Muhammad SAW, terus dia berkata, "..lagi mustahil daripada cerita ini pun aku akan percaya jika dibawa oleh Muhammad SAW!" Begitulah hebatnya IMAN sahabat baginda yg pling rapat, Abu Bakr r.a. Sebab apa dia boleh smpai tahap iman mcmtu? Sebab dia betul2 faham akn konsep SUBHANALLAH...Maha Suci Allah. Iaitu Allah tidak terikat pada apa2 kuasa lain selain dari diriNya sendiri dan tidak menyerupai apa pun! Allah boleh buat sesuatu BERSEBAB, TANPA SEBAB & TAK PERLU ANTARA KEDUANYA PUN.

Dinisbahkan ilmu Allah takkan habis jika digabungkan kesemua air laut mnjadi dakwat dan kesemua ranting2 pokok dijadikan pena utk ditulis ilmu2 Allah, walaupun kalau dh habis lautan dan pokok2, dijadikan semula, masih juga tak boleh banding dgn ilmu Allah. Itulah beza Pencipta dgn kita hamba, yg Dicipta!
[1:38am, 17/05/2015] ust bisry pitas: Tambahan..

Ceramah tadi baru kupas ayat pertama surah Isra' itupun pnjg lebar dah.

Sebab apa surah tersebut bermula dgn SubhanAllah..maha suci Allah yg tidak bergantung kuasaNya pada benda2 lain. Mksudnya kuasa Allah yg maha besar tidak terbatas, dan tak boleh difikir dgn akal manusia.

Allah boleh jadikan TIADA MASA..tahukah kita? Cnth kisah nabi ibrahim a.s menurut perintah wahyu kena sembelih anaknya nabi ismail a.s. Pisau dah letak dileher..kita mklum kalau proses penyembelihan korban..pisau kne tajam..letak je dah darah. Kekuatan seorg nabi = 40 ahli syurga, kekuatan seorg ahli syurga = 100 org lelaki biasa..oleh itu kekuatan seorg nabi = 4000 lelaki biasa. Pisau dah dileher, bila sembelih, bertukar mnjadi qibasy..dari syurga pulak tu! Mana logik akal...kuasa Allah kurang dr sesaat tu cnth kuasa meniadakan masa!

Sambungan ayat pertama surah isra yg mnceritakan pjalanan Rasulullah SAW dr masjidil.haram ke masjidil aqsa. Kenapa dr masjid kepada masjid jgk? Boleh je Allah nk bwk Rasulullah SAW dr rumah baginda terus ke langit dan sidratul muntaha tapi tidak!

Jibril bukak bumbung rumah Rasulullah bersama Mikail dan bawa,baginda ke masjidil haram utk mencuci hati baginda dgn iman dan hikmah. Rasulullah perasan yg mlm itu istimewa sb biasanya,Jibril ketuk pintu rumah dan bagi salam.

Kenapa dr masjid ke masjid? Allah nak beritahu pada,kita semua,bahawa ini adalah proses,tarbiyyah iaitu pendidikan. Dan kita semua kne ingt, tarbiyyah itu iaitu apa2 perkara, hidupkan masjid setempat kita! Itu antara,mesej utama isra miraj.

Sebab tu masa hijrah, baginda dirikan masjid dulu, takde nk pikir mana tempat nk tidur dan tinggal dimadinah.

Kegagalan bnyk perkara zaman kini kerana tidak mnggunakan masjid sbg institusi pentadbiran dan aktvt umat islam. Begitu juga solat 5 waktu bnyk dirumah drp dimasjid 😭

Wallahu'alam.

kate guru


Kata mereka guru bekerja separuh hari,
Lantas dicadang akan sekolah satu sesi.

Kata mereka guru terlalu banyak cuti,
Lantas dibuat ladap dan kursus itu ini.

Kata mereka guru kerja terlalu mudah,
Lantas diberi tugas lain tak sudah-sudah.

Kata mereka tugas guru sangat ringan,
Lantas dilonggok tugas tak menang tangan.

Kata mereka guru banyak duduk bersembang,
Lantas dihantar nazir memantau pagi dan petang.

Kata mereka guru banyak masa berehat,
Lantas ditambah waktu mengajar tak sempat rehat.

Kata mereka guru mengajar sangat garang,
Lantas dibuat dasar sekolah dan guru penyayang.

Kata mereka guru merungut itu dan ini,
Lantas disuruh buat kerja milik kerani.

Kata mereka guru tak berhak hukum pelajar,
Lantas dituding kalau murid dah kurang ajar.

Namun biarlah apa-apa sahaja kata mereka,
Sekali guru tetap guru selama-lamanya.

murabbi

MURABBI DAN RABBANI


Mendidik manusia seratus kali susah daripada hendak membaiki penyakit lahir;

Manusia ada fizikal, ada akal, ada nafsu dan jiwa atau hati yang berperanan di dalam diri dan di dalam kehidupan manusia;

Manusia ada anggota lahir dan anggota batin,Anggota batinnya akal, nafsu dan hati, perjalanannya sangat halus dan seni;

Mendidik manusia bukan sekadar perlu kepada muallim atau guru, sekadar memberi ilmu,
Muallim, guru atau ustaz hanya memberi ilmu;

Mendidik manusia tidak cukup hanya memberi ilmu,
Manusia perlukan murabbi atau rabbani kerana kejahatan manusia itu terlalu seni dan unik sekali;

Murabbi atau rabbani dia ada beberapa sifat yang perlu ada,
Berilmu, beramal, berakhlak mulia, menghayati, boleh mendidik manusia, boleh dicontohi;

Murabbi dengan murid terus berhubung sampai mati,
Hubungan murabbi dengan murid seperti anak dengan ibu bapa;

Zaman sekarang yang ramai adalah muallim atau guru/kiyai bukan murabbi atau rabbani;

Murabbi dan rabbani di zaman ini adalah bilangan jari susah dicari;

Kerana itulah payah hendak mendidik manusia menjadi baik dan jujur,
Lihatlah hasil guru hanya memberi ilmu semata-mata, tabiat manusia tidak berubah;

Murid-murid melawan guru, melawan emak bapa, hubungan guru dengan murid tidak ada, murid bergaduh sesama;

Setelah dewasa masing-masing ada tugas dan ada kerja,
Berlaku rasuah, malas bekerja, hasad dengki, tidak sehati,
Jatuh-menjatuhkan, zalim-menzalimi,mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi,zina, tipu-menipu, budaya liar yang jijik;

Hendak mendidik manusia bukan sebarang orang, bukan calang-calang orang pilihan Tuhan;

Pendidik murabbi atau rabbani dia adalah bayangan Rasul atau bayangan Nabi;

Kerana itulah umat Islam seluruh dunia tidak berkasih sayang, tidak boleh bersatu, tidak ada rasa bersama,
tidak boleh bekerjasama, tidak bela-membela, takut dengan musuh-musuhnya;

Umat Islam hari ini sudah kehilangan murabbi atau rabbani yang ada hanya guru memberi ilmu tidak boleh dicontohi.

"GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Jumaat, 15 Mei 2015

berubat

Suami saya ada cerita satu kisah tapi saya tak tanya pulak sumber nya.
Ada satu doktor cuba bukak klinik/rumah rawatan di madinah/mekah.
Selama 6 bulan dia buka takde satu pesakit pun yg dtg nak berubat dengan nya.
Jadi dia pelik. Org org di sini tidak pernah sakit kah?
Akhirnya dia jumpa jawApan nya.

Bila mana saje kami sakit.
Perkara yg pertama kami akan buat ialah solat dua rakaat dan memohon kesihatan dari allah.insyaallah sembuh dengan izin dan kasih sayang allah.
Kalau tak sembuh pergi pada cara kedua.Yaitu baca al fatihah 7 kali tiup pada air dan minum.
Dan alhamdulillah kami akan sihat.
Tapi kalau kami tidak sihat jugak.
Kami akan pergi pada cara yg ketiga
Yaitu bersedekah.
Bersedekah dengan niat pahalanya di jadikan asbab penyembuh sakit tu.
Dan insyaallah akan sembuh.
Kalau tidak sembuh kami akan pergi pada cara yg keempat
Yaitu solat taubat dan istighfar.Sebab nabi bgtau sakit ni salah satu asbab pengampunan dosa.jadi kena banyak istighfar dan taubat.
Kalau tak sembuh jugak baru pergi pada cara yg ke lima..
Yaitu madu dan habbatussauda.
Dan yg keenam yaitu tumbuhan dari bumi yaitu seperti bawang putih,zaitun,halia etc.

Dan alhamdulillah la haula wa la quwwata illa billah.
Disini kami pasti dan pasti  akan sembuh tanpa pergi pada cara ketujuh yaitu tabib/doktor/ubat

27 Rejab

Bismillaahirrahmaanirrahiim,
🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠
Bermulanya Maghrib malam ini bermulalah kiraan 27 Rejab.
🌠Satu tarikh yg sangat2 wajar diimbau kembali....
tarikh kecintaan
🌠Tarikh kekasih bertemu Sang Pencipta
🌠Tarikh ajaib menukar sejarah dan halatuju cinta makhluk pd yg Esa,
🌠Tarikh kegembiraan yg memuncak menggantikan kesedihan kehilangan yg tersayang,
🌠Tarikh perjalanan yg memberi peringatan akan kesan perbuatan oleh umat dimasa akan datang,
🌠Tarikh kesedaran tanggungjawab seorang hamba pada Pencipta,
🌠Tarikh pembuktian mulianya manusia melebihi makhluk yang lain
🌠Tarikh diperkenalkan kepada penghuni lapisan langit
🌠Tarikh baginda diangkat memimpin dan mengimamkan para nabi
🌠Tarikh yg merekodkan usaha gigih seorang Rasul yg mengenepikan rasa malu demi umat tercinta...dari 50 menjadi 5,
🌠Tarikh penganugerahan hadiah terbesar dari Allah SWT sebagai tanda cinta buat para hamba....
🌠Tarikh diterima amalan SOLAT..

💙Mari kita bermuhasabah diri
💚Mari kita merenung kembali
💙Di tahap manakah kecintaan kita pada Allah Azza Wa Jalla
💚Di tahap manakah kasih dan penghargaan kita buat Nabi tercinta junjungan Mulia Rasulullah SAW.....

Marilah memperbanyakkan munajat dan sujud syukur..

Hikmah dan pengajaran disebalik ISRA' MIKRAJ
🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠