Isnin, 28 Ogos 2017

Haji mabrur

Bismillah......

BAIKNYA ALLAH PADA KITA.......

Cerita Haji.. Sangat Menyentuh Perasaan!

Sa'eed sedang duduk di kawasan menunggu di Airport Jeddah usai menyempurnakan  fardhu haji dan di sebelah beliau duduk seorang lagi jemaah lelaki yg selesai mengerjakan fardhu haji.

Lelaki tu memulakan bicara : "Saya berkerja sebagai kontraktor dan Allah telah memberikan kurnia-Nya dengan mengizinkan saya menunaikan haji yg ke 10 tahun ini"

Sa’eed membalas : ”Semoga tuan mendapat haji mabrur.. dan semoga Allah mengampunkan dosa tuan”
Lelaki : “Amiin…tuan pernah tunaikan haji sebelum ni?”

Sa’eed merasa keberatan untuk menjawab. Beliau meneruskan : “Demi Allah, panjang ceritanya tuan dan saya x ingin memberatkan kepala tuan dengan cerita saya ni”

Lelaki tersebut tertawa sambil berkata : “Teruskan cerita tuan, lagipun takde ape pun yang kita sedang lakukan.. kita hanya menunggu di sini”

Sa’eed : Ye, ‘menunggu’ memang merupakan permulaan cerita saya. Saya dah tunggu bertahun-tahun untuk berpeluang menunaikan haji. Setelah 30 tahun berkerja sebagai physioterapi di sebuah hospital swasta, akhirnya saya dapat mengumpulkan sejumlah duit yang diperlukan untuk menunaikan haji. Hari yang sama saya pergi untuk membuat bayaran haji tersebut, saya terserempak dengan seorang wanita yang anaknya merupakan pesakit saya. Saya boleh lihat wajahnya yang sangat risau, muram dan dalam kesedihan”

Wanita tersebut berkata: “Semoga Allah melindungi tuan, Encik Sa’eed. Ini mungkin kali terakhir saya datang ke hospital ni.” Saya terkejut dengan kata-kata wanita tersebut dan saya mula beranggapan bahawa beliau tidak berpuashati dengan rawatan saya dan memikirkan untuk memindahkan anaknya ke hospital lain.

Wanita itu berkata : “Tidak encik Sa’eed, Demi Allah encik Sa’eed sudah dianggap mcm bapa kepada anak saya dan encik Sa’eed terus menerus merawat anak saya ketika mana kami sendiri sudah putus harapan” Wanita itu kemudiannya beredar dalam keadaan sayu.

Lelaki : “Pelik tu, kalau dia betul-betul maksudkan yang die sangat berpuas hati dengan rawatan tuan dan keadaan anaknya semakin baik, kenapa die memilih untuk tidak kembali ke hospital?”

Sa’eed : “Memang itu yang bermain dalam kepala saya. Jadi saya terus ke pejabat pentadbiran untuk bertanyakan apa yang sebenarnya berlaku. Mereka memberitahu saya yang ayah kepada kanak-kanak lelaki yang saya sedang rawat itu telah kehilangan pekerjaan dan tidak mampu untuk terus membayar rawatan anak beliau.

Lelaki : “Laa haula walaa kuwwata illaa billah…kesian mereka. Jadi, apa yang tuan lakukan?”

Sa’eed : “Saya pergi berjumpa dengan pengurus hospital dan merayu agar rawatan kanak-kanak lelaki tersebut dapat diteruskan atas tanggungan hospital tetapi dia menolak dengan keras dengan berkata ‘ini institusi swasta, bukan badan kebajikan’. Saya tinggalkan pejabat pengurus tersebut dengan rasa sedih dan hancur hati mengenangkan nasib keluarga kanak-kanak lelaki tersebut.

“Selepas itu, tiba-tiba saya tersentak dan memegang sejumlah duit yang ada dalam poket saya bertujuan untuk membuat bayaran haji tadi. Kemudian saya memandang ke langit dan berkata kepada Allah ‘Ya Allah, Engkau tahu apa yang aku rasakan ketika ini dan Engkau tahu tiada apa yang lebih kucintai selain daripada pergi ke rumah Mu dan mengerjakan Haji serta menziarah masjid nabi Mu. Engkau tahu aku dah berusaha sepanjang hidup aku untuk saat-saat ini tetapi aku lebih kasihankan kanak-kanak lelaki ini dan ibunya lebih daripada diri aku sendiri, jadi tolong ya Allah jangan Engkau berpaling daripada hamba Mu ini’

“Saya bergegas ke bahagian akaun dan memberikan semua duit saya untuk tujuan rawatan kanak-kanak lelaki tersebut yang dapat menampung rawatan keseluruhannya selama 6 bulan. Saya meminta akauntan hospital mengatakan yang duit rawatan tersebut adalah peruntukan khas daripada pihak hospital jika sekiranya wanita tersebut datang bertanyakan perihal kos rawatan tersebut”

Akauntan tersebut berasa sangat terharu dan mengalirkan air mata sambil berkata “Semoga Allah merahmati tuan dan orang-orang seperti tuan”

Lelaki : “Tuan dah berikan semua duit tuan, jadi bagaimana tuan dapat menunaikan haji?”

SBaharuddin:
a’eed : “Saya kembali ke rumah dengan perasaan sedih disebabkan tidak dapat menunaikan haji tetapi hati saya berasa sangat gembira kerana dapat menghilangkan kesusahan dan kedukaan wanita dan anaknya it. Malam itu saya tidur bertemankan air mata dipipi. Saya bermimpi saya sedang mengerjakan tawaf mengelilingi Kaabah dan orang di sekeliling menyampaikan Salam kepada saya dan mereka memberitahu saya : “Haji Mabrur ya Sa’eed… kamu dapat mengerjakan haji di Syurga lebih dahulu daripada mengerjakan haji di dunia”.

“Saya terjaga dan merasakan perasaan gembira yang teramat sangat. Saya bersyukur kepada Allah SWT untuk segalanya dan sangat gembira atas pemberian Nya. Sebaik saya bangun daripada tidur, saya mendapat panggilan daripada Pengurus Hospital. Dia memberitahu saya yang pemilik hospital tersebut akan pergi menunaikan haji dan dia mahukan personal therapist-nya untuk ikut bersama. Walaubagaimanapun personal therapist tidak dapat ikut sama disebabkan isterinya menunggu masa untuk bersalin jadi dia menawarkan saya untuk menemani pemilik hospital tersebut untuk menunaikan haji di Mekah.”

“Saya berasa sangat gembira dan serta merta sujud syukur kepada Allah SWT. Lihat, Allah telah memperkenankan saya untuk pergi ke ‘rumah’nya tanpa mengeluarkan sesen pun malahan pemilik hospital tu memberikan pula saya sedikit imbuhan kerana menemaninya ke Mekah”

“Saya menceritakan kisah ibu dan anaknya itu kepada beliau dan beliau bertindak mengarahkan kanak-kanak tersebut menerima rawatan di hospitalnya tanpa sebarang bayaran. Beliau juga mengarahkan ditempatkan tabung kebajikan untuk pesakit yang memerlukan di kaunter hospitalnya. Tidak cukup dengan itu, beliau turut menawarkan pekerjaan kepada bapa kepada kanak-kanak tersebut di salah sebuah syarikatnya. Beliau turut memulangkan semula duit yang saya bayar kepada hospital untuk tujuan rawatan kanak-kanak tersebut. Tidakkan tuan nampak kebaikan yang terbaik daripada segala kebaikan oleh Allah? Subhaanallah.”

Lelaki tersebut bangun dan memeluk Sa’eed dan memberitahu Sa’eed : "Demi Allah, saya tidak pernah merasa malu sebagaimana malunya saya sekarang. Saya mengerjakan haji saban tahun memikirkan yang saya telah berbuat sesuatu yang sangat hebat dan memperoleh tempat yang istimewa di sisi Allah SWT tetapi sekarang baru saya faham yang Haji yg tuan kerjakan ini tidak kurang hebatnya dibandingkan dengan jumlah haji yang saya tunaikan sehingga kini. Saya datang ke rumah Allah, tetapi hakikatnya tuan dijemput oleh Allah SWT. Mudah-mudahan Allah menerima ibadah haji tuan. Sentiasalah bersangka baik dengan Allah SWT dan sentiasa peka yang Dia berkuasa mengadakan segala sesuatu. Semoga Allah mengampunkan kita dan mengurniakan keikhlasan kepada kita dalam setiap pekerjaan dan ibadah yang kita lakukan.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan