Selasa, 8 Ogos 2017

Pilu

PONDOK JAGA SEPARUH DARI HIDUP KAMI
(Sekadar satu renungan)

Sy persembahkan satu lagi pengalaman sedih sy semasa menjadi pegawai pljran daerah utk tatapan krn lebih ramai org suka membaca pengalaman dari tulisan berbentuk ilmu semata.
Ambillah iktibar.
Bukalah hatimu.

Mlm itu sy bersama pemandu membuat semakan ke sekolah2 utk menyelia kerja pengawal keselamatan sekolah.
Bbrp sekolah disinggahi.
Akhirnya sy sampai di satu sekolah kebangsaan  dipinggir bandar.

Bila kenderaan kami berhenti di pintu pagar sekolah,
Sy turun.
Seorg llaki tua berunifom jaga,
Yg sy jangka 60 an menegur sy.

Sy cepat memperkenal diri dan minta memeriksa bbrp perkara.
Dia spt keberatan utk membenarkan sy masuk ke pondok pengawal,
Ttp bila di minta dia beralah.

Sy menolak pintu bilik pengawal utk masuk.
Pintu yg ditolak tertampan sesuatu,
Lalu sy menjengok ke dlm.
Ya Allah,
Seorg remaja perempun belasan tahun sdg tidur beralas tikar rumput di lantai,
Brbantal lipatan kain.
Tidurnya mengiring krn kakinya kena di bengkok disbbkan bilik yg sempit.

Begitu nyenyak dia hingga tidak sedar kakinya tertampan pintu.
Kasut sekolah,
beg dan unifom sekolah menengah diletak ditepinya.

Sy tidak menerus hajat utk masuk dan mengajak org tua itu berbual di luar.

Dlm nada yg sedikit terketar,
Mgkn rasa bersalah,
dia berkata,
"Minta maaf encik,
Anak sy,
Mnumpang tidur di pondok ini"

Dia terhenti.
Tutur kata perlahan dan tertib dan spt menahan sebak.

"Tak ada siapa dirumah,
Mak dia dah meninggal,
Anak2 dh kawin dan pindah.
Sy tinggal dua beranak.

"Sy kena kerja utk belanja kami berdua dan cari duit sekolah anak perempuan bongsu sy tu.
Kerja lain dh tak larat,
Kerja jaga ni blhlah.
Sy bimbang nak tinggalkan dia seorg dirumah.
Minta maaf encik,
Minta maaf."

Air matanya mula tergenang di sinar lampu yg berbalam.
Bahunya sy gosok utk menenangkannya.
Sy pula yg serba salah dan sedih.

Dia terus merintih,
"Hidup waktu mlm kami di sinilah telah setahun lebih bila krn sy kerja syif mlm sbb rakan ada masalah nk kerja mlm.

"Rumah jaga ni separuh dari hidup kami dua beranak.
Esok pagi anak sy akan ke sekolah menengah dgn basikal,
Dia menumpang mandi di sekolah ini.

"Encik,
Tlg,
Jgn repot kat tokey sy dan guru besar,
Sy takut kena buang kerja.
Spt mana kami hidup."

Di sini dia dah teresak dan mengesat air mata dgn lengannya.
Sy menepuk bahunya,
Mnyuruhnya bersabar dan menjengok sekali lagi ke dlm pondok.

Tgn anak itu sy lihat menampar nyamuk di pipi.
Ya Allah,
Anak semuda ini telah diuji dgn kepayahan hidup.

Sesungguhnya llaki ini seorg yg tabah,
Hnya ini jln hidup yg ada baginya.
Sy dh tak sggup mendengar kata2 pak cik ini..

Bila sy menaiki kenderaan,
Pemandu nampak kehairanan krn bbrp sekolah yg dilalui sy bersungut itu ini,
Tapi kali ini diam dan mengesat air mata,
Ttp dia tidak berani bersuara.

Pengorbanan seorg bapa hingga penghujung usianya,
Slagi kudrat masih ada,
Keringat diperah demi menyambung hidup anak.

Bila isterinya dijemput Allah,
Apa pilihan lagi yg ada padanya demi sesuap nasi dan keselamatan anak dara suntinya.

Jika anda prnh bersungut teruknya bekerja,
Susahnya hidup,
Ukurlah dgn org tua ini.

Jika anak anda bersungut tilam nipis,
Lama,
Katil kecil,
Bilik panas tak ada aircond,
Ukurlah dgn anak dara org tua ini yg bermlm ditikar rumput di lantai simen rumah jaga yg kakinya pun tidak boleh berlunjur.

Jika anak anda bersungut bilik air tak selesa,
Srpn tidak sedap,
Ukurlah dgn anak ini yg mandi di tandas sekolah,
Srpn di mana yg sempat.

Jika nk mrh anak murid lewat ke sekolah,
Mengantuk dalam kelas,
Pakaian lusuh tidak di seterika, penampilan yg comot,
Mulut jgn cepat mengungkap kata yg tidak elok,
Ambil tahulah kisah hidup yg dilalui mrk.

Jika jd ketua,
Ambil tahu sedikit kisah hidup org bawah,
Jgn tahu mengarah shj.

Pejamkan mata,
Hayati keperitan hidup pak cik ini dan menangislah krn byk menangis melembutkan hati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan