Sabtu, 25 Mei 2019

Rezeki

*Teringat pesan seorang guru, katanya;*

"Kelmarin, kamu beli lauk pauk kuih muih di pasar ramadan. Selepas berbuka, banyak lagi yang tak habis dimakan.

Pagi tadi selepas masuk waktu imsak, segala makanan yang dibeli tu ditong-sampahkan.

Allah tidak mengizinkan kamu untuk makan makanan itu dan ditarik sedikit dari rezeki kamu, melalui wang yang digunakan untuk beli makanan tersebut.

Kenapa?

Pernah bertanya, kenapa jadi begitu?

Setiap rezeki yang Allah beri kepada kita, ada yang sepatutnya menjadi hak orang lain. Hak asnaf, anak yatim, ibu/bapa tunggal yang kesempitan hidup, pesakit² kronik, isteri, anak² dan ibu ayah sendiri.

Rezeki yang sepatutnya kita sampaikan kepada mereka, kita guna sehabisnya dengan beranggapan itu hak kita.

Allah swt akan menarik semula rezeki yang Dia beri, dalam pelbagai cara. Paling mudah dilihat, makanan yang dibazirkan selepas berbuka puasa.

Makanan yang terbuang itu adalah rezeki, yang tidak disampaikan kepada yang berhak.

Fikir2kan."

😭😭😭😭

Hadis

🔴 *ISTILAH-ISTILAH DALAM ILMU HADITS*🔵

🔴1. *Mutawattir*
Hadits yang diriwayatkan dari banyak jalur (sanad) yang lazimnya dengan jumlah dan sifat para perawi di semua thabaqah (generasi perawi) tersebut mereka mustahil bersepakat untuk berdusta atau kebetulan bersama-sama berdusta.
Perkara yang mereka riwayatkan adalah perkara indrawi yakni dilihat (kami melihat si fulan...., aku melihat...) atau didengar (kami mendengar, aku mendengar bahwa fulan mengatakan....).
.
🔵2. *Ahad*
Hadits yang tidak mencapai derajat mutawatir.
.
🔴3. *Shahih (benar/sehat)*
Hadits yang dinukilkan oleh orang yang ’adil (muslim, baligh, berakal, bebas dari kefasiqan yaitu melakukan dosa besar, dan bebas dari sesuatu yang menjatuhkan muru’ah/kewibawaan) dan sempurna hafalan/penjagaan kitabnya terhadap hadits itu, dari orang yang semacam itu juga dengan sanad yang bersambung tidak memiliki ‘illah (penyakit/kelemahan) dan tidak menyelisihi yang lebih kuat. Hadits shahih hukumnya diterima dan berfungsi sebagai hujjah.
.
🔴4. *Hasan (baik)*
Hadits yang sama dengan hadits shahih kecuali pada sifat perawinya dimana hafalan/penjagaan kitabnya terhadap hadits tidak sempurna, yakni lebih rendah. Hadits hasan hukumnya diterima.
.
🔵5. *Dha’if (lemah)*
Hadits yang tidak memenuhi syarat-syarat hadits shahih atau hasan. Hadits dha’if hukumnya ditolak.
.
🔴6. *Maudhu’ (palsu)*
Hadits yang didustakan atas nama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam padahal beliau tidak pernah mengatakannya, hukumnya ditolak.
.
🔵7. *Mursal (terputus sanadnya)*
Yaitu seorang tabi’in menyandarkan suatu ucapan atau perbuatan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Hukumnya tertolak karena ada perawi yang hilang antara tabi’in tersebut dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yaitu seorang sahabat Nabi, karena tabi’in tidak pernah melihat Nabi atau berbeda generasi dengan kehidupan Nabi.
Dan boleh jadi perawi yang hilang itu adalah perawi yang lemah.
.
🔴8. *Syadz (menyelisihi/menyendiri)*
Hadits yang sanadnya shahih atau hasan namun isinya menyelisihi riwayat yang lebih kuat dari hadits itu sendiri, hukumnya tertolak.
.
🔴9. *Mungkar*
Hadits yang sanadnya dha’if dan isinya menyelisihi riwayat yang shahih atau hasan dari hadits itu sendiri, hukumnya tertolak.
.
🔵10. *Munqathi’*
Hadits yang terputus sanadnya secara umum, artinya hilang salah satu atau lebih perawinya dalam sanad, bukan di awalnya dan di akhir sanadnya dan tidak pula hilangnya secara berurutan. Hukumnya tertolak.
.
🔴11. *Sanad*
Rangkaian para perawi yang berakhir dengan matan (isi hadits).
.
🔵12. *Matan*
Ucapan perawi atau redaksi (isi) hadits yang terakhir dalam sanad.
.
🔴13. *Rawi*
Orang yang meriwayatkan atau membawakan hadits.
.
🔵14. *Atsar*
Suatu ucapan atau perbuatan yang disandarkan kepada selain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yakni kepada para sahabat dan tabi’in.
.
🔴15. *Marfu’*
Suatu ucapan, perbuatan, atau persetujuan yang disandarkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.
.
🔵16. *Mauquf*
Suatu ucapan atau perbuatan yang disandarkan kepada para sahabat.
.
🔴17. *Jayyid (bagus)*
Suatu istilah lain untuk shahih.
.
🔵18. *Al-Muhaddits*
Orang yang menyibukkan diri dengan ilmu hadits secara riwayat dan dirayat (fiqih hadits), serta banyak mengetahui para perawi dan keadaan mereka.
.
🔴19. *Al-Hafizh*
Orang yang kedudukannya lebih tinggi dari muhaddits, yang ia lebih banyak mengetahui perawi disetiap tingkatan sanad.
.
🔵20. *Majhul*
Perawi yang tidak dikenal, artinya tidak ada yang menganggapnya cacat sebagaimana tidak ada yang men-ta’dil-nya (lihat istilah ta’dil di poin 23, red-), dan yang meriwayatkan darinya cenderung sedikit. Bila yang meriwayatkan darinya hanya satu orang maka disebut majhul al-‘ain, dan bila lebih dari satu maka disebut majhul al-hal. Hukum haditsnya termasuk hadits yang lemah.
.
🔴21. *Tsiqah*
Perawi yang tepercaya, artinya tepercaya kejujuran dan keadilannya serta kuat hafalan dan penjagaannya terhadap hadits.
.
🔵22. *Jarh*
Cacat, dan majruh artinya tercacatkan.
.
🔴23. *Ta’dil*
Menilai adil.
.
🔵24. *Muttafaqun ‘alaih*
Maksudnya hadits yang disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim rahimahumallah dalam kitab Shahih mereka.
.
🔴25. *Mu’allaq/ta’liq*
Hadits yang terputus sanadnya dari awal, satu perawi atau lebih secara berurutan.

Semoga Bermanfaat
Barakallahu fiikum

Jumaat, 24 Mei 2019

Edu 4.0

Kebanyakan daripada kita telah biasa dengan buzzword IR 4.0 atau Revolusi Perindustrian Keempat. Education 4.0 adalah sebagai respon kepada IR 4.0 iaitu pendidikan dalam era IR4.0 perlu seiring dengan perkembangan teknologi bagi membolehkan berlakunya pelbagai kemungkinan baharu.

Tenaga air dan wap digunakan dalam Industri 1.0 dan diikuti dengan penggunaan tenaga elektrik dalam IR 2.0 untuk menghasilkan produk secara pukal. Dalam era Industri 3.0, teknologi maklumat dan elektronik digunakan untuk mengautomasikan penghasilan produk.
Era Industri 4.0 sangat berbeza dengan 3 era sebelum ini. Teknologi baharu berubah secara eksponential dan sangat berlainan daripada apa yang berlaku sebelum ini. Oleh itu, teknologi baharu ini disebut sebagai "disruptive technology". Kemajuan teknologi dalam era Industri 4.0 disumbang oleh kemunculan kecerdasan buatan (AI), robotik, IoT, kenderaan tanpa pemandu, teknologi nano, percetakan 3D, dataraya, internet mudah alih dan pelbagai lagi. Sebagai respon kepada IR 4.0, timbullah satu usaha dan visi baharu dalam pendidikan yang dinamakan sebagai Education 4.0 yang meletakkan mesin seiring dengan manusia untuk membolehkan pelbagai kemungkinan baharu.

Menurut Fisk (2017), visi baharu pembelajaran membolehkan pelajar bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan tetapi juga mengenal pasti sumber untuk mendapat pengetahuan dan kemahiran tersebut. Pembelajaran boleh berlaku di mana-mana dan melalui apa-apa sumber yang dipilih oleh pelajar. Rakan pembelajaran adalah sangat penting kerana mereka belajar bersama dan antara satu sama lain. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran.

Fisk (2017) menyatakan terdapat 9 trend yang berkaitan dengan Education 4.0.

1. Pembelajaran boleh berlaku di mana mana dan pada bila-bila masa. Kaedah E-learning dan pendekatan flipped classroom sangat membantu dalam aspek ini.

2. Pembelajaran mengikut kemampuan individu. Tugasan yang lebih sukar hanya diberikan apabila pelajar telah mencapai kemahiran tertentu.

3. Pelajar boleh menentukan bagaimana mereka mahu belajar. Walaupun hasil pembelajaran telah ditetapkan lebih awal berdasarkan kurikulum, pelajar boleh memilih alat dan teknik pembelajaran yang mereka mahukan.

4. Pelajar didedahkan dengan lebih banyak pembelajaran berasaskan projek.

5. Pelajar didedahkan dengan lebih banyak pembelajaran secara hands-on.

6. Pelajar didedahkan dengan interpretasi data iaitu mereka dikehendaki mengaplikasikam pengetahuan teoritikal dan kemahiran penaakulan untuk membuat inferens berdasarkan logik dan trend daripada set data yang diberikan.

7. Pelajar ditaksir secara berbeza. Pentaksiran tentang pengetahuan fakta dibuat semasa proses pembelajaran sedang berlaku manakala pentaksiran kemahiran mengaplikasikan pengetahuan dibuat melalui projek yang dilaksanakan.

8. Pendapat pelajar diambil kira dalam mereka bentuk dan mengemas kini kurikulum.

9. Pelajar menjadi lebih berdikari (independent) dalam pembelajaran mereka manakala guru bertindak sebagai fasilitator.

Berdasarkan apa yang ditulis di sini, Education 4.0 sesuai dilaksanakan pada peringkat pengajian tinggi. Walau bagaimanapun, pembelajaran di peringkat sekolah rendah dan menengah juga boleh mengguna pakai sebahagian daripada apa yang dinyatakan dalam Education 4.0.

Diharapkan penulisan ini memberi sedikit sebanyak ilmu untuk kita sama-sama meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Sumber: Education 4.0 Made Simple: Ideas for Teaching, Anealka Hussin, International Journal of Education and Literacy Studies.Vol 6 Issue 3 (2018)

Rabu, 22 Mei 2019

5G

*Kenapa masih ramai ingat kali ni Huawei kena blacklist sebabkan Apple khianat???*

Yang Huawei skrg kene "mark" dgn kerajaan USA sebab 5G teknologi!! 5G!!! 5G!!! Bukan semata2 sebab handset. Ada orang ingat sebab sales Huawei tgh tinggi. Jadi Apple panggil "papa" dia tangkap CFO Huawei??? Korang ada baca tak? Skrg Huawei tengah melaksanakan satu dunia pasang 5G dan Huawei sekurang2nya pegang 40% punya 5G teknologi. Korang tahu tau tak? 5G teknologi ni boleh bawa betapa besar ubahan untuk dunia kita tak?

Sangat sangat sangat besar!!!

Nak tau lagi, selidik? Baca bawah. Asiang ringkaskan utk mu. (RINGKAS)...

Zaman skrg adalah zaman 3G dan 4G internet, korang mesti tahu apa itu 3G dan 4G kan? Kalau 3G internet bagikan skrg sudah agak lembap, setakat tengok video kecik di Facebook masih boleh jalan lagi, tapi jikalau pasang Movie Korea yg panjang 30 min. Ada je lekat2 kan? Buffering kan? Jikalau ada 4G, mesti lagi selesa kan? Download lagi cepat kan?

Korang tau tak sejarah network? Dah nama 3G, 4G sudah tentu ada 1G, 2G, 3G, 4G, 5G...

Zaman 1G, zaman hanya boleh melaksanakan call biasa. Maksudnya, pada zaman mula2 tu, ada call biasa sudah dikira sangat canggih dah kan.

Kemudian, tubik lah 2G di mana sudah wujud SMS, haaa ni zaman kita 3310 ketik2 keypad laju2 tanpa pandang hantar itu SMS, dan juga MMS. Masa tu sudah wujud internet GPRS, manakala boleh hantar gambar gerak2 gitu... Masa tu maksima speed hanya 50 Kbps shj. 50 KB boh. Mu tau betapa lembap tak?

Kemudian adalah sekejap 2.5G, atau 2.75G internet yg lembap juga...

Bila tubik 3G internet, hok ni zaman kita main game kat kedai CC counter strike, Dota semua... Lagi sokmo kan? Tapi masih leh main. Masih layan kegemaran 3GP ni. Zaman ni zaman Broadband sangat famous. Korang dulu belajar kolej mustahil tak tau broadband barang apa kan? Hok tu zaman 3G baru diperkenalkan. Masa ni internet sudah diperkenalkan, maxima speed pun 2 Mbps.

Sampai skrg, sudah wujud 4G dan siap upgrade ke 4G Plus. 4G sudah boleh max sampai 100 Mbps.  Tahu apa itu Mbps? Megabytes per seconds...

Korang tau 5G speed macam mana tak?
200 mbps? 500 mbps? Salah. 5G boleh sampai sehingga 20 GBPS. Korang tau 20 GBPS macam mana tak?
Movie Avengers End game yang 3 jam, Full HD kualiti. Cuma perlu SATU SAAT, mu ketik, lepas tu satu saat. Full Movie telah berjaya download di dalam computer!!!

Dari zaman 1G tak da internet,
sehingga 2G, wujud 50 Kbps,
sehingga 3G, 2 Mbps (naik 40 kali ganda),
sehingga 4G, 100 Mbps (naik 50 kali ganda,
sehingga skrg 5G, yang akan datang 20 GBPS (naik 200 kali ganda).

1,000 KB = 1 MB,
1,000 MB = 1 GB,
1000 GB = 1 TB.

Makna apa??? Makna, kewujudan 5G mampu ubah satu dunia... Semua berkaitan 5G juga bakal meletak di dalam kereta electronic, untuk fungsi auto pilot dan lain2. Huawei pernah ada buat kajian. Jika 5G letak di dalam kenderaan. Maka dia mampu mengurangkan kemalangan kenderaan. Sebabkan manusia perlukan masa 1-2 saat untuk memikir. Bila berlaku kemalangan di depan mata, dari mata kita nampak, hingga ke otak, kemudian otak menghantarkan reaksi ke badan kita. Semua tu perlu 1 saat lebih. Tapi 5G tak sama, transferring data dia lagi pantas dari kita manusia berganda2. Dia boleh membuat reaksi laju pada kita manusia. Dan 5G bukan shj utk kenderaan, untuk internet shj. Dia boleh guna untuk apa2 shj yg berkaitan electronic. Semua yg mu dapat mikir. Macam dalam cerita Ironman, ada computer bercakap dgn Stark, ada tangan robot tlg bina Ironman suit. Mu ingat wayang shj ke? Silappp!!!

Jika 5G ada, SEMUA CERITA WAYANG BAKAL WUJUD TAK LAMA LAGI!!! Mu nak kereta terbang, mu nak robot bergerak cakap macam manusia. Semua bukan mimpi2. Kewujudan 5G akan mengubahkan satu dunia...

Namun, hanya Huawei terdapat teknologi ini 5G.

Amerika sudah jadi big boss lama, siapa tak kenal America ni terkenal dengan technology yang terkini??? Dan disebabkan gitu, America kawal satu dunia ekonomi. Dia nak bagi satu negara hancur. Semudah picit semut.

Masalah skrg America punya 5G masih tak matang macam Huawei ada. Dia tak nak bekerjasama dgn Huawei. Jadinya dia halang!!!

Sebab tu lah America siap ajak negara2 lain HARAMkan bekerjasama dgn Huawei untuk memasangkan fiber 5G di seluruh dunia.

Canada, Jepun semua ikut haramkan. US government juga pernah AJAK MALAYSIA haramkan 5G Huawei korang tau tak? Tapi Tun Mahathir tak nak ikut US cakap. Tun M kata tak ban pemasangan 5G Huawei di Malaysia. Tun M siap dijemput dgn Huawei ke perasmian 5G.

Korang tak baca berita ke sebelum ni? Sebab tu America keluarkan waran tangkap, buat tuduhan palsu suruh govt Canada tangkap anak Huawei. CFO ITUUUUUU... POMPUAN ITUUU.
sebab nak ugut Huawei keluar dari pasaran 5G!!! Tapi tak berjaya skrg... CFO dilepaskan, sebab lawyer Huawei CANGGIHH...

Jadinya apa Trump nak buat? LETAK BLACKLIST. Google di atas tekanan goverment US, terpaksa hentikan semua kerjasama dgn HUAWEI. Habis tu, mu ingat Apple mampu ke suruh Google ludah keluar BER-BILLION US Dollar, semata2 sebab Huawei sales lagi bagus dari Apple ke???!!!

Masih ada orang ingat sebab Apple yg suruh America jatuhkan Huawei semata2 sebab sales Apple tak bagus?? Aduh aduhhhh...

SALAH!!! Yang Donald Trump takut bukan HANDSET HUAWEI, tapi 5G TEKNOLOGI yg di Huawei skrg!

Asiang BM tak bagus. Tapi memang ada selalu follow kenapa America banyak jenama handset lain tak kacau. Nak juga kacau dgn Huawei dan ZTE shj. Sebab SATU, sebab dua-dua syarikat ni adalah syarikat membuat NETWORKING. Sebab tu Donald Trump macam2 cara nak jatuhkan dua2 syarikat ini.

Post asal asiang share di sini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10218718993275559&id=1521017907

Ni post cuma saya ringkaskan shj dan lebih mudah kita "Orang Biasa" untuk fahamkan. Ada lagi cerita lagi dalaman. Bangun pagi dah perasan ramai orang yg asiang tak kenal sudah masuk ruang komen😅, jadi asiang edit jadi tenang sikit.

Tak pasal2 kita kecam dgn team bawang sbb dia org belum baca asal usul sy share... 😅😅

Sabtu, 18 Mei 2019

Kita

Siang tadi aku solat Jumaat kat Masjid XXXXX. Masjid penuh macam biasa.. Dalam ramai manusia berpusu-pusu cuba mengambil saf sebelum solat, kelihatan seorang mak nyah terkial-kial mencari ruang.. Ya! Aku ulang lagi sekali, *MAK NYAH / BAPOK / PONDAN / ARBOK / SPESIS SAJAT* dengan rambut panjang blonde penuh, diikat 'pony-tail' dan memakai baju kurta yang dinafikan saf dia oleh jemaah yang ada.. Bila ada ruang terbuka yang dia nak masuk, ada je orang yang block dia..

Dia pun patah balik ke belakang menuju ke saf aku (saf tengah masjid) dengan muka sedih.. Bila dia lintas depan aku, aku pun tarik tangan dia sambil cakap; "Bro, meh sini solat sebelah aku" sambil aku buka ruang untuk dia walaupun dah agak sempit kat situ..

Selesai solat masa imam baca doa, dia menangis teresak-esak.. Aku dapat rasa apa yang dia rasa.. Kadang aku hairan dengan sikap kita-kita yang dah rasa seolah sebelah kaki dah ada dalam syurga.. Kita selalu menilai manusia dari luaran tanpa mahu memahami dalaman.. Kita selalu rasa yang kita suci dan yang lain adalah jijik dan kotor.. Tanpa kita sedar, kita lebih teruk dari Arab jahiliyah.. Lebih bangsat dari manusia yang kita panggil 'kafir harbi'.. Kurang-kurangnya diorang tu sembah patung ukiran yang dianggap Tuhan.. Tapi kita? Kita lebih teruk..

Hari ini, kita yang jadi Tuhan!
Syurga-neraka manusia lain, kita yang tentukan..

Allahu..

Teringat satu ketika dulu aku pernah hadiri satu acara gig di Jakarta, Indonesia.. Tiba waktu Maghrib, ada seorang budak punk dengan rambut spike warna hijau, memakai sleeveless t-shirt gambar The Exploited dan kedua lengan yang penuh dengan tattoo menghampiri aku dan mengajak solat.. Aku tergamam melihat budak ni.. Tapi dia senyum je (agaknya boleh baca apa yang aku fikir) sambil bercakap; "Mas.. Allah itu menilai hati kita. Bukannya luaran kita.. Siapa pun kita di sini, jangan pernah menafikan diri sebagai hamba yang Esa.. Jadi solat itu wajib! Ayo Mas..!"

Kadang-kadang Allah hantar budak punk je pun nak tarbiahkan kita.. Hari ini, Allah hantar bapok pulak untuk sekolahkan jemaah Jumaat tadi..


kau fikir kau siapa?

*Tun Fairul Azri*