Selasa, 2 April 2019

Acap

Perkongsian Coretan di Gopeng tanggal 31 March 2019 Hari ke 9 KEHILANGAN ACAP .

Bukan mencari credit atau tunjuk hebat atau orang yang berilmu tapi sekadar membantu dan mengajak para pengamal kerohanian lain turun bantu... Selama ini banyak aktiviti SAR kt turun padang tapi senyap2.. Izinkan pertama kali sy share sbg pedoman atas pengalaman..
Kami pasukan rawatan kerohanian Gayong Maarifat Kuala Lumpur telah tiba di Gua Tempurung anggaran 1PM..
Berjumpa dgn Ketua Team Mossars untuk mendengar taklimat mengenai kehilangan dn apa sahaja kemungkinan yg telah berlaku untuk hari ke 9 Acap hilang..
Difahamkan seramai 600 sukarelawan telah terlibat dlm pencarian ini dan hampir 100 ahli bomba dan mungkin lebih dari 100 ahli bomba telah turun padang mencari “hint” acap tapi tidak di jumpai apa2 pun kecuali botol minuman acap yg telah di sahkan oleh isterinya sendiri..
Selain itu, tidak ada apa2 hint lain yg di jumpai sepanjang 9 hari pencarian..
Maka ramai lah orang yang punyai “ilmu kerohanian” datang menggunakan cara masing2 sejak hari ketiga acap hilang..
Tapi tiada jalan yang di jumpai..
Kami juga seramai kekuatan 4 orang tidak terlepas untuk beri bantuan misi mencari acap..
Maka setibanya di sini.. banyak lah versi versi yang di ceritakan dan banyak info info palsu juga yang tersebar..
Pihak bomba dan lain2 tiada pilihan tetap terima apa jua info memandangkan menemui jalan buntu setelah 7 hari berlalu..
Anjing pengesan juga gagal dan pening matanya..
Kami bergerak mencari lokasi acap melalui trail..
Terus menuju beberapa tempat dan singgah ke Bukit Batu Putih dan kami daki... Ada beberapa tempat di sana kita “interaksi” dgn “makhluk sana” tapi mereka menyatakan acap tiada di situ.. tidak berpusing2 sekitar situ tapi lebih kepada kawasan yang punyai air seperti tasik/sungai/aliran anak sungai.. Wallahualam..
Jika di lihat kembali, di sinilah penuh maklumat palsu.. ada yang claim sudah di “scan” jarak jauh dan suruh sukarelawan buat itu ini..
Di katakan berada “di situ dan di sini”..
Tapi kebanyakan dari mereka yang “tunjuk pandai” ini tidak datang pun ke tapak kejadian..
Doa memang boleh di galak kan sekali tapi siap cakap di sana ada “itu dan ini” memang kita katakan mengecewakan ramai pihak terutama sukarelawan... mereka tahu bercakap tp xdatang ..
Suruh itu ini kepada pasukan sukarelawan seolah olah semua sukarelawan ini ada kemahiran “kerohanian”..
kalau hebat sangat datang lah sini..
Lihat depan mata..
Pengalaman sy sndiri sbg perawat..
Melihat tempat hutan dan gua sekitar sini ..
Masing2 mempunyai “frekuensi gelombang” yang tidak sama dan mempunyai “kepala” yang berbeza beza.. jika ada yang kata kena “tunaikan syarat” kena “lepaskan ikatan” bagai tu.. datang turun dan saksikan sendiri lah dan bicara sendiri dgn “penduduk sini”..
Tunjuk kan bakat jarak jauh yg hebat itu..
Yang penting sama sama usaha selamatkan mangsa.. Geng paranormal suka cari hantu.. sekarang cari lah acap pulak.. hantu nak buat hape di cari geng...
Ada yang Islam dan yang kafir..
Terlalu ramai.. kerna kawasan sekitar sini batu batunya shaja sudah berusia ribuan tahun.. inikan “penduduk asal” sana..
Mengikut hasil kajian dari sudut kerohanian.. acab sudah di alihkan ke tempat lain dan bukan lagi Bukit Batu Putih..
Kami telah di panggil oleh wakil sukarelawan setelah turun dari Bukit Batu Putih..
Ini juga ada kisah pelik..
Di mana seorang runner dari wakil itu mencari kami dan berlari ke Bukit Batu Putih tapi tidak jumpai kami sedangkan trail itu hanya sehala..
Runner itu bertanya pada orang yang yg di jumpai bersalam dgn kami xsmpai 1 minit cakap kami baru berlalu.. tapi runner xjumpa kedudukan kami ketika itu..
Wallahualam ..
Seterusnya kami di temukan di lokasi kereta bawah Bukit Batu Putih..
Maka di situ bermula perkenalan kami dan kami di bawa ke satu tempat yang di rahsiakan  yang di syaki acab di “sembunyikan” di kawasan itu.. bersebelahan dgn trail 25KM berdekatan Gua Kandu..
Kami mula memasuki kawasan itu sekitar 5PM..
Berhutan..
di mulakan dgn bacaan ayat Al Quran ..
Suasana sudah mendung ketika itu..
Kebetulan semasa bacaan dalam 10 minit hujan yang amat lebat dan ribut yang terlalu kuat menjelma ketika bacaan di alunkan...
Suasana menjadi agak sukar sebab angin kuat dan ranting2 pokok semua terbang...
Lalu, takdir Allah ketika kami masih alunkan bacaan dlm keadaan basah .. sebuah pokok yang amat besar sepemeluk telah tumbang tidak semena mena patah di tengah..
Angin menjadi lebih kuat dan ketika itulah kita dapat firasat acap berada di sana... bagaimana pun kami berhujan dan basah segala apa wallet, hp smua basah tetap kami teruskan kerna “hampir hampir” sahaja mendapat klue acap.. niat kami jika tidak dapat acap tapi dapat bukti fizikal seperti topi atau beg nya juga sudah mencukupi...
Ternyata , ia amat sukar.. kelibat orang berlari memang kami rasakan di mata dan cuba menarik nya supaya tdak berada dlm dimensi ghaib tapi keadaan amat sukar.. ia bukan semudah yang di sangka.. tidak semudah A B C...
Kerna ada sesuatu makhluk lain takuti di sana.. seolah2 ada yang berpangkat tinggi dan yang lain2 mampu melihat sbb “kasta rendah”..
Ada beberapa kemungkinan dari segi kerohanian tidak berfakta mengapa dan di mana acap .. tapi yelah pabila tiada bukti fizikal maka laporan akan jd sukar dan kita tdk maklumkan kpd sesiapa buat masa itu..

Sebelah malam kami dtg kembali dgn kekuatan 15 sukarelawan tapi seolah olah sudah tiada apa lagi di kawasan yang sama itu..
Hanya wangian yang amat wangi dan salah satu team iaitu di bawah saya kami nyaris di sesatkan dan jumpai pokok2 yang besar dan pokok itu tidak sepatutnya di kawasan itu..
Wallahualam kerna keadaan malam amat gelap..
Jadi, kesimpulan di sini..
Mana2 yang pengamal kerohanian tu usahlah hanya sekadar bicara omong kosong dari jauh semata mata..
Sudah terlalu ramai yg bicara begitu dan berikan maklumat atas nafsu dan palsu..
Datanglah sendiri bawa bantuan dan kebolehan anda ... bukan hanya tampilkan “pendekar pena” semata mata...
Kami sendiri datang dan saksikan sendiri dgn pengalaman dn kluar kos sendiri semata mata niat nk bantu acap...
Kami akui kami “hampir” dapat tapi hakikat nya tetap tidak berjaya.. pulang tanpa sebarang bukti fizikal..
Soal berjaya atau tidak kami redha dan serahkan pd Allah..
Apa2 pun kita berada di sana sudah smpaikan pesanan kpd makhluk2 di sana akan ada lebih ramai perawat datang dan sekiranya masih tdk di jumpai.. saya dan pasukan akan hadir kembali dgn persediaan yang lebih..
Sama sama kita doakan urusan ahli bomba dan ahli sukarelawan di permudahkan...
Hidup atau mati acap biar Allah yang tentukan...
Pelbagai kemungkinan sudah di lakukan kini hanya serah dan tawakkal pd Allah..
Jutaan infiniti terima kasih kepada pasukan sukarelawan dan bomba.. kami saksikan sndiri anda tidak pernah putus asa.. 24 jam tiada henti..

Sebelum ada yang komen merepek tak percaya.. kembali kpd Rukun Iman...
Beriman Kepada Perkara Ghaib.

Al Fatihah..

Jumaat, 29 Mac 2019

manual kematian biro khairat

MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU
42700 BANTING KUALA LANGAT
SELANGOR
MANUAL PENGURUSAN
DANA KHAIRAT KEMATIAN
EDISI 2019
DISEDIAKAN OLEH:
JAWATANKUASA BIRO KHAIRAT KEMATIAN
MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
2
MANUAL PENGURUSAN
DANA KHAIRAT KEMATIAN
KARIAH MASJID
KAMPUNG SUNGAI LANG BARU
1. PENDAHULUAN
Setiap yang bermula pasti akan berakhir, dan setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Setelah manusia mati maka berakhirlah riwayat hidupnya di atas muka bumi ini. Bagi yang hidup, terpikul di pundak mereka tanggungjawab untuk menguruskan Janazahnya ; memandi, mengkafan, menyembahyang dan mengkebumikan. Menurut Islam ini adalah ketetapan syarak, kewajipan ini adalah merupakan fardhu kifayah. Menerusi konsep ta'awun juga, kenapa tidak umat Islam tampil memberi sumbangan terhadap saudaranya yang ditimpa musibah. Orang Melayu berkata "malang tidak berbau". Hari ini mungkin saudara kita, siapa tahu esok atau lusa kita yang merasa pula. Justeru itu, adalah dicadangkan supaya ditubuhkan suatu tabung yang berperanan sama seperti sistem takaful/ insuran yang dinamakan sebagai Dana Khairat Kematian.
Nabi SAW bersabda ketika sahabatnya yang bernama Saidina Jaafar menghadapi kematian anggota keluarganya :
اصنعو لال جعفر طعاما فانه قد اتاهم امر يشغلهم
" Buatkanlah makanan untuk keluarga Jaafar, sesungguhnya mereka sedang ditimpa musibah (kematian) yang mendukacitakan mereka."
(riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmidzi)
2. OBJEKTIF
2.1 Mengurus dan menyelenggara Janazah ahli/ tanggungan ahli sehingga selamat dikebumikan dan memberi sumbangan untuk perbelanjaan majlis tahlil.
2.2 Mengurus dan menyelenggara kemudahan dan kelengkapan pengurusan Janazah seperti kenderaan Janazah, tanah perkuburan, kain kafan dan seumpamanya.
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
3
MANUAL / PERATURAN PELAKSANAAN
3. TA’RIF AHLI
3.1 Penduduk tetap ahli kariah Masjid Kampung Sungai Lang Baru yang beragama Islam dan mendaftar sebagai ahli.
3.2 Sekiranya ahli meninggal dunia, keahliannya masih boleh diteruskan, jika warisnya ingin memperbaharui keahliannya.
3.3 Ahli Bersekutu bermaksud bukan warga negara yang menyewa di dalam kariah Masjid Kampung Sungai Lang Baru atau warga negara yang tinggal di luar kariah masjid yang ingin menjadi ahli.
4. TA’RIF TANGGUNGAN
4.1 Isteri yang sah
4.2 Anak kandung atau anak tiri atau anak angkat lelaki atau perempuan yang belum berkahwin dan di bawah tanggungan ahli. Anak yang telah berkahwin yang tinggal bersama ibu bapa perlu mendaftar berasingan.
4.3 Ibu dan bapa kandung atau ibu dan bapa mertua ahli yang tinggal bersama dengan ahli.
4.4 Selain dari yang disebutkan di atas, tetapi berada di bawah tanggungan ahli kerana tidak berupaya mencari nafkah sendiri dan tidak mempunyai harta.
4.5 Kesemua yang disebutkan di atas perlu didaftarkan sebagai TANGGUNGAN oleh ahli semasa membuat pendaftaran.
4.6 Sekiranya terdapat permohonan baru yang tidak memenuhi syarat di atas maka ianya terletak di atas budi bicara AJK untuk memutuskan.
5. TAKRIF MUSIBAH
5.1 Kematian ahli atau tanggungan disebabkan oleh apa-apa kemungkinan dan tidak bertentangan dengan syariah.
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
4
6. KUTIPAN YURAN
6.1 Yuran tahunan yang ditetapkan adalah seperti berikut
Ahli Kariah
Ahli Bersekutu
RM30.00
RM50.00
6.2 Pembayaran boleh dibuat kepada Bendahari atau WAKIL YANG DILANTIK SECARA SAH SAHAJA dalam mesyuaarat.
6.3 Jawatankuasa boleh melantik wakil Zon sebagai wakil Bendahari bagi memudahkan urusan kutipan yuran.
6.4 Pihak pengurusan WAJIB menyerahkan resit bayaran kepada ahli sebagai bukti bayaran.
7. BANTUAN WANG KHAIRAT
7.1 Bantuan berupa wang tunai berjumlah RM200.00 akan diberikan kepada waris apabila berlaku kematian seperti di dalam Lampiran 1.
8. LAIN-LAIN BANTUAN
8.1 Papan lahad
8.2 Kain kafan dan kelengkapannya
8.3 Kenderaan Janazah
8.4 Penggalian kubur
8.5 Saguhati pengurus Janazah
8.6 Saguhati Imam solat janazah
8.7 Saguhati Bilal Janazah
9. SYARAT-SYARAT MENUNTUT BANTUAN
9.1 Bantuan khairat kematian boleh dituntut oleh ahli atau waris yang didaftarkan
dengan mengemukakan SATU (1) salinan surat kematian kepada pihak
jawatankuasa.
9.2 Salinan surat kematian hendaklah difailkan oleh Jawatankuasa untuk
rekod dan rujukan
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
5
10. PERKARA-PERKARA AM
10.1 Bagi memudahkan ahli mendapat maklumat mengenai pengurusan Dana
Khairat ini, ahli dibekalkan buku peraturan berkaitan semasa mendaftar.
10.2 Wakil zon yang dilantik disyorkan orang yang lebih memaklumi
dan mengetahui latar belakang ahli di kawasannya dan hendaklah orang
yang dipercayai dan dihormati.
10.3 Dana khairat ini juga boleh digunakan bagi menyelenggara Kenderaan
Janazah.
10.4 Ahli Bersekutu tidak layak menghadiri mesyuarat agong dan tidak layak
mengundi.
10.5 Sekiranya terdapat kes kematian ahli di mana pengkebumian Janazah di
lakukan di luar kariah Masjid Kampung Sungai Lang Baru seperti kematian
di Tanah Suci Mekah maka bantuan yang akan diberikan terletak di atas
budi bicara AJK Biro Khairat Kematian.
10.6 Sekiranya aktiviti Biro Khairat Kematian ini ditamatkan, maka baki dana
yang ada hendaklah dimasukkan ke dalam tabung masjid.
10.7 Pindaan, cadangan atau usul yang ingin diutarakan perlu melalui Mesyuarat
Agong Tahunan Masjid atau Mesyuarat Agung Luar Biasa untuk
dibincangkan.
11 AHLI JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat : Tuan Nazir Masjid
Ketua Biro : Tuan Mohamad Shehdi Bin Ragiun (018-3750105)
Setiausaha : Tuan Shahrin Bin Mohamed Amin (013-3858900)
Bendahari : Tuan Hj Mohd Darha Bin Kasan (013-3787248)
Pengurus Janazah : Tuan Hj Ramlan Bin Hj Husin (017-2976632)
12. WAKIL ZON
 Jalan Besar/Lorong 1- Tuan Mohamad Shehdi Bin Ragiun (018-3750105)
 Lorong 2 - Tuan Ramlan Bin Johari (012-3585838)
 Lorong 3 - Tuan Ashori Bin Siran (017-6395026)
 Taman Mawar - Tuan Shahrin Bin Mohd Amin (013-3858900)
 Taman Beringin - Tuan Sanusi b. Ismuni@Dahlan (019-2368579)
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
6
 AJK yang dilantik adalah sah sehingga tiada perubahan pada JK Masjid semasa.
 Wakil Zon boleh dirombak, ditukar atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Khairat Kematian
13. SUMBER PENDAPATAN DANA KHAIRAT KEMATIAN
13.1 Kutipan yuran ahli.
13.2 Tabung Khairat kematian masjid
14. BIDANG TUGAS AHLI JAWATANKUASA BIL JAWATAN BIDANG TUGAS
1
Pengerusi
 Mempengerusikan mesyuarat
 Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan ahli mesyuarat
 Memantau pengurusan
2
Setiausaha
 Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
 Menyimpan rekod ahli
 Memantau persiapan pengurusan Janazah
3
Bendahari
 Mengawal dan merekod sebarang perbelanjaan kewangan
 Mengemukakan penyata kira-kira semasa mesyuarat
 Mengeluarkan bantuan kewangan
4
Pengurus Janazah
 Mengurus segala keperluan semasa berlaku kematian
5
Wakil Zon
 Melaporkan kematian
 Mengenalpasti ahli dan tanggungan
 Mengutip yuran
6
Pemandu Van Janazah
 Menyediakan kenderaan
 Memastikan kenderaan dalam keadaan baik
7
Imam
 Mengetuai solat Janazah, tahlil dan talqin
8
Bilal Janazah
 Memandi dan mengkafankan Janazah
9
Penggali kubur
 Menyediakan liang kubur
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
7
15. KUATKUASA
Manual ini berkuatkuasa mulai 1 Mac 2019 bersamaan 26 Rabi’ul Awal 1440H
16. CARTA ALIRAN KERJA PENGURUSAN JANAZAH
CARTA PERKARA
 Waris menghubungi pihak masjid sebagai makluman kematian. (U.P: Pengurus Janazah)
 Waris berbincang dengan kaum keluarga untuk tempat pengebumian
 Waris dapatkan Sijil Kematian & Kebenaran Pengkebumian dari Polis/ Hospital.
 Satu salinan diberikan kepada masjid sebagai rekod dan satu salinan asli (warna biru) untuk urusan pihak Tanah Perkuburan.
(#) Sekiranya ingin dikebumikan di tempat lain, urusan tersebut diuruskan oleh pihak keluarga sendiri.
 Tindakan : Bilal Janazah
 Urusan mandi dan kafan Janazah lebih baik diuruskan oleh waris terdekat si mati dengan dipantau serta dibantu oleh Bilal Janazah.
 Itu yang diajar oleh Islam
 Tindakan : Imam
 Mengimamkan solat Janazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan
 Tindakan : Penggali Kubur
 Penggali kubur menyiapkan liang lahad sebelum Janazah dibawa ke Tanah Perkuburan
 Tindakan : Imam
 Memimpin bacaan talqin sekiranya ada permintaan dari waris si mati
MULA MULAMULA
MAKLUMAN MAKLUMAN MAKLUMAN MAKLUMAN MAKLUMAN MAKLUMAN MAKLUMAN KEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIAN
DOKUMEN DOKUMEN DOKUMEN DOKUMEN DOKUMEN DOKUMEN DOKUMEN DOKUMEN KEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIANKEMATIAN
TAMATTAMATTAMATTAMATTAMAT (#)(#)(#)
URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & URUSAN MANDI & KAFANKAFANKAFANKAFANKAFAN
SOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAHSOLAT JANAZAH
KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN KEBUMIKAN JANAZAHJANAZAHJANAZAHJANAZAHJANAZAHJANAZAHJANAZAH
BACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQINBACAAN TALQIN
TAMATTAMATTAMATTAMATTAMAT
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
8
LAMPIRAN 1
JADUAL PERBELANJAAN BANTUAN
BIL
BENTUK BANTUAN
JUMLAH (RM)
CATATAN 1 Papan lahad 80.00 Barangan
2
Kain kafan dan kelengkapan
150.00
Barangan 3 Kenderaan Janazah *(Boleh berubah mengikut jarak penghantaran) 40.00 Tunai
4
Penggalian kubur
230.00
Tunai 5 Bantuan kewangan 200.00 Tunai
6
Saguhati Imam
30.00
Tunai 7 Saguhati Bilal Janazah 50.00 Tunai
8
Saguhati Pengurus Janazah
30.00
Tunai JUMLAH BANTUAN 810.00
Makluman:
- Nilai (RM) di atas tertakluk kepada pindaan berdasarkan kepada harga pasaran
semasa.
- Nilai Bantuan boleh berubah mengikut keperluan berdasarkan cadangan dan
sokongan pada mesyuarat agung tahunan masjid
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
9
BORANG KHAIRAT KEMATIAN
MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU (Borang online : http://bit.ly/KhairatMKSLB)
Arahan sebelum mengisi borang :
1- Sila lengkapkan butiran seperti berikut
2- Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses
3- Tarikh akhir serahan borang : 31 Mac 2019
Bahagian A (Butiran Ahli)
Yang bertanda ( * ) WAJIB diisi
1. Nama Penuh* : ……………………………………………………………………………..
2. Jantina* : ……………………………………………..
3. No Mykad* : ……………………………………………..
4. Alamat Tetap* : ……………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………..
……………………………………………………………………………………………………………………..
5. Pekerjaan* : ………………………………………………
6. Zon : sila tandakan (√) di ruangan berkenaan
Lorong Satu
Lorong Dua
Lorong Tiga
Taman Beringin
Taman Mawar
Jalan Besar
7. No Telefon bimbit* : ………………………………..
8. 8. No Telefon Rumah : ..………………………………
9. No Telefon Pejabat : ………………………………...
10. 10. Alamat emel : …………………………………
11. Nama Waris* : ……………………………………………………………………………
12. No Mykad Waris : …………………………………
13. 13. Hubungan : …………………………………
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
10
Bahagian B (TANGGUNGAN)
Jumlah Tanggungan* : ______ BIL NAMA PENUH NO MYKAD / MYKID HUBUNGAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Bahagian C (AKUAN BAYARAN YURAN)
DENGAN INI saya sebagai ahli kariah menyertakan bayaran yuran tahunan keahlian bagi tempoh SETAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5 TAHUN
RM30
RM60
RM90
RM120
RM150
*Sila (√) di ruangan yang berkenaan
Saya juga akan patuh kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Dana Khairat Kematian ini.
_______________________
Tanda Tangan ahli Khairat
Nama : …………………………………………….
Tarikh : …………………
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahagian D (KEGUNAAN JAWATANKUASA)
Tarikh terima permohonan : ________________
No pendaftaran ahli : ________________
No resit : ________________
Tandatangan penerima : ________________
CATATAN
Sebarang masalah boleh berhubung terus dengan :
1) Ketua Biro Khairat
Mohamad Shehdi bin Ragiun 018-3750105
Manual Pengurusan Dana Khairat Kematian MKSLB 2019
11
BORANG KHAIRAT KEMATIAN
MAKLUMAT AHLI
1. Nama Ahli :……………………………………………..
2. No. Pendaftaran :……………………………………………..
MAKLUMAT SI MATI
1. Nama :………………………………………………
2. No. K/P :………………………………………………
3. Sebab Kematian :………………………………………………
4. Tarikh Kematian : ……………………………………………...
MAKLUMAT BANTUAN
BIL
BENTUK BANTUAN
JUMLAH (RM)
PENERIMA 1 Papan lahad 80.00
2
Kain kafan dan kelengkapan
150.00
3 Kenderaan Janazah *(Boleh berubah mengikut jarak) 40.00
4
Penggalian kubur
230.00
5 Bantuan kewangan 200.00
6
Saguhati Imam
30.00
7 Saguhati Bilal Janazah 50.00
8
Saguhati Pengurus Janazah
30.00
JUMLAH BANTUAN 810.00
Diserahkan Oleh :………………………………….. Tarikh :…………….
Nama :
Disahkan Oleh : ……………………… Diluluskan Oleh : …………..…………..
BORANG SEMAKAN BANTUAN
DANA KHAIRAT KEMATIAN
MASJID KAMPUNG SUNGAI LANG BARU
42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR.

Selasa, 26 Mac 2019

Fardhu ain

ILMU FARDHU AIN yang disepakati ulama ahli sunnah Waljamaah ialah 3 iaitu ilmu Akidah, Fiqh dan Tasawwuf. Ketiga² ilmu ini wajib dan fardhu pada setiap individu Muslim sebab ianya fardhu AIN bukan kifayah.

Fiqh ialah ilmu hukum hakam berkaitan amalan harian kita dan minimum fardhu ialah sekadar lepas semua ibadat² wajib kita seperti hukum hakam wudhuk, solat, puasa, haji, rukun sunat sah batalnya, najis, bangkai dan lain² berkaitan hukum syar'ie atau wadh'ie. Termasuk bahagian ini ialah ilmu tajwid dan quran sebab baca quran adalah rukun solat, Fatihah hanya sah jika tajwidnya sah. Jadi terkait² ilmu utama dan cabang hukum wajibnya.

Akidah ialah ilmu hukum hakam berkaitan kepercayaan kita kepada 6 rukun iman, tentang Allah, Rasul, Malaikat, kitab, kiamat, takdir dan setiap satunya ada had minimum wajib untuk diketahui seperti wajib tahu hak yang wajib, mustahil dan harus bagi Allah dan Rasul. Kalau tak tahu Allah tu jisim atau tak, berarah atau tak, di langit ke di bumi, atau di mana-mana, tak tahu 25 rasul, tak tahu minimum 10 malaikat, tak tahu lepas mati jadi apa, seksa kubur, Mahsyar, Mizan, syurga neraka. Maknanya fardhu Ain nya masih belum selesai dan sedang menanggung dosa yang besar. Walaupun dia ahli ibadah zikir, solat sunat juta kali sehari, walaupun dia ahli dakwah yang tak pernah balik rumah sampai ke hujung² dunia. Sebab ini perintah solid dari baginda Nabi, menuntut ilmu ini FARDHU atas setiap muslim. Bukan kifayah.

Tasawwuf ialah ilmu hukum hakam berkaitan dengan muamalat hati kita. Tahu perkara yang SAH dan BATAL pada PAHALA dan PENERIMAAN amalan kita. Contoh, solatnya lengkap rukun, sunat, sah. Maka dari sudut fiqh dia sudah solat dan sah solatnya, tapi tiba² dalam solatnya ada riak, sum'ah, takabbur. Maka solat fiqhnya SAH tapi solat tasawwufnya BATAL, dalam erti kata lain, dia tidak berdosa kerana meninggalkan solat, tapi solatnya sia² dan tiada pahala, jauh sekali penerimaan daripada Allah.

Jadi ilmu akidah umpama akar, tak nampak sebab di dalam, tapi paling penting.

Ilmu fiqh umpama batang pokok, nampak besar dan gah berdasarkan usaha masing-masing, besar akarnya, besarlah batangnya. Jadi kalau kuat iman, kuatlah ibadah zikirnya. Jadilah besar batang pokok nya.

Ilmu Tasawwuf umpama ranting, daun dan buah. Penyeri dan peneduh serta memberi manfaat pada yang lain. Kalau ada akar, ada batang tapi tak ada ranting , daun, buah, orang akan tahu ini POKOK YANG MATI. Walaupun batang pokoknya besar gedabak. Jadi tak hairanlah begitu ramai ahli ilmu walaupun ada 10 phd, karang 200 buku, bahas ilmu tinggi melangit, tapi menolak tasawwuf, mereka dilihat MATI dan tiada kerohanian langsung dalam majlis, kata² dan tulisan mereka.

Ahli rohani, kata² dan tulisan mereka akan HANCUR LEBURKAN HATI² manusia kerana kata dan tulisan daripada hati itu akan terkesan di hati juga. Berbeza dengan ahli "khutbah" dan ahli "kitab" yang kata mereka hanya berpindah ke kata yang seterusnya macam burung kakak tua dan tulisan mereka hanya berpindah ke tulisan seterusnya macam tulisan buku² ilmiah yang di copy paste. Iman tidak meningkat, amalan tidak bertambah, topi sudu tetap di kepala, janggut tetap licin dicukur, akhlak tetap buruk, melihat wajahnya langsung tidak ingatkan kita pada Allah rasul dan akhirat. Tiada athar atau kesan Sunnah dan cinta Nabi padanya. Hanya khutbah dan tulisannya sahaja yang sedap didengar sebagai halwa telinga dan mata. Bukan terapi hati.

3 Ilmu ni sangat penting untuk disibukkan SEPANJANG UMUR kita sebab HANYA 3 ilmu ini sahaja yang akan dihisab dan dipersoalkan dengan keras di Mahsyar.  Jika kita tahu bila akan mati dan ada peluang mendalami ilmu, dalamilah 3 yang wajib ni.

Ilmu² lain boleh celup², tapi 3 ni tak boleh celup². Begitu ramai yang sibuk dengan tafsir itu ini, hadis sahih tak sahih, khilaf mazhab, ada dalil takda dalil dan lain² perbahasan furu' atau cabang. Tapi bila tanya rukun wudhuk ada berapa? Terkebil-kebil mata, blank tak tau jawab.

Allah tak kan tanya kita kenapa mazhab Syafie khilaf dengan mazhab Hanafi, tapi Allah pasti tanya tentang wudhuk kita, solat kita, puasa kita. Hati² dan jangan seumur hidup kena tipu dengan iblis, syaitan, dajjal dalam FITNAH ILMU.

"Eh apa salahnya, benda baik"

Memang tak salah belajar ilmu lain. Tapi kena selesaikan apa yang wajib dulu. Mana ada budak tadika belajar add math. Kalau ada, kita akan tegur. Dan kalau budak tu jawab "eh apa salahnya, ini kan ilmu. Kan benda baik ni." Dan jawapan seterusnya dari kita tu lah jawapan yang sama untuk mereka yang suka melompat darjah dalam ilmu agama.

Zaman dajjal ni, kita tak boleh nafi ini zaman dajjal. Dan manusia akan disibukkan dengan ilmu² lain supaya yang wajib ditinggalkan. Ini fitnah ilmu. Manusia disibukkan dengan benda sunat dan wajib ditinggalkan. Manusia sibuk pukul dan siku orang di depan Kaabah yang hukumnya haram hanya untuk cium Hajarulaswad yang sunat. Manusia bodoh tenggelam dalam lautan dosa besar riba ambik loan bank untuk buat kenduri kahwin yang hukum asalnya sunat. Belum lagi yang buat majlis kahwin tapi ikhtilat campur laki perempuan, tayang aurat, tari menari, muzik lagu haram. Elok² sunat jadi haram. Bawak keluarga pergi makan, pasar malam, jalan² nak gembirakan mereka hukum sunat, tapi pergi waktu maghrib sampai luput waktu solat akhirnya haram. Dan banyak lagi contoh lain tentang pentingnya ilmu darjat ilmu.

Dan 3 ilmu ini wajib melalui dalil hadis Jibril yang malaikat soal jawab dengan baginda mulia tentang iman, Islam, Ihsan.

Dan sebenarnya, ada ilmu ke empat yang wajib pada zaman ini yang disebut dalam hadis tu.

Iaitulah ilmu Akhir zaman atau ilmu Fitan. Perkara ni disoal jawab oleh malaikat pada baginda di penghujung hadis tentang tanda kiamat, ia alamat tentang ilmu ini sama penting dengan 3 ilmu pertama. Cuma ianya dipisahkan sebab zaman dulu kurang "urgent" berbanding sekarang yang sangat urgent untuk diketahui oleh muslim. Dan ilmu Fitan ni pun sangat banyak versi, kecuali pada para wali yang diberi kesepakatan atas sesuatu. Sebab itu ilmu Fitan akan jadi fitnah bila belajar sendiri, sama macam 3 cabang ilmu fardhu Ain tu kalau tak berguru, habis hancur semuanya. Punggah.

Ilmu Fitan lebih sensitif daripada ilmu lain, jadi hanya yang betul-betul ada "Sanad" sahaja khabar sahih akan sampai melalui wali². Jadi tak hairanlah kalau yang mula² bai'at Mahdi nanti semuanya adalah mursyid² utama dunia. Di belakang mereka ada ribuan murid yang dengar dan taat. Untunglah mereka yang ada tali untuk berpegang dan diikat rapi (bukan sekadar berdamping dengan tali tanpa ikatan).

Dajjal akan datang selepas semua peringkat peringatan tentang Dajjal dimatikan atau didiamkan (seperti di beberapa tempat yang berlaku sekarang, ulama dipenjarakan, di assassinated dll bila banyak sebar rahsia penipuan Dajjal).

Selamat datang ke dunia baru. Selamat datang ke dunia Ashabul Kahfi akhir zaman bagi mereka yang sudah "wake up" dan sudah bersama jemaah. Takziah buat mereka yang masih tenggelam berenang seronok dalam sistem dan berlumba-lumba mengejar syurga ciptaan Dajjal. Kejarlah sijil anda, pangkat, harta, nama, harta kertas anda sepuasnya.

🌷✍Fb Ustaz Yunan Ahmad

Rabu, 20 Mac 2019

Ikan gelama

*NASI DAN IKAN GELAMA KERING BEKAL ANAK KE SEKOLAH*.

Ketika menjadi pengetua disuatu pagi, memantau kawasan sekolah,saya didatangi oleh seorang guru perempuan yg ditugaskan mengawas kedatangan pelajar dipintu pagar.Kami bercakap dipinggir jalan masuk ke pejabat.

Katanya,"Cikgu Ghani,saya nak tunjuk satu benda.Ini mungkin tak baik,tapi saya nak tunjuk juga.Seorang ibu pelajar telah mengirim bekal makanan kpd saya untuk anak perempuannya yg tertinggal dirumah semasa dipintu pagar tadi.Dia kata dia nak cepat nak pi kerja,mungkin pekerja kilang.Saya cuba tengok apa yg dibekalkan.Sedih sangat cikgu." Dia berpaling menahan perasaan..Saya mengambil tupperware plastik lalu membukanya.Subhanallah! Nasi putih dg ikan gelama kering belah belakang yg kecil dua ekor.Saya pula yg jd serba salah.

Guru perempuan itu terus mengesat air mata,sambil memberitahu bekalan itu kebetulan utk pelajar kelasnya yg dia tidak tahu begitu miskin.Dia mengambil balik tupperware tersebut dan berkata,"Takpa cikgu,saya cuma nak kongsi dg cikgu,biar saya selesaikan."Saya lihat dia berjalan ke arah kantin sekolah mungkin membeli lauk tambahan dan minuman.

Kita mungkin makan ikan gelama kering untuk mengubah selera, bersama gulai nangka dan sambal belacan berulam.Tetapi mereka makan ikan kering dg nasi kerana tiada pilihan.Itu yg paling murah dan mengenyangkan.Membawa bekal itu sudah menjadi tanda mereka tidak berupaya memberi wang saku kpd anak utk makan di kantin,sedangkan anak perlu diberi makan.Jika bekal makan nasi dg ikan gelama kering waktu pagi,,tengah harinya makan apa agaknya.Waktu rehat hari itu,sengaja saya mengintai pelajar ini,tepat seperti dijangka,dia makan sendirian dibawah pokok,mungkin terasa malu dg bekalnya dilihat rakan.

Ya Allah,anak anak kita bersarapan makan roti gardenia disapu peanut butter,serikaya,jem.Anak-anak kita bersarapan makan roti bakar dg kentang goreng dan kacang panggang.Anak-anak kita bersarapan dg nasi lemak,ikan bilis,sotong,telor rebus.Anak-anak kita bersarapan dg burger,frankfurter,egg banjo telor meleleh,nugget, karipap,cucok badak dg teh,nescafe,milo ais.Dibekal duit poket lagi untuk kudapan dikantin.Mereka memamah nasi dg ikan kering dan mungkin berteman air paip.

Pertama saya nak mengajak anda bersyukur dg apa yg kita ada berbanding orang lain.Dizaman ini masih ada orang makan nasi dg ikan kering.Kedua nak ajak anda mendidik anak untuk belajar bersedekah dan berkongsi rezeki.Contohnya minta anak kenali seorang rakan pelajarnya yg miskin atau yatim,kirimkan seringgit sehari untuknya sebagai sedekah jariah kita utk dia makan dikantin.Atau jika anak bawa bekal,lebihkan sedikit utk dikongsi oleh anak yatim atau miskin itu.Anda akan menjadi orang yg bertuah kerana bersedekah hampir tiap hari kpd yatim atau miskin walau sekedar rm1,atau sekeping roti atau sesenduk nasi lemak atau sebiji egg banjo..Moga anak anda terdidik untuk mengasihi anak yatim dan miskin,moga Allah memberkati hidup anda sekeluarga.Mungkin boleh juga dikirimkan sebotol air mineral setiap hari kerana nabi menyebut antara sedekah yg terbaik adalah memberi minum.

Jika mampu,biayailah pakaian,alatan sekolah,yuran dsbnya.Sesungguhnya mereka yg miskin dan yatim sengaja diadakan oleh Allah sebagai ujian kpd kita dan juga peluang untuk berbuat baik.

Siapa yg mengabaikannya,bimbang mereka juga tidak dipandang oleh Allah di hari akhirat.Jika terdetik rasa simpati,jika tergenang airmata dgn kisah ini,ayuh mulakanlah untuk mencari anak yatim dan miskin utk dibantu dlm misi sedekah jariah harian kita.

Wassallam.

Sampah

Hayati lah...Saya Share..

Satu hari, saya naik kereta kawan untuk pergi meeting. Tengah dalam perjalanan tu, tiba-tiba ada kereta Myvi hitam potong kami dari kiri dan membelok ke kanan tanpa beri signal pun. Nyaris-nyaris terlanggar kereta tersebut.

Nasib baik kawan saya ni sempat brake. Tapi yang peliknye, driver Myvi pulak yang berhenti tepi jalan tekan hon berkali kali, keluarkan kepala dari tingkap. Sambil maki hamun macam orang gila pada member saya ni. Siap tunjuk isyarat lucah lagi.

Yang member saya ni rilex je, senyum dan angkat tangan kemudian dan teruskan perjalanan.

Saya tanya beliau, “ko tak rasa panas ke? Bro tadi tue duk maki-maki, padahal dia yang salah. Kalau kau ajak tadi, aku turun sekali dah balun budak tu. Kita dua-dua fighter kan, ape nak takut?”.

Dia pusing pada saya, senyum dan cakap. "Kau pernah dengar tak Law of The Garbage Truck?"

Hahahaha, ko nak merepek apa pulak ni ? Mana ada law of garbage truck saya kata.

Beliau senyum dan teruskan." Macamni bro, ada sesetengah orang atas dunia ni, dia macam Lori Sampah. Hidup dia seharian dia asyik kutip sampah, kutip sampah, kutip sampah, dari pagi sampai ke malam.

Sampai masa, lori dia penuh. Bila lori penuh, dia dah tak boleh nak kutip lagi dah sampah baru. Jadi dia akan cari tempat untuk buang dan longgokkan sampah-sampah dia tu.

Dan kadang-kadang, kau akan jadi tempat dia longgok sampah dia.

Dan kau jangan take it personally. Kau just senyum, dan tutup diri kau. Supaya sampah dia tak masuk dalam kau. Kalau kau terima sampah dia, kau akan jadi tong sampah. Sama macam dia.

Now, you see. Hidup kita seharian, kita selalu jumpa orang-orang macam ni kan? Selalu nak marah, nak maki, nak pukul orang. Tak Ada pasal pun kadang-kadang nak mengamuk.

Kadang-kadang orang-orang ni adalah orang terdekat kita. Family kita, suami kita, anak kita, kawan-kawan kerja, bos kita, lecturer atau cikgu kita.

Don’t take it personally. Just faham, yang mereka telah kutip terlalu banyak perkara negatif seharian dalam hidup mereka. Dan mereka perlu tempat untuk humban sampah-sampah mereka, itu saja.

Anda cuma perlu senyum, dan tutup diri supaya sampah mereka tak masuk dalam anda.

Kalau anda beri mereka peluang untuk masukkan sampah mereka dalam anda, kini anda dah jadi tong sampah, sama seperti mereka. Eventually tong anda akan penuh dan anda pula terpaksa buang sampah anda pada orang lain.

Sebab tu hari ini terlalu banyak orang yang suka buat posting kecam sana, kecam sini, comment maki orang sana, maki orang sini. Hina semua orang macam dia sorang je suci. Perli memerli dan sebagainya.

Kenapa? Kerana, bila mereka boleh buang sampah mereka pada orang lain, mereka rasa lapang sikit sebab lori dah kosong.

Dan sedihnya, ramai orang. Terlalu ramai orang yang buang sampah mereka pada orang-orang yang mereka sayang. Berapa ramai kita jumpa ayah dan ibu yang balik kerja penat, stress, mereka lepaskan penat dan stress mereka pada anak-anak? Ramai kan?

Berapa ramai bos, cikgu atau lecturer yang ada masalah rumahtangga.Mereka bawa masalah mereka ke tempat kerja, dan lepaskan sampah mereka pada pekerja, anak murid mereka ? ramai kan ?

Agaknya apa yang akan jadi pada anak-anak, pekerja dan murid ni ? Lama-lama tong mereka juga akan penuh, dan mereka akan buang sampah mereka pada orang lain.

Kerana itulah saya rasa semua orang perlu belajar ilmu untuk jadi orang yang bertenang, rasa aman damai, take control of our own feelings.

Perasaan orang pada kita, kita tak boleh kawal. Tapi Perasaan kita pada diri kita. Itu 100% dalam kawalan kita. Kita boleh kawal sepenuh nya. Itu sepenuhnya dalam kuasa kita.

Kalau kita mula bagi kuasa untuk orang lain kawal perasaan kita, itulah satu bentuk penghambaan paling sadis. Jangan biarkan kata-kata orang, perbuatan orang, beri kesan pada inner peace anda.

Saya dah menjadi lori sampah all my life. Dari dulu selalu marah-marah, selalu mengamuk, selalu baran. Dan ia menyakitkan semua orang yang saya sayang. Alhamdulillah mereka semua sabar, dan berkat sabar itu saya kini faham The Law Of Garbage Truck.

Dapat sesuatu ? Jangan jadi sampah, dan tempat untuk orang buang sampah. Jangan Jadi batu api menyemarakkan sampah yang terbakar. 😊👍 sa

Punch kad

Ismail Mohd Salleh:
KISAH PUNCH KAD MERAH.

"Awak dah tiga kali lewat bulan ini. Bulan depan saya tukarkan punch kad awak warna lain. Menandakan kehadiran awak dah tiga kali lewat!"

Keras seorang guru besar memarahi guru ini. Guru ini hanya menunduk dan mengangguk sahaja dengan redha. Ya, dia terlambat 3 kali dan itu termaktub dalam peraturan. Dia akur tanpa bantahan.

Dalam mesyuarat, hal ini dibangkit dan mana-mana guru yang bertukar warna kad disindir-sindir dan diperli. Tidak komitmen dan tidak berdisiplin kata GB tegas ini.

Masa berlalu. Teraju bertukar tangan. Diganti oleh GB lain yang tegas juga dalam bicara dan kata-kata. Namun bila berdepan, bila hadap berdua GB baru ini sangat santun dan berlemah lembut. Nasihat yang baik diberi, bukan ugutan atau sindiran kasar.

Beberapa bulan kemudian, sekali lagi punch kad guru ini berwarna merah. Empat kali dalam sebulan. Dia dah redha jika kad bertukar warna bulan depan.

Bulan seterusnya, kad dia masih warna yang sama. Seolahnya dia tidak lewat melebihi tiga kali. Maka diberanikan diri bertanya pada GB baru.

"Puan. Bulan lepas saya lewat lagi empat kali. Kenapa punch kad saya tidak 'diturunkan darjat' menandakan saya pernah lewat?"

GB itu tersenyum. Diarahkan kerani mengambil punch kad cikgu ini. Lantas ditunjuk dan berkata,

"Cikgu. Cikgu lihat punch kad cikgu. Benarlah ada merah empat kali menandakan lewat dari sepatutnya. Lihat merah yang pertama, masanya 7:21 minit.

Hanya lewat satu minit sahaja. Lagi pun masa itu kelas belum bermula. Kelas kan bermula jam 7:30 pagi. Begitu juga tiga lagi kelewatan cikgu. Semuanya tidak lebih dari 7:30. Maka saya maafkan.

Lagi pun pagi-pagi jalan depan sekolah memang jem. Cikgu pula turunkan anak dulu di pra sekolah. Saya percaya sebenarnya cikgu dah berada dalam kawasan sekolah sebelum jam 7:15 pagi lagi kan?"

Sambil tersenyum GB itu memberi penjelasan. Cikgu ini mengangguk-angguk tanda faham. Terharu dia dapat pentadbir yang memahami, bukan yang jenis mencari salah.

"Puan. Terima kasih banyak atas pertimbangan puan. Benar apa yang puan cakap. Saya berada dalam kawasan sekolah kadangkala lebih awal, namun untuk punch kad itu memakan masa atas pelbagai faktor."

GB itu tersenyum lantas menyambung,

"Adalah kejam bagi saya menghukum guru-guru dibawah saya hanya sekadar warna merah 3-4 kali ini.

Cuba awak perhati waktu awak pulang kat punch kad ini. Awak layak pulang seawal jam 1:00 petang. Namun hampir setiap hari awak berkorban masa demi sekolah dan anak-anak didik sampai jam 2-3 petang.

Lewat satu minit diganti dengan tambahan 2-3 jam setiap hari adalah sesuatu yang mengagumkan saya. Cikgu tidak pernah membangkitkan pengorbanan cikgu berada lebih masa di sekolah.

Apa perlu saya bangkitkan kelewatan satu minit atas faktor teknikal? Saya belum sezalim itu cikgu. Itu bukan cara saya mentadbir sekolah. Terus beri yang terbaik cikgu ya!"

Guru ini merasa sangat dihargai. Dia merasa sangat senang dengan pentadbir yang bertolak ansur dan pandai mengenang budi.

Setiap langkah ke sekolah di hari mendatang dia hayun dengan semangat yang lebih membara. Setiap program sekolah dia cuba jayakan sebaik mungkin.

Benarlah, seorang pemimpin yang baik tidak hanya pandai mencari salah.

Pemimpin yang baik tidak hanya tahu bertegas dan marah-marah.

Pemimpin yang baik tidak membuatkan anak buah mereka bekerja keras dengan ugutan dan paksaan.

Sebaliknya pemimpin yang hebat mampu memenangi hati anak-anak buahnya sehingga mereka seronok bekerja bersama.

Sehingga anak-anak buahnya melakukan segalanya bukan kerana paksaan atau ugutan. Tapi dengan kerelaan dan rasa hormat yang menebal pada pemimpin yang pandai menjaga hati ini.

Kisah ini kisah benar yang aku dengar sendiri dari seorang sahabat guru. Mana yang baik sama-sama kita ikuti.

Begitulah.

***
- Gambar hanya hiasan sahaja.

#MFS
.

Ibu bapa

*Memang Ayah Tidak Menyusuimu, Tetapi Setiap Titisan Keringat Ayah Menjadi Susu Yang Membesarkanmu*

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita? Ayah selalu cakap,” telefonlah anak kita tu tanya dia macam mana kerja..”

Semasa kecil, ibulah yang lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian.

Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak:

“Kan ayah dah kata jangan main hujan?”
“Kan ayah dah bagitau jangan minum air sejuk!”
Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau sebenarnya?

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam, ayah dengan tegas berkata:

‘Tidak boleh!”
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya. Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau.

Ayah marah kita, tetapi tahukah kita yang ayah tidak mahu apa-apa terjadi kepada kita bila keluar lewat malam?

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar. Disaat kita memerlukan macam-macam, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi, tanpa menolak, beliau memenuhinya.

Saat kamu berjaya, ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu. Ayah akan tersenyum dengan bangga, walaupun kadang-kadang ayah macam buat tidak tahu tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat ibu kekaguman dia terhadap kita?

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya daan akhirnya, saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan kita, ayah pun tersenyum bahagia.

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik, bahagiakanlah putera puteri kecilku yang manis bersama pasangannya.”

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.

Itulah pengorbanan seorang ayah..
Apakah kita masih belum sedar? Masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita bencikan dia? Percayalah, dia orang yang paling rindukan kamu walaupun kerinduan ibu lebih menyerlah, tidak dapat dinafikan kerinduan ayah terhadap kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita, kita cium pipi ibu, ayah hanya tersenyum melihat.

Tahukah kita yang kita telah berlaku tidak adil terhadap ayah? Apakah ayah tidak layak mendapat ciuman sama yang kita berikan kepada ibu? Kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung kamu dan mencium kamu?

Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang2 terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang ayah yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.

Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.

Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah taman indah dan penyelamat ibu bapa kita dari azab kubur dan api neraka. InshaAllah, doa anak-anak yang soleh dan solehah yang dibawa bersama ke sana…

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud:

Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. (Hadis Riwayat Muslim)

Renungkanlah!!!


https://thecoverage.my/bahasa/gaya-hidup/islam/memang-ayah-tidak-menyusuimu-tetapi-setiap-titisan-keringat-ayah-menjadi-susu-yang-membesarkanmu/

.