Sabtu, 30 Mei 2020

dakwah masjid

Assalamualaikum..
Program Pengurusan Masjid/Surau di Masjid Negeri Shah Alam yg berlangsung pg td. Sedutan intipati program dari sahabat dlm whatsapp group sebelah. Ringkasan Forum :

1) Masjid sbg pusat dakwah.
2) Sbg pusat tarikan golongn muda.
3) Sbg pusat mendapat ilmu.
4) Sbg pusat mnjana kegiatan kemasyarakatan.
5) Masjid yg dibina dgn harga berjuta2 tp hanyalah utk solat 5 waktu, satu kerugian besar.
6) Masjid bukanlah hak milik para ajk, tetapi para kariah mesti bersama menyumbang tenaga & pemberi idea dlm sebarang program yg dianjurkan.
7) Perbanyakkan program buat remaja2 krn merekalah bakal pewaris dlm pengimarahan masjid/surau.
8) Amanah ajk dlm pengimarahan masjid/surau tanggungjawab besar.
9) Menjadikan masjid yg selamat pd kariah.
10) Menjadikan masjid sbg pnyatuan ummah & mengalu2kn kedatangan kariah2 baru yg ingin nk berjinak2 dgn masjid.
11) Mesra masjid/surau & mesra kariah.
12) Ajk masjid mesti fikirkn program tarik hati kariah.
13) Jgn sekali2 berburuk sangka kpd kariah yg baru,tp rapatilah mereka ini.
14) Tawan hati utk hubungn erat antara kariah, pautkn hati mereka.
15) Ada masjid sediakan air & makanan bungkus secara percuma.
16) Jadikan teknologi terkini sbg penyampai maklumat2 masjid, aktiviti2 dsb.
17) Setiap organisasi masjid mesti ada kesefahaman & kesepakatan.
18) Tubuhkn pasukan bola @ apa2 team sukan bwh nama masjid sbg tarikan remaja. Pihak masjid mesti ada peruntukan utk program2 spt ini.
19) Pihak ajk kena fikirkan, kenapa remaja tak berminat ke masjid.
20) Masalah "org yg baru msuk Islam(saudara baru)" takut masuk Islam, ade segelintir kariah yg tak mesra masjid.
21) Kenape gereja2 hidup 24jam terbuka kpd org ramai.
22) Adakan program2 di luar masjid, spt ke kawasan2 perkampungan terpencil yg bermasaalah sosial dsb.
23) Program ziarah ke rumah saudara2 baru kita supaya mereka tidak diabaikn.
24) Fikirkan program dakwah kpd golongan2 gelandangan (gelandangan org Islam n bukan Islam).
25) Gelandangan blh diberi bantuan secara makanan dsb.
26) Gunakan remaja kita yg kaki2 motor utk menyampaikan dakwah.
27) Jgn sekali2 menghalang @ memarahi remaja2 smpai mereka fobia ke masjid.
28) ajk kena fikirkan cara nak elakkan remaja drp buat perkara yg tak elok.
29) Masjid bukanlah tempat menyimpan duit, hebat dgn tabung duit yg byk tp tiada program.
30) Jgn sekali2 penyisihan agama dlm kehidupan.
31) Menjadi ajk adalah amanah besar yg perlu ada pengorbanan.
32) Panel juga tertarik, ada nazir & ajk tunggu dpn masjid utk nk calitkan pewangi(minyak atar) kpd kariah, memang kesan mesra kariah.
33) Muslimat perbanyakkan program tadarus bukan sekadar kuliah agama.
34) Ziarah masyarakat setempat yg bermasalah.
35) Melatih para2 muazin & bakal muazin dgn azan yg blh menarik lebih ramai org ke masjid.
36) Peranan masjid memahamkn Islam & juga bukan Islam.
37) Masjid merupakan jantung kpd diri setiap org.
38) Kariah akan menyumbng sekiranya masjid lakukn aktiviti yg bermanfaat kpd setiap masyarakat kariah.
39) Jgn sekali2 mnghalang org bukan Islam @ org Islam yg hendak menumpang guna tandas masjid.
40) Hendaklah ajk tanamkn diri sbg pendakwah. Pendakwah bukanlah maksudnya mereka yg blh berceramah.
41) Pendakwah yg baik ialah mereka yg mesra dgn kariah samada memberi salam, bertanya kabar dll.
42) Jom buat kerja pendakwah.
43) Buat apa2 program masjid/surau yg blh melibatkan orang bukan Islam.

sedekah

*KISAH BENAR BERLAKU DI AMERIKA*

Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga 150,000 dolar.

Orang ramai mula memberi respons dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad). Dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dolar.

Penyiar bertanya kepadanya, mengapa 2 US dolar..?
Dia menjawab,  "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur.."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH Tuhan yang saya sembah.."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak 8 ribu US dolar. Pesan pemanggil tersebut kepada pengacara,  saya sumbangkan  4 ribu untuk pesakit dan 4 ribu untuk penderma 2 US dolar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma 10,000 US dolar. Katanya 5 ribu untuk pesakit dan 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dolar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang  kepada pesakit dan kepada pederma 2 US dolar.

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut   menjemput penderma 2 US dolar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat  bersyukur dan terharu dengan Rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dolar..!

Beliau berkata: "Walaupun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya.."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar  menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih  pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

Jumaat, 29 Mei 2020

bangkit

*Havoc Ekonomi dunia pasti berlaku*, akan tetapi apakah persiapan kita (usahawan) Umat Melayu Islam nak kena buat.....

Mesti ada suatu pelan ekonomi yg mantap yg boleh disertai kebanyakan org; dan dari segi persediaan dana awal dan langkah awal juga perlu difikirkan....

Ujian Covid 19 ini kita semua terlibat dan kita semua juga harus fikirkan apakah langkah2 awal utk menggerakkan semula usaha utk back up para usahawan kita agar tidak turut dihancurkan gelombang covid 19 ini.

Td saya terbaca satu posting oleh SEORG angguta Polis yg jaga roadblock di KL katanya, banyak yg Cross Border (Balik kg) tunjuk surat retrenchment sebagai alasan, munkin benar, kerana hari2 kita dengar pemberhentian pekerja samaada dlm syarikat swasta, Industri, hotel-hotel jgn cakaplah hampir lumpuh Industri perhotelan - maka ke manakah akan perginya pekerja2 hotel ini, sudah pasti diberhentikan dan hotel pun sudah naik signboard FOR SALE.

Nak selesai masalah ini bukan perkara ENTENG kerana ia melibatkan suatu sektor ekonomi yg sangat besar dan bergantung rapat antara satu sama lain; cthnya bagi PENGILANG mestilah ada PEMBELI, ttp kalau pembeli dah tak berduit bagaimana produk keluaran pengilang akan di jual....

Hakikatnya masalah ini akan terus menjejaskan pelbagai pihak dan penyelesaiannya juga harus maksima dan menyeluruh.

Yg kita sangat bimbang bukan sahaja pekerja swasta atau dari Industri kilang atau hotel atau retail yg akan diberhentikan, tak mustahil juga mana2 pekerja kerajaan Msia terutama bahagian KONTRAK juga mengalami nasib yg sama. Jd impactnya sangatlah besar sekali.

*Betul ke bende begini boleh berlaku?*

Dah berlaku pun dan bende ni seperti Tsunami yg sedang bergerak dan tunggu masa saja utk merempuh kita.... Bukan soal kita minta ttp realiti dia begitu.

Mari kita buka minda kita dan lihat ke hadapan walaupun kita terkurung dgn PKP, tetapi  jgn kurung MINDA kita, lagipun setiap yg berlaku ada sebab musebabnya dan Allah tahu segala-galanya.

Kita katakanlah perkara Covid 19 ini rancangan Dajjal dan kuncu2nya yang bukan Amerika atau Israel atau barat tp siapakah mereka..... Memang mereka ini  tersangat WELL Plan akan tetapi jika tanpa izin Allah perkara ini tidak akan berlaku.

Namun kita sebagai umat Islam apakah kita mengambil I'TIBAR dari apa yg sdg berlaku ini sehingga Solat di Masjid pun dah X boleh dan ada yg kena tangkap lg oleh Jab Agama Islam sbb solat lebih dari 3 org.... Pelik kan... Dan solat Jumaat hanya 12 org terpilih sahaja.....

Pernahkah kita terfikir sebelum ini..... Ingatkan sekejap sahaja PKP ini.... Jgn haraplah PKP ini akan segera berakhir malahan ia akan lajak sehingga awal tahun depan, munkin ya dan munkin tidak.....

Jadi bagaimana kita nak survive... Habis tempoh 6 bulan duit bantuan kerajaan pun habis, nak korek mana lagi kerana waktu itu HUTANG kereta dan RUMAH akan berjalan seperti sediakala dan sewa2 rmh kedai, kilang dan premis perniagaan akan bermula.... Pastinya ramai akan jadi BENGKRAP dan X berduit...

Umat Islam perlukan BAHTERA Nabi Nuh dan NAHKODA bahtera itu juga mesti dari seorang yang bertaraf walaupun bukan Nabi ttp seseorg *AULIA Allah* atau Murobbi yang 'Aqla lagi' Aqzam yang mampu memandu dan memicu bahtera yang amat besar itu dgn segala kekuatan ruhani dan jasmani dan yang mempunyai dan memiliki KAROMATUL AULIA; kerana utk berperang dgn Dajjal dan teknologinya yg sangat superior harus ada satu *MIN QUWWATIN* (kekuatan) yg BERTERASKAN kpd kekuatan TAUHID sptmana Nabi saw; dan masalah ini tidak boleh dihadapi dgn AQAL & NAFSU atau dgn PEMIKIRAN ZAHIRIAH manusia semata-mata kerana SIHIR-SIHIR mereka *BERKUASA TINGGI* dan tidak akan termampu dihadapi oleh kebanyakan org awam Islam yang lemah IMAN mcm kita ni yg hanya banyak guna otak atau *KUASA VIRAL* SAHAJA yang menjadi sia-sia bila berhadapan dgn teknologi mereka ini.

Umat Islam harus ingat, kita ni sebahagian dari umat yg hidup akhir zaman dan negara2 Islam sudah pun di lanyak oleh tentera tentera Dajjal, umat Islam hilang pedoman dan ARAH, takkan nak BERGANTUNG dgn *WHO* sdgkan WHO itu pula adalah jurucakap bagi dajjal (tengoklah lambang ya pun BERKEPALA ULAR yg membelit), maka kita dilanyak oleh kafirin musyrikin kerana kita sudah menjadi *BUIH yang tidak bernilai lagi......* Itu pun kita masih hanyut lagi dgn *MOROTARIUM* anugerah kerajaan kita yang tak seberapa itu.....  dan teramat dan tersangat susah utk  *bergabung dan bersatu hati* kerana masing masing merasa lebih pentingkan diri sendiri dan nak selamatkan diri sendiri....

Tau tak apa yg Nabi saw ckp, *BERJEMAAH ITU RAHMAT* manakala bercerai berai itu *AZAB*.... Sebab itu bahayanya bila umat Islam yakni kita kita ni lah  *KASIH DUNIA* dan *TAKUTKAN MATI*  kerana penyakit inilah (WAHAN) yang akan membinasakan kita semua. Penyakit WAHAN ini sptnya COVID 19 juga kerana kita tidak nampak di manakah ia berada, dan dia boleh menyerang kita pada bila bila masa sahaja.

Jadi, JGN duduk diam menunggu MOROTARIUM kerajaan lagi dan mari kita segera bermuafakat, bermuzakarah utk menyediakan SATU MASTER PELAN dan satu PLATFORM yang sekukuh bahtera Nabi Nuh yang akan menjaga kepentingan Umat Islam walau apapun yg terjadi.

Tak guna seronok dok membaca sahaja tp pelannya entah kemana..... *Pi Mai Pi Mai Tang Juga Akhirnya...*

Dlm group kan ada ramai yg boleh contribute ideas atau cdgan bernas, jadi PLEASE, jgn MENDIAMKAN diri anda, bangkitlah, bangunlah sebagai WIRA-WIRA Allah yang BERHATI Waja utk membantu menghidupkan dan tegakkan kembali agama Allah serta membantu sesama Islam. Jgn ingat anda ada wang dan harta banyak boleh selamatkan anda seorg, yg pasti tempiasnya akan terkena juga pada anda.

Mari bersama-sama memimpin tangan kita berjuang mencari jalan utk bangsa kita, agama kita.....

Khamis, 28 Mei 2020

paroi

HARIMAU TOK PAROI

Dua tiga hari ni, gempar harimau muncul di dalam kawasan penempatan manusia di Terengganu. Nasib baik memang harimau betul.

Frank Swettenham sebaliknya ada menulis tentang harimau jadian di dalam 'Malay Sketches' terbitan 1895, di mana beliau mengatakan bahawa masyarakat Kerinchi (padanya ditulis sebagai 'Korinchi') dari Sumatera memiliki ilmu luar biasa iaitu mampu menukar diri menjadi harimau. Swettenham juga menyatakan bahawa ilmu ini digunakan oleh segelintir ahli masyarakat tersebut yang memiliki kurniaan ilmu harimau jadian untuk membalas dendam atau melakukan khianat ke atas sesiapa yang ingin mereka cederakan atau bunuh.

Seorang sarjana Scotland bernama Alexander Hamilton pula pada tahun 1930 turut menyatakan di dalam bukunya yang berjudul 'A New Account of the East Indies' bahawa sekitar abad ke-18, mendapati bahawa terdapat dari kalangan orang Melayu Minangkabau yang menguasai ilmu menunduk dan menunggang harimau.

Maka seperti yang umum ketahui, masyarakat awal di wilayah-wilayah awal tanah Adat Perpatih, lama sebelum Negeri Sembilan wujud, kawasan ini didatangi dan dibuka oleh Melayu dari Sumatera, khususnya Minangkabau. Warisan keberadaan mereka di atas tanah beradat ini selain membawa legasi Adat Perpatih untuk diasimilasikan dengan penduduk asal orang asli di sini, turut membawa bersama mereka ilmu-ilmu hutan, perubatan, persilatan termasuklah ilmu-ilmu ghaib, sihir atau magis yang hingga sekarang masih sukar diperjelaskan dengan sains serta logik akal.

Di Seremban (dahulu dikenali sebagai Sungai Ujong) ada sebuah mukim yang dinamakan Paroi. Nama Paroi ini pula dikatakan berasal dari nama Tok Paroi, seorang pimpinan tersohor masyarakat dagang yang juga kebetulan datang dari Minangkabau, Sumatera.

Beliau bersama juak-juaknya adalah antara kelompok Melayu terawal dari Minangkabau yang membuka penempatan di Sungai Ujong dan Johol ketika itu, bermula lama dan dipercayai sezaman dengan kesultanan Melayu Melaka lagi.

Antara kisah Tok Paroi yang paling menarik ialah kisah tentang ketinggian ilmu ghaib beliau yang mampu menjelma sebagai harimau jadian. 'Urban legend' yang dikenali sebagai lagenda Harimau Tok Paroi ini sebenarnya telah wujud sejak turun temurun, diperturunkan oleh orang tua-tua untuk menakutkan anak-anak mereka yang keluar malam atau pulang lewat senja. Suatu ketika dahulu ada ungkapan bagi menggambarkan betapa besar dan dahsyatnya sesuatu itu dengan ayat "Ia sebesar Tok Paroi!"

Malah ada juga diceritakan bahawa Tok Paroi selain mampu menjelma sebagai harimau, beliau juga mampu membesar sehingga lebih tinggi dari pokok meranti yang paling tinggi di dalam hutan Gunung Angsi.

Winstedt sendiri ada menulis tentang kisah Harimau Tok Paroi ini di dalam artikel beliau berjudul 'Karamat' pada para 16 berkenaan 'Karamat of Paroi' di dalam Royal Asiatic Society, Journal Malayan Branch Vol II Part III, padanya Winstedt menyatakan bahawa ketika beliau menulis berkenaan lagenda tersebut, rata-rata masyarakat Negeri Sembilan mempercayai akan kewujudan Harimau Tok Paroi dan bagaimana ia dipuja masyarakat setempat. Beliau bahkan turut mengatakan bahawa Tok Paroi juga merupakan tuan kepada semua harimau jadian yang mendiami hutan di sekitar Negeri Sembilan, Melaka dan Utara Johor pada masa itu.

Pendita Za'aba, sasterawan negara yang berasal dari Negeri Sembilan, banyak menulis tentang sejarah dan kisah-kisah rakyat Negeri Sembilan termasuk merekodkan empat kisah khusus berkenaan 'Harimau Tok Paroi' ini.

Kisah yang pertama adalah tentang kematian seorang lelaki dari Ulu Jempol yang datang semula menjenguk cucunya. Lelaki tersebut yang mulanya menjelma sebagai dirinya sendiri 'pulang' ke rumahnya, beberapa ketika selepas meninggal dunia. Jelmaan lelaki itu kemudian memimpin cucu lelakinya untuk mengikut beliau ke dalam hutan berhampiran. Lelaki itu yang kemudiannya menjelma menjadi harimau membenarkan cucu lelakinya untuk menunggang di belakangnya bagi dibawa ke sebuah perkampungan di puncak Gunung Angsi.

Apa yang mengujakan apabila mereka sampai di perkampungan tersebut ialah rupa-rupanya, 'penduduk' kampung itu semuanya harimau jadian yang turut hidup seperti manusia biasa. Budak lelaki tersebut dibawa melihat sekeliling kampung untuk melihat sendiri ada harimau jadian yang sedang berlatih silat, berpencak dan berkeris. Ada yang dilihat sedang mengaji dan mempelajari Al-Quran, malah turut berkebun dan bercucuk tanam, sama seperti manusia biasa.

Budak lelaki itu sebenarnya dikhuatiri hilang dan sedang dicari-cari dengan kemungkinan sesat di dalam hutan, akhirnya dijumpai semula oleh ibu bapanya sendiri berhampiran banir sebatang pokok kelapa di kampungnya. Seperti diceritakan Za'aba budak tersebut hilang beberapa ketika dan dijumpai semula di tempat asalnya dalam sekelip mata, dalam keadaan terpinga-pinga dan keliru. Selepas sedar semula, dia kembali menceritakan pengalaman dibawa datuknya yang menjelma sebagai harimau itu serta segenap butiran apa yang dia lihat dan alami semasa 'pemergian' nya ke 'kampung harimau' itu tadi.

Za'aba kemudiannya menceritakan pula tentang Harimau Tok Paroi yang meninjau persekitaran kawasan hutannya bertemankan seorang budak lelaki sebagai pembantu. Beliau juga menulis bahawa jika sesiapa yang berkelana di dalam hutan berhampiran Gunung Angsi dan menemukan tapak harimau dengan di sisinya terdapat tapak kaki manusia bersaiz kecil, seperti kanak-kanak, maka kesan tapak kaki harimau itu sebenarnya dipercayai adalah milik jelmaan Harimau Tok Paroi sendiri.

Tanah tempat Tok Paroi berpijak dan meninggalkan jejak itu akan kemudiannya digali dan dijadikan azimat. Ini kerana tanah tersebut dipercayai memiliki kuasa untuk menjauhkan harimau liar lain, menjadi tangkal untuk menghalau kuasa jahat, memberi nasib baik kepada pemakainya malah dikatakan turut menjadikan pemakainya kebal.

Kisah ketiga yang turut ditulis kembali oleh Za'aba di dalam artikel beliau berkenaan kisah jelmaan Harimau Tok Paroi ialah tentang kejadian aneh ketika 'Hari Mantai', iaitu hari terakhir Ramadan dan persiapan menjelang esoknya Aidilfitri. Menurut beliau, pada suatu masa, ketika sebuah kampung di Paroi sibuk menjual daging mantai sebagai persediaan Hari Raya Puasa, kampung tersebut telah didatangi seorang budak lelaki yang tidak dapat dipastikan asal usulnya. Perwatakannya yang aneh dan misteri, dikatakan dilihat keluar dari hutan dari hujung kampung tersebut.

Budak tersebut pada mulanya dilihat membawa dua buah raga besar diperbuat daripada rotan yang diikat pada dua hujung buluh yang dikandar di bahunya. Budak itu terus menuju ke salah satu pondok yang menjual daging kerbau, makanan eksotik dan hanya dikorbankan untuk hari kebesaran sahaja seperti hari raya. Budak lelaki itu meminta untuk membeli sejumlah besar daging kerbau yang kemudiannya dimuatkan pula di dalam dua raga rotan yang dibawanya tadi. Setelah penuh, dia membayar harga daging kerbau itu kepada penjual tersebut dengan tunai.

Apa yang aneh, budak lelaki itu dengan bersahaja telah mengandar semula dua raga penuh berisi daging kerbau mantai tadi, seraya menuju pulang kembali ke hutan. Dikatakan bahawa bakul itu amat berat berdasarkan isi daging kerbau dan buluh yang membengkok, malah mustahil pula untuk dikandar oleh seorang dewasa, inikan pula oleh seorang kanak-kanak.

Beberapa orang kampung yang merasa kehairanan melihatkan budak lelaki tersebut kemudiannya memutuskan untuk mengikutinya masuk ke dalam hutan. Setelah beberapa lama mengikuti kanak-kanak tersebut, alangkah terkejutnya orang kampung tadi apabila melihatkan rupanya daging yang dikandar budak tadi dibeli dan dibawa ke dalam hutan untuk diberikan pula kepada seekor harimau besar yang sedang menunggunya di atas sebuah busut di dalam hutan.

Kerana ketakutan melihatkan keadaan itu, lintang-pukang mereka lari meninggalkan kawasan itu untuk keluar dari hutan sekaligus menceritakan semula apa yang mereka lihat kepada orang lain. Cerita itu sendiri telah mengesahkan keberadaan apa yang mereka gelar sebagai Harimau Tok Paroi dengan pembantunya.

Kisah terakhir yang dinukilan oleh Za'aba ialah bagaimana Tok Paroi menghalau dan mengerjakan musuhnya, harimau berantai Dato' Gunung Ledang. Adalah diketahui, bahawa kedua puak ini memang sudah lama bersengketa, namun Za'aba memetik kisah tentang suatu ketika diketahui tentang pertembungan dan perlawanan antara keduanya.

Pada suatu masa ketika, seekor harimau berantai milik Dato' Gunung Ledang ini telah terlepas dan melakukan kerosakan dan onar di dalam kawasan Bukit Putus, kawasan milik Tok Paroi sendiri. Perbuatan harimau itu begitu teruk sekali hingga tidak boleh diterima.

Harimau itu kemudiannya dikerjakan oleh harimau Tok Paroi dengan teruk hingga cedera parah dan patah riuk, namun masih hidup untuk kemudiannya pulang dan mengadu dengan tuannya, iaitu Dato' Gunung Ledang.

Selepas berang usai mendengar sendiri dari dan melihat kecedaraan parah yang dialami anak buahnya itu, Dato' Gunung Ledang membawa sendiri beberapa ekor harimau berantai miliknya dari Gunung Ledang untuk kononnya untuk turun mencari bagi membalas dendam terhadap Tok Paroi di Bukit Putus dan Gunung Angsi.

Dipendekkan cerita, kumpulan Dato' Gunung Ledang itu bertemu dengan apa yang ditulis Za'aba sebagai seekor kucing hutan seraya ditanya adakah dia tahu akan kedudukan dan keberadaan Tok Paroi.

Kucing hutan tersebut ditulis olehnya bukan sahaja tidak menjawab soalan yang ditanya, malah mempersoalkan pula kehadiran mereka ke kawasan Tok Paroi itu. Berang dengan perlakuan kucing hutan tersebut, Dato' Gunung Ledang mengherdiknya sebelum menceritakan tujuan sebenar mereka yang datang dari Gunung Ledang untuk mencari Tok Paroi.

Mendengarkan hasrat jahat Dato Gunung Ledang itu, tanpa disangka-sangka kucing hutan tersebut telah menjelmakan dirinya menjadi seekor harimau besar, iaitu menjadi Harimau Tok Paroi yang dicari-cari. Harimau itu mengaku bahawa beliaulah Tok Paroi malah dengan garang dan beraninya mencabar Dato' Gunung Ledang dan konco-konco harimau berantainya.

Harimau Tok Paroi kemudiannya terus membesar dan mengejutkan musuhnya itu telah menjelma dengan sangat besar sehingga dikatakan bahawa perutnya sahaja terletak betul-betul di atas pohon Meranti di dalam hutan tersebut. Jelmaan Harimau Tok Paroi itu terus menakutkan semua harimau berantai yang ada. Namun atas arahan Dato' Gunung Ledang, seekor demi seekor harimau berantai itu menyerang Tok Paroi. Apabila mendapati bahawa serangan ke atas Tok Paroi tetap tidak mendatangkan sebarang kesan, mereka mula menyerang secara serentak pula.

Melihatkan gerakan itu, Tok Paroi berhenti dari mempertahankan diri dan terus menyerang kembali semua harimau berantai yang ada. Seekor demi seekor harimau tumbang menyembah bumi, malah saki baki harimau yang kemudiannya lari dihambat pula oleh Tok Paroi, dengan apa yang dinyatakan oleh Za'aba "Bagai kucing mengejar tikus lagaknya!".

Tempat pertempuran lagenda antara Tok Paroi dan harimau berantai dari Gunung Ledang itu menjadikan kawasan bukit itu terputus di tengahnya, membentuk apa yang hari ini dikenali sebagai Bukit Putus, bukit yang memisahkan daerah Seremban dengan Jempol.

Kisah tentang kehebatan Harimau Tok Paroi ini walaubagaimanapun turut membebankan beliau sendiri apabila makam beliau suatu ketika dahulu pernah menjadi mangsa pemujaan oleh orang ramai dari semua bangsa dan agama. Mereka ini datang dari segenap pelusuk negeri, semata-mata untuk pemujaan, memohon hajat dan untuk mendapatkan habuan apa yang digelar mereka sebagai Keramat Tok Paroi.

Pada makam Tok Paroi malah pernah diletakkan colok dan lilin,  selain barang-barang pemujaan yang syirik lagi khurafat. Pulut dihidangkan di atas makamnya, malah ada ketikanya disembelihkan pada makamnya kambing sebagai melepaskan hajat dan membayar nazar, kemudian dimandikan pula darah kambing tersebut ke atas orang yang membuat hajat ke atas makamnya. Perkara khurafat ini berlanjutan, sehinggalah akhirnya lama kelamaan amalan tersebut lenyap sendiri selepas beberapa ketika.

Itulah serba sedikit kisah tentang Harimau Tok Paroi, lagenda harimau jadian yang disampaikan turun temurun oleh waris-waris terdahulu di Negeri Sembilan. Sesungguhnya cerita-cerita rakyat, atau 'local folklore' sebegini wajar diangkat dan terus dihidupkan, kerana melalui pengkisahannya, selain mengetahui asal usul, ia turut membangkitkan kesedaran tentang sejarah tempatan juga jatidiri bangsa.

RUJUKAN;
1. 'Dato' Paroi, Were-Tiger'; Za'aba di dalam Journal of The Malayan Branch, Royal Asiatic Society, Vol III; 1925
2. 'Karamat of Paroi'; RE Winstedt di dalam Journal of The Malayan Branch, Royal Asiatic Society Vol II Part III; 1924
3. 'Malay Sketches'; Frank Athelstane Swettenham; 1895
4. 'A New Account of the East Indies'; Alexander Hamilton; 1930
5. 'A History of Malaysia', Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya; 1982
6. 'A Kingdom of Words: Minangkabau Sovereignity in Sumatran History'; Jane Drakard; 1993

5 kalimah

ayat 5 kalimah

#1 – لااله الا الله محمد رسول الله
“Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.”

Selain dijadikan sebagai zikir dalam hidup seharian, kalimah ini juga termaktub dalam syahadah yang utama bagi pengakuan diri setiap umat Islam yang beriman kepada الله dan Rasul-Nya.

#2 – انا لله وانا اليه راجعون
لاحول ولا قوة الا بالله العلی العظيم

“Sesungguhnya kita semua milik الله dan kepada-Nya kita akan kembali.

Tiada daya upaya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan الله yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Biasanya, kalimah ini diucapkan kepada mereka yang menghadapi kematian. Sungguh pun begitu, ia juga boleh diucapkan bagi mereka yang menghadapi apa jua musibah seperti kemalangan, kesakitan, kebakaran, kehilangan harta benda dan sebagainya.

#3 – الحمدلله رب العلمين

“Segala puji bagi الله, Tuhan seru semesta alam.”

 sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud;

“Ucapan yang paling disukai oleh الله  ada empat iaitu سبحن الله, الحمدلله, لا اله الا الله, الله اكبر dan boleh sahaja kamu mulai membacanya dari mana pun.”

(Hadis Riwayat Muslim dan An-Nasaie)

#4 – بسم الله الرحمن الرحيم

 “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Setiap perkara yang mempunyai tingkah laku yang baik, jika tidak dimulakan dengan menyebut asma الله, maka perkara itu terputus (tidak membawa keberkatan).”

(Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

#5 – استغفر الله العظيم واتوب اليه

 “Aku memohon ampun kepada الله dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Tahukah kita, kalimah istighfar ini mengandungi pelbagai kaifiatnya. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Barangsiapa yang membiasakan membaca istighfar, maka الله menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, terbuka dari setiap kesusahan dan Dia memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.”

 (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)