Sabtu, 6 Ogos 2016

Koje

*ANDA STUDENT?*

Bertabahlah wahai sahabat seusia ku,antara umur 22 ke 26 tahun. zaman kita ini ada Diploma ke, Ijazah ke, Master or Phd belum tentu lg mampu untk masuk sektor kerajaan. simpanlah Sijil kita itu sebagai Kenangan dan tanda Ilmu yg pernah kt pelajari. Gambar konvo yg kita melangkah terima skrol tu simpanlah juga untk tontonan anak cucu kita nanti.

Skrg memang susah nak dpt penempatan kerja dlm sektor kerajaan dan swasta. tmasuklah graduan perubatan, perguruan yg dpt biasiswa kerajaan sekalipun ada yg dah hampir nk masuk 2 tahun mengangur mash x di panggil untk penempatan.

saya tpikir juga mcm manalah agaknya generasi adik adik akan dtg. semakin hari semakin bertambah bilangan anak2 Malaysia ni,bgaimana nasib mereka suatu hari nanti.

kalau di lihat dlm website SPA8, kerajaan sdg membekukan pengambilan pekerja. dan mengoptimunkan bilangan pekerja. maksudnya kalau ada kekosongan brulah akan ambil pekerja baru..nak tunggu kekosongan yg letihnya.krn Tngu pakcik dan makcik nak pencen umur 60 tahun bru ada kekosongan. memang agak sikitlahh yg pencen sb bilangan mereka tak ramai.

so,mulai skrg. anak muda kena letak dlm mindset bhawa kita belajar diploma atau ijazah bukan tiket untk dapat kerja. dan perlu fikir juga mcm mana nk byr blik pinjaman Ptptn dan Mara selepas hbis blajar.

Nak tak nak kita kena fikirkan 10  halatuju yg hendak kt lakukan setelah tamat belajar untk teruskan kehidupan.selepas senaraikan 10 halatuju tersbut kaji dan pilihlah yg terbaik. contohnya seperti berniaga ke, kerja kilangke,buat perkhidmatan ke, kerja dgn orang ke dan sbagainya. asalkan halal dan dpt kita teruskn hdup untk sara kehidupan diri sendiri dahulu tanpa mengharapkan duit mak ayah lagi.

jangan risau sahabat rezeki di bumi Allah ni luas,bukan hanya terhad kpd sektor kerajaan sahaja. yg tak ada ijazah,master pun dah ramai yg bjaya dan kaya raya dlm bidang mreka cuburi. Perjalanan hidup kita masih jauh dan kita tak akan jangka apa akan berlaku pd kehidupan kita 10 tahun akn dtg iaitu ktika umur 32 hg 36 tahun.

dan kpd Yang dapat kerja bagus selepas tamat belajar itu,itu adalah rezeki anda. dan hargailah rezeki itu dgn kerja bersungguh2 krn ramai yg menginginkan apa yg anda nikmati itu.

saya sendiri pun kerja sendri.buat bisnes . kadang2 org kata sy mengangur dan tak ada masa depan. tak per. krn manusia boleh jer ckp apa sahaja. Mereka bukan Tuhan yg aturkan khdupan kita, dan mereka tak tahu apa yg kita rasa dan lalui.

Itu sahaja. terima ksh sudi bca ya. lama dah tak tulis panjang2. ini hanyalah pendapat peribadi saya saja. tak kena mengena yg hdup mahupun yg mati.

_Nukilan ikhlas peniaga_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan