Khamis, 12 Januari 2023

PBD

 Mengapa Sistem Pendidikan Caca Marba?


(1) Pelaksanaan PBD telah merumuskan sesuatu yang sangat penting untuk kita pelajari. Ya, sesuatu yang sangat penting dalam usaha kita memahami mengapa sistem pendidikan negara sedang caca marba?


(2) PBD telah menunjukkan wujudnya perbezaan cara fikir antara kumpulan pengubal pentaksiran dan kumpulan pentadbir pendidikan sehingga menghimpit guru sebagai pelaksana pendidikan. 'Mangsa akhir' tentulah murid-murid.


Bagaimana ia berlaku?


(3) Apabila pengubal telah merangka dan menyusun PBD, itulah yang kita lihat di dalam dokumen PBD. Istilah muluk seperti holistik, kemenjadian murid, kualiti pendidikan, pendidikan masa depan atau kepelbagaian bakat murid menjadi 'slogan' para pengubal PBD . 


(4) Dari mana mereka dapat ilham untuk mengubal PBD ? Dari siri lawatan, piawaian dan model pentaksiran dari negara lain. 


(5) Selepas PBD dibangunkan, maknanya kumpulan pengubal telah melaksanakan tugas mereka. Mereka pun 'cuci tangan'. 


(6) Dari 'air tangan' pada pengubal PBD , lahirlah dokumen yang serba cantik. Anda sendiri boleh buat carian untuk membaca dokumen Pentaksiran Bilik Darjah yang dikeluarkan. 


(7) Di peringkat pentadbir pendidikan pula, fokus mereka ialah mencapai kecemerlangan akademik. Mereka mempunyai KPI juga. Itulah yang diuruskan sejak dahulu. Memastikan murid-murid mencapai keputusan akademik yang baik dan itu KPI tahunan jabatan. Dengan pemikiran ini, mereka berusaha kuat untuk menjalankan tanggungjawab mereka. 


(8) Apabila bertembung antara idea 'kemenjadian murid' yang holistik oleh pengubal PBD dengan idea 'kecemerlangan akademik' oleh pentadbir, maka para guru sebagai pelaksana pasti tersepit di tengah. 


(9) Di satu pihak, guru sedaya upaya cuba untuk memenuhi hasrat para pengubal PBD tentang 'kemenjadian murid' yang holistik. Di satu pihak lain, guru perlu pula patuh untuk memastikan rekod pencapaian akademik meningkat setiap tahun. Seolahnya jika berlaku kemerosotan akademik, ia satu kesalahan besar untuk sekolah dan para guru.


(10) Inilah yang sedang berlaku sekarang. Pengubal mahu laksanakan PBD yang berkesan. Maksudnya, pengubal tahu untuk laksanakan PBD kelas mestilah tidak  ramai murid supaya dapat dilaksanakan PBD dengan berkesan. Tetapi pentadbir pula tidak melihat isu mengurangkan bilangan murid-murid di dalam kelas sebagai sesuatu yang kritikal. 


(11) Sebab itu PBD di negara ini tetap juga dilaksanakan dalam kelas yang ramai murid. Sehingga ini, tidak ada sebarang pengumuman untuk mengecilkan bilangan murid-murid. Guru-guru tersepit. Akhirnya terpaksa melakukan PBD di dalam kelas yang terlalu ramai murid. 


(12) Contoh lain, pengubal PBD tentu faham dan bersetuju yang silibus mata pelajaran tidak boleh terlalu padat dan rigid jika mahu melakukan PBD yang berkesan. Silibus yang tidak padat akan menyebabkan lebih banyak aktiviti murid dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah. Pengubal tahu melalui aktiviti pembelajaran yang banyak ini,  pelaksanaan PBD akan lebih baik. 


(13) Tetapi pentadbir pula melihat keutamaan mereka ialah laporan kecemerlangan akademik. Silibus mestilah banyak, lebih rigid berasaskan DSKP dan apa yang ada di dalam buku teks. 


(14) Guru sebagai pelaksana tersepit di tengah antara pengubal dan pentadbir. Guru perlu melaksanakan PBD dan pada masa yang sama kena juga mengajar secara 'laju' disebabkan silibus yang padat.


(15) Contoh lain. Pengubal PBD bangunkan tahap penguasaan (TP1-6) untuk memudahkan guru mengenal pasti keupayaan murid. Jika rendah keupayaan murid berilah TP1 atau TP2. Kemudian guru lakukan intervensi supaya kemenjadian murid dapat ditingkatkan. Ini proses yang berterusan. 


(16) Tetapi tidak semestinya pentadbir melihat TP PBD sebagai alat ukur berterusan membantu kemenjadian murid. Mereka melihat TP PBD sebagai pencapaian akhir murid-murid. Sebab itu timbul berbagai dakwaan kononnya berlaku 'penipuan TP' yang sedang heboh sekarang. Sedangkan PBD adalah amalan di dalam bilik darjah. Apa perlunya pelaporan berterusan PBD di luar bilik darjah kecuali pada ibubapa? 


(17) PBD baru satu contoh. Bagaimana pula dengan 'Sekolahku SEJAHTERA'? 'PAK21'? 'TS25'? KBAT?


(18) Selagi pemikiran kumpulan pengubal dan kumpulan pentadbir tidak selaras, guru-guru sebagai pelaksana pasti akan tersepit dan memang caca marba-lah sistem pendidikan negara.

RPH

 I don't understand why teachers, who are supposedly deem professionals in our country, need to submit multiple types of evidence to prove we are teaching. 


RPH submit

Semakan buku kerja submit

Transit form PBD submit


Campur observation by admins, KP, jabatan & unit KPM lagi. Dengan ada learning walk apa semua. 


Kenapa kena dibuktikan lagi dengan daily lesson plans? 


In some districts in the USA they ask for weekly plans, tu pun cikgu deme mogok. Kat sana dah banyak kali ada discourse on how lesson plan SUBMISSIONS is 

- a sign of micromanagement & distrust, 

- is archaic

- takes away valuable time probably better used for something else 


Thing is, I don't think people "di atas" understand planning ≠ lesson plans. 


I plan my lessons, GLADLY. I enjoy making worksheets, looking up resources, and discussing ideas with colleagues & fellow teachers on the net. 


What I don't enjoy is the write up. That's why my idea of LP is simply uploading worksheets & resources for the day/whatever scribbles I've done pre-entering the class. 


Ada cikgu yang RPH terjaga tapi masuk kelas everyday suruh baca buku teks/buat buku kerja secara senyap & sendiri. Tapi cikgu gini takkan kena apa-apa pun; sebab di Malaysia yang penting adalah paper trail 🥲


UK siap ada comprehensive report on why it's ineffective kodddd, kita ni bilaaaaaaa. Read the three points I tanda with yellow. Paduuuuu 🥹


Malaysia ni terpaling juara bab data collection tapi policy tak melambangkan arahan tu berpandukan data & research pun. 


Orang tak bising sebab LP ni bendanya boleh beli, boleh kopipes. But I don't like doing things that don't make sense to me 😐😐😐


Link for the complete report : https://assets.publishing.service.gov.uk/government/uploads/system/uploads/attachment_data/file/511257/Eliminating-unnecessary-workload-around-planning-and-teaching-resources.pdf

Guru yang lesu

 (1) Kes seorang murid tingkatan tiga yang memukul guru disiplin dengan penyapu kerana mengunting rambut beliau yang panjang telah menunjukkan kepada kita satu kekeliruan besar tentang konsep pendidikan yang kita amalkan. 


(2) Apakah konsep pendidikan sudah berubah dari PENDIDIKAN kepada HANYA PENGAJARAN? 


(3) Jawapnya- YA, telah berubah. Tanpa sedar, bila sistem pendidikan kita mula mementingkan prestasi akademik lebih dari segala-galanya. Bila pencapaian akademik dijulang sebagai kejayaan pendidikan dan menjadi kayu ukur kualiti sekolah dan sistem pendidikan. 


(4) Kita selalu dengar tentang berbagai inovasi pengajaran (PAK21, KBAT etc), tapi pernahkan kita mendengar tentang inovasi besar dalam pembentukan adap, akhlak dan adap murid-murid di sekolah? 


(5) Kita selalu meraikan murid-murid yang cemerlang peperiksaan, tapi pernahkah kita raikan murid-murid mithali adap, sahsiah dan akhlak? Kalau pun ada, itu tidaklah sehebat sanjungan kita pada pencapaian akademik. 


(6) Jadi bila konsep pendidikan itu sendiri sudah berubah dari pendidikan kepada sekadar pengajaran mengikut mata pelajaran, adakah peranan guru-guru hari ini masih lagi perlu dikekalkan sebagaimana guru-guru di era 60an, 70an dan 80an?


(7) Dulu, peranan guru diterima oleh seluruh ahli masyarakat sebagai pendidik. Ibubapa menghantar anak-anak untuk dididik oleh guru dengan semangat 'kalau anak saya lakukan kesalahan atau malas belajar, cikgu rotan dan dendalah anak saya. Asalkan jangan buta, pekak atau patah anggota badannya.' Saya serahkan anak saya untuk cikgu didik menjadi orang yang berguna'. 


(8) Hari ini, semangat itu semakin tiada lagi. Kisah ibubapa 'menyerang' guru-guru yang mendenda anak-anak mereka sudah kerap berlaku. 


(9) Malah jangankan merotan atau mendenda, jika ada guru-guru mengeluarkan perkataan yang menyinggung perasaan anak-anak juga sudah cukup untuk dijadikan alasan untuk sesetengah ibubapa 'menyerang' pihak sekolah dan guru.


(10) Zaman berubah. Apakah peranan guru juga patut berubah? Dari seorang pendidik kepada seorang pengajar? 


(11) Apakah hari ini guru-guru sepatutnya hanya mengajar isikandungan mata pelajaran sahaja? Tanpa perlu lagi guru mendidik murid-murid tentang adap, sopan, disiplin dan akhlak? 


(11) Malah bukan rahsia lagi ada sesetengah guru telahpun mempunyai prinsip, 'kerja aku masuk kelas, mengajar ikut buku teks, habis waktu aku keluar kelas, sampai waktu habis waktu sekolah, aku balik rumah. Cukup bulan aku ambil gaji. Perangai, akhlak atau adap murid bukan kerja aku. Itu kerja mak bapak mereka sendiri."


(12) Sistem pendidikan kita sudah tidak jelas tentang hal ini. Apakah seorang guru hanya perlu mengajar mata pelajaran mereka sahaja. Atau selain mengajar, guru juga bertanggungjawab mendidik murid-murid tentang akhlak, adap, sopan dan  disiplin? 


(13) Tiada keselarasan pendirian tentang hal ini. Terserah pada guru itu sendiri. Nak mendidik boleh, nak setakat mengajar pun boleh. Akibatnya, ibubapa sendiri ikut tidak jelas. Murid-murid juga tidak jelas. Lalu dipukulnya guru yang mahu mendidik dengan batang penyapu.

Apply

 BAKAL BOSS LAPAR LIKE 


1. Jika kau nampak iklan jawatan kosong yang tak lengkap infonya...


2. Fikir dululah sebelum apply kerja situ. Apatah lagi kalau kau kena maki bila cuba minta penjelasan.


3. Pada aku syarikat macam tu tak tahu hala tuju. Macam line aku dalam bab 3 dimensi...mesti kena state awal-awal syarikat cari pekerja dalam bidang apa dan software apa.


4. Walaupun asas knowledge tu semua sama, kau nak suruh seseorang lompat 3Ds MAX belajar Maya belajar Blender, lompat gi Sketchup, Viz, SolidWorks, ZBrush lepas tu dimintaknya Autocad pulak....kau gila?


5. Kau analogikanlah macam bengkel. Ada bengkel kereta persendirian, dia ambik semua jenis kereta. Ada bengkel yang hanya ambik kereta jenama tu saja. Kalau Mercedes, dia hanya repair brand tu aje.


6. Mana satu kau lebih yakin untuk hantar kereta? Mana satu yang lebih specialist jika kita banding dua-dua jenis bengkel? Kau rasa bengkel mana boleh solve problem dengan lebih baik?


7. Bila ada syarikat tawar jawatan tapi syarikat tu sendiri tak berani nak state out apa mereka cari dalam iklan tu, itu petanda awal kerja kau ada pelbagai variasi dan majikan tu nak kau jadi 'pekerja am.' Term betul dia 'generalist.'


8. Kau akan diexpect perform dan mampu proses benda unexpected bila-bila masa boss kau nak. Skop kerja kau besar dan limitless. Kau akan kena buat kerja 2-3 orang serentak.


9. Padahal kalau kau semakin handal, kau punya job scope jadi semakin fokus sebab kau dah 100% power dalam bidang tu. Kau akan jadi orang rujukan kerana orang tahu kau pasti ada solusi dia.


10. Syarikat yang suka pekerja dia berdepan cabaran dan masalah, kemudian gebang bayar gaji tinggi ni, satu benda annoying biasanya akan berlaku....


11. Tiap-tiap kali ada masalah, boss akan ingatkan kau "hak eleh, takkan benda ni takleh setel? AKU BAYAR GAJI KAU TINGGI KOT..." 


12. Lagilah kalau bakal boss kau kaki lapar like media sosial, suka engage orang awam tentang company dia on a very personal level. Silap-silap kau jadi bahan status dia.


13. Biasanya, a proper company will do proper with any potential candidate. Banyak petunjuk boleh kita guna untuk detect sama ada company tu proper atau tidak. 


14. Salah satu petunjuknya adalah 'adakah boss syarikat tu suka malukan orang lain openly dalam media sosial?' Jika ya, nasihat aku...elakkanlah. 


15. Kau nak try jugak, terpulang kepada kau lah.

Isnin, 9 Januari 2023

Ketam

 Bila bercerita tentang kelas tambahan...  orang kita hanya sibuk menukar kepada nama yang glemer. 


Contohnya praktis minda,  peer to peer… from zero to hero dll


Tapi konsep yang teman faham ini adalah konsep songsang iaitu drilling from external not from internal. 


Dalam kata mudah kita mengharapkan pelajar ada internal driven iaitu kekuatan atau semangat dari dalaman diri pelajar itu sendiri untuk belajar. 


Dengan harapan dia dapat mengenal tuhan yang menciptakannya.  Selain itu dia dapat berfikir sesuatu yang baru dalam hidupnya. 


Yang kita nampak hanyalah mendapat pekerjaan yang setimpal dengan usaha akademik dia. 


Tak lebih dari itu. Mungkin boleh dikaitkan dengan istilah 'mandul minda'


sekadar renungan


Sembang dengan seorang cikgu di sekolah. 


 Apa hubungan antara semakin banyak kita buat kelas tambahan dengan result periksa budak. 


 Mana dapatan yang menyokong semakin banyak buat kelas tambahan result budak-budak meningkat. 


Teman berpegang kepada DDDM data driven decision making. 


Atau ada siapa-siapa yang tahu mana2 kajian ilmiah tentang korelasi antara kelas tambahan dan juga result periksa budak. 


 terima kasih


Dah lari dpd norma pendidikan untuk pembentukan manusia tuan Sheh. 

Budak ada 24 jam shj sehari, tak tahulah kut cikgu ada 72 jam sehari. 24 jam tu lah pelajar nak gunakan untuk hadir kelas formal, makan-minum, mandi, tidur, bersukan dll. Kalau satu subjek buat kelas tambahan 2 jam, kalau ada 5 subjek, 10 jam masa kelas tambahan seminggu.

 Penjawat awam pun masa kerja rasmi mereka 40 jam shj seminggu, dan masa selebihnya untuk aktiviti kehidupan yang lain. Pelajar berapa jam pula masa untuk aktiviti pembelajaran dlm jadual mereka. Bila masa pelajar itu hendak menguruskan masanya sendiri, merancang, merujuk buku, membuat nota sebelum kelas, membuat semua 5 peringkat Nota, mencerna pelajaran, buat latihan dan berbagai-bagai keperluan pembelajaran yang perlu diamalkan supaya menjadi pelajar yang berkesan. 

Kalau dapat A daripada kelas² tambahan melampau itu cuma proses menelan apa yg disuap dan memuntahkan balik semasa peperiksaan, habis peperiksaan semua yang dipelajari berterbangan ke langit biru dan dilupakan. 

Mungkinkah kita boleh membentuk pelajar yang hampir berdikari sepenuhnya ketika mendapat ijazah pertama jika daripada umur 7 tahun hingga ke 17-18 tahun, pelajar di spoon-feed semahu-mahunya, tanpa masa dan kesempatan yang cukup untuk mereka berkembang secara ubah ansur secara linear (semakin berkurang utk pergantungan mereka dan semakin bertambah pula untuk kemampuan berdikari mereka)?