Baru je aku tulis pasal guru muda Isnin lepas, semalam aku dapat laporan ada sebuah sekolah di KL mesyuarat tak ada karipap sampai jam 5 petang. Kahkah steady sekolah tu.
Bukan apa, Cikgu ni pergi sekolah jam 7 pagi. Depa mengajar kadang 7 ke 8 masa sehari. Dah kalau pentadbir sambung mesyuarat tak ada karipap dari jam 2 sampai 5 petang pula, tak ke barai cikgu-cikgu kita ni?
Ada satu mentaliti dalam kepala pentadbir dan pemimpin sekolah ni yang aku rasa pelik. Depa suka mesyuarat. Kadang mesyuarat tu sepatutnya personalise, contohnya hanya panitia tertentu sahaja yang perlu hadir, tapi depa saja nak semua orang datang dan dengar juga.
Ini pada aku salah satu sebab kenapa sekolah kita jadi tak efisien. Pentadbir ni memang kerja depa mesyuarat, sebab tu waktu mengajar depa sikit. Sebab kebanyakan daripada waktu mereka diperuntukkan untuk buat kerja pengurusan dan pentadbiran.
Masalahnya depa akan tarik guru yang kerja mereka sepatutnya hanya mengajar ke dalam waktu pengurusan mereka tu. Hasilnya? Guru jadi penat, tak bermotivasi dan hilang arah sebab tumpuan utama mereka untuk mengajar dah hilang.
Dan menurut pemerhatian aku, siapakah golongan pentadbir yang suka buat mesyuarat tak ada karipap ni? Merekalah golongan guru berumur yang hanya pegang jawatan Guru Besar sebab nak tunggu pencen (atau baca: pemikiran dah expired).
Satu lagi perkara pelik yang ramai guru terlepas pandang dalam sistem pendidikan kita ialah – ramai guru terlalu takut atau memandang tinggi kepada pegawai pendidikan sama ada di peringkat daerah atau negeri.
Sekali pegawai ni turun sekolah, macam ribut seluruh sekolah. Pentadbir sibuk nak puaskan nafsu pegawai. Guru pula terpaksa terkial-kial melayan nafsu pentadbir yang sibuk nak memuaskan nafsu pegawai ni. Sekali lagi, guru yang sepatutnya fokus mengajar jadi mangsa dan tersepit di antara nafsu besar pegawai pendidikan serta kemahuan pentadbir memuaskan nafsu pegawai ni.
Sepatutnya sistem kita berfungsi terbalik. Yang patut takut dan hormat dengan guru sepatutnya pegawai pendidikan. Guru tak boleh berfungsi dengan arahan dan telunjuk mereka melainkan ianya membawa kebaikan kepada anak di dalam kelas.
Pentadbir dan pemimpin sekolah harus punya identiti dan faham karakter guru di sekolah masing-masing. Sekolah harus lebih personalise memenuhi keperluan anak di kawasan tersebut. Bukan ikut kehendak seseorang yang pejabatnya ada aircond di Putrajaya.
Warga guru perlu faham, mereka lebih ramai dan kehendak serta keperluan mereka untuk fokus mengajar dengan berkesan di dalam kelas perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum Kementerian memandai-mandai suruh mereka buat itu ini.
Realitinya jika warga guru bersatu, mereka punya kuasa untuk menunjukkan kepada pihak berkenaan bahawa perubahan hanya boleh berlaku di dalam kelas, bukan di atas helaian pelan-pelan yang akan bertukar tiap kali Menteri bertukar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan