Isnin, 17 Julai 2017

Sahabat

Allah aturkan antara kita 1 pertemuan di tetapkan 2 hati..

Dalam 2 hati di berikan 3 rasa..
Iaitu.. Sayang.. Kasih.. Kasihan..

Dalam 3 rasa itu di selitkan 4 tujuan..
Iaitu... Berkenalan.. Berteman.. Berkawan.. Bersama..

Dalam 4 tujuan itu tersembunyi 5 perkataan..
Iaitu.. Teman Baik Selalu Ada di Sisi...

Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 Impian.. Iaitu Sayang.. Kekal.. Setia.. Mengerti.. Menghargai dan Mengingati..

Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat..
Iaitu.. *S. A. H. A. B. A. T*

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di kasihi bukan untuk di sakiti..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di sayangi bukan di benci..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di hormati bukan di kasari..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di pegang jangan di buang..

*S. A. H. A. B. A. T*
Perlu di hargai jangan di musuhi...

*S. A. H. A. B. A. T*
Tempatnya di hati bukan di kaki...

Selemah-lemahnya manusia ialah orang yang tak mau mencari sahabat ... Dan orang yang lebih lemah dari itu...
Ialah orang yang mensia2kan sahabat yang telah di cari...

PERSAHABATAN BAGAIKAN SEKOTAK CRAYON.. BERBEZA PENUH WARNA..
T E T A P I... JIKA MEREKA BERSAMA...
MEREKA DAPAT MEMBUAT PELANGI YANG INDAH....

itulah

*_S A H A B A T_*

Khas buat anda semua sahabatku yang tersayang..

Ahad, 16 Julai 2017

Guru

✨k.nor✨:
Rohaiza Abdul Rahim:
Khas untuk rakan2 guru.. Semoga memberi inspirasi👇🏼👇🏼...

*SATU PANDUAN DAN INGATAN BUAT WARGA PENDIDIK*

1. Jangan over dos kerja sbg guru. Ramai yang sakit jiwa, stress dan mati mengejut. Zaman berhempas pulas umpama lilin membakar diri sudah berlalu. Ini zaman bayar bil baru lampu bernyala.

2. Guru bukan aktivis badan kebajikan tapi 'Pembina Modal Insan'..Nasib mu belum pasti dapat pembelaan.Ianya bukan auta tapi fakta. Pilihlah pengerusi kelab staf yang berani menyuarakan masalah  dalaman. Jangan lantik tujuan pekena kawan-kawan. Kelab Staf bukan sekadar konsultan menyambut hari guru dan jamuan. Suarakan yg hak dan isu kebajikan rakan-rakan.
*Kesatuan guru pula sudah tiada taring sengatan*, Bayaran yuran umpama mencurah air di dalam lautan.Tengoklah sendiri, *tiada hasil yg mengembirakan !!*

3. Pemegang jawatan di sekolah, PPD, JPN dan KPM tidak mampu  melakukan perubahan. Menyelesaikan isu kecil pun mrk terikat dasar dan punca kuasa peraturan. Anda mungkin terkontang kanting kemudian.  Segelintir cuma mrk yg tidak mengutamakan pangkat kedudukan. Suatu hari anda akan merasai kebenaran pepatah *'habis madu sepah dibuang bertaburan'.* Ketika memerlukan sokongan, rakan sekolah hilang lari bertempiran. Sikap 'enau dalam belukar' akan kelihatan. Yakinlah ini kenyataan !

4. Berubah kerajaan persekutuan atau 10 kali Menteri Pendidikan berganti jawatan, belum tentu kita ada pembelaan. Pilihan yg ada, *kerjalah dengan kegembiraan*. Usah risau dgn sistem dan dasar tak ketahuan. Yang boleh ikut, kita ikut. Jika anda tidak mampu mengubah angin, laraskan layar anda!

5. Pemimpin sekolah harus berani berubah. *Jangan terlalu rigid, belajarlah bertoleransi*, bina karektor disegani dan disayangi. Anda pasti lebih dihormati. Persaraan dan kehilangan akan dirasai. Malangnya ramai yg mencipta jurang benci, macam kukubesi, alahai sedih sekali.

6. Markah prestasi usah kecewa jika tidak memuaskan hati. Bekerjalah dgn penuh komitmen dan rendah diri. Sentiasa syukur dan redha. Jgn merungut atau kecewa, mungkin itu bukan hak kita. Kerjalah dgn ikhlas, *jangan dengki atau tikam kawan* utk tunjuk prestasi kepada majikan. Usah fikir target APC dan imbuhan. Paling utama  biar hati gembira, hubungan silatulrohim mesra berkekalan.

7. *Sokong dan hargai rakan taulan*. Berikan ucapan tahniah kpd mrk yg terima anugerah prestasi atau kemajuan. Ingati harijadi rakan dan doakan mrk kejayaan. Salurkan aura positif kpd sahabat kenalan. Doakan mrk kerana itulah senjata paling berkesan.

8. Hakikat  kebenaran *Kajian kami mengesahkan 90% persekitaran pendidikan berada pada tahap negatif dan membimbangkan*. Semangat menurun akibat sikap dalaman. Sokongan dan penghargaan kurang diberikan. Persaraan awal semakin jadi pilihan. Banyak keluhan pentadbiran rigid, tidak terbuka terhadap teguran, mesyuarat kerap, lama dan membosankan. Ada pentadbir mula lemas dalam kuasa pinjaman. Lupa diri dek ujian jawatan yang mengubah perwatakan.

9. Targetlah umrah atau *Ibadah haji seawal usia*. Semua perkara akan lebih indah setelah kesempurnaan agama dilaksana.. percayalah janji tuhan mana ada dusta !
 *Cuti sekolah jalanlah sepuasnya*. Ianya ubat minda dan kesihatan utk  menghilangkan tekanan dalaman.  CRK kita 7 hari sahaja, sapulah cuti sekolah jalan cari makan yang memang hak kalian.

10. Tuisyen dan kelas tambahan, *tak salah anda minta bayaran*. Masa bekerja @ mengajar  sudah padan.  Teringin buat kelas tambahan..silakan. Jangan kecewa jika tidak dihargai pengorbanan. Kos yang paling mahal ialah penghargaan dari persekitaran.

11. Semasa di sekolah *kerjalah sehabis baik*, Menepati masa, cekap berwibawa, jangan benarkan kita dipandang lekeh pada personaliti dan perwatakan. Keluar pagar jgn pandang belakang, jalan terus ke depan, buat apa yang anda suka dan cuba usaha menambah pendapatan, asal halal, bermanfaat dan jangan peduli kritikan jenis manusia hantu syaitan. Mrk nak kita fail dalam kehidupan.

Jumaat, 14 Julai 2017

Tutor

Faham dlm kelas sahaja tak cukup.

Ada sebilangan pelajar kelas saya yg faham apa yg sy ajar, tp sayangnya tiada tindakan lanjutan sendiri selepas kelas.

Trainer or tutor bukan magician yg boleh turn markah anda dr fail kpd A.

Kami hanya buka jalan. Tunjuk jalan. Destinasi tu, anda sendiri yg kena berlari ke arahnya.

Betulkan sikap, insyaallah anda akan berjaya!

Ok?

Khamis, 13 Julai 2017

Malam jumaat

Malam ni malam jumaat
Malam yang penuh berkat
Jangan hanya pikir hal syahwat
Banyaklah baca selawat

Malam ni malam jumaat
Banyak sungguh perkara sunat
Kutip lah ia dengan semangat
Ngaji zikir tazkirah dan bertaubat

Malam ni malam jumaat
Alam dijadikan dengan rahmat
Dunia  dihancurkan dengan kiamat
Hendaklah kita selalu beringat

Malam ni malam jumaat
Tafakur disejadah baca munajat
Mohon ampun segala khianat
Masa berdosa selalu tak ingat

Malam ni malam jumaat
Alam kubur hendaklah diingat
Disana jarang orang yang selamat
Kerana hidup dalam gelap gelemat

Malam ni malam jumaat
Baca selawat beroleh syafaat
Semuga hidup dapat berkat
Dan mati pula dalam rahmat

Malam ni malam jumaat
Basahi mata dengan air yang hangat
Menangis dan merintih dalam munajat
Semuga segala dosa diangkat

Wahai Allah yang bersifat kamalat
Ampuni dosa hambaMu ini yang jahat
Terangi hatiku yang gelap gelemat
Dengan kasihMu berserta rahmat...

Sesekali utk berkongsi...satu kelainan..

*peringatan buat diri sendiri...
😭😭😭

Pancung

PERLAKSANAAN HUKUMAN JENAYAH DI KHALAYAK & KESANNYA

Sepanjang hampir 10 tahun keberadaan saya di Arab Saudi, negara yang masih menjalankan hukum jenayah Islam, hanya 3 kali sempat saya menyaksikan hukuman qisas…2 kes di Madinah dan 1 kes di Riyadh...

2 kes di Madinah dilaksanakan hukumannya selama 2 hari berturut-turut, iaitu semasa tahun akhir saya di sana 2007/2008...Kes pertama melibatkan 4 orang yang seingat saya kerana rogol dan bunuh berkumpulan, dan 1 orang pada kes kedua kerana kes bunuh...
Kes ketiga di Riyadh melibatkan seorang warga Sudan yang membunuh seorang wanita dan merogolnya setelah mati, lalu merompak duit dan barang-barang kemas bernilai ratusan ribu riyal, kemudiannya cuba meletupkan rumah dengan membuka saluran gas...
Kesemua mereka dihukum mati, kecuali kes ketiga ditambah dengan jasadnya digantung seketika selepas dipancung kerana melibatkan kes yang berat...

Bukan mudah dan selalu untuk menyaksikan hukuman tersebut selama saya berada di bumi Haramayn...Ramai dari kalangan sahabat dan para pelajar yang tidak pernah berkesempatan atau berpeluang menyaksikannya, kerana kesnya jarang berlaku...

Saya hidup di sana tanpa sebarang kerisauan jenayah berat sepeti rompakan dan pembunuhan...Rumah, kedai seringkali ditinggalkan tidak berkunci, bahkan kereta juga kosong tidak dimatikan enjinnya ketika singgah di kedai-kedai yang menggambarkan keamanan yang wujud...Namun biasalah jenayah-jenayah kecil dan sederhana wujud di mana-mana hasil kurang kesedaran dan tarbiah...Apatah lagi dengan pelbagai jarum fitnah zaman sekarang yang masuk ke rumah dan hati kita melalui satelit dan hujung jari kita...Sikap “nakal” masyarakat juga kadangkala menggugat keamanan masyarakat...

Justeru sebaik sahaja mendengar berita akan berlaku hukuman tersebut di tanah lapang berhampiran masjid Nabawiy berdekatan pejabat Tabung Haji di Madinah (ketika itu), buat pertama kalinya setelah tahun ke-5 berada di sana, saya bertekad untuk ponteng kelas yang merupakan pantang buat saya ketika belajar di sana...
Saya ingat lagi ketika itu kami sedang di kelas Takhrij Syeikh Rusyaydan yang merupakan anak murid yang melazimi syeikh ‘Abd al-Muhsin al-‘Abbad (muhaddith Madinah)...Walaupun beliau "bekeng", saya tetap memberanikan diri memohon keizinan beliau untuk  “skip” kelas hari tersebut demi merebut peluang yang jarang kunjung tiba..!

Saya ke sana bersama sahabat baik Dagestan saya Magomed Gazimagomedov...Setibanya kami di sana kelihatan ramai yang telah hadir berkerumun dengan halangan kepungan polis terhadap kawasan tanah lapang yang saya kira seluas setengah padang bola...Jarak polis yang mengepung juga agak rapat sesama mereka, sekitar 2 meter siap dengan Kalashnikov AK-47...Pihak polis bertindak sebagai pagar yang menghalang orang ramai dari masuk terlalu hampir ke kawasan dan melarang dari sebarang rakaman menggunakan kamera atau telefon bimbit...Maka ramailah juga yang naik ke bumbung-bumbung rumah, tembok, bahkan ada yang memanjat pokok-pokok..!

Alhamdulillah saya tidak lewat sampai di sana, kerana tidak lama kemudian sampailah 4 bas bersaiz sederhana yang setiap satunya membawa seorang penjenayah...Suasana sememangnya sepi dan mendebarkan...
4 beg mayat dihamparkan dengan jarak setiap satunya  sekitar 5/6 meter menurut anggaran saya...Lalu 4 ambulan digerakkan setiap satunya berhampiran setiap beg mayat menanti untuk menyambut jasad yang bakal kehilangan nyawa tidak lama lagi...

Kemudian semua penjenayah diturunkan dari bas dalam keadaan mata yang telah dibalut...Ada antara mereka kelihatan berjalan terhuyung-hayang yang saya rasakan kerana ketakutan yang amat sangat...
Mereka dibawa ke beg mayat yang telah disediakan buat mereka dan didudukkan di atasnya dengan posisi seakan duduk antara dua sujud dengan tangan diikat di belakang...Jubah bahagian kolar leher juga dipotong sedikit dan dilipat ke dalam agar bahagian tengkuk belakang lebih terdedah...

Setelah itu, seorang wakil polis membacakan kesalahan yang dilakukan dan beberapa maklumat utama berkaitan dan rumusan hukuman...

Sementara itu kelihatan hakim sedang merayu dan berunding buat kali terakhir dengan pihak waris mangsa agar dimaafkan para penjenayah tersebut dengan bayaran diyat...Barangkali hakim masih cuba menjelaskan kepada mereka kemaafan itu lebih utama dan disukai Allah dari hukuman...Agak lama juga ia berlangsung...

Seorang algojo (pemancung) profesional pula sedang menyemak beberapa bilah pedang khas agar proses hukuman lancar, dan ada beberapa algojo “back-up” juga kelihatan “stand-by” di sana...Setelah memilih pedang terbaik (bentuknya serupa pedang arab tradisional yang sedikit melengkung dan sederhana panjang saiznya), seorang algojo berdiri di sebelah penjenayah pertama menanti arahan hakim jika rundingan akhir tidak berjaya...

Suasana ketika itu begitu sepi menanti hasil rundingan...Bayangkan debaran perasaan para penanti hukuman ketika itu...Antara bayangan maut di hadapan mata dan barangkali masih menaruh harapan agar masih diberi peluang meneruskan kehidupan...

Tatkala saya melihat algojo membisikkan sesuatu ketika menundukkan penjenayah pertama dan mengangkat pedangnya, saya sedar rundingan akhir tersebut telah gagal dan pihak waris tegas menggunakan haknya untuk meneruskan hukuman walaupun telah diperingati dengan firman Allah:
فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ
“Maka sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya)” [al-Shura: 42].
فَمَنۡ عُفِىَ لَهُ ۥ مِنۡ أَخِيهِ شَىۡءٌ۬ فَٱتِّبَاعُۢ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَأَدَآءٌ إِلَيۡهِ بِإِحۡسَـٰنٍ۬‌ۗ
“Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa) dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya” [al-Baqarah: 178].

Akhirnya, satu kepala jatuh ke bumi bagai buah masak yang gugur dari tangkainya...One after another...
Setiap penjenayah dibisikkan sesuatu sebelum dipancung...Barangkali disuruh mengucap kalimah tauhid buat kali terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir menuju ke arah kehidupan yang kekal abadi...
Ada yang terpancut deras darahnya, ada pula yang tidak...
Setelah kepala jatuh ke bumi, jasad juga tersembam jatuh tanpa kelihatan menggeletar terseksa, seolah-olah nyawa pergi dengan begitu mudah penuh ihsan setelah Medula Oblongata sebagai pengawal fungsi otonomik sudah terputus tidak lagi berfungsi...

Dari kalangan hadirin, ada yang tergamam...Ada yang menyebut "Allahu Akbar"...Ada yang menutup mata...
Kelihatan juga seorang lelaki berkulit hitam yang tegap jatuh pengsan setelah melihat kepala bercerai dari badan...

Menyaksikan hukuman sedemikian di khalayak menyedarkan kami tentang banyak perkara untuk direnungi...
Adakah kita mahu berada di tempat dan situasi sama seperti penjenayah tersebut yang kita baharu saksikan sebentar tadi?
Adakah kita mampu menanggung ketakutan menanti ziarah malaikat maut dan keperitan nyawa direntap?
Adakah berbaloi kepala kita dipisahkan dari jasad hanya kerana kelakuan kita yang seharusnya boleh dielakkan dengan akal yang sejahtera?

Demikianlah Allah menuntut kita menerusi firmanNya:
وَلۡيَشۡہَدۡ عَذَابَہُمَا طَآٮِٕفَةٌ۬ مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
“Hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman” [al-Noor: 2].

Supaya kita dapat mengambil pengajaran darinya sebagaimana firmanNya:
وَلَكُمۡ فِى ٱلۡقِصَاصِ حَيَوٰةٌ۬ يَـٰٓأُوْلِى ٱلۡأَلۡبَـٰبِ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ
“Dan di dalam hukuman Qisas itu ada kehidupan (pengajaran) bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa” [al-Baqarah: 179]...

Ahad, 9 Julai 2017

Tua

Antara ciri2 tua sudah datang melawat:

1. Pelupa ✅
2. Cakap berulang-ulang✅
3. Sakit lutut✅
4. Rambut menipis dan memutih✅
5. Mata semakin rabun✅
6. Mudah marah✅
7. Penyakit satu-satu datang✅
8. Kurang suka berfikir yg berat2✅
9. Suka mengenang masa lampau✅
10. Suka lagu2 dolu2✅
11. Suka re-union✅
12. Kuat merajuk dan left grup✅
13. Org start panggil pakcik, uncle, makcik✅
14. Suka copy paste bnda sama je✅
15. Suka post gambo air minuman n makanan...nk tunjuk dia sihat...padahal sakit byk✅

17. Mudah terkejut 😳. ✅

Rasanya disini.. paling kurang tentu ada satu.. kan. Saya pun ada.. biarlah rahsia..!!

Henponan

KONCO2 SENG REMONGSO ESEK DOYAN NGOMONG JOWO YO DI BOCOLAH

Ora tuwo
Ora enom
Ora lanang
Ora wedok
Angger wis nyelehke HP ditinggal sedilut didelok maneh , ditutup sedilut dibukak maneh.....

Kabeh sayang banget karo sing jenenge HP,
Lungo nggembol HP,
Jagong nggowo tas isine HP,
Sedino HP iso mlebu metu soko tas utowo kanthong Hem luwih soko ping seket...😳

Bar adus ndelok hp
Bar nyapu ndelok hp
Bar masak ndelok hp
Bar nyuci ndelok hp
Bar sarapan ndelok hp
Bar ketamon dayoh ndelok hp
Bar tangi turu ndelok hp
Tengah wengi nglilir ndelok hp...jiiiiiiaannn ... 😞😞😞😞😞

Pokoke angger bar opo wae sing di delok HP...
Soko setiyane karone HP pulsa kari sithik ndangNdang di tukokje
Lowbat sak strip bingung golek i colokan listrik ,
Sinyale lemah bingung golek nggon ,
Opo meneh yen pas lowbat listrik mati pisan, PLN sing di unek2ke .. .. ..

Diceluk bojone rekak ra krungu ,
HPne muni langsung mlayu nggoleki panggone...😀😀😀😀😀

Pokoke angger bubar opo wae sing digolek i hp...

Yen wedok, jenenge Nokia Binti Samsung

Yen lanang jenenge Sony Bin Lenovo.

Tujune aku ora ketularan koyo ngono...😂

Sing rumongso ngono ojo mesam-mesem dewe...
Mengko ndak ngerti bojone...😁😁😁😁😁

*DO'A NGGOWO HP*📱📞

*YA ALLAH*, ampuni dosa2 kulo ingkang gadah *HP* puniko
 *YA* *ALLAH*                                                                                                                                      *Amergo.kulo :*                                              
* Luwih akeh *NGISI PULSA* tinimbang *SEDEKAH* ...
.
* Luwih akeh moco
*SMS/WA/FB/BB*
tinimbang moco *AL-QUR'AN* ...
.
* Luwih sering *update status* daripada *update amal sholih* kalihan panjenengan *YA ALLAH*...

* Luwih sering bukak *BLUETOOTH* tinimbang *BERLUTUT SUJUD*...

* Sering *TELPON* tapi jarang *SILATURAHIM*....
.
*Ngisi pulsa* Rm50 *orak puas*, tapi *isi KOTAK AMAL* Rm10 mawon kroso *kakehan banget*....

* Yen *krungu HP muni* langsung *gedandapan ngangkat* karo pecicilan, tapi pas *sworo ADZAN* ngumandang malah
santai *INTERNETAN*..
.
*Ya ALLAH* mugi.. Panjenengan *ngapuro dosa-dosa kawulo* ingkang *gadahi HP* puniko...
Lan mugio *HP ingkang kulo* gadahi langkung saget migunani *kangge sarana IBADAH* dumateng panjenengan *YA ALLAH*...

Lan mugio *Poro Dulur* kulo ingkang kadhos kulo inggih panjenengan *ngapuro ugi YA ALLAH*...

*Aamiin..*

*Edisi bukan nyindir, tapi ngelingno awakku dhewe*

_*nyuwun ngapunten bila tersinggung.. he he 🙂 hanya untuk renungan lembut tapi nyata..._*

wassalam