Jumaat, 23 Februari 2018

Mengajar

*BIJAK DALAM PENYAMPAIAN*

*Atas penelitian dari Sayyidil Habib Umar bin Hafidz hafizohullah;*

_17 cara menyampaikan maklumat kepada anak-anak/pelajar dengan berkesan_ ;

🌴 *SUARA YANG JELAS*
- Penyampai haruslah menyampaikan dengan suara yang tinggi dan jelas

🌴 *BERTENANG*
- Bertenang dalam menyampaikan supaya anak-anak/para pelajar dapat menguasai setiap kata-kata yang dituturkannya.

_”Dalam hadis ada menyebutkan bahawasanya Rasulullah ﷺ itu bercakap kalimah per kalimah, sekiranya pendengar (para sahabat) mahu mengulangi semua perkataan Baginda ﷺ nescaya mereka mampu melakukannya”_

🌴 *CONTOH YANG SESUAI*
- Haruslah menggunakan isyarat atau contoh yang sesuai untuk menjelaskan apa yang hendak disampaikan dengan tidak berlebih-lebih yakni bersederhana pada tamsil atau contoh yg diberikan

🌴 *PASTIKAN TUMPUAN*
- Sentiasa memandang ke arah anak-anak/pelajar ketika menyampaikan untuk memastikan tumpuan mereka

🌴 *NYATAKAN POINT UTAMA*
- Ulang-ulang kata kunci utama [ point ] apa yang kita mahu sampaikan dan buat kesimpulan di penghujung penyampaian

🌴 *SESI SOAL JAWAB*
- Bukakan ruang untuk soal jawab dan serius serta mengambil berat dan bersungguh-sungguh dalam memberi jawapan supaya anak-anak/pelajar tidak teragak-agak dan malu untuk bertanya walaupun soalan mudah.

🌴 *BUKU NOTA KHAS*
- Menggalakkan mereka untuk mencatit faedah-faedah terutamanya yang mereka mendengar buat pertama kali dan latih mereka untuk ada buku nota khas .

🌴 *TANYA NOTA LEPAS*
- Tanya kepada anak-anak/para pelajar tentang perkara yang sudah kita sampaikan pada pengajian yang lepas sebelum memulakan pengajian yg baru.

🌴 *SOALAN ATAU KUIZ*
- Buat soalan-soalan yg berkaitan setiap hujung minggu ataupun hujung bulan tiap-tiap kali khatam satu bab, beberapa bab atau kitab .

🌴 *KUATKAN HAFAZAN*
- Menggalakkan anak-anak/pelajar untuk menguatkan hafazan dan mengulang-ulang pelajarannya

🌴 *KISAH LUCU*
- Selitkan kisah-kisah lucu yang sesuai dan kisah-kisah yang menaikan semangat ketika dalam kelas

🌴 *PRAKTIKAL*
- Latihkan dalam bentuk praktikal sebahagian apa yang kita sampaikan pada pelajar ikut kesesuaian seperti praktikal wudhu’, solat dll

🌴 *MASA SEDERHANA*
- Jauhkan daripada mengambil masa yang panjang sehingga anak-anak/pelajar-pelajar kebosanan

🌴 *LAMBAT FAHAM*
- Menyusunkan untuk anak-anak/pelajar yang lambat faham untuk ulangkaji khusus bagi perkara yang tidak difahami supaya tidak ketinggalan daripada kawan-kawan.

🌴 *CEPAT FAHAM*
- Jadikan satu masa khas untuk anak-anak/pelajar yang bijak supaya mereka dapat lebih daripada yang sepatutnya dan segera khatam

🌴 *BERIKAN PUJIAN*
- Memuji kepada anak-anak/pelajar yang mampu menjawab soalan-soalan kita, juga kepada pelajar yang bertanya, dan pelajar yang sentiasa masuk kelas awal dengan pujian yang sederhana

🌴 *KUIZ & HADIAH*
- Adakan pertandingan kepada anak-anak/para pelajar dan sediakan hadiah bagi pelajar yang berjaya menjawab

*_sebahagian besar dipetik dari Kitab Maqasid Halaqat Ta’lim_

Semoga ia bermanfaat buat para pendidik dalam kalangan IbuBapa/penjaga terutama Asatizah, guru-guru yang mahukan cara yg kemas dan berkesan.


Mudir Tahfiz Ar Rasyid,
Tarim Hadramaut Yaman
09 Jamadil Akhir 1439H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan