Khamis, 14 Mac 2019

Hormat guru

Sebuah sekolah jemput bapa seorang pelajar (seorang OKU yg tidak dapat melihat) di sekolah itu untuk memberikan ucapan pembukaan mesyuarat agung PIBG.

Pelajar perempuan yang comel itu membuka majlis dengan membaca al-Quran. Ucapan bapanya di atas pentas dirakam seperti berikut:

Assalamualaikum. Terima kasih pengerusi majlis. Terima kasih pihak PIBG kerana menjemput saya, orang buta, memberi ucapan.

Tuan-tuan,

Saya rasa ramai orang di dalam dewan, namun saya tidak dapat melihat kalian.

Tadi anak saya membaca al-Quran. Orang cakap anak saya cantik, namun saya tidak dapat melihatnya. Malah saya tidak tahu apa itu kecantikan.

Hari ini saya memakai baju baru, isteri kata saya nampak hensem. Namun saya tidak dapat melihatnya. Malah tidak tahu apa itu kehemseman. (Beliau berhenti seketika, tersenyum)

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya ingin sekali melihat. Ingin melihat wajah anak-anak, orang kata anak-anak semasa kecil comel.

Saya ingin sekali melihat. Ingin membantu anak-anak ketika belajar di rumah. Namun saya tidak mampu melihat buku mereka. Tidak mampu pun melihat mereka belajar.

Tuan-tuan boleh melihat, bantulah anak-anak belajar dengan penglihatan tuan-tuan. Periksalah beg mereka. Buku nota mereka. Tulisan mereka.

Saya tidak boleh melihat, tidak boleh berbuat apa-apa. Saya hanya boleh berada di samping mereka. Biar anak-anak melihat, biar ayah buta, tetapi ayah ada. Ya, saya ada menemani mereka.

(Saat ini semua dewan senyap sunyi.... ibubapa terpaku memandang kepadanya)

Guru-guru ada peranan mereka. Ibubapa yang boleh melihat juga ada peranan mereka. Jangan menjadi ibubapa yang ada mata tetapi tiada di mata anak-anak mereka.

Saya tidak mampu melihat. Tetapi saya pastikan anak-anak tetap ke sekolah. Kerana tanpa ilmu manusia yang ada mata itu buta. Ilmu membuatkan manusia mampu melihat.

Saya tidak mahu anak-anak saya ada mata, mampu melihat, tetapi hidup ibarat orang buta. Saya juga tidak mahu mereka hidup seperti saya, orang buta.

Saya tidak ada motor dan kereta. Tuan-tuan ada. Hantarlah anak-anak ke sekolah. Hantarlah ke kelas tambahan di sekolah. Jangan biar mereka buta seperti saya.

Saya pesan kepada anak-anak. Hormati guru-guru kamu. Kerana mereka yang mengajar kamu ilmu. Tanpa mereka kamu buta dan bisu!

Tuan-tuan.

Saya tidak mampu melihat. Tidak mampu memberi tunduk hormat. Kepada guru-guru yang lawa dan smart. Hanya mampu memanjat doa sebagai tanda hormat. Buat guru-guru yang didik anak-anak saya dengan lelah dan penat.

Tuan-tuan ada mata, boleh melihat. Apakah cukup tanda tuan-tuan hormat? Hormat dengan lisan, percakapan. Hormat dengan perbuatan. Hormat dengan contoh kepada anak. Kalau anda tidak hormat cikgu, anak-anak juga tidak hormat cikgu.

Kalau dalam mesyuarat PIBG nanti kalian tidak hormat guru dengan percakapan dan perbuatan kalian, bagaimanakah anak-anak akan hormat guru mereka dan kalian?

Anak-anak tidak ikut kata-kata kalian, tetapi ikut contoh perbuatan kalian. Mereka bukan seperti saya. Mereka bukan buta. Hanya mendengar lisan. Tidak melihat contoh kalian.

Tuan-tuan,

Cukuplah ini sekadar ucapan. Orang buta yang tuan-tuan mungkin tidak pernah hairan. Terima kasih sekali lagi menjemput berdiri di hadapan kalian. Ingin saya melihat anda di dewan namun tidak kesampaian.

Orang kata hari ini langit cerah, biru cantik indah di awan. Namun saya tidak mampu melihat menikmati keindahan ciptaan tuhan.

Sekian. Salah silap terkasar bahasa harap maafkan.

Untuk diri saya & kita semua.

Organik

Salam.

Cara belajar kimi-A! Organik... macam memasak jer...

ماشآءالله
تبارك الله
ان شاءالله
اللهم امين
اللهم صلى على محمد
Contoh
Intro organik. Sama macam kenal alat memasak, bahan, lauk, rempah dll

Hydrokarbon macam nak masak nasi ayam

Benzene... masak nasi 7 benua
Kenal rempah... tau resepi

Dan seterusnya....
Jumpa cara ... nampak jalan.

Yg penting usaha
nota wat sendiri...

Fokus di kuliah.
Bertanya klu tak faham

من جد وجد
ومن زرع حصد

Yg penting ... jawapan organik dah ada kat soalan...

Analogi... pertandingan memasak. Klu suruh masak kita tengok apa yg disediakan bahan² atas meja. Apa yg ada itu yg kita masak. 

Ada faham kalu?

Rabu, 13 Mac 2019

Kasyaf

Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:

1) Kasyaf Mata

Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan. Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.

2) Kasyaf Telinga

Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin Islam yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif.

3) Kasyaf Mulut

Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.

4) Kasyaf Akal

Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah SWT kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.

5) Kasyaf Hati

Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin . Itupun tidak banyak kerana Allah SWT kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang.

Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”.

Sabtu, 9 Mac 2019

Ilmu fardu ain

ILMU FARDHU AIN yang disepakati ulama ahli sunnah Waljamaah ialah 3 iaitu ilmu Akidah, Fiqh dan Tasawwuf. Ketiga² ilmu ini wajib dan fardhu pada setiap individu Muslim sebab ianya fardhu AIN bukan kifayah.

Fiqh ialah ilmu hukum hakam berkaitan amalan harian kita dan minimum fardhu ialah sekadar lepas semua ibadat² wajib kita seperti hukum hakam wudhuk, solat, puasa, haji, rukun sunat sah batalnya, najis, bangkai dan lain² berkaitan hukum syar'ie atau wadh'ie. Termasuk bahagian ini ialah ilmu tajwid dan quran sebab baca quran adalah rukun solat, Fatihah hanya sah jika tajwidnya sah. Jadi terkait² ilmu utama dan cabang hukum wajibnya.

Akidah ialah ilmu hukum hakam berkaitan kepercayaan kita kepada 6 rukun iman, tentang Allah, Rasul, Malaikat, kitab, kiamat, takdir dan setiap satunya ada had minimum wajib untuk diketahui seperti wajib tahu hak yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Kalau tak tahu Allah tu jisim atau tak, berarah atau tak, di langit ke di bumi, atau di mana-mana, tak tahu 25 rasul, tak tahu minimum 10 malaikat, tak tahu lepas mati jadi apa, seksa kubur, Mahsyar, Mizan, syurga neraka. Maknanya fardhu Ain nya masih belum selesai dan sedang menanggung dosa yang besar. Walaupun dia ahli ibadah zikir, solat sunat juta kali sehari, walaupun dia ahli dakwah yang tak pernah balik rumah sampai ke hujung² dunia. Sebab ini perintah solid dari baginda Nabi, menuntut ilmu ini FARDHU atas setiap muslim. Bukan kifayah.

Tasawwuf ialah ilmu hukum hakam berkaitan dengan muamalat hati kita. Tahu perkara yang SAH dan BATAL pada PAHALA dan PENERIMAAN amalan kita. Contoh, solatnya lengkap rukun, sunat, sah. Maka dari sudut fiqh dia sudah solat dan sah solatnya, tapi tiba² dalam solatnya ada riak, sum'ah, takabbur. Maka solat fiqhnya SAH tapi solat tasawwufnya BATAL, dalam erti kata lain, dia tidak berdosa kerana meninggalkan solat, tapi solatnya sia² dan tiada pahala, jauh sekali penerimaan daripada Allah.

Jadi ilmu akidah umpama akar, tak nampak sebab di dalam, tapi paling penting.

Ilmu fiqh umpama batang pokok, nampak besar dan gah berdasarkan usaha masing-masing, besar akarnya, besarlah batangnya. Jadi kalau kuat iman, kuatlah ibadah zikirnya. Jadilah besar batang pokok nya.

Ilmu Tasawwuf umpama ranting, daun dan buah. Penyeri dan peneduh serta memberi manfaat pada yang lain. Kalau ada akar, ada batang tapi tak ada ranting , daun, buah, orang akan tahu ini POKOK YANG MATI. Walaupun batang pokoknya besar gedabak. Jadi tak hairanlah begitu ramai ahli ilmu walaupun ada 10 phd, karang 200 buku, bahas ilmu tinggi melangit, tapi menolak tasawwuf, mereka dilihat MATI dan tiada kerohanian langsung dalam majlis, kata² dan tulisan mereka.

Ahli rohani, kata² dan tulisan mereka akan HANCUR LEBURKAN HATI² manusia kerana kata dan tulisan daripada hati itu akan terkesan di hati juga. Berbeza dengan ahli "khutbah" dan ahli "kitab" yang kata mereka hanya berpindah ke kata yang seterusnya macam burung kakak tua dan tulisan mereka hanya berpindah ke tulisan seterusnya macam tulisan buku² ilmiah yang di copy paste. Iman tidak meningkat, amalan tidak bertambah, topi sudu tetap di kepala, janggut tetap licin dicukur, akhlak tetap buruk, melihat wajahnya langsung tidak ingatkan kita pada Allah rasul dan akhirat. Tiada athar atau kesan Sunnah dan cinta Nabi padanya. Hanya khutbah dan tulisannya sahaja yang sedap didengar sebagai halwa telinga dan mata. Bukan terapi hati.

3 Ilmu ni sangat penting untuk disibukkan SEPANJANG UMUR kita sebab HANYA 3 ilmu ini sahaja yang akan dihisab dan dipersoalkan dengan keras di Mahsyar.  Jika kita tahu bila akan mati dan ada peluang mendalami ilmu, dalamilah 3 yang wajib ni.

Ilmu² lain boleh celup², tapi 3 ni tak boleh celup². Begitu ramai yang sibuk dengan tafsir itu ini, hadis sahih tak sahih, khilaf mazhab, ada dalil takda dalil dan lain² perbahasan furu' atau cabang. Tapi bila tanya rukun wudhuk ada berapa? Terkebil-kebil mata, blank tak tau jawab.

Allah tak kan tanya kita kenapa mazhab Syafie khilaf dengan mazhab Hanafi, tapi Allah pasti tanya tentang wudhuk kita, solat kita, puasa kita. Hati² dan jangan seumur hidup kena tipu dengan iblis, syaitan, dajjal dalam FITNAH ILMU.

"Eh apa salahnya, benda baik"

Memang tak salah belajar ilmu lain. Tapi kena selesaikan apa yang wajib dulu. Mana ada budak tadika belajar add math. Kalau ada, kita akan tegur. Dan kalau budak tu jawab "eh apa salahnya, ini kan ilmu. Kan benda baik ni." Dan jawapan seterusnya dari kita tu lah jawapan yang sama untuk mereka yang suka melompat darjah dalam ilmu agama.

Zaman dajjal ni, kita tak boleh nafi ini zaman dajjal. Dan manusia akan disibukkan dengan ilmu² lain supaya yang wajib ditinggalkan. Ini fitnah ilmu. Manusia disibukkan dengan benda sunat dan wajib ditinggalkan. Manusia sibuk pukul dan siku orang di depan Kaabah yang hukumnya haram hanya untuk cium Hajarulaswad yang sunat. Manusia bodoh tenggelam dalam lautan dosa besar riba ambik loan bank untuk buat kenduri kahwin yang hukum asalnya sunat. Belum lagi yang buat majlis kahwin tapi ikhtilat campur laki perempuan, tayang aurat, tari menari, muzik lagu haram. Elok² sunat jadi haram. Bawak keluarga pergi makan, pasar malam, jalan² nak gembirakan mereka hukum sunat, tapi pergi waktu maghrib sampai luput waktu solat akhirnya haram. Dan banyak lagi contoh lain tentang pentingnya ilmu darjat ilmu.

Dan 3 ilmu ini wajib melalui dalil hadis Jibril yang malaikat soal jawab dengan baginda mulia tentang iman, Islam, Ihsan.

Dan sebenarnya, ada ilmu ke empat yang wajib pada zaman ini yang disebut dalam hadis tu.

Iaitulah ilmu Akhir zaman atau ilmu Fitan. Perkara ni disoal jawab oleh malaikat pada baginda di penghujung hadis tentang tanda kiamat, ia alamat tentang ilmu ini sama penting dengan 3 ilmu pertama. Cuma ianya dipisahkan sebab zaman dulu kurang "urgent" berbanding sekarang yang sangat urgent untuk diketahui oleh muslim. Dan ilmu Fitan ni pun sangat banyak versi, kecuali pada para wali yang diberi kesepakatan atas sesuatu. Sebab itu ilmu Fitan akan jadi fitnah bila belajar sendiri, sama macam 3 cabang ilmu fardhu Ain tu kalau tak berguru, habis hancur semuanya. Punggah.

Ilmu Fitan lebih sensitif daripada ilmu lain, jadi hanya yang betul-betul ada "Sanad" sahaja khabar sahih akan sampai melalui wali². Jadi tak hairanlah kalau yang mula² bai'at Mahdi nanti semuanya adalah mursyid² utama dunia. Di belakang mereka ada ribuan murid yang dengar dan taat. Untunglah mereka yang ada tali untuk berpegang dan diikat rapi (bukan sekadar berdamping dengan tali tanpa ikatan).

Dajjal akan datang selepas semua peringkat peringatan tentang Dajjal dimatikan atau didiamkan (seperti di beberapa tempat yang berlaku sekarang, ulama dipenjarakan, di assassinated dll bila banyak sebar rahsia penipuan Dajjal).

Selamat datang ke dunia baru. Selamat datang ke dunia Ashabul Kahfi akhir zaman bagi mereka yang sudah "wake up" dan sudah bersama jemaah. Takziah buat mereka yang masih tenggelam berenang seronok dalam sistem dan berlumba-lumba mengejar syurga ciptaan Dajjal. Kejarlah sijil anda, pangkat, harta, nama, harta kertas anda sepuasnya.

"Berbaiah lah walaupun terpaksa merangkak di atas salji."

k bye.

Zakuan Faiz
9/3/2019
Tanah Syam

Isnin, 4 Mac 2019

Ditimpa musibah

*MINDA YAHUDI/KRISTIAN* tentang
istilah *kebetulan*. Istilah ini diambil drp perkataan excidentally atau secara coincident (istilah kristian/yahudi).
Istilah *kebetulan* menafikan Allah sbg Rabb. Dalam al-Quran ada penyataan ttg. ketentuan Allah. Tidak akan bergerak sehelai daun itu melainkan dgn kehendak Allah. Byk lagi istilah yg menyebabkan kita terseleweng akidah. Contoh lain, kita gunakan istilah *mangsa banjir*, *mangsa tsunami*, *mangsa gempa bumi* dll. Mangsa ialah hasil drp perbuatan zalim. Kenyataan *mangsa* seolah2 kita anggap Allah suka-suka nak memangsakan orang. Maha suci Allah drp sifat-sifat demikian. Banjir, tsunami, gempa bumi ialah kerja Allah. Allah tidak menzalimi siapa2 makhluk-Nya. Allah Maha Penyayang. Sepatutnya istilah yg betul ialah *Orang-orang yg ditimpa musibah* Orang-orang yg ditimpa musibah ini ialah orang-orang yg disayangi Allah spt para Nabi, para anbiya' yg sering diperlakukan secara buruk oleh orang-orang musyrik. Ekoran drp itu, kita betulkan mindset. Innalillahiwa'inna'ilaihiroji'un utk perkara yg menyukakan dan yg mendukacitakan. Elakkan syirik. Jadilah orang yg beriman. Jadi, Briged Bakti Malaysia ini mendidik iman dahulu dan seterusnya gunakan seluruh yg ada pada kita spt wang, masa, tenaga yg kita sayang utk kebaikan orang lain. Ini memerlukan pengorbanan.

Mat kilau

"Mat Kilau Terpaksa Berpura-Pura Mati"

Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.

Kata Mat Kilau “ Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan.Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”

Kata Mat Kilau lagi : “ Itu mudah saja,kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari.keadaan saya bagaikan orang mati.kamu boleh bawa mayat saya kepada sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”

“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja.Apabila sampai di tanah perkuburan,mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri !

“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”

Lalu Mat Kilau meminum ramuannya, dan pengsan lalu dianggap mati , diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur.Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris.Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!

Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah.Pada mulanya siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan , Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering

Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Rupa-rupanya benar , selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!

Mat Kilau dalam pelarian dan mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu , sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!

Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata siam dan inggeris, lalu mayatnya dikuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan.Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!

Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan.Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.

Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895 manakala The Free Press pula menyatakan bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".

Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini , akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.

Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Tuhan menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.

26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat… Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.

Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu . Hati seluruh rakyat Malaysia berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, Oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah , Pendekar Pahang yang terbilang itu!

Akhirnya , pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 104 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering Trengganu.

Sempena mengingati pemergiannya menemui Tuhannya lebih kurang 40 tahun yang lalu, setelah berjuang dan berkorban melawan musuh islam iaitu penjajah Inggeris dan Siam, marilah kita sama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada beliau!

Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :

“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka !”

Sabtu, 2 Mac 2019

Khairat

Dari Tengku Nazaruddin Tengku Zainuddin,
Ahli Qariah Seksyen4, Shah Alam:

Pengalaman yg sgt berharga ketika menyelesaikan pengurusan jenazah arwah adik sy.. Terjumpa artikel ni. Esoknya sy trs pegi ke pej2 spt kwsp, pnb, bank rakyat dll.. Borang2 sy dah ambil dan serahkan kpd isteri arwah...

Rupanya Ada Lebih 10 tempat tuntut Khairat Kematian.
Rugi Kalau Anda Tak Ambil Tahu !

Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !

Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.

Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?

Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)

Sini saya kongsikan 10 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.

1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID
▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah

2. Khairat Kematian PERKESO
▪RM 2,000
▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO

3. Khairat Kematian KWSP
▪RM 2,500
▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP

4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA
▪RM 3,000
▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam

5. Khairat Kematian BANK RAKYAT
▪RM 3000
▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat

6. Khairat Kematian ASNB
▪RM 200 - RM 2,000
▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati

7. Khairat Kematian SKIM TAKAFUL
▪RM 2,000 - RM 5,000
▪Syarat: si mati pencarum takaful

8. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI
▪RM 500 - RM 5,000
▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi

9. Khairat Kematian PENCEN
▪RM3000

10. LAIN-LAIN
▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.

▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.

Macam mana nak tuntut?

Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri, polisi takaful di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.

Nasihat sy, lps ni, jika takde akaun bank rakyat, sila buka akaun bank trsbt. Insya allah ada manfaat. Bank ini adlh satu2nya bank yg ada khairat kematian.

Yg bekerja sendiri, yg tak carum dlm kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pegila hadap peg kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sgt2 membantu dgn bantuan.

Yg takde insuran/takaful diri, sila la beli takaful dgn kadar yg mampu. Tak perlu nak beli caruman yg mahal tp hanya mampu byr utk 3bln shj. Kalu tak mmpu sgt, beli la PA Insuran je. Cukup murah tp membantu waris jika terjadi apa2 nnt

Biarkan waris kita menangis krn kehilangan kita, jgn waris kita menangis krn terbeban krn kehilangan kita...

.
Silakan #share