Isnin, 28 Ogos 2017

Haji mabrur

Bismillah......

BAIKNYA ALLAH PADA KITA.......

Cerita Haji.. Sangat Menyentuh Perasaan!

Sa'eed sedang duduk di kawasan menunggu di Airport Jeddah usai menyempurnakan  fardhu haji dan di sebelah beliau duduk seorang lagi jemaah lelaki yg selesai mengerjakan fardhu haji.

Lelaki tu memulakan bicara : "Saya berkerja sebagai kontraktor dan Allah telah memberikan kurnia-Nya dengan mengizinkan saya menunaikan haji yg ke 10 tahun ini"

Sa’eed membalas : ”Semoga tuan mendapat haji mabrur.. dan semoga Allah mengampunkan dosa tuan”
Lelaki : “Amiin…tuan pernah tunaikan haji sebelum ni?”

Sa’eed merasa keberatan untuk menjawab. Beliau meneruskan : “Demi Allah, panjang ceritanya tuan dan saya x ingin memberatkan kepala tuan dengan cerita saya ni”

Lelaki tersebut tertawa sambil berkata : “Teruskan cerita tuan, lagipun takde ape pun yang kita sedang lakukan.. kita hanya menunggu di sini”

Sa’eed : Ye, ‘menunggu’ memang merupakan permulaan cerita saya. Saya dah tunggu bertahun-tahun untuk berpeluang menunaikan haji. Setelah 30 tahun berkerja sebagai physioterapi di sebuah hospital swasta, akhirnya saya dapat mengumpulkan sejumlah duit yang diperlukan untuk menunaikan haji. Hari yang sama saya pergi untuk membuat bayaran haji tersebut, saya terserempak dengan seorang wanita yang anaknya merupakan pesakit saya. Saya boleh lihat wajahnya yang sangat risau, muram dan dalam kesedihan”

Wanita tersebut berkata: “Semoga Allah melindungi tuan, Encik Sa’eed. Ini mungkin kali terakhir saya datang ke hospital ni.” Saya terkejut dengan kata-kata wanita tersebut dan saya mula beranggapan bahawa beliau tidak berpuashati dengan rawatan saya dan memikirkan untuk memindahkan anaknya ke hospital lain.

Wanita itu berkata : “Tidak encik Sa’eed, Demi Allah encik Sa’eed sudah dianggap mcm bapa kepada anak saya dan encik Sa’eed terus menerus merawat anak saya ketika mana kami sendiri sudah putus harapan” Wanita itu kemudiannya beredar dalam keadaan sayu.

Lelaki : “Pelik tu, kalau dia betul-betul maksudkan yang die sangat berpuas hati dengan rawatan tuan dan keadaan anaknya semakin baik, kenapa die memilih untuk tidak kembali ke hospital?”

Sa’eed : “Memang itu yang bermain dalam kepala saya. Jadi saya terus ke pejabat pentadbiran untuk bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka memberitahu saya yang ayah kepada kanak-kanak lelaki yang saya sedang rawat itu telah kehilangan pekerjaan dan tidak mampu untuk terus membayar rawatan anak beliau.

Lelaki : “Laa haula walaa kuwwata illaa billah…kesian mereka. Jadi, apa yang tuan lakukan?”

Sa’eed : “Saya pergi berjumpa dengan pengurus hospital dan merayu agar rawatan kanak-kanak lelaki tersebut dapat diteruskan atas tanggungan hospital tetapi dia menolak dengan keras dengan berkata ‘ini institusi swasta, bukan badan kebajikan’. Saya tinggalkan pejabat pengurus tersebut dengan rasa sedih dan hancur hati mengenangkan nasib keluarga kanak-kanak lelaki tersebut.

“Selepas itu, tiba-tiba saya tersentak dan memegang sejumlah duit yang ada dalam poket saya bertujuan untuk membuat bayaran haji tadi. Kemudian saya memandang ke langit dan berkata kepada Allah ‘Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku rasakan ketika ini dan Engkau tahu tiada apa yang lebih kucintai selain daripada pergi ke rumah Mu dan mengerjakan Haji serta menziarah masjid nabi Mu. Engkau tahu aku dah berusaha sepanjang hidup aku untuk saat-saat ini tetapi aku lebih kasihankan kanak-kanak lelaki ini dan ibunya lebih daripada diri aku sendiri, jadi tolong ya Allah jangan Engkau berpaling daripada hamba Mu ini’

“Saya bergegas ke bahagian akaun dan memberikan semua duit saya untuk tujuan rawatan kanak-kanak lelaki tersebut yang dapat menampung rawatan keseluruhannya selama 6 bulan. Saya meminta akauntan hospital mengatakan yang duit rawatan tersebut adalah peruntukan khas daripada pihak hospital jika sekiranya wanita tersebut datang bertanyakan perihal kos rawatan tersebut”

Akauntan tersebut berasa sangat terharu dan mengalirkan air mata sambil berkata “Semoga Allah merahmati tuan dan orang-orang seperti tuan”

Lelaki : “Tuan dah berikan semua duit tuan, jadi bagaimana tuan dapat menunaikan haji?”

SBaharuddin:
a’eed : “Saya kembali ke rumah dengan perasaan sedih disebabkan tidak dapat menunaikan haji tetapi hati saya berasa sangat gembira kerana dapat menghilangkan kesusahan dan kedukaan wanita dan anaknya it. Malam itu saya tidur bertemankan air mata dipipi. Saya bermimpi saya sedang mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah dan orang di sekeliling menyampaikan Salam kepada saya dan mereka memberitahu saya : “Haji Mabrur ya Sa’eed… kamu dapat mengerjakan haji di Syurga lebih dahulu daripada mengerjakan haji di dunia”.

“Saya terjaga dan merasakan perasaan gembira yang teramat sangat. Saya bersyukur kepada Allah SWT untuk segalanya dan sangat gembira atas pemberian Nya. Sebaik saya bangun daripada tidur, saya mendapat panggilan daripada Pengurus Hospital. Dia memberitahu saya yang pemilik hospital tersebut akan pergi menunaikan haji dan dia mahukan personal therapist-nya untuk ikut bersama. Walaubagaimanapun personal therapist tidak dapat ikut sama disebabkan isterinya menunggu masa untuk bersalin jadi dia menawarkan saya untuk menemani pemilik hospital tersebut untuk menunaikan haji di Mekah.”

“Saya berasa sangat gembira dan serta merta sujud syukur kepada Allah SWT. Lihat, Allah telah memperkenankan saya untuk pergi ke ‘rumah’nya tanpa mengeluarkan sesen pun malahan pemilik hospital tu memberikan pula saya sedikit imbuhan kerana menemaninya ke Mekah”

“Saya menceritakan kisah ibu dan anaknya itu kepada beliau dan beliau bertindak mengarahkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di hospitalnya tanpa sebarang bayaran. Beliau juga mengarahkan ditempatkan tabung kebajikan untuk pesakit yang memerlukan di kaunter hospitalnya. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menawarkan pekerjaan kepada bapa kepada kanak-kanak tersebut di salah sebuah syarikatnya. Beliau turut memulangkan semula duit yang saya bayar kepada hospital untuk tujuan rawatan kanak-kanak tersebut. Tidakkan tuan nampak kebaikan yang terbaik daripada segala kebaikan oleh Allah? Subhaanallah.”

Lelaki tersebut bangun dan memeluk Sa’eed dan memberitahu Sa’eed : "Demi Allah, saya tidak pernah merasa malu sebagaimana malunya saya sekarang. Saya mengerjakan haji saban tahun memikirkan yang saya telah berbuat sesuatu yang sangat hebat dan memperoleh tempat yang istimewa di sisi Allah SWT tetapi sekarang baru saya faham yang Haji yg tuan kerjakan ini tidak kurang hebatnya dibandingkan dengan jumlah haji yang saya tunaikan sehingga kini. Saya datang ke rumah Allah, tetapi hakikatnya tuan dijemput oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji tuan. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT dan sentiasa peka yang Dia berkuasa mengadakan segala sesuatu. Semoga Allah mengampunkan kita dan mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam setiap pekerjaan dan ibadah yang kita lakukan.”

Ahad, 20 Ogos 2017

Adab

Aku ini budak nakal sejak kecil lagi. Rakan sekelas aku sejak sekolah rendah, menengah dan sampailah zaman kat maktab tahu lah hal ini. Nakal sungguh!

Tapi aku masih ingat satu peristiwa. Waktu itu aku ditahun 3 kalau tak silap. Masa tu bersekolah di Sk Kamil (1) Pasir Puteh, Kelantan.

Abah datang ke sekolah. Berjumpa dengan guru kelas aku dan berpesan,

" Kalu anok ambo ni tak dengar kato, buas, cikgu buat lah lagu mano pun. Perlu pulah, cikgu pulah. Perlu rotan, cikgu rotan."

Aku menunduk malu. Segan dan hormat pada guru. Risau guru ceritakan segala kelakuan nakal aku pun ya juga. Serba tak kena masa tu.

Cikgu kelas aku tersenyum lantas menjawab,

" Molek la gitu. Mudah sayo ambik tindakan nanti. Asal tak patah riuk jah kan?"

" Kalu patoh gak bowok gi spital. Payoh apo gak?" Balas ayah aku.

Kemudian mereka berdua gelak terbahak-bahak. Kelakar bagi mereka, menggerunkan bagi aku. Gila tak gerun, bapak sendiri bagi lesen cikgu belasah anak sampai patah riuk. Aku dah la budak nakal.

Namun, walau lesen sebesar alam telah ayah aku bagi kat guru-guruku, belum pernah aku masuk hospital sebab dibelasah guru. Paling kuat kena penampar, kena tarik sideburn, kena pulas perut, kena pulas tetek, kena sebat dengan rotan sampai berbirat-birat.

Itu semua biasalah. Proses memanusiakan manusia. Dah memang aku nakal. Nakal sungguh!

Balik rumah tak pernah nak mengadu. Gila kau nak mengadu. Kena tambah lagi rotan kat rumah. Cari minyak gamat, sapu sendiri dalam bilik sudahlah. Kata lelaki. Kena kuatlah hadapi semuanya. Lagipun, semua hukuman yang aku dapat tu memang berpunca dari kenakalan aku.

Dari kecil memang aku dah diterapkan dengan tanggungjawab. Kau buat, kau tanggung. Tak payah nak mengadu domba.

Simple.

Zaman sekarang ni memang aku pelik betul. Anak-anak menjadi tuan. Ibubapa dan guru pula jadi hamba. Segala apa yang tuan suruh, semua kena patuh. Tuan luka sedikit, satu alam bergegar. Siapa punya angkara, cepat-cepat dicari dan diambil tindakan.

Kita melahirkan tuan. Satu fakta yang menyedihkan.

Isu kecil diperbesar-besarkan. Tarik hidung pun sampai kena laporan polis. Dunia apa yang aku hidup sekarang? Ketuanan apakah yang melanda anak-anak sekarang?

Langsung tak boleh sentuh. Langsung tak boleh marah. Aku ingin cadangkan kat ibubapa jenis macam ni,

"SEKOLAHKAN SAJA ANAK ANDA DI RUMAH!"

Settle masalah.

Kau jadilah hamba anak-anak sendiri. Cikgu-cikgu dah meluat nak jaga dan didik anak-anak kau yang jenis kurang ajar. Ada beratus ribu lagi murid lain yang sudi diajar dan penuh hormat pada guru.

Keberkatan ilmu yang dibawa guru tidak lagi dipandang tinggi zaman ini. Tak apa lah. Tak apa. Yang tidak lagi menjunjung keberkatan ilmu, tak payah lah hantar anak ke sekolah.

Kami guru di sekolah bukan hamba. Kami guru di sekolah bukan orang gaji.

Murid buat salah kami mesti didik. Kami tak boleh biarkan mereka terus hanyut jadi sampah masyarakat. Kerana kami GURU!

Dan dah banyak kali aku tulis. Kami guru bukan malaikat. Kami juga ada salah dan silap.

Datanglah dengan penuh hormat. Tegurlah dengan beradab. Sebagaimana teguran yang layak seorang guru terima.

Dan ingatlah...

MURID bukan TUAN, GURU bukan HAMBA.

#MFS
.

Cikgu

✨k.nor✨:
JENIS-JENIS CIKGU...(Sekadar Renungan)

CIKGU WAJIB
Kehadirannya dalam organisasi amat diperlukan.... satu kerugian kepada organisasi apabila beliau bertukar atau ditukarkan....Kalau jadi bos anak buah akan terasa sangat kehilangannya....Mungkin ada yang menangis

CIKGU SUNAT
Kehadirannya dalam organisasi diperlukan...tapi kalau tak de pun tak ape....

CIKGU HARUS
Ada atau tak de dalam organisasi sama je...Ada tak menambah ...tak de pun tak mengurang

CIKGU MAKRUH
Yang jenis ni kalau ada dalam organisasi banyak masalah ditimbulkan ...kalau tak de orang jenis ni amannya organisasi..Dia ada problem dia tak tak de no problem....Boleh juga disebut sebagai pengacau atau langau dalam organisasi

CIKGU HARAM
Kewujudannya merugikan organisasi dan ketiadaanya sangat-sangat dan sangat diharapkan...kalau jadi pentadbir memang orang bawah akan harap cepat ler deme tukor atau pencen atau yang lebih teruk lagi ada yang mendoakan berhenti le jadi orang...

Renung-renungkan le di mana kita agaknya....Peace Yo
Copy paste...✌

Adab guru

👨Kanda😃:
ANTARA AKHLAK PELAJAR TERHADAP GURU

1. CINTA DAN KASIH

Ada perasaan cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah s.w.t.

2. JAUHI RASA CURIGA

Tidak wajar seorang murid menaruh perasaan curiga terhadap seorang guru, apalagi merasa benci dan marah terhadap sesuatu tindakan mereka, mungkin tujuan atau objektif dari tindakan guru belum difahami murid. Oleh itu jauhi perasaan benci kepada guru, kerana ia akan merugikan diri sendiri.

 3. BERHUBUNG BAIK

Seorang pelajar hendaklah mempunyai hubungan baik dengan guru, bukan sahaja di sekolah , malah di luar sekolah.

4. MENGHORMATI

Pelajar yang menghormati guru sentiasa mengucapkan salam, serta mempamirkan air muka yang gembira dan ceria ketika bertemu danm bersua dengan guru mereka.

5. MENGGUNAKAN SUARA PERLAHAN

Semasa bercakap dengan guru, gunakanlah suara yang perlahan dan kurang bercakap. Jangan gunakan suara yang nyaring melebihi suara guru mengakibatkan guru merasa tercabar dan dengan tindakan pewlajar. Ini mencerminkan sikap pelajar yang kurangsopan di hadapan guru.

6. DIAM SERTA MEMAHAMI

Semasa guru sedang bercakap, mengajar di dalam ke;las, pelajar sewajarnya diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Hendaklah belajar dengan penuh minat dan tekun, Pelajar boleh bertanya sekiranya tidak memhami dan ada kemusykilan.

7. BERTANYA

Janganlah bertanya kepada guru yang sedang bercakap atau sedang mengajar, kecuali ada arahan daripada guru meminta pelajar bertanya tentang kemusykilan di akhir pembelajaran.

8. MENGGUNAKAN PENGAJARAN

Sebelum bertanya kepada guru. Pelajar hendaklah menggunakan sesuatu isyarat seperti mengangkat tangan terlabih dahulu.serta meminta izin untuk bertanya.

9. MENGIKUT PENGAJARAN

Pelajar mesti mengikuti sesi pembelajaran    dari awal hingga akhir, kecuali ada sebab dan halangan pada masa tersebut , hendaklah berada dalam keadaan tenang suasana yang harmoni  ketika berada dalam kelas dihadapan guru. Pelajar yang baik sentiasa mengelakkan diri dari ponteng kelas.

10. MENGAMBIL INGATAN

Pelajar yang perihatin sentiasa ambil ingatan dengan menulis atau mencatat apa-apa  pendapat atau pengajaran guru di dalam buku.

11. MEMINTA KEIZINAN

Jika hendak keluar kelas hendaklah meminta keizinan dari guru terlebih dahulu,

12. BERTERIMA KASIH'

Pelajar yang menghargai guru  sentiasa tidak lupa untuk ber terima kasih kepada guru sesudah guru memberi pengajaran atau mengajar  dan turut mendoakan mereka. Ini bertujuan memohon  keberkatan ilmu yang disampaikan guru masa pembelajaran.
 "berterima kasih memohon keberkatan ilmu"

13.  MERENDAH DIRI

Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata dengan panggilan yang sesuai seperti cikgu, ustaz, ustazah , tuan guru dan sebagainya.

14. MEMBANTU GURU

Membantu guru dengan ikhlas

15. MENGUNJUNGI GURU

Elok mengunjungi guru pada hari raya, dan pada hari sambutan tertentu, begitu juga di kala waktu guru itu sakit. Pohonkanlah kemaafan dan nasihat mereka ketika berkunjung.

16. MENGENANG JASA GURU

Pelajar yang baik selalu mengenang jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh didikasi  tanpa mengira penat dan lelah .

17. MENYAMPAIKAN BERITA KEJAYAAN KEPADA GURU

18. JANGAN MENYAKITI PERASAAN GURU

19. BERTEGUR SAPA

20. MENDOAKAN GURU

21. MENCONTOHI AKHLAK YANG BAIK

Contohilah akhlak yang baik terutama guru dan para ulama rabbani(ilmuwan yang patuh pada hukum Allah s.w.t dan rasul-Nya. melebihi diri mereka sendiri.

(rujukan:Akhlak pelajar cemerlang- Hasnan Kasan)

Sabtu, 19 Ogos 2017

Suami

Sedikit perkongsian daripada Kuliah Ustazah Syadiah semalam:
Jadikan rumah kita syurga sebelum syurga...
1) temani suami makan sampai habis...walaupun dia ajak makan luar tgh malam dan kita tgh diet...
2) kasi air walaupun dia tak mintak
3) jgn bagi suami tidur seorang...kalau dia ckp nak tidur...tinggalkan apa yg tgh dibuat dan temani dia tidur....lepas dia tidur lena bolehlah bangun balik abiskan kerja balik.....kalau takde anak kecik kena monitor maybe boleh diamalkan

Bagus pesanan ustazah...😍

Falsafah kimi-A!

Saya seorang yg berfalsafah pendidikan yg agak konservatif.

Sy kurang gemar pada teknik2 shortcut.

Sebab? Bg sy kefahaman asas yg kuat dpt membentuk "shield" yg kuat utk pergi ke tahap yg lebih tinggi.

Kerana dgn cara inilah ulama' dulu jadi ulama' yg faqih. Mereka melalui sistem yg diatur secara sistematik dgn prerequisites tertentu utk pergi dari satu tahap ke tahap yg lebih tinggi.

Inilah sistem pengajian & coaching yg ingin sy terapkan di matrix

Adapun step2 yg sistematik itu mestilah digarap dgn presentation yg mudah difahami agar pelajar tidak berasa berat.

#falsafahkimi-A!
A stand for الله

Jumaat, 18 Ogos 2017

Nikah

*Isteri Soleha Seindah Bidadari* 🌺🍃

Pernikahan 1 ibadah yg terlama. Kalau kita lihat ibadah kita yg lain xde yg lama seperti pernikahan. Sebuah pernikahan itu diharapkan berkekalan hingga akhir hayat. Sepanjang hari adalah ibadah. Sepanjang hayat,sepanjang hidupnya adalah ibadah.

Yg dilupakan orang sekarang adalah niat untuk ibadah bagi sebuah pernikahan. Ketika seorang yg ingin melangkah ke pernikahan niatnya yg utama. Kalau dari awal bukan utk yg soleha,1 kunci kesalahan dalam niat pernikahan. Niat hanya kerana dunia,itu menjadi salah dalam sebuah pernikahan.

Orang yg niat ibadah dalam pernikahan, berjihad menjalankan tanggungjawab dlm rumah tangga melahirkan anak, menjaga anak, membesarkan anak pahalanya syurga.

Di dalam sebuah pernikahan, kita tentunya pasti di uji. Tapi jika kita berhenti sampai situ saja,macam mana kita nak dapat syurganya Allah. Pernikahan adalah sebuah perjalanan yg panjang. Wanita yg soleha sangat dicemburui bidadari syurga. Seorang isteri yg bertahan dalam sebuah rumah tangga,walau di uji dengan pelbagai halangan,dia sangat di cemburui bidadari syurga.

Saat kita memilih sebuah pernikahan,jangan kita berhenti di tengah jalan,teruskan melangkah jangan mengalah. Kita boleh memilih pintu syurga yg mana saja untuk di masuki. Kalau kita naik kereta juga pasti ada ujian,mesti akan ada risiko,jalan jem. Kita naik train pun ade ujian,naik flight pun ada ujiannya,cuaca x elok. Jalan apa pun yg kita lalui pasti akan ada ujian,Allah sudah sediakan ujian setiap jalan yg akan kita lalui,pasti akan ada. Ujian bukan kita lari,tapi kita hadapi tanpa peduli apa kata orang. Kita lebih peduli pandangan orang,sedangkan kita tidak pentingkan apa kata Allah apa kata rasul. Kita buat orang cakap,kita x buat pun org tetap cakap. Apabila seseorang isteri menjalani sebuah rumah tangga,dia mesti ada 1 tujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan rasul. Seperti yg dicontohi saidatina khadijah. Kebahgiaan sebuah rumah tangga bukan terletak pada keberhasilan harta,tapi sebanyak mana kita redha dengan pernikahan tersebut.

Ketika kita menerima seseorang sebagai jodoh,itu adalah pilihan yg terbaik dari Allah. Pasti d situ ada kebaikan,ade sesuatu kesempurnaan yg Allah sembunyikan pada sosok tubuh suami kita.

Harta itu rezki dari Allah. Yg buat rezki itu berkah adalah isteri yg redha akan suaminya,isteri yg soleha.

Isteri yg dicemburui bidadari syurga adalah isteri yg solehah,yg membangunkan suaminya waktu malam,mengajak solat tahajud bersama,yg mengajak ke majlis ilmu.

Isteri yg tidak soleha,rezki nya akan dtutup oleh Allah,rezki jadi sempit.

Kunci menjadi isteri yg soleha adalah redha,tidak pernah mundur dengan ujian sepanjang pernikahan. Jadilah kita seorang wanita yg siap diuji,siap menempuh segala ujian di hadapan kita.

Saidatina khadijah tidak pernah menyesal saat hartanya habis utk dakwah rasulullah. Sehingga memberikan tulangnya jika saat dia sudah tiada,tiada harta lagi untuk digunakan dlm dakwah. Seorang yg mahal d hadapan Allah,mahal d mata rasulullah. Mempunyai kedudukan yg sangat mulia di hati nabi muhammad s.a.w.

Kalau kita ingin memiliki suami yg mulia,jadikan diri kita yg baik,yg soleha.

Doakan agar suami kita diberi hidayah andai dia melakukan hal yg tidak baik,cukuplah hanya tersenyum. Doakan sentiasa suami kita agar bisa jadi suami yg terbaik di sisi Allah. Doakan suami kita yg sudah tiada,doakan keampunan suami. Suami yg diredhai akan membawa kita ke syurga.

Mengurus suami adalah pahala,mengurus anak adalah pahala,mengurus keluarga adalah pahala. Jadilah hamba yg bersyukur,seorang hamba yg mengeluh tidak akan bahagia.