Ahad, 7 Ogos 2016

Poligami

NASIHAT YANG JARANG-JARANG DIDENGARI DI AKHIR ZAMAN :

POLIGAMI SUATU YANG SUCI 👰👰👰👰
Tajuk :  Poligami, Takut Bini, Takwa Islami

JANGAN BERJIMAK SEMASA ISTERI UZUR
Bismillah .. AyahZu pernah 'berpesan' : salah satu sebab anak menjadi pondan @ lelaki bersifat keperempuanan atas sebab pasangan mengamalkan hubungan kelamin semasa isteri sedang uzur haid. Ayahzu memaklumkan hal tersebut ditulis di dalam kitab kitab lama silam.

KAUM HAWA TIDAK LAYAK CEMBURU ATAS HAL AGAMA
AyahZu juga mempunyai lebih dari seorang isteri, beliau memberitahu bahawa 'Cemburu' itu hak suami tapi bukan hak isteri, isteri tidak boleh cemburu sekiranya suaminya ingin berpoligami seperti tuntutan sunnah (*hal ketentuan agama). Isteri hanya boleh sikit cemburu dalam hal hal yang tiada punya pertalian dengan hukum hakam agama.

Poligami adalah hal hukum yang telah dihalalkan Allah SWT. Maka apakah layak seorang 'wanita' berlaku cemburu atas hukum "Ketetapan Allah" ? Beraninya kamu cemburu atas "Hukum Allah?" Wahai kaum hawa, bertakwalah kamu!

POLIGAMI MELUKAKAN HATI?

Poligami akan membuat hati isteri sedikit terluka dan 'sakit hati, tetapi kamu (kaum wanita) akan dianggap 'zalim' apabila membiarkan 'wanita' lanjut usia yg lain (andartu) terluka hati bilamana masih tidak mempunyai suami sepertimu?

 Siapakah yang lebih 'terluka hati' ? Kamu atau mereka yang 'andartu?' Kamu yang mendapat 'adik baru' (madu) lebih terluka, atau seorang wanita yang berhajat mempunyai suami tetapi hajat itu tidak kesampaian bilamana kamu menghalangi mereka dari berumahtangga dengan suamimu? Kan itu namanya sebuah kezaliman? Mereka yang andartu itu lebih "terluka hati" dengan gelaran orang "Anak Dara Tua Lanjut Usia!"

Kamu tidak beri mereka menikahi suamimu, tapi bagaimana perasaanmu jika Andartu itu adalah "diri kamu sendiri??" Masa tu barulah kamu pula tergedik gedik nak mencari pasangan dari suami orang atas sebab peluang 'andartu' mendapat yang bujang adalah sangat tipis (pasangan sebaya).

Wahai kaum Hawa! Janganlah begitu Tamak atas suamimu itu! Mereka bukan milikmu selamanya, dan jika kamu engkar menderhaka atas 'hajat' kehendak suamimu, ingatlah bahawa suamimu itu akan menjadi hak milik para Bidadari di syurga, sedangkan nasibmu dipinggir pinggir kawah jahanam bilamana kamu menjadi penentang hukum Allah.

Izinkanlah suami suamimu yang berkemampuan agar mereka berpoligami .. berilah peluang adik adik madumu yang 'masih bujang' merasai 'kebahagiaan' yang telah Allah beri kamu rasai sebelum ini. Janganlah berlaku tamak atas 'barang' yang bukan milikmu selamanya, suamimu itu adalah "pinjaman Allah" yang sementara buatmu.

POLIGAMI ITU ADALAH JIHAD FISSABILILLAH
Redha Allah atasmu bilamana kamu membenarkan para suami berjihad berpoligami dijalan Allah! Poligami itu adalah sebuah JIHAD terbesar diakhir zaman, maka bantulah para suamimu untuk jihad memerangi maksiat.

Bilamana ramai wanita lanjut usia dinikahi, demi Allah maksiat umat terhadap Allah di atas mukabumi ini akan merendah dan berkurangan - demi Allah!

POLIGAMI DIANGGAP BERDOSA?
Selagi mana Poligami masih dianggap suatu 'dosa' oleh kaum hawa, maka selagi itulah maksiat dari kaum hawa akan terus 'bertebaran' melata di atas bumi Allah ini! Aku telah 'menyaksikan' "segala" kejahatan kaum hawa itu! Itulah kesannya jika poligami masih dipandang sepi di akhir zaman ini!

Maksiat bertebaran atas umat islam bilamana hukum Allah diremehkan. Hudud ditolak! Poligami ditentang! Kesannya umat umat muslim 'awam' semakin menjadi jahat bilamana Hukum Agama Allah tidak dapat ditegakkan atas umat manusia yang telah hilang 'pedoman' agama yang tulen.

TIDAK KAWIN KUNCI MAKSIAT KAUM HAWA
Jika berlaku kemaksiatan atas wanita wanita bujang lanjut usia, maka dosanya akan ditanggung oleh para isteri isteri "penentang" hukum Allah (poligami). Mereka menjadi jahat dengan bermaksiat dengan Allah atas kerana kamu tidak membenarkan para suamimu dinikahi oleh mereka yang masih bujang masak ranum.

POLIGAMI ITU PENUTUP PINTU ZINA
Penikahan dan Poligami itu adalah peng'reduce maksiat umat Islam! Kalaulah tidak atas kerana kemaksiatan para hamba hamba Allah yang Islam, nescaya umat manusia tidak diwajibkan untuk bernikah @ poligami. Tapi ia diwajibkan (pada yang 'berhajat') bagi menutup segala pintu-pintu Iblis ke lorong kemaksiatan kepada Allah.

IBLIS & SYAITAN ANTI POLIGAMI
Iblis suka ramai wanita wanita tidak berkahwin, maka dengan jalan ini Iblis dan Syaitan mudah menghasud agar kamu @ kaum hawa berbuatan dosa dan noda terhadap Allah SWT. Iblis dan Syaitan itu adalah Penentang No Satu Poligami - Mereka tidak suka umat Islam menikah, maka tertutuplah pintu maksiat terbesar atas para hamba hamba Allah! Ingatlah apa yang berlaku atas Adam & Hawa di syurga? Angkara siapa?

WANITA LEBIH RAMAI DARI LELAKI 1:40
Apa yang kamu faham dengan Nisbah angka 40 Wanita Bujang dibandingkan dengan 1 Pria Bujang di tanah melayu ini? Hanya 1 wanita sahaja dari 40 yang layak 'mempunyai' suami ?? 😱.. Maka apa yang akan berlaku dengan 39 wanita lain yang bujang terlajak? Dan dari 39 itu, berapa ramaikah pula yang mampu menjaga & mempertahankan kehormatan diri mereka dari terjebak ke lembah maksiat yang dikutuki Allah?! 🙄🤔??

Apakah kamu faham apa yang saya sampaikan ini? Dan apa yang kamu faham tentang nisbah 9 nafsu wanita berbanding dengan 1 akalnya?? Apa kaitannya terlajak 'bujang' dengan nisbah nafsu yang 9 itu? 🤔😳🙈

POLIGAMI JALAN KELUAR BAGI KRISIS 'ANDARTU'
Atas kerana itulah POLIGAMI di akhir zaman ini yang mana pada asalnya hukumnya 'sunat'(Sunnah) akan menjadi sunnah yang wajib!

Dengan Poligami itu, kaum Adam (Khalifah Allah) mampu me'reduce kemaksiatan dikalangan kaum hawa (namapun dah "hawa nafsu"), Allah SWT menghalalkan pernikahan dan poligami atas kerana untuk menjauhi para hamba-hamba-Nya dari terjebak kelembah kemaksiatan!! Itulah Kunci utama yang perlu kamu fahami mengapa umat islam perlukan hukum Poligami ini.. ia adalah "Penawar" bagi dosa dan noda umat di akhir zaman, Rasulullah tinggalkan kita 'Penawar' bagi penyakit kemaksiatan di akhir zaman. TAPI MENGAPA KAMU 'MASIH' BUAT BUAT TIDAK 'FAHAM' TENTANGNYA?

APA ITU UBAT MAKSIAT DI AKHIR ZAMAN?
Zina dan Onani itu adalah suatu "jenayah" di dalam agama Allah. Ia dikutuk dan dilaknati Allah SWT atas setiap pelakunya. Maka jalan keluarnya adalah pernikahan yang halal dan "POLIGAMI". Jika tiada poligami, maka jumlah wanta bujang terlajak semakin ramai. Peluang mereka mendapat suami semakin 'susut' jika tiadanya hukum Poligami ini.

Rasulullah menikahi lebih dari 4 orang wanita bukan atas kerana Baginda tinggi nafsu (*seperti tuduhan kaum kafir), tetapi Baginda berpoligami dengan isteri isteri yang kematian suaminya (syahid perang) demi meringankan 'beban jiwa' & batin buat para isteri isteri yang 'solehah' yang kehilangan tempat bergantung! Rasulullah SAW berpoligami demi 'menutup' kemaksiatan yang 'terbuka' dihadapan wanita wanita yang tidak mempunyai suami. Hal itulah yang harus kamu fahami.

UMAT TAMPA PEDOMAN & NASIHAT
Apa lagi jika kamu berada pada zaman di mana Rasululah SUDAH TIADA dan NABI-NABI PUN SUDAH TIADA INI! Kamu akan hilang pedoman jika mengikut suatu hatimu (*menjadi para penentang Poligami secara "senyap").

Hanya tinggal para Ulama dan Wali Wali sahaja tempat kamu meraih 'pedoman' di akhir zaman .. Tapi dalam bab Poligami ini sangat sikit Ulama yang berani menyuarakannya. Maka inilah "masanya" untuk kamu mendengar "NASIHAT" dari para Wali-Wali-Nya bilamana para alim Ulama Tidak Berani lagi untuk menyampaikan hal yang HAQ! 😃😇

JANGAN JADI PARA ALIM YANG DAYUS
Suami yang ingin beristeri lagi tetapi Takut pada isterinya, dia mungkin menjadi lelaki dayus di sisi Allah sekalipun dia seorang alim agama, sedangkan seorang alim agama yang tulen tidak akan "Takut" kepada sesiapa selain Allah demi menegakkan hukum-Nya @ Sunnah demi kebaikan umat Islam.

PENYAKIT 'TAKUT ISTERI'
Rasulullah SAW sendiri menyatakan 14000 tahun silam akan penyakit penyakit umat islam diakhir zaman. Salah satunya ; "Penyakit Lemah Iman" dan satu lagi adalah "Penyakit Takut Isteri"😊(*telinga berdesing - Rasulullah sedang memanggil) .. para suami mengabaikan ibu sendiri atas sebab demi menjaga hati si isteri @ takut bini hinggakan ibu ayah sendiri terabai di kampung halaman.

NASIHAT TERAKHIR BUAT KAUM HAWA BERIMAN
Note : Buat kamu Hawa, dengarlah nasihatku ini. Sekalipun kamu tidak suka dimadukan. TETAPI jangan kamu menjadi salah seorang dari para Penentang Poligami. Jadilah seorang muslimah yang mendengar dan taat segala perintah hukum Allah yang diamanahkan ke atasmu.

Sekarang ini terdapatnya sebilangan Ustazah yang menjadi menentang secara "halus" poligami.. Pertamanya dia juga 'takut' sekiranya suaminya menambah 'adik baru', maka ditakut takutkan bagi suami yang ingin berpoligami ini. Mereka meremeh remehkan kaum Adam dengan perkataan tajam yang menyakitkan hati :

✳"Bila bab kawin, baru nak ikut sunnah?"
✳"Seorang isteripun tak mampu nak tanggung, inikan 2?
✳"Belanja dapurpun minta duit isteri, ada hati nak kawin lagi?"
✳"Wahai kamu Adam, janganlah ikutkan hawa Nafsu"
✳"Poligami itu tidak termasuk sunnah!"
✳"Kerjapun kilang dan sekurity, gaji tak seberapa tapi ada hati nak buka cawangan? Sedar diri tu sikit!"
(*mmm Nabi kerja apa? Berapa isteri Nabi ustazah?)

✳ Koleksi Ucapan para Ustazah2 di TV : 😊👎 semua ini kata kata yang tidak mendorong ke arah keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Poligami itu bukanlah hal untuk bersuka suka, melainkan untuk mengelakkan umat dari jatuh ke lembah maksiat selain meramaikan 'umat islam' sebab Rasulullah suka umatnya ramai dan suka umat islam yang mempunyai anak yang ramai.

NASIHAT BUAT PARA SUAMI YANG BERIMAN :
Jika kamu berkemampuan kewangannya, dan baik agamanya yang bisa memimpin & membimbing umat, maka apa salahnya jika kamu cuba cuba memasang niat menambah 'adik baru' ... kasihanilah 'mereka-mereka' yang masih tidak mempunyai suami di luar sana.

Jika kamu menutup hati atas Poligami, bermakna kamu telah menutup ruang 'wanita wanita' bujang di luar sana untuk memilikimu dan menumpang kasih sayang daripadamu. Mereka jadi "bujang terlajak" atas kerana kamu Taboo kepada Poligami, padahal ia telah Allah halalkan atas kaum Adam.

Kamu telah ditakut-takutkan dimomokkan agar kamu menjauhi "Poligami" ini kaum hawa, semua itu adalah bisikan bisikan syaitan agar manusia terjebak ke lembah yang dimurkai Allah.

JADILAH UMAT MUSLIM YANG "TAAT HUKUM"
"Jika kamu taat perintah Allah & Rasul, maka pandanglah Poligami itu sebagai suatu yang "BAIK" dan "MULIA" tapi bukan suatu yang harus ditakuti dan dijauhi.

SEKOLAH TAKWA BAGI KAUM HAWA
Hanya dengan poligami sahaja isteri isteri beriman akan bertambah menjadi "lebih baik" .. Poligami itu sebenarnya adalah "SEKOLAH IMAN & TAKWA" buat kaum Hawa (bahawa para Aulia silam).

Hanya dengan poligami sahaja dapat diuji sejauh mana tingginya keimanan 'seorang isteri' yang muslimah atas segala ketentuan hukum Allah SWT. wassalam. 😊
☀✨🙏✨☀

P/S : Maaf pada yang terguris hati & 'rasa' .. tapi tidaklah kami berbicara mengikut kehendak rasa, kecuali semua itu adalah kehendak Allah agar kami menyampaikan hal 'Kebenaran' yang HAQ dari ajaran agama Islam silam - Ampun maaf pada kaum Hawa yang tersinggung hati. (p.m.s)

Sabtu, 6 Ogos 2016

Luahan pelajar

Some Schools in Kolkata India sent this letter to the parents few months before board exams...

Dear Parents,

The exams of children are to start soon. I know you are all really anxious for your child to do well.

But, please do remember, amongst the students, who will give the exams, is an artist, who doesn't need to understand Maths.

There's an entrepreneur, who doesn't care about History or English literature.

There's a musician, whose Chemistry marks won't matter.

There's a sportsperson, whose physical fitness is more important than Physics.

If your child does get top marks then great. But, if he or she doesn't please don't take away their self- confidence / dignity from them.

Tell them it's ok, it's just an exam. They are cut out for much bigger things in life.

Tell them, no matter what they score, you love them and will not judge them.

Please do this and if you do, watch your children conquer the world. One exam or a 90 percent marks won't take away their dreams and talent.

And please do not think that doctors and engineers are the only happy people in the world.

With Warm Regards,
The Principal

Tips pspm

Tips utk student sempena pspm :
1. Solat subuh berjemaah
2. Jangan tiru tutor
3. Jangan main dlm lab
4. Tak paham jumpa lecturer
5. Jangan bergantung dengan soalan ramalan
6. Cari kawan yg jenis ada matlamat bukan yg nak main-main
7. Jangan bercouple
8.Belajar bukan hanya 3k (Kelas, kafe, katil)
9.jangan main handphone dalam kuliah
10. Jangan kutuk lecturer          blkng²
11.kutuk lecturer dpn2 pon x bole
12. Elak last minute preparation
13. Jangan tido pleasee
14. Nampak hala tuju ( target kita)/ tujuan kita bljr sbb apa. Nak guna apa yg kita belajar utk apa.Baru lah mudah utk kita faham
15. Jangan tiru lab report
16. Belanja pensyarah utk amik hati walaupun hanya sebiji gula²
17. Selalu btanya khabar pensyarah
18. Ziarah ke rumah psyarah
19. Mdoakan kesejahteraan psyarah dan keluarganya

Kecukupan

Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan ______
2. Allah itu mematikan dan ______
3. Allah menciptakan lelaki dan ______
4. Allah memberikan kekayaan dan ______

Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no. 4? Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).
ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.
Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..
Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang "menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.

Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat.. Insha'Allah

Remaja masakini

Anak muda negara kita dan anak muda negara luar...sama shj...hnya beberapa negara yg penduduknya terlalu padat dn taraf kmiskinan...xada perkerjaan...

Jadi mereka mcari kerja...berhijrah kenegara yg mereka fikir dpt mbantu mereka...dng merasa sedar diri...mereka berusaha menaikkan taraf hidup mereka...dan hasil titik peluh mereka telah mngubah kehidupan kluarga di negara sendiri...

Ada negara yg mbyar sara hidup pd rakyat mereka yg xberkerja...kerajaan mereka spoilkan hidup mereka...

Begitu jgk yg terjadi di kuwait...lahir shj seorg bayi...kerajaan tlh sedia rm1000++ setiap bulan ke akaun bayi itu...dlm usia 18thn mereka sudah memiliki harta2 yg mereka inginkan...

Kemewahan mereka mjadikan mereka tidak ada ehsan pd yg lain...kurang mhormati manusia lain terutama yg tua...jiwa mereka lebih ganas...sesetengah2 negara tidak akn kelihatan remaja2 bkerja...mmg xnmpk...kita akn temui org2 tua mjaga berbgai kedai...

Pekerjaan sebenarnya byk...pd yg tinggal dlm zone selesa...mereka xakn berusaha...myalahkan krajaan dan takdir...

Keluarlah dari kotak...lihat sekeliling anda...akn terjumpa nya sesuatu yg anda inginkan yg anda carikan...

Utk mpermudahkan pecarian...kuasai byk bhasa...dan berdoa....

Ayat 12 surah al a'raf

TAFSIR AYAT 12 SURAH AL ARAF

Allah berfirman, "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” Menjawab iblis, "Saya lebih baik daripadanya; Engkau ciptakan saya dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah."
Ulama ahli nahwu dalam menganalisis firman-Nya: Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu? (Al-A' raf: 12)
Huruf la dalam ayat ini adalah zaidah (tambahan). Sedangkan menurut sebagian dari mereka, huruf la ini ditambahkan untuk mengukuhkan keingkaran. Perihalnya sama dengan pengertian yang terdapat di dalam perkataan seorang penyair:
مَا إِنْ رأيتُ وَلَا سمعتُ بِمِثْلِهِ
Sesungguhnya aku tidak pernah melihat dan tidak pernah pula mendengar semisalnya.
Maka huruf in dimasukkan sebelum ma nafiyah untuk mengukuhkan makna nafinya. Mereka mengatakan bahwa demikian pula pengertiannya dalam ayat ini, yaitu firman-Nya:
{مَا مَنَعَكَ أَلا تَسْجُدَ}
Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (Al-A'raf: 12)
Padahal sebelumnya telah disebutkan melalui firman-Nya:
{لَمْ يَكُنْ مِنَ السَّاجِدِينَ}
Dia tidak termasuk mereka yang bersujud. (Al-A"raf: 11)
yang mengandung pengertian ketiadaan bersujud.
Kedua pendapat di atas diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dan keduanya disanggahnya. Ibnu Jarir sendiri memilih pendapat yang mengatakan bahwa makna mana'aka' mengandung pengertian kata kerja lain yang bentuk lengkapnya adalah seperti berikut, "Apakah yang mencegahmu, menindasmu, dan memaksamu untuk tidak bersujud di saat Aku perintahkan kamu untuk melakukannya," atau pengertian yang semisal. Pendapat ini cukup baik dan kuat.
Ucapan iblis yang mengatakan:
{أَنَا خَيْرٌ مِنْهُ}
Saya lebih baik daripadanya (Adam). (Al-A'raf: 12)
Alasan iblis merupakan sesuatu hal yang lebih besar daripada dosanya, seakan-akan iblis membangkang —tidak mau taat— karena tidak ada perintah yang menganjurkan seseorang yang memiliki keutamaan bersujud kepada orang yang lebih rendah keutamaannya daripada yang diperintah. Seakan-akan iblis la’natullah mengatakan, "Saya lebih baik daripadanya, maka mengapa Engkau perintahkan saya untuk bersujud kepadanya?"
Kemudian iblis mengatakan, dikatakan dirinya lebih baik karena ia diciptakan dari api, sedangkan api itu lebih baik daripada apa yang diciptakan-Nya dari tanah liat. Iblis yang laknat dalam alasannya mengacu kepada asal unsur kejadian, tidak mengacu kepada kemuliaan yang besar yang ada pada diri Adam. Yaitu Allah menciptakan Adam dengan tangan kekuasaan-Nya sendiri dan meniupkan ke dalam tubuhnya roh (ciptaan)-Nya.
Iblis melakukan analogi yang tidak benar, berlawanan dengan nas firman Allah Swt. yang mengatakan:
{فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ}
maka tunduklah kalian kepadanya dengan bersujud. (Al-Hijr: 29, Shad: 72)
Iblis memisahkan diri di antara malaikat karena tidak mau bersujud. Karena itulah maka dia terusir dari rahmat dan putus asa dari rahmat. Iblis la'natultah keliru dalam analogi dan pengakuannya yang mengatakan bahwa api lebih mulia daripada tanah.
Padahal sesungguhnya tabiat tanah liat itu ialah kuat, sabar, tenang, dan kokoh. Tanah merupakan tempat bagi tetumbuhan, pengembangan, penambahan, dan perbaikan; sedangkan api mempunyai watak membakar, liar, dan cepat. Karena itulah iblis berkhianat terhadap unsur kejadian dirinya, sedangkan Adam mendapat manfaat dari unsur kejadiannya, yaitu selalu ingat kepada Allah, kembali kepada-Nya, tenang, taat dan berserah diri kepada perintah Allah Swt., mengakui dosa dan memohon tobat serta ampunan.
Di dalam kitab Sahih Muslim disebutkan melalui Siti Aisyah r.a. bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:
"خُلِقَت الْمَلَائِكَةُ مِنْ نُورٍ، وخُلقَ إِبْلِيسُ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ، وَخُلِقَ آدَمُ مِمَّا وُصِفَ لَكُمْ"
Malaikat diciptakan dari nur (cahaya), dan iblis diciptakan dari nyala api, sedangkan Adam diciptakan dari apa yang telah digambarkan kepada kalian.
Hal yang sama telah diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Ibnu Murdawaih mengatakan, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Ja'far, telah menceritakan kepada kami Ismail ibnu Abdullah ibnu Mas'ud, telah menceritakan kepada kami Na'im ibnu Hammad, telah menceritakan kepada kami Abdur Razzaq, dari Ma'mar, dari Az-Zuhri, dari Urwah, dari Aisyah yang mengatakan bahwa Rasulullah Saw. pernah bersabda: Allah menciptakan malaikat dari nur Arasy, dan menciptakan jin dari nyala api, serta menciptakan Adam dari apa yang digambarkan kepada kalian. Saya (perawi) bertanya kepada Na'im ibnu Hammad, "Di manakah engkau mendengar hadis ini dari Abdur Razzaq?" Na'im menjawab, "Di Yaman."
Menurut lafaz lain dari hadis ini yang tidak sahih disebutkan seperti berikut:
"وَخُلِقَتِ الْحُورُ الْعِينُ مِنَ الزَّعْفَرَانِ"
Dan Aku menciptakan bidadari yang bermata jeli dari za'faran.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepada kami Al-Qasim, telah menceritakan kepada kami Al-Husain, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Kasir, dari Ibnu Syauzab, dari Matar Al-Waraq, dari Al-Hasan sehubungan dengan makna firman-Nya: Engkau ciptakan saya dari api, sedangkan Engkau ciptakan dia dari tanah. (Al-A'raf: 12) Bahwa iblis melakukan analogi, dialah yang mula-mula melakukan analogi (kias). Sanad asar berpredikat sahih.
Ibnu Jarir mengatakan, telah menceritakan kepadaku Umar ibnu Malik, telah menceritakan kepadanya Yahya ibnu Salim At-Taifi, dari Hisyam ibnu Sirin yang telah mengatakan bahwa iblisl yang mula-mula melakukan kias (analogi), dan tidak sekali-kali matahari dan rembulan disembah melainkan karena adanya kias tersebut. Sanad asar ini berpredikat sahih pula.

Koje

*ANDA STUDENT?*

Bertabahlah wahai sahabat seusia ku,antara umur 22 ke 26 tahun. zaman kita ini ada Diploma ke, Ijazah ke, Master or Phd belum tentu lg mampu untk masuk sektor kerajaan. simpanlah Sijil kita itu sebagai Kenangan dan tanda Ilmu yg pernah kt pelajari. Gambar konvo yg kita melangkah terima skrol tu simpanlah juga untk tontonan anak cucu kita nanti.

Skrg memang susah nak dpt penempatan kerja dlm sektor kerajaan dan swasta. tmasuklah graduan perubatan, perguruan yg dpt biasiswa kerajaan sekalipun ada yg dah hampir nk masuk 2 tahun mengangur mash x di panggil untk penempatan.

saya tpikir juga mcm manalah agaknya generasi adik adik akan dtg. semakin hari semakin bertambah bilangan anak2 Malaysia ni,bgaimana nasib mereka suatu hari nanti.

kalau di lihat dlm website SPA8, kerajaan sdg membekukan pengambilan pekerja. dan mengoptimunkan bilangan pekerja. maksudnya kalau ada kekosongan brulah akan ambil pekerja baru..nak tunggu kekosongan yg letihnya.krn Tngu pakcik dan makcik nak pencen umur 60 tahun bru ada kekosongan. memang agak sikitlahh yg pencen sb bilangan mereka tak ramai.

so,mulai skrg. anak muda kena letak dlm mindset bhawa kita belajar diploma atau ijazah bukan tiket untk dapat kerja. dan perlu fikir juga mcm mana nk byr blik pinjaman Ptptn dan Mara selepas hbis blajar.

Nak tak nak kita kena fikirkan 10  halatuju yg hendak kt lakukan setelah tamat belajar untk teruskan kehidupan.selepas senaraikan 10 halatuju tersbut kaji dan pilihlah yg terbaik. contohnya seperti berniaga ke, kerja kilangke,buat perkhidmatan ke, kerja dgn orang ke dan sbagainya. asalkan halal dan dpt kita teruskn hdup untk sara kehidupan diri sendiri dahulu tanpa mengharapkan duit mak ayah lagi.

jangan risau sahabat rezeki di bumi Allah ni luas,bukan hanya terhad kpd sektor kerajaan sahaja. yg tak ada ijazah,master pun dah ramai yg bjaya dan kaya raya dlm bidang mreka cuburi. Perjalanan hidup kita masih jauh dan kita tak akan jangka apa akan berlaku pd kehidupan kita 10 tahun akn dtg iaitu ktika umur 32 hg 36 tahun.

dan kpd Yang dapat kerja bagus selepas tamat belajar itu,itu adalah rezeki anda. dan hargailah rezeki itu dgn kerja bersungguh2 krn ramai yg menginginkan apa yg anda nikmati itu.

saya sendiri pun kerja sendri.buat bisnes . kadang2 org kata sy mengangur dan tak ada masa depan. tak per. krn manusia boleh jer ckp apa sahaja. Mereka bukan Tuhan yg aturkan khdupan kita, dan mereka tak tahu apa yg kita rasa dan lalui.

Itu sahaja. terima ksh sudi bca ya. lama dah tak tulis panjang2. ini hanyalah pendapat peribadi saya saja. tak kena mengena yg hdup mahupun yg mati.

_Nukilan ikhlas peniaga_