Ahad, 30 September 2018

Mesin basuh

"Kenapa kain pelikat di kebanyakan masjid atau surau berbau hapak. Telekung kaum wanita pun sama. Bau macam kepam."

Itu persoalan yang dikemukakan oleh salah seorang pengguna media sosial.

Jawapan sebenar mudah sahaja. Tidak basuh. Singgahlah di mana-mana surau, madrasah, musalla atau masjid. Kebanyakannya memang begitu.

Bau kainnya, bau sejadahnya, ya Allah. Soalnya, kenapa ini berlaku? Sekali lagi ulangan jawapan, tidak basuh. Lebih-lebih lagi masjid yang berada di tepi jalan yang menghubungkan satu tempat ke tempat lain. Yang menjadi pilihan musafir untuk singgah solat. Bila berkongsi dengan ramai orang, itulah yang akan terjadi.

Mungkin kita akan cakap, "Orang tempatan tidak ambil basuhkah?'

Senang sahaja kita membuat solusi.

Baru-baru ini saya singgah di salah sebuah masjid ketika dalam perjalanan. Bau sejadah, bau kain pelikat, bau tekung, semuanya wangiii...

Bila saya ke belakang, rupanya masjid itu ada sebuah mesin basuh. Barangkali hasil sumbangan orang ramai. Atau alternatif jawatankuasa masjid yang membeli mesin basuh.

Kita pun tahu fadhilat sedekah. Kita pun tahu banyak kelebihan orang yang bersedekah. Tapi kalau untuk masjid, kita lebih gemar sedekah sesuatu yang sudah banyak. Al-Quran, naskhah Yaa Sin, sejadah, telekung dan sebagainya. Kalau ada duit lebih, apa kata kita sedekahkan mesin basuh pula. Kerana benda ini lebih diperlukan. Bagi orang kaya yang suka menderma dalam jumlah yang besar, mereka lebih suka mengadakan sesuatu yang lebih hebat. Dewan, baiki tandas, karpet dan sebagainya.

Apa kata lepas ini sumbang mesin basuh pula. Harga mesin basuh di pasaran sekarang tidak mahal. Sekitar RM600 ke atas sahaja. Mesin basuh terpakai yang masih elok pula harganya sekitar RM200 atau RM250 sahaja. Kondisinya pun masih elok. Ini lebih bermanfaat.

Satu lagi. Kadang-kadang pihak jawatankuasa tidak terfikir hendak beli mesin basuh. Duit derma saban Jumaat mencecah ribuan ringgit. Tapi tidak terfikir pun hendak beli mesin basuh. Kita yang ada idea ini, sesekali bersembang dengan pihak masjid, usulkan.

Oh ya, bila sudah beli, jangan lupa rantai atau kuncikan. Nanti tidak lama, pencuri angkut naik lori. Dan satu lagi, kita sebagai pengguna jangan pula ambil kesempatan. Guna untuk basuh kain-kain di masjid sudahlah.

Sesungguhnya, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Pakaian kotor, solat tidak sah.

Kredit : Nik Mohd Iznan

CnP

Ekjem

Assalamualaikum hai gais 👋🏻Reminder sikit je time2 nak final nii,

●Belajar2 jugak tapi jangan sampai tak sempat nak solat

●Jangan stay up lama sangat lepas tu terlepas subuh

●Jangan skip baca alQuran sebab nak study

●Jangan lupa yg ilmu, kefahaman kita semua tu kan, Allah yg beri.

●Jangan sombong nak spend time dengan Allah sebab nak kejar pointer tinggi.

*Don't forget to make Allah your priority*

Kita try aim berjaya dunia akhirat 💪🏻 insyaAllah

P/s : Jangan risau siapa yg paling pandai dalam kelas. None of it matters in the future. Not something worth worrying about. Its better to worry on how you'll end up in the future. I mean eternal future. (Akhirah) so jangan sampai trneglect hubungan Allah 🙂

اخلاص

Bagaimana untuk IKHLAS📿

🛍 INGAT NIAT

Ingat selalu bahawa setiap perkejaan Yang Kita lakukan beniat kerana agama Allah...selain pada Allah maka sia sia

🛍 SEMBUNYI.

selalu melakukan amal ibadah secara sembunyi, dan elakkan menampakkan amal ibadah yang dikerjakan oleh orang lain.

🛍 BIMBANG.

sentiasa menghadirkan rasa bimbang amal yang dilakukan akan ditolak/tidak diterima Allah, sehingga kita berusaha untuk menghindari hal-hal yang menyebabkan amal tidak diterima.

🛍 TAK SELESA

tidak selesa apabila amal kebaikannya dipuji orang lain, jadi amal ibadahnya yang dilakukan tidak diceritakan kepada orang lain.

🛍 MINTA TOLONG..

memohon pertolongan kepada Allah dengan berdoa agar selalu ditetapkan hati untuk melakukan sesuatu kerana Allah.

Jumaat, 28 September 2018

Belajar

TIPS AWESOME UNTUK STUDENTS :-

1.mandi wktu pg antara pukul 1pg - 6pg. Pada waktu ini, sangat bagus mandi, kerana ia akan mengurangkan lemak dlm badan.

2.jika bangun pukul 4 dan keatas, jangan lagi tidur selepas itu, kerana jika tidur semula, akan melemahkn badan.

3.sarapan antara pukul 7pg - 7:30pg. Bagus sarapan pada
waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dlm badan.

4.datang ke kelas seeloknya 10 minit awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di
situ.

5.makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah
jam,tidur seketika 10-15 minit, kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6.lakukan aktiviti fizikal selepas asar,kerana waktu ini tidak
sesuai untuk belajar. Jadi, gunakannya untuk sebarang
aktiviti fizikal.

7.mandi malam lebih kurang antara pukul 6ptg - 6:30 ptg. jangan beriadah terlalu lama, kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8.luangkan masa maghrib-isya` kepada Allah,kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi.

9.mula study lepas isya. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10. Tidur awal, lebih kurang pukul 11atau 11:30 mlm. Kerana pada waktu ini,hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik.

11. jangan lupa bertahajud dan qiamullail,kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

wallahu'alam .

moga bermanfaat.

Semoga langkah anda dan saya menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat pada manusia lain.

Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam menuntut
ilmu dan berikanlah kami kefahaman yang jelas sepanjang
sesi pembelajaran. Moga-moga. Aaaminn

50 tahun

50 Tahun lalu
50 Tahun kini

50 Tahun yang lalu menantu takut sama mertua,
Kini mertua takut sama menantu😂.

50 tahun yang lalu
Anak2 lemah lembut pada ibu bapa,
Kini ibu bapa harus lemah lembut dgn anak2 sbb takut anak lari dari rumah.

50 Tahun yang lalu
 semua orang harus mempunyai anak ramai,
Kini banyak yang takut ramai anak

50 Tahun yang lalu anak yang berbakti pada orang tua,
Kini orang tua yang berbakti pada anak.

50 Tahun yang lalu lelaki mengejar wanita,
Kini wanita yang mengejar lelaki😂.

50 Tahun yang lalu urusan menikah senang, tpi cerai susah.
Kini urusan menikah susah dan cerai sangat mudah.

50 Tahun yang lalu kenal dengan semua jiran/tetangga,
Kini tidak ada yang kenal dengan jiran/tetangga.

50 Tahun yang lalu harus makan banyak lemak kerana kuat bekerja,
Kini takut makan makanan yang berlemak takut klestrol😂.

50 Tahun yang lalu  rakyat takut dengan kerajaan,
Kini kerajaan yang takut dengan rakyat.
Betul kah ini?😂.

50 Tahun yang lalu malam hari semua jendela/tingkap dan pintu rumah cuma ditutup tidak dilock pada saat tidur,
Kini siang hari pun jendela/tingkap dan pintu harus ditutup dan dilock dgn kendadu besar😂

50 Tahun yang lalu tidak mudah mendapatkan apa yang disukai,
Kini asal suka mudah sekali mendapatkannya.

50 Tahun yang lalu merantau  (orang desa ke kota),
Kini orang kota lari ke desa.

50 Tahun yang lalu hanya anak muda yang menggunakan baju berbunga bunga,
Kini orang tua menggunakan baju berbunga bunga😂.

50 Tahun yang lalu semua orang ingin gemuk supaya terlihat makmur, kini semua orang diet.

50 Tahun yang lalu orang kaya berpura pura miskin,
Kini orang miskin berpura pura kaya.

50 Tahun yang lalu meminjam wang ke bank sangat susah (ngemis),
Kini semua bank terus menawarkan pinjaman.

50 Tahun yang lalu satu orang berkerja menyara  hidup seluruh ahli keluarga,
Kini semua kerja untuk menyara seorang anak.

50 Tahun yang lalu, bila dirumah ada orang tua itu bermakna kita keberuntungan,
Kini bila ada orang tua semua lari tidak mau dirumah betul kah ini😂.

Ini satu lawak tpi ada juga betulnya......