Sabtu, 16 Mei 2015

murabbi

MURABBI DAN RABBANI


Mendidik manusia seratus kali susah daripada hendak membaiki penyakit lahir;

Manusia ada fizikal, ada akal, ada nafsu dan jiwa atau hati yang berperanan di dalam diri dan di dalam kehidupan manusia;

Manusia ada anggota lahir dan anggota batin,Anggota batinnya akal, nafsu dan hati, perjalanannya sangat halus dan seni;

Mendidik manusia bukan sekadar perlu kepada muallim atau guru, sekadar memberi ilmu,
Muallim, guru atau ustaz hanya memberi ilmu;

Mendidik manusia tidak cukup hanya memberi ilmu,
Manusia perlukan murabbi atau rabbani kerana kejahatan manusia itu terlalu seni dan unik sekali;

Murabbi atau rabbani dia ada beberapa sifat yang perlu ada,
Berilmu, beramal, berakhlak mulia, menghayati, boleh mendidik manusia, boleh dicontohi;

Murabbi dengan murid terus berhubung sampai mati,
Hubungan murabbi dengan murid seperti anak dengan ibu bapa;

Zaman sekarang yang ramai adalah muallim atau guru/kiyai bukan murabbi atau rabbani;

Murabbi dan rabbani di zaman ini adalah bilangan jari susah dicari;

Kerana itulah payah hendak mendidik manusia menjadi baik dan jujur,
Lihatlah hasil guru hanya memberi ilmu semata-mata, tabiat manusia tidak berubah;

Murid-murid melawan guru, melawan emak bapa, hubungan guru dengan murid tidak ada, murid bergaduh sesama;

Setelah dewasa masing-masing ada tugas dan ada kerja,
Berlaku rasuah, malas bekerja, hasad dengki, tidak sehati,
Jatuh-menjatuhkan, zalim-menzalimi,mementingkan diri, hidup nafsi-nafsi,zina, tipu-menipu, budaya liar yang jijik;

Hendak mendidik manusia bukan sebarang orang, bukan calang-calang orang pilihan Tuhan;

Pendidik murabbi atau rabbani dia adalah bayangan Rasul atau bayangan Nabi;

Kerana itulah umat Islam seluruh dunia tidak berkasih sayang, tidak boleh bersatu, tidak ada rasa bersama,
tidak boleh bekerjasama, tidak bela-membela, takut dengan musuh-musuhnya;

Umat Islam hari ini sudah kehilangan murabbi atau rabbani yang ada hanya guru memberi ilmu tidak boleh dicontohi.

"GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan