Jumaat, 16 Februari 2018

Harga rumah

Harga rumah tinggi: penyakit atau simptom?

Disebabkan ramai yang message PM, tag dan bertanya, jadi ini pandangan peribadi berkaitan isu harga rumah di Malaysia

Di dalam publication 4Q17 oleh Bank Negara Malaysia hari Rabu lepas, BNM ada memasukkan sekali box article berkaitan isu harga rumah di dalam publication tersebut

Cuma berbeza dengan artikel harga rumah / property sebelum ni yang dikeluarkan BNM, dalam artikel kali ni BNM ada memberikan 5 cadangan polisi di dalam menyelesaikan masalah harga rumah tidak mampu milik ini

Tapi sebelum masuk kepada 5 cadangan BNM tersebut. Sekadar nak timbulkan persoalan untuk difikirkan...

Harga rumah yang tinggi ni sebenarnya adalah satu masalah, atau satu simptom kepada masalah sebenar yang berlaku?

Hakikatnya di dalam ekonomi, harga adalah simptom. Bukanlah punca masalah.

Asas teori demand dan supply, kedua-dua demand dan supply itu boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Daripada kos, kepada inefficiency, kepada barrier of entry, kepada income level dan sewaktu dengannya

Semua faktor-faktor itu kemudiannya akan mendatangkan dua hasil. Iaitu dari segi harga, dan kuantiti demand and supply barangan tersebut

Ianya seperti kita demam, dan suhu badan kita panas atau kita dapat virus selsema, dan hidung kita mengeluarkan hingus

Sakitnya adalah demam dan selsema.. Simptomnya adalah badan panas dan keluar hingus

Boleh tak kita rawat hingus yang meleleh dengan mengeluarkan semua hingus yang ada dalam hidung? Boleh, tapi itu hanyalah penyelesaian sementara

Nak merawat sakit itu sepenuhnya, akar umbi kepada masalah tersebut perlu diselesaikan terlebih dahulu. Dan di sini akarnya adalah virus selsema tersebut.

(tolong jangan ada doktor tiba2 nak go detail dekat perbandingan ni ye haha)

Maka sama juga dengan ekonomi, masalah dengan harga rumah bukan pada harga itu sendiri. Tetapi apa faktor yang menaikkan harga tersebut

Bank Negara Malaysia ada bagi 3 punca kenapa rumah di Malaysia tidak mampu dimiliki:

1) Mismatch between demand and supply - sejak 2012, supply rumah lagi rendah daripada demand. Antara 2014-2016, secara purata ada 114,000 rumah dibina berbanding 154,000 household yang nak mencari rumah

2) Kebanyakan rumah yang dibina adalah unaffordable. Dah lah memang supply tak cukup. Harga pun mismatch. 35% household hanya mampu membeli rumah RM250k ke bawah. Tapi hanya 24% rumah dibina berharga bawah daripada RM250k

3) Kenaikan harga rumah lebih laju daripada kenaikan pendapatan isi rumah. Antara 2007 - 2016, harga rumah naik secara purata dalam 9.8%, berbanding pendapatan isi rumah naik sebanyak 8.3%

Semua di atas adalah punca kepada masalah harga rumah tidak mampu milik di Malaysia. Walaupun pada masa sama, semua itu juga sebenarnya adalah simptom kepada masalah ekonomi yang lain. Itulah ekonomi, satu isu sentiasa berkait dan memberi kesan kepada isu yang lain

Maka BNM bagi 5 cadangan polisi penyelesaian:

1) Centralisation of affordable housing - sekarang ni kita ada banyak sangat institusi yang nak menyediakan rumah mampu milik. Tapi semuanya bergerak sendiri-sendiri

Jika dilihat kepada model yang dibuat Singapore dan Korea Selatan, mereka hanya mempunyai satu entiti yang merangka dan melaksanakan  isu rumah mampu milik. Untuk swasta, mempunyai lagi banyak entiti itu lebih efficient. Tapi hakikatnya untuk kerajaan, mempunyai hanya satu entiti itu lebih efficient.

2) Kedua, antara masalah sekarang tidak ada yang betul-betul tahu dekat mana orang yang mencari rumah, dan jenis macam mana yang mereka rela duduk. Dan ada jugak yang nak cari rumah tapi tak tahu apa projek perumahan yang ada di kawasan tu

Maka cadangan kedua BNM untuk mewujudkan comprehensive database, untuk mengatasi isu demand and supply. Jadi lepas ni pihak entiti rumah mampu milik tadi boleh merancang dengan betul kat mana nak bina dengan harga apa serta jenis rumah macam mana. Malahan benda ni bukan hanya boleh digunakna mereka tetapi juga pihak swasta dan rakyat macam kita. Lebih cantik lagi kelulusan projek perumahan pun perlu berdasarkan database ni.

Tak adalah nanti developer terkejar-kejar nak buat rumah condo mewah kat KL yang ada hutan dengan harga RM3 juta tapi dah setahun pun tak habis jual. Diorang dapat gambaran artificial demand daripada speculator, sedangkan yang nak duduk tak ada pun

3) Kurangkan cost barrier untuk membina rumah

Ramai yang pernah bagi cadangan untuk kerajaan laksanakan buils first, sell later disebabkan isu-isu perumahan terbengkalai. Tapi nak terima atau tidak, kemungkinan besar ramai developer akan quit jika perkara tu dilaksanakan disebabkan isu kewangan yang perlu ditanggung

Kerana antara isu paling susah berkaitan membina rumah adalah kos yang tinggi. Daripada harga tanah yang meningkat, kepada gaji pekerja dengan minimum wage kepada kos binaan yang semakin tinggi, terutamanya plywood, balak dan sewaktu dengannya

Maka BNM cadangkan solusinya adalah dengan mengubah cara dan sistem rumah dibina di Malaysia. Penggunaan Industrialised Building System (IBS), penggunaan tanah kerajaan / tanah terbiar untuk affordable housing, kurangkan compliance cost dan lain-lain

Malahan cadangan-cadangan kat atas juga boleh menyelesaikan masalah mismatch antara demand and supply. Kerana disebabkan pembinaan rumah yang makan masa lama, biasanya respond daripada supply market tu lambat dalam 2 tahun berbanding perubahan demand

4) Tingkatkan financial literacy di kalangan rakyat

Biar papa asal bergaya. Itulah polisi hidup ramai orang walau entah mereka sedar atau tidak. The fact that 75% rakyat menghadapi kesukaran untuk menyimpan RM1,000 dan 47% orang muda menggunakan credit card secara berlebihan merupakan tanda yang pengurusan kewangan di kalangan rakyat masih perlu banyak ditingkatkan

Cara paling mudah? Jadikan ni subjek wajib di sekolah dan universiti. In a way ilmu ni jauh lagi berguna, penting dan praktikal berbanding sesetengah subjek wajib yang ada sekarang kot...

5) Tingkatkan legal framework di dalam pasaran sewa rumah

Rasanya sangat ramai tuan rumah yang dah pernah sengsara dengan penyewa yang menipu, rosakkan rumah dan sewaktu dengannya. Dan malangnya kalau diorang report polis pun, memang polis tak boleh buat apa. Dengan alasan kalau kita tak bagi dia kebenaran masuk rumah tu, macam mana dia boleh ada kunci. Kadang kala ada pula penyewa yang tau-tau kena kosongkan rumah dalam seminggu. Sebab ada orang nak beli. Sukahati dia je

Itulah, antara kelemahan sistem undang-undang sewa di Malaysia ni yang menjadikan setengah pemilik rumah tidak mahu sewakan rumah dan yang mencari rumah tidak menyewa

Artikel tu berkaitan 3 punca dan 5 polisi penyelesaian. Tapi sesetengah media masih lagi fokuskan kepada 'unaffordability'. Bukan itu mesej utama artikel tersebut

Ada sesetengah pihak yang mencadangkan untuk menetapkan harga siling bagi rumah, atau kerajaan yang sediakan rumah dengan duit kerajaan, maaflah tapi itu cadangan solusi pada tahap simptom, yang juga akan memberi kesan buruk yang lagi besar dari sudut lain. Pendapat peribadi aku isu utama adalah demand and supply mismatch. Dari segi tak cukup info (diorang ingat ada demand sedangkan demand tu artificial dari speculator), proses pembinaan lambat dan juga kos yang tinggi

Dan antara pesalah utama bagi aku sebenarnya sebab kerajaan biarkan RPGT pada 0% walau pada tahun 2010-2014 ketika ekonomi dah pulih. Banyak artificial demand hasil daripada speculators. Sekarang harga dah naik, walau RPGT dah naik pun dah terlambat.

BNM berbeza dengan sesetengah pihak yang hanya kritik tanpa solusi. Mereka kritik, dan mereka juga memberikan solusi

Kalau rakyat ramai yang sukakan cadangan mereka dan viralkan serta perjuangkan, insyaAllah kerajaan akan ambil serius nanti

Wallahualam

P/S: disebabkan demand and supply mismatch itu juga, tak perlulah ada yang berharap untuk harga jatuh banyak dan baru nak rembat. Sebab dia jatuh sikit pun dah akan ada yang beratur nak rembat

Source: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pg=en_qb&ac=172&en

Khamis, 15 Februari 2018

Iphone hilang

⛱⏰⛱⏰⛱⏰⛱⏰⛱⏰⛱


*_'Mulanya tak mengaku, selepas dua bulan dia pulangkan iPhone saya'_*

🌹by Edisi Viral

Jika terjumpa telefon bimbit apa jua jenamanya sekali pun dan yang paling penting bukan milik anda, kembalikanlah kepada pemiliknya.

Di zaman teknologi kini amat mudah untuk mengesan di mana kedudukan sesebuah peranti yang telah hilang. Bukan itu sahaja, malah wujud beberapa aplikasi yang berkemampuan merakam gambar individu terakhir yang membuka peranti itu dan di saat itu, sudah terlambat untuk melarikan diri kerana wajah pencurinya pasti akan diviralkan di media sosial.

Seperti yang berlaku pada Puan Ernayanee, iPhone miliknya hilang dan apabila dikesan menggunakan iPhone Finder, mereka cuba menjejaki dan mendapatkan semula. Malangnya individu terbabit tidak mengaku. Dua bulan kemudian, akhirnya iPhone itu diserahkan semula kepadanya selepas si pelaku gagal membuka iPhone tersebut.

ALHAMDULILLAH. Telefon bimbit yang hilang dua bulan lalu telah ditemui semula. Telefon bimbit kesayangan pula tu, team De'xandra yang berikan. Orang yang terambil sudi memulangkan telefon bimbit itu semula.

Salah satu kelebihan iPhone, kalau hilang boleh dan tulis seperti yang tertera pada gambar.

Sangat susah orang yang ambil/terjumpa iPhone nak pergi jual semula. Buka saja iPhone, tertera tulisan iPhone lost dan perlu hubungi nombor tertera. Nak cakap apa kepada pembeli atau kedai? Nak format semula iPhone ini atau nak pulangkan kepada pemiliknya atau buang saja?

Alhamdulillah terbuka hatinya untuk pulangkan semula. Terima kasih Allah.


*Bagaimana caranya?*

Bukan iPhone Finder menggunakan iPhone lain.

Log in dan isi emel dan password sendiri.

Mula-mula find location iPhone itu. Dalam kes saya, suami dah ikut orang itu sampai ke depan rumah. Siap keluar alamatnya. Tetapi pada mulanya dia tidak mahu mengaku. Jadi suami ketuk empat buah rumah yang lain.

Sampai kami detect iPhone itu sudah kehabisan bateri.

Kemudian kami aktifkan lost mode dalam setting iPhone Finder. Secara automatik nombor yang tertera untuk dihubungi itu adalah nombor iPhone yang digunakan untuk membantu mencari iPhone berkenaan.

Berserah. Sudah banyak kali dia buka iPhone itu dan akan tertera seperti dalam gambar.

Alhamdulillah selepas dua bulan, rumah yang kami jejak itu akhirnya memulang semula iPhone tersebut. Syukur dan terima kasih suami ku.


: Ernayanee Nur Julaimi

Jumaat, 9 Februari 2018

Guru bersatu

Baru je aku tulis pasal guru muda Isnin lepas, semalam aku dapat laporan ada sebuah sekolah di KL mesyuarat tak ada karipap sampai jam 5 petang. Kahkah steady sekolah tu.

Bukan apa, Cikgu ni pergi sekolah jam 7 pagi. Depa mengajar kadang 7 ke 8 masa sehari. Dah kalau pentadbir sambung mesyuarat tak ada karipap dari jam 2 sampai 5 petang pula, tak ke barai cikgu-cikgu kita ni?

Ada satu mentaliti dalam kepala pentadbir dan pemimpin sekolah ni yang aku rasa pelik. Depa suka mesyuarat. Kadang mesyuarat tu sepatutnya personalise, contohnya hanya panitia tertentu sahaja yang perlu hadir, tapi depa saja nak semua orang datang dan dengar juga.

Ini pada aku salah satu sebab kenapa sekolah kita jadi tak efisien. Pentadbir ni memang kerja depa mesyuarat, sebab tu waktu mengajar depa sikit. Sebab kebanyakan daripada waktu mereka diperuntukkan untuk buat kerja pengurusan dan pentadbiran.

Masalahnya depa akan tarik guru yang kerja mereka sepatutnya hanya mengajar ke dalam waktu pengurusan mereka tu. Hasilnya? Guru jadi penat, tak bermotivasi dan hilang arah sebab tumpuan utama mereka untuk mengajar dah hilang.

Dan menurut pemerhatian aku, siapakah golongan pentadbir yang suka buat mesyuarat tak ada karipap ni? Merekalah golongan guru berumur yang hanya pegang jawatan Guru Besar sebab nak tunggu pencen (atau baca: pemikiran dah expired).

Satu lagi perkara pelik yang ramai guru terlepas pandang dalam sistem pendidikan kita ialah – ramai guru terlalu takut atau memandang tinggi kepada pegawai pendidikan sama ada di peringkat daerah atau negeri.

Sekali pegawai ni turun sekolah, macam ribut seluruh sekolah. Pentadbir sibuk nak puaskan nafsu pegawai. Guru pula terpaksa terkial-kial melayan nafsu pentadbir yang sibuk nak memuaskan nafsu pegawai ni. Sekali lagi, guru yang sepatutnya fokus mengajar jadi mangsa dan tersepit di antara nafsu besar pegawai pendidikan serta kemahuan pentadbir memuaskan nafsu pegawai ni.

Sepatutnya sistem kita berfungsi terbalik. Yang patut takut dan hormat dengan guru sepatutnya pegawai pendidikan. Guru tak boleh berfungsi dengan arahan dan telunjuk mereka melainkan ianya membawa kebaikan kepada anak di dalam kelas.

Pentadbir dan pemimpin sekolah harus punya identiti dan faham karakter guru di sekolah masing-masing. Sekolah harus lebih personalise memenuhi keperluan anak di kawasan tersebut. Bukan ikut kehendak seseorang yang pejabatnya ada aircond di Putrajaya.

Warga guru perlu faham, mereka lebih ramai dan kehendak serta keperluan mereka untuk fokus mengajar dengan berkesan di dalam kelas perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum Kementerian memandai-mandai suruh mereka buat itu ini.

Realitinya jika warga guru bersatu, mereka punya kuasa untuk menunjukkan kepada pihak berkenaan bahawa perubahan hanya boleh berlaku di dalam kelas, bukan di atas helaian pelan-pelan yang akan bertukar tiap kali Menteri bertukar.

Ahad, 4 Februari 2018

Faham milik الله

⚠⚠Teguran dari Allah.⚠⚠

Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di NICU selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lambat boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"

Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"

Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.

Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?

Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.

Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.

Lalu ketika itu dia membuka al-quran dan membaca surah yang dibukanya secara random, dgn izin Allah maka terpampang di hadapan ustazah Surah Ar Rahman Ayat 2 yang bermaksud... "Dialah yang mengajarkan Al-Quran"

Jika kita belek tafsir quran maksudnya adalah....
Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.

Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.

Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.

Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.

Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.

Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.

Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.

Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.

Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.

Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.

Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH  supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.

Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya alhamdulillah kini menjadi hafiz☺

Belajar sesuatu tak?

Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.

Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.

insyaAllah....

CnP dr Sahabat group wassap. Tqvm

Jumaat, 2 Februari 2018

Family first

Sharing yg sgt bagus & berkesan kepadaku secara peribadi....

*FAMILY FIRST*

Suatu hari saya terlanggar dengan seseorang yang tidak saya kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan saya. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan saya bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika saya sedang menelefon salah satu rakan sekerja terbaik saya, dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih/melobi simpati rakan saya itu, tiba2 anak lelaki saya berdiri diam2 di belakang saya. Ketika saya hendak berpusing,
hampir saja membuatnya jatuh. "Pergi!!! Main sana, ganggu saja!!!" teriak saya dengan marah. Ia pun pergi dengan hati hancur dan merajuk.

Ketika saya berbaring di tempat tidur malam itu, dengan halus Malaikat berbisik. "Tuhan menyuruh Aku mencabut nyawamu dan mengambil hidupmu sekarang. Namun sebelumnya, Tuhan izinkan kau melihat lorong waktu sesudah kematianmu. Sewaktu kamu berurusan dengan orang yang tidak kau kenal, etika kesopanan kamu gunakan. Akan tetapi dengan anak sendiri, engkau perlakukan kasar, akan ku perlihatkan engkau setelah kematianmu hari ini, bagaimana keadaan majikanmu, kawan rapatmu, sahabat dunia mayamu serta keadaan keluargamu".

Lalu aku pun melihat, hari itu saat jenazahku masih diletakkan di ruang keluarga, hanya satu orang sahabat dunia mayaku yg datang, selebihnya hanya mendoakan di dalam group, bahkan ada juga  yang tdk memberi komen apa apa pun atas kepergianku dan ada juga yang hanya menulis, 'Al-Fatihah' ada yg 'RIP'.

Kawan sekerja ku dtg, Sekejap melihat jenazahku, lalu mereka asyik mengambil gambar dan bercerita. Bahkan ada yg asyik membicarakan aibku sambil tersenyum2. Bos yg aku hormati, hanya datang sebentar melihat jenazahku dalam beberapa minit lalu pulang dan kawan2 rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lalu ku lihat anak-anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jenazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali-kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian. Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yg mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan hp ku, dengan kawan2 dan teman2 dunia mayaku. Lalu aku lihat anak2ku sering ku herdik &  ku bentak mereka saat aku sedang asyik dengan hpku, di saat mereka minta perhatian dariku.  Oh Tuhan....Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku. Teman2 sudah melupakanku, sampai detik ini aku tidak lagi mendengar doa mereka untukku. Pihak office menggantiku dgn staf lain, teman2 dunia mayaku masih sibuk dengan perbualan di group, tanpa ada yang berbicara tentangku ataupun bersedih terhadap ketiadaanku di group mereka.

Namun, aku melihat isteriku masih pucat dan menangis, air matanya selalu menitis saat anak2ku bertanya di mana papa mereka? Aku melihat dia begitu longlai dan pucat, ke mana semangatmu isteriku? Oh Tuhan maafkan aku....

Hari ke 40 sejak aku tiada, teman2 FB ku lenyap secara drastik, semua sudah memutuskan hubungan denganku, seolah tidak ingin lagi melihat kenanganku semasa hidup. Bosku dan teman2 sekerja, tdk ada satu pun yang mengunjungi kuburku atau pun sekadar mengirimkan doa. Lalu kulihat keluargaku, isteriku sudah boleh tersenyum, tapi tatapannya masih kosong, anak2 kecilku masih asyik bertanya bila papa pulang. Anakku yang paling kecil adalah yang paling kusayang, masih selalu menungguku dijendela, menantikan kepulanganku.

Lalu 15 tahun berlalu,
kulihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak2ku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Dia tidak pernah lupa mengingatkan anak2 bahwa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat.

Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuanku malam semlm, dia menulis.... "Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada laki2 yang berani tidak sopan denganku dan
aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami. Oh Tuhan.... Kenapa Kau ambil papaku, aku perlu papaku Ya Allah.." kertas itu basah karena titisan airmatanya..
Ya Allah maafkanlah aku....

Sampai bertahun2 anak2 dan isteriku pun masih terus mendoakanku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kemudian, aku terbangun..... Oh Tuhan syukur... Ternyata aku cuma bermimpi....

Perlahan lahan aku pergi ke kamar anakku dan berlutut dekat tempat tidurnya. Aku masih lihat airmata di sudut matanya, kasihan, terlalu keras aku mengherdik mereka... "Anakku, papa sangat menyesal karena telah berlaku kasar padamu. “Anakku, aku mencintaimu... aku benar-benar mencintaimu, maafkan aku anakku”. Ku peluk anakku, ku cium pipi dan keningnya. Lalu kulihat isteriku yang sedang tertidur, isteriku yang sapaannya sering ku tak hirau ajakannya untuk  berbicara. Sering kali aku sengaja berpura2 tidak mendengarnya, bahkan pesan2 darinya sering aku anggap tak bermakna, maafkan aku isteriku, maafkan aku.

Air mataku tak dapat ku bendung lagi. Apakah kita menyedari bahwa jika kita mati esok pagi, jabatan di mana kita bekerja akan mudah mencari pengganti kita.  Teman2 akan melupakan kita sebagai cerita yang sudah berakhir, malah ada rakan2 kita yg masih menceritakan kelemahan yang tidak sengaja kita lakukan. Teman2 dunia maya pun tak pernah membicara  lagi, seolah2 aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di samping isteriku, hpku masih terus bergetar, berpuluh2 notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. tidak.. Aku matikan hpku dan aku pejamkan mata. Maaf....Bukan kalian yang akan membawaku ke syurga, bukan kalian yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku....
Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

FAMILY FIRST..

Khamis, 1 Februari 2018

Guru

Seorang pelajar menggantung dirinya kerana malu dituduh mencuri Iphone milik seorang guru. Dia dikatakan dipukul oleh guru tersebut, dibrain wash dan dipaksa mengaku oleh 4 orang guru, kemudian dicaci dan dihina di dalam kelas.

Dan hari ini, pelajar itu pergi selama-lamanya. Meninggalkan kita dengan pelbagai persoalan, iktibar dan teladan yang perlu kita ambil dengan peristiwa ini.

Khairul Hakimin Muhammad minta aku tulis sesuatu tentang hal ini. Bukan beliau seorang, malah ada lagi beberapa sahabat pm minta perkara yang sama.

Baiklah. Aku menulis dari kacamata aku. Kacamata seorang guru sekolah rendah yang sudah berkhidmat hampir 13 tahun.

Guru. Cikgu. Ustaz. Sir. Teacher. Madam.

Itu antara gelaran yang diberi kepada mereka yang diberi sijil perguruan sebagai lesen untuk mengajar.

Tugas guru ini mulia. Menyampaikan ilmu, mendekati murid-murid, berhubung terus dengan mereka dalam memberi tunjuk ajar.

Demi Tuhan, tidak terkira banyaknya jasa guru yang tak pernah ibu bapa tahu. Yang berlaku sehari-hari di sekolah, tapi murid tidak ceritakan di rumah.

Namun...

Tidak semua yang menjadi guru itu kerana minat mereka. Ada segelintir memilih profesion ini kerana mudah dapat kerja. Mudah pula nak buat pinjaman beli kereta, beli rumah dan sebagainya.

Aku tidak suka berkata hal ini, namun aku terpaksa luahkan juga malam ini.

Ada segelintir guru menjadi guru hanya kerana kerja dan gaji. Langsung tiada jiwa seorang pendidik dalam hatinya.

Aku sebagai seorang manusia pun jelek dengan perangai segelintir guru yang bersikap demikian. Tidak professional dalam menjalankan tugasan.

Paling teruk, ada guru yang menyimpan dendam.

Ada saja beberapa ibu bapa yang tidak setuju, ibu bapa yang kuat mengadu, yang jenis manja dan banyak songeh, anak-anak mereka yang jadi mangsa. Diabaikan, dipulau dan tidak lagi dipeduli.

Ini sikap yang aku benci. Tidak professional dengan kerjaya sendiri.

Umum tahu, aku guru disiplin yang menyokong kuasa merotan dikembalikan pada guru. Aku sokong penuh perihal merotan.

Namun aku tidak setuju itu lesen untuk guru pukul murid suka suki. Bukan lesen kepada guru untuk mendera. Zahir dan batin. Tidak!

Dulu aku pernah menulis. Menulis tentang segelintir guru yang mempergunakan ayat

'tidak berkat lawan guru',

'guru ini golongan mulia penyampai ilmu',

'ulama sangat menghormati golongan guru' dan banyak lagi ayat bela diri.

Ayat itu benar. Tapi digunakan untuk menutup kesalahan diri. Hat ni yang salahnya. Mempergunakan untuk melindungi diri. Bacul.

Murid ditengking bodoh, dipanggil monyet, dimaki hamun depan khalayak, dihempuk dengan buku kat kepala, ditunjal dahi sambil menyumpah seranah, dibaling buku dari tingkat tiga ke bawah hanya kerana tidak tulis hari dan tarikh, dimalukan di depan kelas, di tapak perhimpunan, di bilik guru, di depan semua orang.

Dan bila murid menarik muka, murid tidak senyum padanya, murid menjauhinya, maka dikatakan murid itu biadab. Digunakan ayat 'tidak berkat lawan guru'.

Macam tahi orang macam ni.

Itu penderaan emosi. Benar mereka itu murid kamu, benar mereka itu bodoh dan tak tahu, tapi mereka masih punya perasaan. Masih punya maruah dan harga diri.

Cuba anak kau kena perlaku begitu, macam orang sasau kau amuk.

Penderaan emosi begini jauh lebih teruk dari hukuman fizikal seperti merotan.

Birat dirotan hanya kekal sehari dua, namun emosi yang terluka diingati sampai bila-bila.

Hari ini, seorang pelajar akhirnya mati. Bukan sebab dirotan guru, tapi sebab didera secara emosi.

Golongan guru yang dihormatinya, yang dikagumi sekian lama, yang sepatutnya melindungi dia tetapi memilih untuk menuduhnya mencuri. Guru yang disayanginya memilih untuk menuding jari bukannya mempercayai.

Guru yang sepatutnya bertindak sebagai ibu bapa kepadanya melakukan dia bagai musuh. Memalukan dan menyakitinya secara fizikal dan emosi. Hanya kerana dia pelajar yang tidak mampu melawan dan guru itu mulia pekerjaan tidak bermakna dia layak dilayan sebegitu.

Walau penafian dibuat, walau tanpa bukti, murid ini didera secara emosi. Sehingga hancur luluh hatinya, hingga hilang pertimbangan akal remaja dan hari ini; dia pergi buat selama-lamanya.

1 Februari 2018. Suatu hari yang menyedihkan.

******

Aku menulis malam ini bukan untuk membuka ruang golongan guru untuk dikecam. Malah barangsiapa yang mengecam golongan guru secara umum, aku akan delete komen tersebut.

Aku menulis malam ini untuk kita golongan guru sama-sama fikir dan ambil iktibar.

Pekerjaan kita mulia, itu tiada takwil. Namun tindakan kita sesetengahnya tidak menggambarkan kemuliaan kita.

Sama-sama kita muhasabah diri. Betulkan apa yang tidak kena. Tanamkan kecintaan dan kasih sayang pada profesion ini. Biar terluah dari hati yang jujur dan murni.

Yang salah itu bukan guru.
Yang salah itu adalah individu.

Kecamlah individu tersebut. Marahlah dengan sikap mereka. Bukan marah pada perkerjaan mereka.

Begitulah.

Puaka Bersekutu
#MFS
- Teguran ini ditujukan kepada tubuh badan aku sendiri buat pertamanya.

Selasa, 30 Januari 2018

Makan nasi

*RAHSIA ALLAHUMMA BARIKLANA (DOA MAKAN)*

Dalam perjalanan mencari ilmu, Tuan Guru Habib Lutfi bin Yahya bertemu Kiyai Tua. Habib yang masih muda waktu itu kehairanan menyaksikan akhlak Kiyai. Waktu ada butiran nasi yang terjatuh lalu dipungut dan dikembalikan ke pinggan untuk dimakan kembali.

“Kenapa harus dikutip? Kan hanya nasi sebutir,” tanya Habib muda menduga.

“Jangan sekadar lihat ianya sebutir nasi. Adakah kamu boleh mencipta sebutir ni seorang diri sehingga jadi nasi?”

Habib muda terdiam. Kiyai Tua melanjutkan bicara.

“Ketahuilah. Waktu kita makan nasi, Allah dah menyatukan peranan ramai manusia. Nasi Bin Beras Bin Padi. Mula dari mencangkul, menggaru, buat bendang, menanam benih, memupuk, menjaga huma sampai membanting padi ada jasa banyak orang.

Kemudian dari tanaman padi jadi beras dan jadi nasi. Terlalu ramai hamba Allah terlibat sampai jadi nasi.”

“Jadi kalau ada sebutir nasi sekalipun jatuh, ambillah. Jangan sebab masih banyak dalam pinggan, kita biarkan yang sebutir. Itu salah satu bentuk takabur, dan Allah tak suka manusia yang takabur. Kalau tak kotor dan tak bawa mudarat pada kesihatan kita, ambil dan satukan dengan nasi lainnya, sebagai tanda syukur kita”.

Habib muda mengangguk.

“Sebab itulah sebelum makan, kita diajarkan doa: Allahumma bariklana (Ya Allah berkatilah kami). Bukan Allahumma barikli (Ya Allah berkatilah aku), walaupun waktu tu kita makan sendirian.

“Lana” itu maknanya untuk semuanya:
Mulai petani, pedagang, pengangkut, pemasak sampai penyaji semuanya termaktub dalam doa tu. Jadi doa tu merupakan ucapan syukur kita serta mendoakan semua orang yang ada peranan dalam kehadiran nasi yang kita makan.”

“Dan kenapa dalam doa makan ada ayat: Waqina ‘adzaban nar (Jagalah kami dari azab neraka). Apa hubungan, makan dengan neraka pula?”

“Saya tak tahu,” jawab Habib muda.

“Begini. Kita makan ini hanya wasilah. Yang bagi kita 'rasa kenyang' adalah Allah. Kalau kita makan dan anggap yang bagi kenyang adalah makanan yang kita makan, maka takut itu akan menjatuhkan kita dalam kemusyrikan. Syirik! Dosa terbesar!”

“Astaghfirullahal‘adhim...” Habib muda, tak menyangka langsung makna doa makan sedalam itu.

• Catatan oleh Tuan Guru Maulana Habib Lutfi Bin Yahya, Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/