Ahad, 12 Jun 2016

Buka di masjid

=============================
KENAPA TAK MASAK? KENAPA BERBUKA DI MASJID
=============================

Soalan ni saya terima semalam di post berkenaan saya berbuka di masjid dan tak masak untuk keluarga,

datangnya dari seorang puan budiman dari Terengganu yang baik hati bertanya secara terbuka,

dan saya dapati ada yang dalam diam juga tertanya2... alhamdulillah ramai nak tahu.

Saya nak share kisah yang bermula pada tahun 2012. Tahun itu, saya belum lagi buat bisnes. Hanya makan sahaja produk tapi tak buat bisnes.

Satu hari dalam bulan Ramadhan 2012, jutawan Tuan haji Roslan Ghazali ajak bincang tentang peluang bisnes di Hotel  De'Palma Ampang, saya hadir bersama mak sedara saya.

Sewaktu berbincang, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :

" Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya"

Beliau jawab :

"InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka"

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa

Beliau menjawab : " Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam ... tengok2 dah azan..RUGI..! "

" Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL.."

" RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa "

Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan....

" Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. "

"Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun... ALLAHu akbar...."  kata beliau lagi....

"Buatlah kakyong.. inshaaALLAH lain you rasa...dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai...inshaaALLAH " Akhiri beliau

Saya senyp sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan jutawan Haji Roslan Ghazali

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka,

atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan

Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga "mengejar" bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.....

Saya terbanding diri saya dengan beliau...

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu,

ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit,

buah lah

air lah

kuih tak potong lagi lah

tuang nasi lah

memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri....

Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk saya beralasan untuk tidak ke masjid

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Inilah sejarahnya kenapa saya akhirnya telah 4 tahun tak memasak di rumah untuk anak-anak berbuka.

Terima kasih tuan jutawan Haji Roslan atas tarbiyah yang tuan sisipkan....

sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan....

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk tidak masak untuk anak-anak berbuka sebaliknya menumpag KASEH di rumah ALLAH....

Saya bukanlah orang yang banyak amal soleh plus dosa pula sangat banyak sampai tak tertanggung,

Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat....

Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna,

namun ALLAH terima kerana RAHMATNYA amat luas dan besar....

dan seoga kita berjaya mendapat itqun minann naar di Ramadhan kali ini, lepas dan bebas dari api neraka dan keluar dari Ramadhan bak bayi baru lahir, fitrah, bersih dari dosa....

Asy-hadu an la ILAHA illALLAH

Astaghfirullah

As-alukal jannata wa a'uzubika minan naar

ALLAHumma innaka 'afuwwun kareem

TUhibbul 'afwa

fa'fu'anni

aamiiin

Khamis, 2 Jun 2016

Titanic

Luqman Hakim:
Tahu tak korang, semasa Titanic karam, ada 3 kapal lain berada berdekatan dengannya?

Yang pertama, kapal Sampson, berada 7 batu dari Titanic. Mereka nampak isyarat api kecemasan, tapi masa tu mereka tengah sibuk menangkap anjing laut secara haram. Disebabkan mereka takut kantoi, mereka pun terus bergerak ke arah bertentangan. Kapal itu seumpama kebanyakan orang, yang sangat sibuk dengan urusan sendiri hingga tak perasan ada orang yang memerlukan bantuan.

Kapal kedua bernama Californian. Kapal ini berada 14 batu dari Titanic, dikelilingi oleh ais. Mereka nampak api putih tapi kerana suasana yang agak sukar dan keadaan sudah gelap, mereka memutuskan untuk tidur dan tunggu hingga esok. Semuanya meyakinkan diri bahawa tiada apa2 yang berlaku. Kapal itu seumpama orang yang selalu menunggu 'masa yg sesuai' untuk buat sesuatu.

Kapal terakhir, Carpathia, sebenarnya sedang bergerak ke arah bertentangan sejauh 58 batu dari Titanic! Mereka menerima isyarat kecemasan dan kaptennya memohon petunjuk dari Tuhan sebelum menukar haluan, memecah ais dengan kuasa maksimum. Dan kapal ini telah menyelamatkan 705 mangsa Titanic yang terselamat.

Halangan dan penyebab utk lari dari tanggungjawab sentiasa ada. Tapi sesiapa yang menerimanya akan sentiasa mendapat kemenangan.

Semoga kita dapat hasilkan lebih ramai Carpathians & hapuskan Californians & Sampsons untuk kehidupan yg lebih baik.

Rabu, 1 Jun 2016

Masalah

Wahai anakku,
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu kamu menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.

3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.

4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.

5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.

6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.

7. Tiada orang yang boleh mengawal minda kamu, selain kamu. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan kamu.

8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Kamu akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.

9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala kamu malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

10. Senyum selalu. Bukan kamu seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah kamu cumalah mainan minda kamu. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Dari ayahandamu. Senyum

Kaya miskin

Mungkin ada dalam kalangan kita tertanya tanya antara kaya dan miskin yang mana lebih baik dan mana yang lebih mulia?

Hakikatnya , jawapan itu ada pada surah Al-Anbiyak ayat 35 : *"AKAN KAMI UJI KAMU dengan KEBURUKAN dan KEBAIKKAN"*

jikalau si kaya ego dengan hartanya , maka dia durjana. Sebaliknya jikalau dia mencari rezeki yang halal dan pemurah , maka dia akan beroleh rahmat daripada Allah SWT .

Jikalau si miskin terus bersangka buruk dengan kesempitan hartanya , maka dia juga durjana .
Sebaliknya jikalau dia terus menerus bekerja kerana Allah SWT dan bersangka baik pada-Nya , maka dia juga akan beroleh rahmat daripada Allah SWT .

Sebenarnya , orang yang paling baik dan paling mulia bukan dilihat pada nilai kaya ataupun miskinnya tetapi ia dilihat pada sejauh mana kefahaman mereka dalam menyingkap mana satu ujian yang menjadikan mereka bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT

 HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID

Selasa, 31 Mei 2016

Kembali

Alkisah seorang pelajar yang terlampau sedih…

Suhaimi seorang pelajar yang cemerlang. Namun ketika mengaji di luar negara, Suhaimi mendapat tamparan hebat apabila mendapat berita keluarganya mati dalam satu kemalangan.

Hanya tinggal Suhaimi seorang di luar negara. Selepas menyelesaikan segalanya, Suhaimi pulang mengaji di luar negara.

Kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau hilang arah. Hatinya perit dan mindanya lesu, dan ada kalanya terfikir untuk membunuh diri.

Akhirnya Suhaimi terjebak dengan arak. Arak yang memabukkan mengkhayalkan Suhaimi daripada kesakitan di dunia ini. Suhaimi juga mula terlupa menjaga solat.

Rakan-rakan serumah mula mengesan perubahan Suhaimi. Rakan karib beliau Mat Lutfi sedih melihat keadaan Suhaimi. Beliau cuba membantu sedaya upaya untuk menyelamatkan rakan karibnya.

“Dia sahabat ana. Ana tak akan tinggalkan dia. Ana akan selamatkan dia,” kata Mat Lutfi kepada rakan-rakan serumah yang ingin menghalau Suhaimi keluar dari rumah.

“Ustaz ana mengajar saya sejak kecil kena jauhi orang yang tidak jaga solat walau apa alasannya sekalipun,” kata seorang rakan serumah.

“Orang kata kalau kita dekat dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat wanginya. Jika kita dekat dengan tukang besi, kita akan dapat kotornya,” itulah kata-kata Hashim, ketua usrah pada Mat Lutfi agar beliau bersetuju dengan keputusan menghalau Suhaimi keluar dari rumah.

“Itu bukan Suhaimi sebenar. Kita boleh selamatkan dia. Dia cuma tersasar kerana nasib malang yang menimpa keluarganya,” tegas Mat Lutfi.

Rakan-rakan serumah semasa duduk bersama pernah membuat perjanjian bertulis bahawa sesiapa yang hendak meninggalkan rumah, bukan kerana nak kahwin, perlu ada konsensus dari semua pihak.

Sesiapa saja yang tidak bersetuju, hasrat meninggalkan rumah perlu dibatalkan. Disebabkan memegang pada perjanjian, maka rakan-rakan serumah terpaksa terima bantahan Mat Lutfi untuk Suhaimi terus tinggal bersama.

Di rumah, setiap kali Mat Lutfi tiada, Hashim akan mengingatkan Suhaimi dengan nada yang keras tentang balasan di akhirat dan suruh Suhaimi bertaubat dengan segera.

Apabila masa solat tiba dan Suhaimi tidak muncul dan Mat Lutfi tiada, Hashim akan berkata: “Tak yah panggil dia. Hati dia tiada Allah. Kalau dia ingat Allah dia sendiri akan datang. Biarkan dia. Kita teruskan.”

Sekiranya Mat Lutfi ada, Mat Lutfi akan memastikan Suhaimi solat berjemaah bersama-sama. Mat Lutfi tidak akan membiarkan Suhaimi berseorangan di dalam bilik. Demi menyelamatkan rakan baiknya, Mat Lutfi sanggup meninggalkan privacy tinggal seorang di dalam bilik untuk tinggal bersama Suhaimi di dalam bilik yang sama.

Tapi kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau masih tertarik dengan arak.

“Tanpa arak ini, ada tak tahu macam mana nak hidup Fi. Sekarang ana tinggal seorang di muka bumi ini. Fi, biarkan ana. Ana tak boleh diselamatkan lagi,” rayu Suhaimi setiap kali Mat Lutfi cuba memujuknya kembali ke pangkal jalan.

“Ada Allah lagi. Ada syurga menanti. Mi cuba buang dulu. Cuba pun dapat pahala dah,” kata Mat Lutfi.

“Petang tadi, Hashim kata hati ana dah hitam, keras tak boleh baiki lagi. Ana pun rasa begitu… Fi jangan dekat dengan ana, nanti Fi pun terkena dosa,” kata Suhaimi.

“Boleh Mi. Bagi ana cuti ini – anta ikut program ana. Sekarang dah mula cuti, ana tak balik Malaysia kali ini. Ana tinggal sini,” kata Mat Lutfi.

Sebelum pulang ke negara, Hashim memberikan amaran terakhir buat Suhaimi ketika Mat Lutfi di dalam tandas.

“Jikalau lepas cuti ini, aku balik jumpa botol arak lagi, aku akan tendang kau keluar rumah ini. Aku tak nak tinggal dengan orang yang tak ingat Allah dan langgar perintah Allah. Aku tak nak tinggal dengan orang berdosa. Jikalau terpaksa, aku akan halau kau dengan Mat Lutfi keluar bersama. Kamu ini malukan agama Islam! Menyampah,” kata Hashim.

Mat Lutfi terdengar kata-kata itu. “Cukuplah itu. Ini ujian Allah pada kita untuk menyelamatkan rakan. Bukannya rosak buang! Kalau tiga bulan ini aku gagal, aku keluar bersama Suhaimi, kau usah bimbang.”

Sepanjang cuti, Mat Lutfi mengatur program padat bersama Suhaimi. Suhaimi tidak dibiarkan keseorangan dan tidak letih pada waktu malam. Hari-hari awal, setiap malam, Mat Lutfi akan mengajak Suhaimi mengikutnya membaca Quran sehinggalah beliau tertidur. Waktu Suhaimi tertidur, Mat Lutfi mengambil botol araknya dicuci bersih dan digantikan dengan fruit juice.

Mat Lutfi tahu Suhaimi masih curi-curi minum ketika beliau tidur kepenatan. Diharapkan Suhaimi dapat menyesuaikan diri dengan fruit juice itu dahulu.

Setelah seminggu, Suhaimi bertanya: “Fi, anta tukar semua arak ana jadi fruit juice ya?”

“Ya.  Sorry… Sebab di internet, dia kata untuk mengubati ketagihan arak, tak boleh terus, kena slow-slow. Ana harap dengan pertukaran itu, Mi boleh buang ketagihan itu walaupun terpaksa minum dari botol arak,” kata Mat Lutfi.

“Sedap juga. Terima kasih,” kata Suhaimi.

Setiap hari, program dipenuhkan untuk Suhaimi, Mat Lutfi menghabiskan segala masanya dan sebahagian besar duitnya untuk menyelamatkan Suhaimi – dengan membawanya berjalan-jalan, apabila tiba waktu solat singgah di masjid, menyertai program kebajikan membantu anak-anak yatim dan orang tua dan sebagainya.

Pada tengah malam satu hari selepas bulan kedua minggu ketiga, Suhaimi bangun tetiba, Mat Lutfi sedar Suhaimi bangun.

“Tolonglah Mi. Tahan. Jangan pergi sentuh arak itu. Jangan. Ya Allah, berilah kekuatan pada sahabatku ini,” doa Mat Lutfi dengan air mata bergenang.

Suhaimi masuk ke tandas – agak lama. Mat Lutfi terfikir, “Rasanya sebelum tidur tadi saya dah check, tiada arak dalam tandas. Mengapa lama sangat?” Mat Lutfi tidak bangun.

Suhaimi keluar dari tandas. Mukanya basah dengan air seolah-olah baru mengambil wuduk. Mat Lutfi curi-curi melihat.

Suhaimi mendekati almari yang biasa disimpan araknya. Malam semalam Mat Lutfi tidak sempat menukar araknya menjadi fruit juice kerana keletihan.

Melihat Suhaimi membuka almari, Mat Lutfi teringin nak bangun menghalang. Apabila melihat Suhaimi membawa keluar kain sejadah, Mat Lutfi terus batalkan niat untuk bangun.

Suhaimi buat solat tengah malam. Hati Mat Lutfi cukup gembira dan tidur kembali sekembalinya Suhaimi ke katil selepas solat.

Besok pagi, Suhaimi yang mengejutkan Mat Lutfi untuk solat subuh.

“Mi. Anta ok?”

“Ok. Mengapa?”

“Anta bangun solat tengah malam semalam. Ana sangat gembira.”

“Ana pun tak tahu mengapa. Tetiba terasa nak solat. Terasa ada benda nak kata pada Allah. Hati terasa Allah dekat,” kata Suhaimi.

“Apa dia?” tanya Mat Lutfi.

“Baru sedar, Allah tidak pernah putus harapan pada ana. Selama ini, ana marah mengapa ana dibiarkan keseorangan di bumi ini. Ana hilang punca sehingga tersesat. Jika Allah tak sayangkan ana, manalah Allah akan bagi kekuatan pada anta untuk membawa ana kembali ke pangkal jalan. Allah tak pernah putus asa pada ana dan ini terbukti bila ana diberikan sahabat terbaik macam anta. Jikalau Allah tak sayang ana, anta dah pergi balik bercuti kot dan ana mungkin dah mati dalam mabuk,” kata Suhaimi.

Mat Lutfi terus memeluk Suhaimi – segala usahanya berjaya.

Sekembalinya semua rakan serumah dari Malaysia, mereka melihat Suhaimi seperti seorang yang lain – bukan yang lain, tapi Suhaimi yang lebih baik daripada dulu.

Hashim kagum tapi terlampau bangga untuk mengakuinya.

“Jangan kau buat dosa maksiat lagi. Aku tak akan bagi peluang kedua,” tegas  Hashim.

Tapi rakan-rakan serumah semua menggerumi Mat Lutfi dan bertanya apakah yang dia lakukan untuk menyelamatkan rakan mereka yang pada hemat mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

“Tak apa. Ana cuma faham Islam ini sempurna. Tapi orang Islam tidak. Jadi melalui itu, ana percaya Suhaimi boleh kembali ke pangkal jalan. Kita kan pewangi, takkan pewangi boleh tewas pada tukang besi.”

Senyum.

Sekadar perkongsian. Tulisan ini ditulis anak angkat selepas menonton video terbaru “Sebelah Sayap” Mat Luthfi. Tahniah atas filem yang memberikan renungan mendalam dalam kegiatan berdakwah.

Kadang-kala manusia sering terlupa kita hanyalah makhluk berdosa yang kaki masih berpijak di bumi Allah. Ujian Allah datang pada bila-bila masa dan pelbagai bentuk – seperti Suhaimi yang terjerumus ke dalam arak dan maksiat, tapi adakah kita mampu mengharunginya seperti Mat Lutfi atau melarikan diri seperti Hashim? Renungkan.