Jumaat, 11 Mac 2016

Pencen

Untuk perkongsian dan penjanaan minda di hari ini..

Antara kelebihan kerja dlm kerajaan adalah kita akan memperolehi pencen sewaktu kita bersara. Walau bagaimanapun secara umumnya ramai yg kata kita rugi sebab bila kita pencen pada umur  60 tahun, kita hanya ada beberapa tahun sahaja  utk kita menikmati pencen tersebut sebelum meninggal dunia..

contohnya mungkin 5 tahun sahaja. Selepas kita meninggal dunia pencen tersebut akan diserahkan kpd isteri kita yg mungkin umur pun sama dgn kita dan mungkin dia hanya menikmati 1 tahun sahaja sebelum dia pun meninggal dunia. Selepas isteri meninggal dunia, pencen itu layak diserahkan kpd anak yg dibawah 21 tahun kecuali bagi anak yg sedang  belajar sehingga tamat ijazah pertama. Tapi bila umur dah 65 tahun tak mungkin ada lagi anak yg layak.

Jadi bagaimanakah caranya agar kita dpt lebih untung dan pencen ini dapat diwariskan kpd generasi yg akan datang dan  kepada waris kita yg sah mungkin utk 20 hingga 40 tahun yg akan datang???

Kalau tuan2 rasa patut agar pencen ini dpt diwariskan 20, 40 tahun atau lebih kpd waris tuan2 yg akan dtg dan secara langsung akan menjadi sumber pendapatan kepada waris tuan2 utk tempoh tersebut.. tuan2 kena melakukan sesuatu..

Kalau tuan2 bersetuju dgn saya dan tindakan yg boleh tuan2 lakukan ialah pastikan tuan2 berkahwin sekali lagi sebelum tuan2 bersara.. sebaik2nya dgn gadis berumur 20 tahun.

Kalau tuan2 melaksanakannya selepas tuan2 dan isteri pertama meninggal, pencen tuan2 tersebut akan diserahkan secara penuh kpd isteri baru tuan2 sehingga beliau meninggal dunia (mungkin selepas 40 tahun menikmati pencen tuan pada umur 60 tahun) dan anak2 tuan2 yg baru. Kena kahwin sebelum pencen kerana kalau kahwin selepas pencen isteri yg baru hanya layak dpt pencem 20 tahun sahaja dpd tarikh TTP.

a) membahagikan rezeki sesama manusia.
b) pahala
c) berbaloi kerja hingga umur 60 tahun

Adakah anda yg dah tua nak pencen masih takut atau berani / setuju  ? 🤔😋

Khamis, 10 Mac 2016

Kasih anak

Sudah makan bulan saya mengelak untuk berjumpa Puan yang seorang ini. Demi Tuhan, saya tak selesa dihubungi berkali-kali, tetapi beliau tetap mahu berjumpa. Katanya dapat minum 10-20 minit pun jadilah. Entahlah apa yang jadi pada saya, akhirnya saya bersetuju.

Kami bersembang di kedai makan sekitar studio saya. Duduk berdepan, beliau hanya banyak tunduk dan dapat lihat betapa susahnya beliau mahu memulakan perkataan yang datang dari mulutnya. Saya juga tidak selesa.

“Akak nak sangat kamu cerita kat semua orang, apa yang akak lalui ini perlu jadi pengajaran,”

Gulp. Saya semakin laju menelan air liur sendiri. Saya sendiri pun tak tahu bagaimana mahu mulakan perbualan ini, lalu saya pun biarkan beliau bercerita.

Rupanya beliau ini seorang yang terpelajar dan dihormati di kawasan kejiranannya satu masa lalu. Anak-anaknya berjaya dan beliau suami isteri juga amat dikagumi dengan kehidupan mereka yang agak selesa dipandangan mata jiran-jiran.

Kehidupan beliau berubah 360 darjah beberapa tahun lalu apabila salah seorang anak perempuannya dijumpai di dalam bilik dengan tubuh yang tergantung bertali yang diikat di leher menggunakan telekung. Anak yang beliau sayang-sayang ini menamatkan kehidupannya semasa baru berumur 15 tahun waktu itu.

Suami beliau seorang tenaga pengajar, yang mana keputusan peperiksaan anak-anak pastinya menjadi nombor satu dalam kehidupan. Mana-mana anak-anak yang tidak ‘laju’ dalam pembelajaran, akan dihantar tuisyen, kelas-kelas khas untuk terus belajar.

Sampai satu tahap, anak-anak mereka ini sudah boleh membaca dengan lancar seusia empat tahun. Jurang permainan dan pembelajaran amat besar. Hingga ke tahap, anak-anak tak reti bergaul dengan rakan seumur. Yang pandai hanya dengan buku dan alat tulis.

Hinggalah pada tahun sekian-sekian, anak perempuannya ini tidak pernah tidak dapat nombor satu, mendapat nombor dua dalam ujian percubaan walaupun keputusan yang diperolehi semuanya A.

Beliau tidak fikir panjang, terus sahaja pulang ke rumah, tunaikan solat zohor dan menggantung diri. Saat beliau menggantung dirinya ini, suasana di dalam rumah kelab kabut, masing-masing mendengar bunyi dari dalam bilik, pintu bilik tidak dapat dibuka dan akhirnya dipecahkan. Waktu dapat memasuki ruang yang sudah penuh dengan kesedihan itu, jasad itu baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir.

Saya tidak puas hati, terus saya tanya “kenapa perlu gantung diri? Dia solat, dia sudah ambil wudhuk untuk solat, dia sudah solat! Kenapa gantung diri??”

Ibunya terus menangis puas-puas. Orang lain melihat Puan ini beriya-iya mengelap air mata dan tersangkut-sangkut mahu sambung perbualan.

Kisahnya, pada malam sebelum beliau ke sekolah. Dia bertanya kepada bapanya. Jika pada satu hari, takdir Tuhan kata dia tak pandai dan dah tak dapat nombor satu, apa yang ayah akan buat padanya?

Ayahnya jawab, “kau bukan anak aku lagi,”

Saya terus terdiam.

Waktu ini, walau Puan belum lagi bercerita kisah seluruhnya, saya pula sudah menanggung air mata yang penuh. Hanya tunggu mahu jatuh sahaja.

Dari kecil lagi, ayahnya tidak pernah sesekali bermanja-manja dengan anak. Tidak pandai, tidak mahu belajar dan tidak mahu memaksa diri bergaul dengan anak-anak. Yang penting anak-anak berjaya dan anak tahu bagaimana mahu hidup.

Jika ke kenduri, balik kampung dan sebagainya, anak-anak lebih suka bermanja dengan bapa-bapa saudara. Lebih suka bercerita dan bergaul kerana mereka jauh lebih mengerti. Anak yang seorang ini kaki meleset. Percubaan beliau hingga berumur 15 tahun untuk bermanja dengan ayahnya tak pernah berhenti.

Pernah dia menyiapkan kek hari jadi buat ayahnya, akhirnya ayahnya kata “aku tak pernah minta, beli lagi bagus jangan buang tenaga,pergi belajar!”

Pernah dia menyiapkan sarapan kesukaan ayahnya, ayahnya kata “kenapa kau nak jadi bibik macam Indon-indon ka?”

Dan macam-macam contoh lagi yang diceritakan oleh Puan ini.

Saya mohon untuk bangun dan ke tandas sekejap. Tak tahan menangis saat Puan tersebut beri saya gambar anak perempuannya itu. Ya Tuhan, terus saya sambung menangis dan membasuh muka di sana.

Saat anaknya mahu diuruskan pengebumiannya, ada sedikit pergeseran dengan jiran-jiran. Ada jiran yang mengatakan anak ini bukan lagi muslim. Bukan lagi orang kita. Kuburnya perlu diletakkan di luar tanah perkuburan. Ada juga yang menyokong dan memberi kata dua. Maka waktu itulah si ayahnya ini melutut dan merayu-rayu supaya kisah mereka ini tidak menjadikan darjatnya jatuh tersungkur.

Selepas sahaja urusan pengkebumian itu selesai (tidak diceritakan bagaimana selesainya itu), ayahnya hilang dan pulang kembali selepas hampir dua bulan.

Kepulangan suaminya ini disambut dengan kerinduan yang paling dalam. Anak-anak yang lain juga berkumpul dan melihat ayahnya ini sudah bukan lagi ayahnya yang dulu. Rupanya dalam tempoh dia hilang, dia hanya tinggal di masjid-masjid dan hidup ala gelandangan. Katanya lagi, hampir berpuluh kali dia bermimpikan anaknya merayu-rayu diselamatkan dari tali cemeti yang sentiasa datang seperti ular dan mengikat leher dan kemudian menggantungnya dari dari sepohon pokok yang sangat tinggi dan dia tak pernah berjaya menyelamatkan anaknya itu. Perkara itu berlaku berkali-kali dan ia adalah mimpi yang serupa. Hingga pernah, dia sendiri takut untuk tidur.

Kini, dia sedar dia tidak boleh menolong anaknya itu. Tetapi dia boleh tolong dirinya sendiri. Dia sudah pandai berpeluk-peluk dengan anak-anaknya yang lain. Bergurau dengan cucu dan sering mengambil peluang keemasan untuk bergaul dengan anak-anak.

Puan ini berpesan kepada saya, dalam hidup ini kita jangan berlebih-lebih. Boleh tegas, tetapi tegasnya ada limit. Apa sahaja yang kita lakukan walaupun berprinsip, jangan berlebih.

Saya menggangguk.

Sebelum kami berdua berpisah, beliau mengatakan yang beliau ini datang dari jauh semata-mata mahu berjumpa dengan saya dan mahu saya pastikan saya akan menulis kisah mereka ini di FB saya. Supaya ini boleh dijadikan pengajaran kepada semua orang.

Setiap apa yang kita sayang, hargailah baik-baik. Kerana saat ujian itu datang, belum tentu lagi kita boleh hadapi atau tidak.

Kawan-kawan yang baik. Jujurnya saya tidak selesa dengan perjumpaan sebegini. Saya takut dan saya risau ianya tidak berapa baik untuk untuk saya. Mendengar kisah Puan ini buat saya sendiri tidak boleh tidur. Sungguh. Betapa wajah anak perempuannya itu menjadi igauan buat saya. Bertudung litup, wajahnya suci Ya Tuhan. Tetapi menamatkan kehidupannya dengan cara yang sebegitu.

Sungguh, dunia hari ini senang sahaja mencipta awal, kemudian diri sendiri mencipta juga pengakhiran. Semuanya boleh dengan kependekan akal yang kita ada. Jujurnya juga, memang beliau menagih kasih sayang keluarga, ayah dan ibu dan itu beliau tidak pernah kecapi hingga beliau putus nyawa.

Tinggallah kita yang masih hidup ini dapat mendengar kisah mereka ini untuk dijadikan pengajaran. Semoga ia baik-baik sahaja buat kalian.

Buat Puan, suami Puan serta anak-anak yang lain. Hiduplah kalian dengan kisah tragis ini untuk berzaman-zaman. Untuk elak, tidak boleh. Untuk dilupakan juga mustahil. Tetapi jika kalian berubah dan menuju Tuhan dengan perubahan yang baik-baik, insya-Allah pengakhiran di hadapan Tuhan nanti juga baik-baik.

Kadang-kadang Tuhan datangkan peringatan yang menakutkan seperti ini. Ya Tuhan, nauzubillah. Jauhkanlah.

Khairul Hakimin. Muhammad
Takut.

09/03/2016, Bandar Baru Bangi.

Isnin, 7 Mac 2016

Lelong

Selesai sesi Fiqh Bisnes oleh Ustaz Dr Azman dan Ustaz Dr Zaharuddin. Alhamdulillah, banyak ilmu baru dan ilmu refresh dan persoalan berkenaan bisnes kontemporari terjawab.

ℹKawan-kawan yang berniaga secara berkumpulan, dan suka komen testimoni di post ‘rakan sejemaah’, boleh baca point no 11 di bawah.

Saya Ringkaskan apa yang dapat saya serap selain perkara asas tidak boleh menipu, bebas riba dan gharar, dan sebagainya:
.

1.       Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuan utama, maka dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Bisnes dan perniagaan adalah satu alat untuk mencari Redha Allah <- Pegangan.
.

2.       Perniagaan adalah sesuatu yang datang seiringan dengan syaitan. Sangat berat amanah yang dipikul oleh peniaga. Peniaga yang benar dan amanah akan dibangkitkan bersama nabi-nabi, siddiqqiin dan syuhada’.
.

3.       Saidina Umar melarang seseorang dari berniaga sebelum belajar hukum-hakam perniagaan.
.

4.       Semua urusan jual-beli bertangguh (samaada bayar secara ansuran atau barang dibeli secara tempahan dengan bayaran penuh) masuk dalam kategori dain (hutang). Ayat paling panjang dalam Quran menyebut tentang dain – iaitu ditulis segala details dan kalau boleh, adakan saksi.
.

5.       Islam menjaga hak bukan sahaja hak pembeli, tetapi juga hak penjual. Oleh itu, gangguan kepada harga pasaran adalah sesuatu yang dilarang dalam Islam.

ℹContohnya, buang harga (jual dengan terlalu murah berbanding harga pasaran) atau naikkan harga dengan melampau tanpa sebab yang munasabah (contohnya tiada nilai tambah diberikan).
.

6.       Ketelusan Wajib ada. Peniaga kena perjelaskan semua perkara berkenaan barang yang dijual dan kualiti barang. Peniaga juga tidak sembunyikan keburukan barang dengan sengaja. Kena ada jaminan pulangan semula kalau tak puas hati. Kenapa? Sebab ada isu gharar – barang tak boleh disentuh. Kos penghantaran dan segala kos lain mesti dimaklumkan kepada pembeli. Untuk pemulangan semula, siapa akan tanggung kos penghantaran etc. Untuk refund, kos caj bank ditanggung siapa.
.

7.       Hukum affiliate dan dropship – dengan mendaftar i.e. persetujuan pemilik produk adalah HARUS
.

8.       Selain ejen dropship dan affiliate dan lain-lain konsep ejen, tidak boleh jual barang yang tidak dimiliki. Sekalipun terdapat perselisihan pendapat untuk menjual barang yang tidak dimiliki, syarat yang dikenakan oleh ulama yang cakap boleh, adalah amat ketat.
.

9.       Untuk produk affiliate dan dropship, TIDAK BOLEH guna istilah ‘produk saya’ kerana kita tidak memiliki barang tersebut. Boleh guna istilah "Produk Kami" kerana kita dikira wakil kepada penjual.
.

10.   Agen tidak boleh menjual pada harga yang tidak dibenarkan oleh pemilik produk (buang harga), sekalipun pemilik produk memberikan harga yang murah kepada agen.
.

11.   Untuk perniagaan secara berkumpulan, tidak boleh mewujudkan testimoni atau sokongan palsu.

ℹContohnya, bila ada salah seorang rakan post tentang sesuatu produk, kita ramai-ramai berikan testimoni dan sokongan yang tidak tepat. Ini banyak terjadi dalam grup yang menjual produk kesihatan.
.

12.   Tidak boleh juga membuat bid palsu untuk menaikkan harga lelongan.
.

13.   Tiada iklan yang memaparkan aurat. Tidak boleh promo produk yang menampakkan aurat.

NOTA KAKI . Ikut Syariat, hasil Berkat
.

C&P (Dr group wassap)

Sabtu, 5 Mac 2016

Kebas semutan

4 MACAM PENGETAHUAN SEDERHANA

1. Tersedak makanan,
2. Salah bantal,
3. Krem kaki,
4. Kaki kesemutan

Ini adalah pengetahuan yang dptmenolong orglain dan diri sendiri.

Cara pertolongan sebagai berikut:

1. Cara penanganan jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.
Di Atlantic City, New Jersey, AS, ada seorang bocah berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence yang secara cerdik berhasil menyelamatkan nyawa neneknya, metode yang digunakannya sangat sederhana, hanya perlu “mengangkat tangan”. Shirldine Stewart berusia 56 thn sedang nonton televisi di rumah sambil makan jelly ketika cucunya Spence turun ke bawah utk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika sang nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongannya. Sang nenek berusaha menolong diri sendiri dgn menekan-nekan bagian perut, namun tidak ada gunanya, Spence lalu bertanya: “Nek! Apakah nenek tersedak?”, namun sang nenek tidak bisa menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Ayo cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence menyampaikan klu metod ini dipelajarinya di sekolah. Jadi cara penanganan jika tersedak makanan --- hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Salah bantal
 Kadangkala ketika bangun tidur, anda mendapati diri anda salah bantal  shgga merasa sakit dileher. Apa yg harus dilakukan ketika salah bantal? Ketika merasa salah bantal, anda hanya perlu mengangkat kaki anda, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar searah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Krem kaki
 Ketika krem kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi, ketika krem kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, anda akn segera akan terasa lebih selesa & lega..

4. Kaki kesemutan
 Ketika kaki kiri kesemutan, ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, ketika kaki kanan kesemutan, ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jgn simpan saja info ini.. Silakan share dgn kwn2 sapa tau kita dpt menyelamatkan orglain

Semoga bermanfaat
امين

Spm

Result telah berada dalam tanganku. Kecewa. SPM hancus. Lebur.
Aku tak hiraukan rakan-rakan lain, start motor balik rumah. Perasaan dalam dada bercampur baur. Antara sedih, kecewa, marah, rasa terhina, rasa rendah diri, rasa meluat dengan yang dapat tinggi, rasa cemburu dengan yang dapat pujian.
Hati sakit.
Terbayangkan reaksi mak dan ayah di rumah. Ah. Tak jadi baliklah. Balik pun hanya akan dimarahi. Hanya dileteri. Bingit telinga semata.
Ke tasik berdekatan. Sangka aku, tak ada orang di situ. Park motor tepi tasik. Duduk tepi tasik. Sambil campak batu-batu kecil biar melantun di permukaan air tasik.
Sedang aku duduk melayan perasaan, sapa seseorang dari belakang. Aku menoleh. Seorang pakcik tua. Peminta sedekah. Dengan baju kotor, berbau hapak busuk. Aku tak ada mood nak layan.
"Dik, ada 2 ringgit tak?"
Aku diam. Sekali lagi dia cuba meminta. Kali ini aku berang.
"La, aku tak ada duitlah! Ko tak nampak ke aku tengah takde mood ni! Dahlah result SPM aku macam bangang, nak layan kau pula!"
Pakcik tua itu jadi mangsa keadaan. Marahku tidak terkawal. Tapi, dia tak beralih. Duduk pula di sebelahku.
"Tak ada duit, tak mengapa, dik."
Aku diam. Aku sajalah yang beralih. Getus hati ini. Jelik dengan orang tua ni. Bangun, duduk atas motor. Ready nak blah.
"Dulu, pakcik pelajar cemerlang. Antara yang terbaik SPM di sekolah."
Aku mematikan langkahku. Tidak jadi pergi.
"Pakcik bangga dengan keputusan pakcik. Pakcik dapat masuk universiti yang pakcik mahu. Berjaya hinggalah habis universiti. Dapat kerja yang baik. Dapat nikah dengan orang pakcik nak."
Aku diam lagi.
"Tapi, kau tahu apa jadi lepas tu? Allah tarik semuanya. Suatu hari, berlaku kemalangan. Pakcik koma dua bulan. Anak pakcik meninggal. Bila pakcik sedar, isteri pakcik salahkan pakcik. Salahkan pakcik yang bawa laju kereta. Tak dapat terima kenyataan. Tak lama, isteri pergi tinggalkan pakcik. Kami berpisah. Pakcik tak keruan. Hilang pedoman. Kerja pakcik terjejas. Pergi kerja, tak pergi kerja. Akhirnya, pakcik kena buang kerja. Dah 10 tahun berlalu. Inilah pakcik sekarang."
Aku berkerut kening. Seraya bertanya.
"Kenapa tak kerja balik? Bukan tak boleh apply kerja lain."
Pakcik itu senyum kambing.
"Kerja. Sudah cukup pakcik kerja untuk manusia.
Sekarang, pakcik nak kerja untuk Tuhan.
Kau tahu, oleh kerana terlalu selesa hidup ini terlalu lancar, Allah berikan segalanya yang diingini dulu, pakcik tidak ikatkan diri dengan Allah. Pakcik tak kenal erti syukur. Pakcik cuma tahu, semua yang pakcik miliki adalah atas usaha keras pakcik sendiri. Pakcik deserves kejayaan sebab pakcik berikan yang terbaik untuk dapatkannya.
Tapi, pakcik lupa.
Lupa kejayaan itu bukan segalanya. Allah adalah segalanya. Allah berikan kejayaan bukan untuk Dia kau lupakan. Tapi, agar semakin Dia kau kenali. Kau makin cari Dia. Kau makin sujud menyembah-Nya. Kau semakin sedar kau tak punya apa-apa. Semua Dia pinjamkan saja.
Tapi pakcik. Dulu, pakcik tak cari Dia. Makin berkerjaya, makin sibuk. Masjid cuma solat Jumaat saja. Balik kerja, penat. Mana mungkin nak bangun solat malam? Pakcik cuma fikir, nak tambah saiz rumah. Nak penuhi kehendak anak dan isteri tersayang. Mana ada nak sedekah? Duit memang berkira.
Kehendak Allah? Pakcik abaikan."
Aku diam.
"Tapi, aku gagal. Bukan berjaya macam pakcik."
Pakcik tersenyum.
"Gagal itulah yang buat kau jadi manusia. Jadi hamba. Bermula dari bawah. Bersifat tanah, tidak bersifat langit. Kau tahu erti berada di pandangan orang hina. Kau rasa derita. Kau tak buta dengan kejayaan sementara dunia.
Kau sendiri tahu punca kegagalan. Bukan sebab kau bodoh. Tapi, kau sendiri sama macam pakcik dulu. Tak ingat Tuhan.
Kalau kau ingat Allah, kau tak akan malas. Kau tak akan sanggup guris luka hati ibu bapa yang berharap.
Kau tahu tak, walaupun kau tak nampak dengan mata kepala kau sendiri, mak kau sebenarnya menitiskan air mata dalam diam kerana kau?
Gagal kerana tidak berusaha amat besar bezanya dengan gagal setelah berusaha.
Dalam kubur, lebih ramai yang bersedih. Gagal berusaha ketika di dunia. Berusaha untuk jadi orang yang beriman."
Aku terkedu. Teringat mak aya
h di rumah. Rasa bersalah menggamit hati.
"Kenapa pakcik jadi pengemis?"
Pakcik senyum.
"Aku dah pernah berjaya depan manusia. Sekarang, aku nak berjaya depan Tuhan pula. Jalan hidup kita berbeza.
Dik, jangan sampai kau kehilangan segala-galanya seperti pakcik.
Lebih penting, jangan sampai kau kehilangan perhatian Allah. Tidak Allah hiraukan lagi. Ada sebabnya Dia uji.
Pasti ada."
Aku sebak. Tak semena aku meluru mendakap pakcik tua itu. Busuk pun busuklah. Air mata menitis jua. Minta maaf dengannya. Aku keluarkan semua duit dalam wallet, berikan pada pakcik. Pakcik senyum. Kembalikan semua duit aku.
"Pakcik cuma nak dua ringgit."
Dia senyum dan berlalu.
Aku hidupkan motor. Berlalu dari situ. Aku nak balik minta maaf. Aku nak mulakan hidup baru. Gagal di SPM. STPM masih ada.
Gagal terbesar dalam hidup adalah gagal berusaha. Gagal di dunia adalah gagal serahkan jiwa dan raga sepenuhnya pada Dia.

Alarm exora

Assalam, baru balik dari SC Lon G auto, check och, tukar bateri dan minyak CVT, alhamdulillah semuanya ok,

SERVICE ADVISOR EN ALIF BAGI SATU TIPS KESELAMATAN YG ADA PADA KUNCI ALARM EXORA,

ALARM EXORA ADA KUNCI KESELAMATAN YANG MANA KITA BOLEH SETKAN APABILA KITA BUKA ALARM UNTUK UNLOCK KALI PERTAMA KERETA, HANYA KUNCI BAHAGIAN PEMANDU SAHAJA YANG AKAN TERBUKA DAN APABILA DITEKAN KALI KEDUA UNLOCK BARU LAIN2 PINTU UNLOCK, INI BAGUS UNTUK KESELAMATAN.

UNTUK SET HANYA PERLU TEKAN BUTTON UNLOCK DAN LOCK SERENTAK HINGGA LAMPU DOUBLE SIGNAL PADA PANEL METER MENYALA DAN SISTEM INI AKAN BERFUNGSI DAN UNTUK KEMBALI PADA SISTEM ASAL GUNAKAN LANGKAH YG SAMA JUGA.

UNTUK UNLOCK DARI DALAM PUN GUNAKAN PERKARA SAMA JUGA PADA BUTTON DIPINTU PEMANDU, KALI PERTAMA TEKAN PINTU PEMANDU SAHAJA YG TERBUKA DAN TEKAN KALI KEDUA BARU LAIN2 PINTU AKAN UNLOCK.

MUNGKIN TUAN2 SEMUA DAH TAHU PERKARA INI.

JUST SHARING.👍

Jumaat, 4 Mac 2016

Wasap

Assalamualaikum
PERNAHKAH ANDA TERFIKIR KENAPA KITA DIPERTEMUKAN DI DALAM GROUP INI..??

ALLAH mempertemukan kita untuk satu alasan..

entah untuk memberi atau menerima..

entah untuk belajar atau mengajarkan..

entah untuk bercerita atau mendengarkan..

entah untuk sesaat atau selamanya..

entah akan menjadi bahagian terpenting atau hanya sekadarnya..

semunya tidak ada yang sia2 kerana Allah yang mempertemukan..

hidup kita saling mengisi, bersinggungan..

boleh jadi kehadiran kita adalah jawapan atas do'a2 saudara ataupun sahabat kita sebagaimana mereka pun adalah jawapan atas do'a 2 kita..

jika sudah menjadi takdir Allah, meskipun dengan jarak beribu-ribu kilometer, kita tetap akan dipertemukan, dalam satu ikatan bernama "SAUDARA" @ "PERSAHABATAN"..

di sini, selalu membuat aku ingin tetap tinggal, di dalam hati dan do'a2 saudara atau sahabat..

sampai detik ini kita hebat..saling mendorong, saling mendo'akan dan saling menguatkan antara satu sama lain..

semoga Allah melindungi kita dari hati yang hitam, cemburu, benci, iri hati, dengki dan buruk sangka..ingatlah...setiap langkah ada detik..kerana hembusan nafas kita tidak tahu berakhir bile?..

mudah2an kita semua akan jadi satu family dan sahabat selama lamanya.