Sabtu, 2 Mac 2019

Anod

Bismillahirrahmanirrahim.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia kan melihat (balasan)nya pula". (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Perkataan zarah sangat dekat dengan saya. Masakan tidak, kelulusan diploma pendidikan, sarjana muda dan sarjana semuanya adalah tentang kimia. Bahkan sedang pula menyiapkan phd dalam kimia juga.

Dalam setitis air terdapat lebih 30 ribu juta trillion(nombor 3 dan ada 22 kosong dibelakangnya) zarah air (dengan anggapan setitis air bersamaan isipadu 1mL) bayangkan betapa kecilnya zarah air.

kehidupan saya dipengaruhi oleh fakta-fakta ini. Oleh itu, penilaian saya terhadap apa yang boleh dan tidak boleh adalah sangat halus.

Pernah saya membeli sebuah buku di kedai buku. Saya diminta mengisi borang memberi pendapat (tick sahaja dan menulis one liner) tentang buku tersebut dan akan diberikan diskaun yang agak lumayan. Saya menolak utk mengisi setelah merasakan saya tidak layak menerima diskaun kerana belum pun membaca. Biarlah saya rugi sedikit asalkan saya bersih.

Pernah juga saya shopping dan berjumpa tawaran murah yang menghadkan pembelian kepada beberapa unit sahaja utk satu keluarga pada hari tersebut. Saya melarang ahli keluarga mengambil lebih dari dibenarkan dengan cara bayar berasingan. Kerana saya tahu ada hak org lain pada barang2 tersebut.

Saya juga berasa terkilan apabila melihat mereka yang tidak bawa bayi, parkir di tempat parkir dikhaskan utk ibubapa yg membawa bayi (parking lebih besar). Bagi saya ianya hak org lain.

Isteri membawa pulang kertas A4 yang dihadiahkan pibg sekolahnya, banyak hari saya argue dengan isteri benarkah pibg benarkan cikgu menggunakan sesuka hati sebagai penghargaan? atau hanya boleh digunakan utk tujuan pembelajaran anak2 di sekolah.

Pernah saya mengadu pada guru mentor saya tentang pengisian borang tertentu di sekolah yang memerlukan guru menyatakan sesuatu tanpa asas yang kukuh. Perkara ini merunsingkan saya.

Bagi saya, umur 38 tahun cukup untuk mendewasakan saya. Saya belajar bahawa status, duit, material dan kejayaan bukanlah segala-galanya sehingga nilai-nilai kemanusiaan habis dilanggar.

Jika seorang awam nampak suatu jenayah dan mengelak utk menghalang kerana risaukan keselamatan atau apa sahaja sebab maka itu bukanlah suatu yang aib. Tetapi jika polis beruniform pula berhadapan dengan situasi yg sama dan mengelak, ia adalah suatu aib kepada beliau.

Begitulah guru, seorang guru adalah pendidik. Jika tidak menunjukkan teladan dan memberi isyarat yang jelas kepada anak didik maka itu adalah aib. Cumanya manusia banyak alasan dan berselindung dan bersembunyi disebalik alasan.

Saya tidak sanggup bersekongkol kerana neraca saya adalah halus. Oleh itu pernah sekali pada acara peringkat kebangsaan yang mana saya bertanggungjawab secara langsung dengan persembahan pelajar. Saya telah membatalkan persembahan menari pelajar perempuan yang saya ketahui adanya acara tersebut pada saat akhir. Malamnya akan berlaku, petangnya saya arahkan pelajar yg menari jangan terlibat dan mereka akur. Saya bukan siapa-siapa, hanya guru biasa ketika itu sehingga sekarang. Saya telah melakukan kesalahan besar apabila membatalkan acara yang diuruskan oleh penolong ko-k ketika itu. Tetapi saya terima risikonya, hanya kerana....zarah. Ada yang tersilap sangka dengan katanya memandangkan hina dan buruk pelaku. Percayalah, dosa saya dan anda selesai dengan taubat, dan sebaik-baik manusia adalah yang bertaubat. Tetapi membiarkan pelajar mendapat didikan yang salah, membesar dengan nilai yang salah adalah lebih saya takut kerana saya seorang guru.

Umur dah dekat 40, bila lagi nak faham rezeki di tangan Allah swt. Pesanan saya kepada semua janganlah risau untuk menegakkan prinsip yang benar dan jangan pula melampaui batas dlm menegakkan prinsip sehingga tidak syarie seperti terputus ukhuwah. Biasa org seperti saya, jiwanya cukup utk menerima perbezaan, berdiskusi tentang perbezaan sehingga tegang dan apabila selesai kita berlapang dada dan senyum semula.

Alhamdulillah jangan kita risau rezeki, pangkat, pengiktirafan dan sebagainya. Selepas 2 tahun berkhidmat, Allah beri saya rezeki yg cukup utk menunaikan haji. 5 tahun berkhidmat saya sudah jadi guru cemerlang kimia, dipantau utk diberi kenaikan pangkat dalam keadaan tanda nama tak jumpa cari. Dapat belajar master chemical instrumentation dlm keadaan tiada course utk guru part timer, alhamdulillah selesai. PhD sahaja belum selesai dan sedang berusaha. Terima kasih biasiswa yang diberikan kerajaan Malaysia, guru-guru saya yang menyokong (anda tahu siapa anda) rakan-rakan dunia akhirat, dan yang paling penting, ibubapa saya, isteri dan anak-anak.

Saya berlindung dengan Allah swt dari sifat riak dan yang seumpamanya. Tidak saya tulis tentang diri saya ini melainkan atas keperluan.
Semoga mereka yang lebih arif menegur saya demi kebaikan.

Terima kasih.

Jumaat, 1 Mac 2019

Habib salim

Habib Salim Asy-Syathiri Rajanya Ilmu

Catatan Dari Tarim: Habib Salim Asy-Syathiri Dalam Kenangan

Jika di dunia ini ada segelintir orang yg begitu haus akan ilmu hingga akhir hayatnya maka Habib Salim adalah salah satu di antaranya. Julukan "Rajanya Ulama" yg disematkan kepada beliau bukanlah julukan yg mengada-ngada

Pernah ada seorang pelajar Tarim asal Prancis membawa kaset rekaman pengajian Habib Salim ke negaranya. Dalam rekaman itu Habib Salim menjelaskan tentang perang Badar selama 4 jam! Itu "Matan"-nya aja belum termasuk syarahnya!

Ketika ia tunjukkan rekaman itu pada salah satu ulama Prancis, ulama itu begitu takjub lantas mengatakan: "Pasti beliau menyampaikan semua ini dengan bantuan kitab!" "Tidak.. Apa yg beliau sampaikan murni dari hafalannya. Ia tak memakai kitab.." Jawab pelajar tadi. "Tidak mungkin.. Bagaimana bisa dia menghafal maklumat sebanyak itu dg menyebutkan referensi dari puluhan kitab?" Ulama Prancis itu masih tak percaya

Akhirnya pelajar itu menunjukkan video pengajian Habib Salim, & betapa terkejutnya Ulama itu setelah ia benar-benar melihat Habib Salim hanya duduk di atas kursi tanpa kitab apa pun & mulai menjelaskan sejarah perang Badar selama 4 jam! Ulama Prancis itu hanya bisa tercengang dan berkata: "Aku tak yakin di zaman ini ada yg lebih alim dari beliau!" Habib Salim memang terkenal dengan ingatan "Super" yg beliau miliki

Padahal dulu ketika masih kecil beliau juga sering lupa ketika menghafal sesuatu. Hingga suatu hari ketika beliau belajar di Mekkah, saat itu pintu Ka'bah terbuka karena Ka'bah sedang diperbaiki. Beliau masuk ke dalam Ka'bah dan mulai membaca Yasin 41x dengan niat agar Allah memberikan ia ingatan yang kuat. Sejak saat itu ia tak pernah lupa ketika menghafal suatu maklumat

Pernah ada seorang tamu yang berkunjung ke perpustakaan pribadi Habib Salim. Perpustakaan yang dipenuhi puluhan ribu kitab itu, bisa jadi adalah salah satu yg terbesar di Yaman. Karena takjub akan banyaknya kitab di Perpustakaan itu, ia bertanya pada Habib Salim: "Habib.. semua kitab ini sudah antum baca?" Beliau menjawab: "Pertanyaanmu salah.. seharusnya kau bertanya apakah semua kitab ini sudah aku hafal?
.

Rabu, 27 Februari 2019

Staf

Ada staff yang bila kita bagi arahan, kita kena bagi sekali dengan contoh, baru dia faham.

Ada staff yang kita bagi just rough guideline, dia dah boleh siapkan sampai sempurna.

Ada staff yang kita kena bagi arahan secara private. Tak boleh bagi dalam group. Especially orang peacock. Tapi kalau puji memang patut puji dalam group.

Ada staff yang kena cakap baik-baik and lemah lembut bila bagi arahan kat dia. Sebab dia orang auditory. Any raised tone will be misconstrued as being angry. Hahaha

Ada staff yang kita kena explain why untuk setiap arahan kita, baru dia bergerak. Selagi dia tak tahu the reason why, dia akan blur dan tak nampak urgency untuk buat.

Ada staff yang kita kena terangkan semua jargon satu per satu, sebab dia memang takde apa2 basic untuk buat kerja yang kita suruh tu.

Ada staff yang memang akan typo setiap kali dia hantar kerja. Mungkin sebab value dalam diri dia fast is better than perfect. So kita memang kena QC kerja dia 2-3 kali.

Ada staff yang memang tak reti nak susun kerja yang dia submit, sebab otak dia ‘hijau’ pekat. So kita kena buatkan template dan borang untuk dia isi.

Ada staff yang memang tak suka diperhatikan setiap masa. Boleh bawa bergaduh kalau asyik duduk tengok dia kerja. Set a broad KPI, guide dia dan let him/her do whatever necessary to achieve the KPI set.

Ada staff yang dalam meeting memang diam je tak banyak cakap. Tapi bila hantar email or pm kita, boleh buat cerpen dia punya panjang nya. So banyakkan komunikasi dengan dia melalui email dan pm jugak.

Ada staff yang memang takleh mengadap komputer lama2 duduk atas meja setempat je utk kerja2 berfikir kreatif. So kita kena bagi dia kelonggaran untuk keluar dan ambik angin kejap, or buat kerja di luar ofis. Janji kerja siap.

Ada staff yang memang blur bila kita cakap terlampau laju. Jadi, kita kena cakap perlahan-lahan untuk explain arahan kita. InsyaAllah dia akan perform lepas tu.

Ada staff yang memang nak boss dia popular di media sosial. Baru la dia boleh bangga dengan kawan2 and family dia. So kita memang kena bina brand syarikat atau personal branding, baru diorang kekal dengan kita.

...

Ni semua berdasarkan pengalaman saya sendiri menguruskan team saya.

Fuhh.. boleh buat kitab dah ke camni? 🤔

Semoga bermanfaat

#ManaBolehMengalah

Selasa, 26 Februari 2019

Melayu

5 ANGGAPAN SALAH MENGENAI MELAYU

1-Bahasa Melayu berasal dari Sanskrit

Jumlah perkataan Melayu yang berasal dari Sanskrit tidak boleh dijadikan tiket untuk mengatakan seluruh bahasa Melayu berasal dari Sanskrit.Jika ya,mengapa pakar-pakar linguistik dunia tidak mengkelaskan bahasa Melayu di dalam kumpulan bahasa-bahasa Indo-Eropah?Bahasa Melayu adalah milik bahasa-bahasa Austronesia yang di dalamnya terdapat bahasa Hawaii,Jawa,Cham,Maori sehingga kaum Merina di Madagaskar.

Bahasa Thai dan Khmer juga memiliki jumlah kosakata yang besar dari bahasa Sanskrit,adakah bahasa Thai dan Khmer berasal dari Sanskrit?Bahasa Inggeris dan Itali sebagai contoh memiliki perkataan-perkataan yang serumpun dengan Sanskrit seperti dio (deva-Sanskrit) atau serpe (sarpah-Sanskrit) malah perkataan 'mother' (ibu/mak) dalam bahasa Inggeris serumpun dengan 'matar' dalam Sanskrit!Kenapa tidak sibuk-sibuk mendakwa English berasal dari Sanskrit?

Ini adalah salah satu soalan bodoh yang kerap disuarakan oleh mereka yang tidak pernah tahu klasifikasi linguistik.

2-Orang Melayu berasal dari Sumatera

Hanya kerana di Sumatera terdapat orang Melayu,maka kerana bengang disebabkan mahu mencipta atau mencari-cari 'tempat asal' orang Melayu untuk menuduh mereka sebagai pendatang juga tetapi masih kebuntuan,maka lokasi Sumatera dipilih.Ini pelik dan bengap kerana di Borneo juga terdapat orang Melayu malah berdiri Kesultanan Brunei yang masih berdaulat sehingga ke hari ini.Belum lagi nak cerita tentang sejarah Kesultanan-kesultanan Melayu di Kalimantan.Mengapa tidak mendakwa Melayu berasal dari Borneo?

Bukan itu sahaja,di sepanjang pesisir pantai Segenting Kra sebelah Myanmar tepatnya wilayah Mergui,bertaburan orang Melayu yang masih bercakap loghat Utara.Di Thailand,4 wilayah selatannya adalah majoriti orang Melayu.Kenapa tidak mendakwa Melayu berasal dari Thailand atau Myanmar?Di Singapura juga terdapat orang Melayu.Mengapa tidak mendakwa Melayu dari Singapura?

SEBENARNYA orang Melayu berasal dari SELURUH ASIA TENGGARA.Asia Tenggara adalah 'homeland' buat mereka.

Mereka yang membuat dakwaan begini masih berkhayal seolah-olah Malaysia dan Indonesia telah wujud sejak zaman dinosaur lagi.

3-Candi Lembah Bujang dibina oleh raja Chola,kalau salah...emm...pedagang Tamil

Ini bingung kerana candi Lembah Bujang telahpun lama dibina sebelum Rajendra Chola I yang dikatakan menyerang Kedah dilahirkan!

Orang yang mendakwa begini tidak mengerti kronologi atau 'timeline' dan membuat serkap jarang.

Yang menyedari dakwaan ini salah dan bengap,mereka menukar kepada 'pedagang Tamil'.

Terdapat lebih 50 buah tapak candi di sekitar Lembah Bujang dan tidak ada sepatah haram pun prasasti bertulisan Tamil dan berbahasa Tamil.Tidak ada keperluan pedagang Tamil membina candi banyak-banyak sementelah mereka hanya berdagang dan balik ke tempat asal mereka setelah habis berdagang.Satu sahaja kemungkinan untuk menyedapkan hati mereka yang percaya dakwaan ini:

Pedagang Tamil itu TELAH DIJADIKAN HAMBA ABDI OLEH RAJA-RAJA MELAYU untuk membina candi-candi itu.

4-Sejarah Melayu bermula sejak Kesultanan Melaka,sebelum itu yang memerintah Malaysia/Indonesia adalah raja-raja Hindu dan semua HINDU ADALAH TAMIL/INDIA.

Ini premis yang menyedihkan.Adakah orang Bali di pulau Bali adalah Tamil/India dek kerana mereka beragama Hindu?Adakah orang Melayu berasal dari Arab sebab mereka kini beragama Islam?Adakah orang Filipina berasal dari Sepanyol dan Amerika semata-mata mereka beragama Kristian?

Topik agama bersifat peribadi dan universal dan tidak seharusnya dijadikan modal politik dan rasisme.Kepercayaan seseorang tentang Tuhan tidak menukarkan bangsa dan warna kulit sekelip mata.

5-Orang Melayu berasal dari India...emmm...dari Yunan....emmm...dari Taiwan...

Orang Melayu adalah ahli keluarga kepada keluarga besar Austronesia/Nusantara yang bergabung di dalamnya orang Jawa,Sunda,Bugis,Banjar,Cebu,Visaya,Tausug,Hawaii,Dayak,Maori,Tonga,Merina,Cham dan sebagainya.Mereka memliki budaya dan bahasa yang saling berhubungan di antara satu sama lain.Salah satu persamaan yang ketara ialah penyebutan angka-angka mirip di antara satu sama lain,menunjukkan mereka semua berasal dari induk yang sama.

So,educate yourselves

Ahad, 17 Februari 2019

Bike

Kelajuan bodoh membunuh..

Sekadar Perkongsian Semata-mata, pastinya ada yang lebih berpengalaman dalam hal ini.

Kepada kawan-kawan yang berhajat pakai motor 1000cc, tapi tak pernah bawa 250,500,600,800,1000, better belajar-belajar ambil cc yang sesuai dengan pengalaman dulu.

Motor 1000, 1200, 1250, 1300, 1400, 1600, tak sama macam kita bawa kereta 1.6cc terus ke 3.5cc atau terus ke 6000cc.

Hanya dengan sedikit pendikit dipulaskan, tenaga, daya kilasan, sebuah motor 1000cc amat berkuasa, menyebabkan ramai mudah hilang kawalan.

Walaupun bukan pada corner atau selekoh yang tajam, selekoh yang bulat dan panjang juga ramai yang tewas.

Masuk corner, keluar corner, cancel corner, dan macam-macam lagi keperluan mengawal jentera berkuasa besar perlu dilalui dengan keserasian dan kemampuan.

Bahkan, kata kawan saya yang memang dah lama dari cc bawah ke cc paling besar hayabusa dia, mengawal jentera besar dengan kuasa besar ini, perlu kesihatan mental dan fizikal yang baik.

Sewaktu pecutan 0-160kmj, atau dari 110kmj - 260kmj dalam beberapa saat tu, waktu itu adrenalin melimpah ruah, jantung mengepam laju , denyutan jantung tidak seperti kita memulas motor Rs150r block 65 sekalipun. Ia berbeza.

Tambahan bila debaran memulas throttle dari dalam corner untuk exit corner, di laluan yang kita tidak familiar atau tidak biasa. Pasti yang biasa ride akan tahu debarannya. Walaupun ada traction control, ebd, etc. penunggang tetap terdedah kepada 70%-80% bahaya.

Begitu juga bila pendikit dipulas atau dilepaskan sewaktu masuk corner, atau sewaktu cancel corner tarik body, switch corner, bahkan wobble keluar corner, jantung akan mengepam dengan denyutan yang amat tinggi. Mungkin boleh cecah 180bpm. bila denyutan dah terlalu tinggi, darah tak sampai, boleh pitam, blackout 1-2 saat, pening, mual, yang paling teruk, terus tangkap jantung, heart attack.

Jika tiada jam yang boleh menunjukkan denyutan jantung, heartrate, belilah, dan monitor. Ia bukan hanya untuk pengayuh basikal sahaja atau yang berlari sahaja.

Exercise lah untuk kesihatan yang optimum, bagi mengawal kenderaan dengan baik. Ia amat berkait rapat.

Motor besar tak perlukan ego besar untuk menawan jalanraya, ia memerlukan kesabaran yang besar untuk merendah diri, mengalah, bertahan, sabar, dan mengikut pace kelajuan sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Jangan ikut orang, atau mencabar diri diluar kemampuan, melainkan sudah tahu apa nak dibuat jika berlaku apa-apa di luar jangkaan.

Ada rakan nak beli 1000cc adventure bike, tetapi tak pernah bawa motor. Saya sarankan dia beli 500cc dahulu, itupun risau. Nak saran 250cc, takut dia kata tak seronok.

Tetapi motor-motor terkini, ada mode, limitation. Untuk merendahkan kuasa, merendahkan respon pendikit, mengawal motorsikal dengan lebih mudah. Itupun perlukan kepada ilmu dan pengalaman untuk kawalan yang serasi dengan penunggang.

Yang pasti, kelajuan membunuh kerana kealpaaan, keegoan, kurang sabar. Lajulah pada tempatnya dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman. Jalan yang kita tak biasa, jangan laju. Pelbagai kemungkinan boleh terjadi.

Nikmatilah tunggangan di jalanraya dengan penuh hikmah, jika mahukan limpahan adrenalin kelajuan, pergilah ke track day, di sana, jatuh ada kawasan luas tanpa pokok, tanpa curb, tanpa ranting2, tanpa kenderaan bertentangan arah.

Laju itu nikmat sementara, tahan lama dan jalan jauh itu nikmat sebenarnya.

Sabtu, 9 Februari 2019

Refleksi


Untuk guru-guru nak tulis refleksi dalam buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH), saya nak kongsi contoh-contoh penulisan refleksi:

🎓 Sesi P&P telah mencapai objektif/target yang diingini

🎓 Murid - murid dapat menguasai kesemua aras P&P

🎓 Murid-murud dapat menguasai kesemua kemahiran yang dipelajari

🎓 Murid-murid dapat menguasai kemahiran pembelajaran secara intensif

🎓 Murid-murid dapat menguasai objektif pembelajaran dengan 10 daripadanya mencapai target

🎓 Murid-murid dapat menguasai aras satu dan dua daripada hasil pembelajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak mencapai objektif pengajaran

📚 5 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 3 daripada hasil pembelajaran

📚 10 daripada 30 murid-murid tidak menguasai aras 2 daripada hasil pembelajaran

📖 Murid-murid telah menyertai aktiviti P&P dengan jayanya

📖 Sebahagian murid-murid tidak terlibat dalam aktiviti P&P kerana kesuntukan masa

📖 Murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Sebahagian murid-murid kelihatan tidak seronok kerana ketiadaan BBM yang menarik dan bersesuaian

📖 Hanya sebahagian murid-murid yang mengikuti PdP, manakala bakinya tidak bersungguh-sungguh dalam PdP
 
📖 Sebahagian pelajar tiada di dalam kelas kerana menghadiri aktiviti luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri mesyuarat / mesyuarat guru

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar kelas

📖 PdP ditangguhkan kerana menghadiri program luar sekolah

📒 Aktiviti P&P tidak dapat berjalan dengan sempurna pada tempoh yang ditetapkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan

📒 Sebahagian aktiviti P&P perlu diulang semula kerana murid2 tidak menguasai objektif pembelajaran

**Ubahsuai ikut keperluan guru-guru.
cp

Jumaat, 8 Februari 2019

Aib

Kita kadang kadang dengar sahaja orang beritahu tentang buruk seseorang terus percaya

jika kamu benar orang yang berakal

jangan jadikan akal kamu pada telinga,tetapi jadikan akal kamu pada tempatnya sendiri iaitu fikiran

dengar kata orang belum tentu benar

seorang lelaki datang kepada imam syafie' mengadu

"si fulan bin fulan telah mengata engkau"

lalu imam syafie menjawab

ان صدقت فأنت نمام و ان كذبت فإنك فاسق
"sekiranya kamu betul benar maka kamu adalah pengadu domba,dan sekiranya kamu menipu maka kamu adalah fasik

pergilah engkau dariku!"

sesuatu yang kamu dengar usah kamu terus menghukum dan mempercayai,

oleh kerana itu akal itu ada 3 derajat:

-akal yang baik adalah akal yang sentiasa berbicara tentang berfikir

-akal yang sederhana adalah akal yang berbicara tentang perkara berlaku

-akal yang bodoh adalah akal yang suka berbicara tentang orang

bila kamu dengar yang tidak baik dan kamu mampu menegur maka itu adalah satu pahala yang besar bagimu,jika kamu tidak mampu pergi dari situ atau membenci perbicaraanya dalam hati

berhentikan viral,berhentikan cerita aib orang,jangan terlalu percaya

Tetapi jika kamu seorang yang prihatin

gunakan kaedah ini

"قبل ان تحكم على إنسان اسمع منه و لا تسمع عنه"

sebelum kamu menhukum seseorang itu maka mendengar daripada orang itu sendiri,dan jangan kamu hanya mendengar tentangnya....

Asar~