Sabtu, 19 November 2016

Finland

*An excellent piece written by a Malaysian lady who migrated to Finland to provide education for her own kids......
**a bitter pill to swallow but definitely worth reading......**

Edisi UPSR: Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan A.

Memang Finns tak peduli pasal exam pun, diorang belajar sebab seronok, sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar benda baru macam hidupkan api kayu, belajar pasal Malaysia, cara buat robot etc. Why do you think I came to Finland? 9000km away from emak and abah, just to learn the secret of Finnish education system! Bila dah tau, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan sebab guru kita tak pandai, bukan sebab org kementerian semua jahat, bukan sebab anak kita bodoh, tapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, meh saya bagitau benda yang saya belajar setahun lebih belajar pasal education system kat Finland ni. Tapi sila telan sebab pahit:

1) Sekolah adalah tempat belajar bukan medan ranking. Di Finland, sistem exam tiada, sebab semua sekolah di Finland, mempunya satu ranking sahaja, iaitu equal / sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar je anak kat mana-mana sekolah dalam Finland, standard dia sama. Takde kelas pandai, takde kelas 'belakang'. Kat Malaysia, kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik di Malaysia. Sekolah yang terbaik dapat tajaan, dapat partnership etc dan guru-guru stress sebab nak kekalkan ranking, sebab nanti ibu bapa bising kalau pencapaian merudum. Bila ibu bapa bising-bising, guru besar stress, bila guru besar stress, guru-guru pula stress, diorang paksa murid2 telan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara jawab exam dan pastu murid-murid pula stress. So bilanya nak belajar? Yang ibubapa sesetengahnya, cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tapi lepas tu masih lamenting the fact anak dia 'kurang sikit' dari anak orang lain, sebab tu tak dapat masuk asrama. Come onnnn.

2) Jenis ilmu yang dipelajari. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar benda yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab tu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru dah bawa masuk hutan untuk belajar pasal jenis-jenis kulit pokok. Seminggu belajar pasal tu je. Dalam kata lain, diorang menggunakan KBAT dalam seharian, tp takde pun diorang labelkan KBAT tu. Kat Malaysia? Heboh dengan KBAT, tp tak paham konsep KBAT. Siap buat exam on KBAT! Really? Tu tak masuk ibu bapa call guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam textbook sebab kelas sebelah dah start Chapter 10. Heboh pula sebab dalam test takde pun keluar sebijik macam textbook?

3) Kat sini takde exam sebab grade bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tak reti membaca. Kerja diorang dalam kelas, bermain. Sebab dari main tu lah diorang belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa. Kat Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah menggelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ni in the first place?  Siapa yang buat sistem kasta ni?  Dan tanya diri sendiri sebagai parents, siapa yang paksa2 anak-anak untuk masuk sistem kasta ni? Tanya betul-betul kat diri sendiri, berapa banyak soalan dalam exam UPSR tu membantu budak-budak mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing2 mengamuk. Tapi nak jadi Finland. Truth is, we cannot. Sebab dah jauh terperangkap dalam traps yang kita sendiri bina.

 4) Sistem ekonomi di sini membantu rakyat dia untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan, sebab kat sini kalau lepas graduate tak dapat cari pekerjaan, government akan bayar elaun sementara diorang dapat kerja. Ibu2 melahirkan anak pula cuti setahun, dengan gaji dibayar government. Orang-orang miskin dapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat dapat bantuan urut dari health centre. Orang-orang yang stress diberi cuti sehingga hilang stress.
Pelajar-pelajar pula dapat peluang belajar dari tadika sampai phd - FREE dan dapat elaun bulanan untuk tolong pelajar bayar sewa rumah dan makan. Kat Malaysia?

Look, jangan tersilap yang saya ni cakap orang Finland rasa akademik tak penting. Orang sini majoriti mempunyai minimum masters degree. ILMU tu penting. Grade A yang tak penting.

Upsr

UPSR oh UPSR
===========

Kalaulah saya ada kuasa mengubah saya hapuskan saja UPSR!!! Sakit mata tengok FB dan berita yang tak sudah-sudah menceritakan kekecewaan mak ayah, tunjuk gambar anak dan emak ayah menangis kegembiraan bagi yang berjaya. Buat pengumuman keputusan macam gaya konvo di universiti. Malang sekali tidak memikirkan perasaan pelajar dan ibu bapa pelajar yang namanya dipanggil terakhir atau antara yang akhir.

Itu namanya sengaja memalukan ibu bapa dan pelajar. Apa salahnya nama diumum mengikut abjad? Bukan nak salahkan guru sepenuhnya tapi sebenarnya sistem pendidikan yang sangat mementingkan kecemerlangan akademik.

Kalau kenyataan dikeluarkan "jangan bandingkan keputusan tahun ini dengan tahun lepas" lagilah kuat mak ayah nak bandingkan. Itu lumrah. Kalau ada perkataan "jangan baca" lagilah kita nak baca.

Saya tak lah kisah sangat kalau emak ayah dan guru-guru semua gembira dengan apa-apa keputusan yang pelajar perolehi, tapi kalau ayat saccastic dari guru seperti "sebab apa awak tak pandai macam abang awak?"

Pelajar mana yang rasa tak kecil hati? Emak ayah pulak respon dengan jawapan "hmmm... dia banyak main cikgu" walhalnya anak ni bertungkus lumus siang malam membaca tapi dia 'just' cannot understand! Dia ada learning difficulty.

Nak rehatkan otak menonton TV sekejap pun dah kena halau masuk bilik membaca buku, akhirnya memang duduk dalam bilik tapi tidur atau baca komik. Padan lah muka kita yang paksa anak macam tu.

Harini memang nak cakap kasar sikit. Letih dengan keluhan ibu bapa dan guru-guru. Guru-guru juga adalah ibu-bapa kepada anak-anak mereka yang kadangkala bersekolah di sekolah lain. Mereka mendidik anak-anak kita semua, tusyen siang malam. Balik lewat malam. Weekend pun tak pernah bersama keluarga demi pelajar-pelajar mereka. Tak ada masa rehat untuk guru. Balik rumah minda memikirkan pelajar-pelajar mereka yang akan menduduki peperiksaan. Guru yang sakit nak diberi cuti sakit pun tak mahu menerima kerana memikirkan anak-anak murid. Di manakah kebahagiaan hidup seorang guru? Di mana kualiti hidup mereka bersama keluarga mereka?

Pelajar pula, petang kelas tusyen, malam tusyen, weekend private tusyen lagi. Balik rumah (kalau yang rumah dekat dengan sekolah) makan dan pergi semula sekolah. Saya dah rasa keluar malam tinggalkan anak-anak kecil jam 10 malam ambil anak nak duduk UPSR tusyen di sekolah. Letih tau tapi sebab anak sanggup nak pergi saya ikutkan. Namun dalam hati kecewa kerana hidup saya juga tiada kualiti. Habis masa atas jalan raya dalam kereta. Suami nak makan malam bersama pun tak sempat sebab nak hantar anak tusyen.

Terkeluar juga ayat-ayat " apasal teruk sangat tusyen hari-hari?" Luahan hati seorang suami bila isteri sibuk menghantar anak tusyen. Mungkin juga tugas menghantar anak tusyen dilakukan oleh ayah, maka ibu pula yang komplen nak makan dengan suami pun susah.

Tak hantar anak tusyen dapat memo pulak dari guru "anak ini pelajar harapan sekolah yang akan menaikkan nama sekolah!" Nak tak nak emak ayah yang dah terdoktrin dengan "peperiksaan lambang kebijaksanaan seorang pelajar" hantar lah juga anak mereka biar berperang satu keluarga.

Sampai bilalah kita nak jadi macam ni. Saya selalu mengimpikan sistem yang santai tetapi membina jati diri pelajar tanpa peperiksaan sebagai kayu pengukur akhir. Sepanjang tahun bertungkus lumus belajar tidak dinilai, keputusan akhir juga yang jadi kayu pengukur.

Penat, letih, kalau boleh tak mau dengar dah semua ni!!! Tapi akan ada lah nanti yang  dirujukkan ke klinik, "anak saya ni nampak tak happy sejak keputusan upsr keluar!" Ambik ko!!

Saya bukan anti exam tetapi keterlaluan akhirnya stress melampau terpaksa bawak anak jumpa pakar psikiatri. Anak murung, menangis tak nak bercakap, tak nak makan, tak nak minum. Harap-harap jangan ada yang nak menamatkan riwayat pula. Bukannya tak ada, dah pernah ada kan beberapa tahun lalu pelajar SPM membunuh diri.

Adik beradik dan ipar duai saya ramaaaaiiiii dalam kalangan guru, saya pun bekerjasama dengan guru-guru, pegawai pendidikan di JPN dan PPD Kelantan pun geng-geng saya. Keluhan ini selalu kami kongsikan. Namun kami hanyalah ikan-ilan bilis yang tidak dapat mengubah dasar. Orang yang terlibat membuat dasar kami tak kenal. Cuba datang kenal-kenal dengan kami di klinik psikiatri ni.... baru nampak apakah stress dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa berkaitan dengan dasar pendidikan yang mementingkan akademik.

Entah sapalah pembuat dasar yang akan baca pos saya ini!!

Parents dan teachers, especially students you are great people. You have done the best. So enjoy!! Do not be affected by your upsr result. It is nothing but perseverance to continue your journey as a human being mencari jannah dan redha Allah is the main scale measured.

Hargai semua usaha anak-anak dan guru-guru. Stop blaming them tapi nak blame system tak pe! Semoga berubahlah kepada yang lebih santai dan seronok bukan menjadikan pelajar dan guru mangsa perubahan yang sentiasa mengecewakan!

spm

Luahan anak SPM pula....👇

Paper addmaths semalam benar benar mengejutkan semua SPM candidates. Tengok tweet di twitter sahaja sudah melambangkan bagaimana perasaan kesemuanya yang terkejut dan kecewa.

Umum mengetahui kami merupakan batch pertama menjadi tikus makmal sewaktu di tingkatan tiga. Menjadi PT3 candidates dalam keadaan format masih tidak selaras dan banyak lagi masalah lain. Itu tak payah cerita bagaimana penatnya guru guru bertungkus lumus nak catchup dengan format, bengkel sana sini supaya dapat memastikan anak murid dapat keputusan cemerlang.

Sudahlah begitu, kami menjadi tikus makmal lagi sekali. Tahun ini buat pertama kalinya format dan template kertas Addmath berubah tanpa pemberitahuan kepada guru guru mahupun para pelajar. Aras soalan benar benar ditingkatkan ke tahap maksimum. Tambahan pula, ada dimasukkan elemen fizik dalam soalan vektor semalam. Dan sejujurnya saya tak dapat bayangkan bagaimana sahabat sahabat saya yang tidak mengambil fizik ingin menjawab soalan tersebut.

Belum tengok lagi kertas sejarah yang KBATless. Sedangkan, apa yang diuar uarkan adalah kertas sejarah bakal menjadi antara kertas yang banyak soalan KBAT untuk memberi markah percuma kepada para pelajar.

Sayang seribu kali sayang, sekadar indah khabar dari rupa. Habis otak kami dikerah dengan segala soalan yang berorientasikan fakta semata mata. Otak manusia mana yang boleh hadam semua fakta sejarah yang dipelajari selama 2 tahun, dengan buku teks yang maha tebalnya, dengan baik?

Saya bukan nak ketepikan elemen tawakkal. Tapi apa signifikannya perubahan ini dalam sistem peperiksaan sedia ada?

Sudahlah institusi sekolah menengah diporak perandakan, dirosakkan juga kreativiti pelajar sekolah rendah dengan segala sistem peperiksaan yang tidak berperikemanusiaan.

Berhentilah KPM. Kami semua ialah manusia yang ingin menjadi manusia lantas ingin berbakti pula kepada manusia.

Kami tidak mahu, dan tidak akan pernah mahu menjadi robot seperti yang kalian dambakan!

Kalian benar benar penjenayah sosial dalam bidang pendidikan manusia. Mungkin kasar, tetapi ia merupakan hakikat sebenar.

Sekian.
Luahan hati seorang SPM candidate.
Yang masih mempunyai tiga kertas berbaki.
Doakan saya dan yang lain.

Jumaat, 18 November 2016

Guru

Oleh Cikgu Fadli Salleh

Aku nak buat kelas lewat malam khas untuk golongan ibubapa spesis manja ni.Makin menjadi-jadi nampaknya perangai mengada-ngada ibubapa zaman sekarang. Sampai anaknya tidak dibenarkan untuk padam papan hitam. Anak mereka bukan orang gaji katanya. Anak mereka pelanggan, harus dijaga dengan baik dan dihormati kata mereka.



Eh ibubapa! Zaman sekarang ka, zaman dahulu ka, zaman purba ka, budak tetap sama. Mereka seronok sangat bila cikgu pilih mereka untuk padam papan hitam. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.
Kalau ditanya siapa yang mahu tolong padam papan hitam, berebut budak angkat tangan tahu tak? Sampai cikgu tak tahu nak pilih yang mana satu. Malah, kadangkala, sampai ada murid yang bergaduh dan merajuk. Sebab tak dapat padam papan hitam. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa! Cikgu ini pun orang yang tahu adab dan susila. Murid yang tolong padam papan hitam pasti mereka ucapkan terima kasih. Walau pada murid berumur 7 tahun sedang sang gurunya berumur 50 tahun.

Kami ucap terima kasih, kerana tunjuk ajar kami bukan sekadar dalam buku teks sahaja. Kami didik hati dan perangai mereka sekali. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Kau kat rumah, suruh anak gaul simen pun kau tak ucap terima kasih. Apa punya contoh yang kau tunjuk aku tak tahu lah.

Eh ibubapa! Kau tahu tak dah bertahun kami para guru terpaksa berdiri di depan pagar menyambut murid dan mengucap selamat datang? Zaman sekarang zaman guru kena hormat murid tahu tak?

Dah la cikgu ucap selamat datang kat pagar, siap sambut lagi, tapi anak kau senyum kat cikgu pun tidak. Cikgu tegur pula menjawab. Silap-silap kereta tercalar, tayar pancit. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa! Setiap bulan cikgu kena sambut hari lahir anak murid tahu tak? Hari lahir anak kau juga. Kami sediakan kek, panggil murid-murid lain rai dan nyanyi sama-sama. Malah ada guru yang suapkan kek kat murid. Sedangkan, hari jadi guru itu sendiri, tiada murid ingat pun. Nak sambut siap suap kek jauh sekali lah. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa! Kau tahu tak, anak kau yang terkencing terberak dalam kelas itu, cikgu dia yang bawa ke tandas. Buka baju, tolong basuh kencing berak, tolong cari baju lain dan salinkan. Kadang-kadang, cikgu terpaksa keluarkan duit sendiri beli baju saiz anak kau sebab dia kencing berak tak sempat ke tandas. Kena mop dan bersih lantai kelas lagi. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Sedangkan itu bukan tugas cikgu. Itu tugas kau. Cikgu itu boleh saja biarkan anak kau dalam keadaan hancing dan busuk, lepas tu telefon kau suruh datang ambil dan basuh sendiri. Sebab itu diluar bidang tugas cikgu. Tapi kami guru bukan begitu. Kau mana tahu, kau bukan cikgu.

Eh ibubapa, kalau ikutkan hati, banyak lagi point aku nak tulis kat sini. Tapi aku risau nanti status ini jadi macam novel la pula. Panjang berjela-jela. Nanti kau tak baca. Bukan aku tak tahu, kau ni jenis malas membaca. Aku tahulah, aku kan cikgu.

Eh ibubapa! Aku nak bagitahu satu perkara penting ni. Kalau kau mengada-ngada nak anak kau dilayan lebih dari anak raja, satu nasihat aku untukmu.

Kau tak payah hantar la anak kau ke sekolah. Kau sekolahkan anak kau di rumah sahaja. Kau kan serba tahu. Cikgu kan serba tak kena pada kau. Itu jalan terbaik untuk kau dan anak kau.

================

- Artikel ini khusus buat ibubapa spesis ini sahaja. Yang lain jangan terasa.

*Penulis: Cikgu Fadli Salleh

"MEMPERKASA ILMU,TARBIYAH DIRI"

Khamis, 17 November 2016

UPSR

Keputusan UPSR 2014

Ada 460 000 pelajar

Dapat semua A = 36,304

_______________________

Keputusan UPSR 2015

Ada 443 000 pelajar.

Dapat semua A  = 38,344
_______________________

Keputusan UPSR 2016

Ada 440 000 pelajar.

Dapat semua A  = 4,866

Keputusan UPSR dilandasan yang betul.

Mungkin ramai yang kecewa pada UPSR tahun ini termasuk ibu-bapa. Pada saya, UPSR sudah dilandasan yqng betul apabila benar-benar menguji pelajar. Tiada lagi longgokan A tetapi kurang kualiti. Teringat zaman kami yang tak ramai dapat A. Desas desus gred diturunkan untuk meramaikan A tidak lagi kedengaran pada tahun ini.

Satu transformasi drpd hafalan kpd menyelesaikan masalah.Hafal tetap menghafal sbg "tools" utk selesaikan lapis pertama isu dlm soalan KBA(HOTS). Soalan KBAT berlapis2. Tetapi dalam hafalan kena selesai masalah aras tinggi. Kejutan utk anak2. Soalan "trial", buku2 semua tak menepati soalan sebenar. KBAT UPSR hanya bermula thn ni. Semasa batch ini, di thn 5 pun mereka belum dibiasakan dgn format yg  skema jawapan sangat "tight" dgn "keyword" tertentu bagi soalan subjektif. Sebab itu yg dpt "trail" 6A ttp apabila "result" sebenar ramai yg merudum. Soalan hampir setaraf PMR zaman dahulu. Malah ada yg lebih susah. Anak2 UPSR kali ini berada di aras yg tinggi.

صلاة برجماعه

Kelebihan Solat di Masjid
BILA SOLAT DI MASJID,
In Sya Allah kita akan perolehi:

1. Pahala sahut seruan azan
2. Pahala melangkah ke masjid
3. Pahala masuk masjid.
4. Pahala melangkah kaki kanan kedalam masjid
5. Pahala doa masuk masjid
6. Pahala solat tahiyyatul masjid
7. Pahala i’tikaf
8. Pahala solat berjamaah
9. Pahala takbiratul ihram bersama imam
10. Pahala amin bersama imam
11. Pahala rapatkan sof,
12. Pahala luruskan sof
13. Pahala dengar tilawah quran
14. Pahala hubung silaturrahim
15. Pahala duduk dalam majlis zikir
16. Pahala duduk dalam majlis ilmu
17. Pahala jadi makmum
19. Pahala membersihkan masjid
20. Pahala menuntut ilmu
21. Pahala nasihat menasihati
22. Pahala sedekah ditabung masjid
23. Pahala mempelajari bacaan Quran yang betul melalui bacaan imam.
24. Pahala mengingatkan imam jika beliau lupa
25. Pahala menghidupkan sunnah rasulullah saw
26. Pahala menghidupkan syiar agama Islam
27. Pahala doa keluar masjid dan dengan langkah kiri..

Daripada darjat2 ini, berapa yg tidak boleh dicapai jika solat berjamaah dirumah?

Oleh itu marilah kita berjemaah di masjid/surau sedapat yg mungkin.

Wallahu’alam..

Ilmu

Ambillah ilmu daripada ahlinya sekali pun orangnya tidak terkenal

Di antara tanda-tanda wujud kesombongan dalam diri seorang penuntut ilmu,  hanya akan mencari dan memberi tumpuan pada guru-guru yang ternama dan masyhur sahaja.  Penuntut sebegini sebenarnya adalah jahil.  Ini kerana hikmah itu upama barangan keciciran sesiapa sahaja termasuk para penuntut. Pastinya mereka akan mencari dan mengutip semula jika barangan tersebut ditemui.  Tidak perlu penuntut hanya akan mengutip kembali barangannya yang tercicir,  andai yang memberitahunya itu seseorang yang mempunyai taraf dan kedudukan.  Jika orang kebanyakan atau orang bawahan yang memberitahu akan tempat barang kecicirannya berada,  dia enggan mengambil semula barangannya itu.
Perumpamaan yang kedua seperti seseorang yang bakal memasuki kawasan hutan,  hanya diperingatkan oleh seorang budak hingusan akan kawasan tersebut mempunyai binatang buas yang telah membunuh beberapa orang yang tidak bernasib baik. Namun maklumat berguna seperti itu tidak diendahkan kerana yang memberitahunya hanyalah seorang budak.  Dengan nekad dia pun memasuki kawasan hutan tersebut,  lalu dia pun sama dibaham oleh binatang buas tersebut.
Begitulah dengan ilmu bertujuan menyelamatkan manusia.  Tidak penting daripada siapa ilmu itu diambil,  asalkan yang menyampaikan itu adalah ahlinya.