Ahad, 21 Mei 2017

Menteri

KISAH 3 ORANG MENTERI DAN POKOK BUAH

Diceritakan oleh SYEIKH ALI SOLEH MUHAMMAD ALI JABER

Guru Tahfiz Masjid an-Nabawi,

tentang kisah tiga menteri dan seorang Raja.

Pada suatu hari Raja memanggil tiga orang menteri tersebut, maka baginda memberi tiga karung guni.

Berkata Raja, “Pergi panjat pokok dan memetik buah di pokok tersebut sehingga penuh guni masing-masing".

Maka terpinga-pingalah ketiga-tiga menteri tersebut, kenapa seorang menteri diberi arahan sebegitu?

Disebabkan arahan khalifah maka mereka pun melakukan apa yang disuruh.

Menteri A merupakan menteri yang jujur dan amanah, maka beliau pun bersungguh-sungguh panjat pokok buah tersebut dan mencari buah yang paling baik dan berkualiti dan memenuhi karung guni yang di beri oleh raja.

Menteri B merupakan menteri yang kadang-kadang amanah, kadang-kadang tidak

Beliau beramanah mengikut situasi yang dihadapi

Imamnya tidak sekukuh menteri A.

Maka dia panjat dan sampai separuh pokok...

Terfikir dia, “buat apa aku berusaha ambil yang elok-elok, cukup la sekadar mengutip buah yang jatuh di bawah,

Cukup sekadar penuh buah dengan karung guni sudah cukup"

Lalu menteri tu pun turun dan mengutip buah yang bercampur ada yang baik dan ada yang busuk.

Menteri C seorang yang sungguh tidak amanah, beliau hanya mementingkan diri sendiri.

Beliau berfikir “ Buat apa aku susah-susah, akukan menteri...ini bukan kerja aku, baik aku kutip batu je cukup, janji penuh karung guni nie,

Lagi pun raja mana ada masa untuk melihat isi dalam karung ini’.

Lalu beliau pun mengutip batu dan memenuhi karung guninya.

Sampai masanya, mereka bertiga menghadap raja.

Benar-benar telahan Menteri C, raja tidak melihat karung guni tersebut.

Namun Raja yang bijak mempunyai cara yang lebih bijak.

Baginda mengarah pengawal memasukkan ketiga-tiga menteri ke dalam penjara.

Dan mengarahkan makanan yang hanya boleh di makan, apa yang ada dalam karung mereka.

Maka mereka menghadapi situasi berbeza:

Menteri A, sudah tertentu mempunyai bekalan mencukupi dan dapat menikmati buah yang lazat dan berkualiti.

Menteri B, terpaksa memilih buah yang baik, kadang terpaksa mengikat perut untuk mencukupi bekalan makanan.

Menteri C. Inna lillahi......itu jawapan yang mampu diberi

Mari kita ambil pengajaran cerita ini dalam kehidupan kita,

Bayangkan Allah SWT telah mengarah kita supaya mengutip amalan dengan amanah dan bertujuan untuk mencari redhaNya,

Watak menteri mana yang kita pilih, Menteri A, Menteri B atau Menteri C ????

Dan penjara itu seumpama Kubur.

Di situlah tempat perhentian kita, tempat yang kita semua kena melalui.

Di dalam suasana yang sempit dan gelap itu adakah amalan kita mampu membantu kita.?

Atau kita ini hanya menteri C sahaja?

Marilah kita sama2 renungi dan ambil Pengajaran dari kisah ini.

~ Semoga bermanfaat ~

Muallim

Antara info penting:
*KALAM MURABBI*
Oleh : Prof. Dato' Dr. Abdul Halim Tamuri
( Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor )

1- Cuba sedaya upaya utk solat jemaah bersama pelajar.

2- Jika kita mendidik anak murid kita dengan bersungguh-sungguh nescaya Insya-Allah Allah akan balas anak kita mendapat guru yg bersungguh-sungguh mendidiknya..

3 - Didiklah anak sendiri menghargai guru,nescaya kita sebagai guru akan dihargai.

4 - Personaliti Guru :
      - sahsiah unggul
      - sentiasa bermotivasi sms p&p ( suara @ mimik muka dll )
      - Gunakan IT sebagai menarik minat pelajar tetapi jangan salah gunakannya  salah gunakannya ( contohnya jgn kedekut nk add pelajar sbg friends dlm fb )
      - kepelbagain kaedah mengikut subjek
      - kuasai ilmu @ subjek yg diajar ( muraja'ah, membaca dll)

5- Konsep 5 M dlm Pendidikan Islam :
Mudarris ( sebagai guru cemerlang )
   - Muaddib (sebagai  role model )
   - Murabbi ( sebagai penyayang )
   - Mursyid ( sebagai pemimpin )
   - Mu'allim ( sebagai Da'ie )

*Himpunan Pendidik Islam Malaysia 5.0*
*Guru Pembentuk Generasi Rabbani*

Jumaat, 19 Mei 2017

Bola

Hukum dan Dhawabit Menonton Dan Bermain Bola Sepak

1: Hukum bermain bola adalah harus secara umumnya apabila terlibat dengan unsur unsur haram berdasarkan qaedah ibahah asliah.

2: Hukum menutup aurat adalah wajib ketika bermain. Masalah penutupan paha ada masalah khilaf dikalangan ulama begitu juga dengan penutupan lutut.

Pandangan jumhur adalah terkuat  iaitu penutupan paha adalah wajib. Namun undang undang bola yang sekarang tidak mengizinkan penutupan aurat penuh yang menjadikan mazhab Maliki  sebagai penyelamat di dalam isu ini di atas nama umum al balwa di dalam isu khilafiah maka tidak ada pilihan kepada pemain pemain bola  muslim melainkan bertaqlid kepada mazhab Maliki yang manyatakan paha tidak aurat walaupun pandangan untuk lemah pada pandangan saya.

3: Menjadi kewajipan kepada pemain bola sepak muslim mendirikan solat agar tidak termasuk di dalam golongan yang lalai.

4: Wajib ke atas pihak pengurusan stafium menyediakan tempat solat dan berwuduk di stadium untuk pemain pemain bola dan penonton penonton bola bagi mendirikan solat kerana termasuk di dalam mengagungkan Syiar Allah.

5: Perlu para penonton menjaga etika pencamburan bebas sehingga tidak berlaku pencabulan atau sentuhan syahwat dikalangan penonton lelaki dan wanita.

5: Hukum sorakan adalah harus selagi tidak mempunyai cacian atau kata kata lucah dikalangan penonton kerana sorakan distadium tidak menganggu ketenteraman awam.

6: Para penonton wajib menjaga akhlak dan adab serta tidak melakukan kerosakan atau pencerobohan distadium.

7: Sifat musafir penonton penonton ke perlawanan bola adalah safar harus tidak mengambil safar ibadah. Diharuskan mereka melakukan solat jamak dan qasar dan perkara perkara yang diharuskan ketika musafiir.

8 Maka dengan sifat safar yang harus inj maka perbanyakkanlah zikir agar menjadikan perjalanan mendapat pahala.

9: Pemain bola yang menjaringkan gol digalakan menyebut alhamdulilah tanpa perlu sujud syukur dalam keadaan memakai seluar pendek . Sekiranya nereka sujud sykur mudahan tidak mengapa.

10: Jadikan pertandingan bola untuk membina sukan negara bukannya untuk menjadikan rasis dikalangan penyokong  tanpa wujud kesalahan menyokong pasukan masing masing .

11:  Kepatuhan kepada peraturan peraturan adalah wajib dipatuhi sekiranya menjaga keselamatan awam dan etika awam. Penjualan tiket haram adalah terlarang  disisi Syarak kerana ia adalah satu penipuan.

Mudah mudahan panduan ini mampu untuk membina sukan patuh Syariah. Sekiranya tepat maka ia datang daripada Allah sekiranya terdapat kesalahan maka ia daripada kelemahan  diri ini.

Al Faqir ila Allah
Fauwaz Fadzil
*viralkal perkara bermanfaat*

Rabu, 17 Mei 2017

Jaya

Nak berjaya ,

Jangan tunggu orang.
Jangan ikut orang.
Jangan harap pada orang.

Berdiri sendiri.

Kalau rasa nak tanya, tanya.
Kalau tak faham, belajar sampai faham.
Kalau tak tahu, jangan buat buat tahu.

Jangan takut nak minta penjelasan. Jangan segan nak suruh orang fahamkan.

Kita kat dunia ni, konsepnya belajar.

Biar penat, malu, sakit dan susah. Itu semua jatuh bangun dalam kehidupan.

Perkara biasa. Semua orang pernah rasa benda yang sama.

Cuma yang berbeza, cara kita untuk menghadapinya.

Semua orang ada masalah,
Semua orang pernah rasa kehilangan, semua orang pernah rasa sakit nya gagal dan kalah.

Tapi.. Itulah yang menunjukkan kuatnya kita.

🌸☁️️ semoga berbaloi semua pengorbanan di dunia,

Agar bahagia nanti di taman taman syurga. ☁️🌸

Bijak

Belajar Bahasa Arab 📓:
معادلة بين الجهل والعلم

(PERBANDINGAN ANTARA KEBODOHAN DAN PENGETAHUAN)+-×=

1 - الجهل + الفقر    =  إجرام
1. Kebodohan + Kefakiran = Kejahatan

2 - الجهل + الثراء   =  فساد
2. Kebodohan + Kekayaan = Kerosakan

3 - الجهل + الحرية =  فوضى
3. Kebodohan + Kebebasan =  Kekacauan

4 - الجهل + السُلطة = استبداد
4. Kebodohan + Kekuasaan = Diktator, Sewenang-wenang

5 - الجهل + الدين   =  إرهاب
5. Kebodohan + Agama = Terorisme

استبدل مكان الجهل العلم
وانظر ماذا يفعل العلم بالجهل

Gantilah kata kebodohan dengan pengetahuan (ilmu), lalu lihat apa yg diperbuat ilmu atas kebodohan:

1 - العلم + الفقر    =  قناعة
1. Ilmu + Kefakiran = Qona'ah

2 - العلم + الثراء   =  إبداع
2. Ilmu + Kekayaan =  Penemuan, Inovasi

3 - العلم + الحرية =  سعادة
3. Ilmu + Kebebasan = Kebahagiaan

4 - العلم + السُلطة =  العدل
4. Ilmu + Kekuasaan = Keadilan

5 - العلم + الدين   =  استقامة
5. Ilmu + Agama = Istiqamah

Semoga kita semua termasuk ahli ilmu serta pandai memanfaatkan ilmu. AMIN

وَقُلْ رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا وارزقني فهما

Maka berdo'alah: "Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku dan kurniakanlah pemahaman kepadaku".

Kawen

Sudah Berkahwin? Banyak Hati Kena Jaga

“Anakku, kalau kamu sudah berkahwin kelak, banyak perasaan kamu mesti jaga, bukan sahaja perasaan ibu bapa, mertua dan kerabat terdekat, termasuk juga orang disekeliling kamu”, pesan Guru.

“Ya Guru, aku akan ingat pesan Guru tapi aku kurang mengerti menjaga perasaan orang sekeliling, apa kaitan mereka dalam hidupku kelak”, tanya murid.

“Anakku, jika di khayalak ramai, usah menunjukkan kemesraan melampau dengan pasanganmu, banyak pihak yang menilai, yang bujang seksa melihat. Jika dikurniakan rezeki anak yang ramai, usah terlalu berbicara perihal anak dihadapan teman yang belum ada anak, mereka tersenyum mendengar tetapi hati mereka kesedihan, jika kamu berkahwin awal, usah menyindir-nyindir kawan yang masih bujang. Semua perkara di atas sangat sensitif yang kita harus elakkan". Jawab Guru.

"Ingat, orang lain berkahwin juga, bukan kita sahaja. Orang lain tenang-tenang sahaja, jangan pulak kita over

Hari guru

*PONTENG SEKOLAH KERANA TAK BAWA HADIAH*

Ketika menjadi pengetua dulu, suatu pagi seorang imam masjid yang saya kenali menelefon saya.
Katanya ada seorang budak sekolah di masjid, macam ponteng sekolah. Hari itu hari guru 16 Mei, pelajar dan guru tidak berada dalam kelas tetapi di dewan dan padang dg aktiviti sambutan.

Saya bergegas sendiri ke masjid yg disebut. Parking kereta agak jauh di penjuru masjid, saya mula meninjau ke masjid. Tidak ada di balai lintang, saya menjengah ke dewan solat. Tidak ada juga tetapi ketika beralih ke bahagian muslimat, saya ternampak satu susuk tubuh.
Saya segera ke bahagian itu dan memang ada seorang pelajar perempuan. Dia begitu terkejut melihat saya. Bibirnya terketar mengucap salam pada saya, tangannya meraup sejadah lalu dipeluk ke tubuh, bagai seorang anak takutkan bapa yg garang.

Dia segera berdiri menghormati saya, tetapi saya suruh duduk, saya kenal pelajar ini kerana pernah naik menerima hadiah kecemerlangan di pentas. Bila ditanya sebab apa ponteng sekolah sedangkan dia pelajar baik, dia hanya berkata,"Tak ada apa cikgu.".
Saya tak puas hati kerana ini bukan tabiatnya. Saya desak dia bercakap benar.

Matanya mula berair bila dia memulakan bicara lagi, saya tahu,dia akan berkata benar,
"Cikgu, saya malu nak ke sekolah hari ini kerana saya tidak ada hadiah untuk diberi pada guru sempena hari guru. Ayah tak ada duit untuk beli hadiah kerana waktu ini tengah bulan, ayah saya kerja jaga. Emak telah meninggal."
Dia berhenti bercakap. Kepala terhanguk-hangguk menahan tangis. Dia menyambung, "Cikgu, saya malu ditanya rakan apa hadiah yg dibawa pada cikgu, lebih malu bila ada bertanya, Nurul tak bawa hadiah ka? Ini telah berlaku tahun lalu."
Air matanya yg deras dikesat dg kain tudung yg separuh lusuh. Saya pula yg turut sedih dan tidak terucap kata.

Saya menghantarnya balik ke rumah, dlm perjalanan fikiran berkecamuk. Rupanya kegembiraan hari guru dan sambutannya telah mencederakan hati seorang insan pelajar, bahkan saya yakin lebih ramai lagi pelajar yg miskin merasa gundah resah bila datang hari guru.

Menjadi kelaziman hari guru 16 Mei disambut oleh pelajar dg memberi hadiah kpd guru di samping program sekolah. Memanglah ia sesuatu yg baik. Tetapi banyak ibubapa yg miskin, yg kurang mampu, menghadapi situasi serba salah bila anak merengek minta dibeli hadiah, tak mau ke sekolah tanpa hadiah. Yg  berada minta hadiah lebih baik utk mengatasi rakan. Anak yg telah besar di sekolah menengah mungkin tidak mendesak, tetapi memilih jalan lain untuk mengelak, memendam rasa, tetapi siapa yg peduli.

Maka adalah baik jika hadiah kpd guru tidaklah diberi penekanan, high light, kerana ia juga boleh disalahguna untuk meraih perhatian guru, dan jika dibuat biarlah secara tertutup bukan dlm kelas yg menyebabkan pelajar lain terasa, maksudnya hadiah pd guru biarlah diserah sendiri di bilik guru. Bagi sekolah yg di luar bandar yg ibubapa berpendapatan rendah, lebih lebih lagilah perkara ini kena diberi perhatian. Hakikatnya, pelajar yg baik bukan memberi hadiah kpd gurunya, tetapi memberi khidmat kpd gurunya, bekerjasama dan patuh pada semua arahan.

Hari guru sebaiknya disambut dg penzahiran rasa syukur kepada Allah, bukan di zahir dgn berseronok suka. Mungkin sukan, sukaneka itu baik utk menjalin hubungan, tetapi sketsa yg mendidik, majlis tahlil, bacaan Yasin, solat hajat dan sujud syukur, kenduri satu sekolah, explorace yg bersifat pelajaran dsbnya juga boleh dilakukan  .

Guru kena bersyukur kerana ada pekerjaan, ada murid, murid kena bersyukur kerana ada guru yg mendidik, ibubapa kena bersyukur kerana ada yg mengambil tanggungjawab mendidik.
Marilah kita berubah bila menyambut sesuatu perayaan dari berseronok suka kpd penzahiran rasa syukur kpd Allah.
Kpd ibubapa, minta anak menghadiahkan hari guru dgn janji untuk menjadi pelajar yg baik, yg taat, gigih yg berdisiplin, itu lebih besar maknanya kpd seorang guru dari sekotak hadiah.

-Cikgu Abd Ghani-