Sunday, 6 August 2017

Ibu bapa

😢😢😢😢

Ibuu..👱🏻‍♀
Ayah..👨🏼
Jangan sumpah anak2 walaupun hatimu tercabar!!
Tahan marahmuu..😓

😶Bila anak2 mencabar kesabaran ibu dan ayah, mengguriskan hati ,,
Lalu terdetik rasa marah hingga kesudut hati,
Rasa benci dan menyampah,
Maka Hilanglah redho seorang ibu disaat itu.
Hilang jugalah redho Allah pada anak itu.

😔Ingatlah wahai ibu..wahai ayah..

😥Cepat2lah beristighfar,,
 jangan dibiarkan benci dan marah itu bertakhta  walaupun sekejap..
 Dirisaukan ketika itu Allah cabut nyawa kita
Ataupun nyawa anak kita.

😧Maka tergolonglah anak itu dalam golongan anak derhaka,,

😳selayaknya neraka jahannamlah buatnya..
Nauzubillah.

😲Sanggupkah ibu dan ayah biarkan anak yang dikandung itu begitu pengakhiran hidupnya?

🤚Sedangkan anak2 itu tidaklah begitu..

🤝Sebetulnya ibu dan ayah kembali kepada permulaan kehidupan..

🙌Selidikilah diri kita:

🤔Sejauh mana kita didik mereka dengan ilmu agama?

🤔Sejauh mana kita dampingi anak2 dengan nasihat berguna?

🤔Sehebat mana kasih sayang yang kita curahkan?

🤔Sejauhmana keperihatinan kita pada mereka disaat diperlukan?

⏰Ibu ayah Jangan lupa..

🤡Anak yang terlalu dimanjai juga akan  bersikap degil kelak kerana mereka sukar memahami hak ibubapa.

😡Anak yang sering dimarahi tidak akan ada jati diri, akhirnya sifat itu dilepaskan kembali.

😠Anak melawan cakap kemungkinan kerana diri kita yang selalu melawan dengan orang tua kita

😖Anak jadi liar kerana punca rezeki yang didapati tidak berkat

😒Anak tidak mesra dengan ibu ayah kerana tiada komunikasi yang sempurna.

😟Anak menjadi kurang ajar kerana kurang ketaatan kepada Allah.

😭Anak yang degil bukan kehendaknya kerana pengaruh gangguan jin iblis yang menguasi jiwanya. Rawatlah ia.

⭐Carilah dimana silap kita dalam mendidik anak2.
Bukan semata2 mencari salah si anak.

😀Anak2 itu acuan kita

💪🏻Didiklah dari seawal kejadiannya.

🤗Peluk dan usaplah anak disaat dia memberontak.

🌟Ada sesuatu mesej yang Allah nak kita faham disebalik kesulitan itu.

👌Belajarlah dari kerumitan agar tidak berulang kesilapan.

😍Pupuklah cinta Allah dalam keluarga.

👍Insyaallah..kita tak akan hilang pedoman.

👨‍👩‍👧‍👦Anak2 jadi soleh solehah kerana punya bimbingan bukan kutukan.

*Muhasabah Diri* 😔😔

Untuk Peringatan Kita Bersama

No comments:

Post a Comment