Sabtu, 6 Januari 2024

Flight

 Izinkan saya berkongsi tentang kebesaran Allah. Hanya seminit dua diperlukan. Boleh ya. 


Cuba kawan-kawan lihat ratusan butang dan skrin yang besar untuk dirujuk oleh juruterbang. Setiap satu butang ada fungsi tersendiri. Ia begitu kompleks hanya untuk bantu pesawat untuk navigate terbang sahaja!


Dan harga sebiji pesawat seperti dalam gambar Airbus-A380 ini kira-kira USD 200 juta! 


Tabik hormat kepada pilot yang saya kenali antaranya Captain Gazze Azri dan Captain Mohd Ezairol Rezan Zainol. 


Macam mana la dorang boleh hafal fungsi butang ni semua. 


Nah, cuba kita bandingkan pula dengan saiz seekor burung pipit, burung helang, burung merpati, burung hantu dan burung enggang.


Mereka ada otak sebesar biji tembikai sahaja. Dan ianya cukup untuk lakukan proses pengiraan yang rumit ini dibuat!! 


Ia melibatkan kelajuan, ketinggian, muatan, berat, arah, kompas, timing, radar untuk mencari makanan dan melarikan diri daripada musuh. 


Dalam salah satu rancangan National Geographic yang saya tonton, seekor burung helang yang membuat ‘maneuver’ dari langit untuk tangkap ikan di laut boleh capai kelajuan 160 kilometer sejam! Dan ia tak terhempas!


Kita kalau naik motosikal, bawa kelajuan sama dan brek mengejut. Kalau tak terpelanting atau skidding memang tak sah. 


Tak cukup dengan itu, fikirkan pula cara burung buat ‘perfect landing’ ke dahan pokok dalam altitud kelajuan tinggi. Jarang pula burung terhempas langgar pokok atau terbabas ke tanah. 


Uniknya, burung-burung lakukan semua ini tanpa bantuan menara pengawasan, radio, satelit atau GPS! Masya Allah. Dan semestinya semakin kecil objek itu untuk mempunyai keupayaan seperti sebuah kapal terbang. 


Berapa juta agaknya nilai teknologi yang ada pada semua jenis burung itu. 


Kawan-kawan,


Allah Taala berfirman dalam surah Al Mulk (ayat-19):


https://quran.com/en/al-mulk/19


"Tidakkah mereka melihat burung-burung yang berada di atas mereka dengan sayap yang terbentang dan [kadang-kadang] berlipat-lipat? 


Tidak ada yang mengangkatnya kecuali Yang Maha Penyayang. Sesungguhnya Dia Maha Melihat dari segala sesuatu".


Allah Maha Berkuasa, Makhluk Tiada Daya Upaya.


Begitulah. 

Hafizul Hakim

Bengkel

Cnp

 Starter pack org bodo "kaki lipak" bila nk bukak bengkel kete :


1. Wajib bahlol, kete axia di rekemennye suruh pakai 20w-50. Kete gearbox cvt di suruhnya taruk atf sp3 sbb kt kedai xde myk cvt katenye.. 


2. Bila org tanya harga upah dia buat muka siamang lapar mcd. Tanye je kot... xkan nk buat terus tanpa tau harga. Xpun bile org konfius die bebel ape kt wasap die reply "ha tnye lagi?". Beberapa bulan kemudian dia post kisah sedih kt grup bmf ckp "Sy sedih la dh dekat setahun sy bukak bengkel, makin lama makin sendu, camne ye guys?" pstu jadi la isu melayu x sapot melayu... 


3. Segala jenis upah harga mengalahkan nk servis kapal selam. Upah tukar myk hitam rm50, upah tukar myk gear rm100, upah tukar timing belt rm500, upah tukar bering rm150 utk sbelah, upah tukar motor kipas rm200, upah tukar coolant skali flush rm250 - 400 habis citer sume harga boleh buat yahudi patah balik Israel. 


4. Bengkel alat x lengkap, bumbung bocor sana sini, tandas dh mcm tmpt pembunuhan kes bunuh 10 tahun lepas. Tapi kete owner steady pakai alphard latest model. Katanya baru pindah masuk jdi x smpat nk repair sgt keadaan kedai tu. Bila org tnya bengkel dulu2 kt mana duk putar alam jawab lain smbil mata pandang ke lain. Mgkin byk kali pindah sbb byk org cari sbb byk menipu sbb tu xnk bgtahu bengkel dlu kt mana dan nama apa.   


5. G kedai oder sup gearbox.


6. Tempat menunggu utk pelanggan kasi kerusi yg otw nk roboh, nak lagi mujarab dia susun kerusi kedai tomyam berderet kt tengah2 panas. Biarpun kt tepi bengkel ada tempat redup berbumbung "ori punya bahlol👍🏼"


7. Orang bayar utk minyak fully synthetic, bila kastemer g jauh ckit utk isap rokok john kejap automatik jadi babi duk tuang minyak brand bukan2 mcm "Kmax" 15w 40. Tpi resit tulis castrol edge 5w 40 rm300.. bila kantoi tuang myk cap ayam dia putar ckp "sy saje letak myk ni bang sbb nk flush kejap sbelum letak myk edge tu, mjur abg ingtkan". Padahal dh siap tutup bonet..


8. Kat bengkel wajib ade beberape ekor macai utk jadi kaki bekap stok buat bertekak dgn kastemer bila kantoi buat keje bodo dan menipu. 


9. Suka duk bebel ckp kuat2 kenapa mcm tu kenapa mcm ni, marah mcm org suruh dia buat keje free. Padahal kes dia cuma lajak 500km je utk servis tukar myk hitam... duk bebel mcm org tu lajak 100ribu km... 


10. Bila org g bengkel cina kt sbelah kedai dia, dia buat muka mcm nk telan bila pandang kita. Lagi best bila kita ckp kuat2 sampai dia dengar "apa boss? upah tukar myk hitam dan atf suma rm50!!??". Lagi la dia pandang sampai nk terkeluar bijik mata. Maklomlah kedai dia upah tukar myk hitam dan atf saja dah jejak rm120, nk kata pekerja ramai, ade sekor due je. Hat cina tu pekerja ada 4,5 org tpi hrga murah dan cepat tmpt tggu ade ekon siap.. Silap2 klu baiki bende2 rumit mau2 tokey bagi sorg tukang urut sementara menunggu. 


Renungan

 IMPAK PALATAO SEJARAH

Sejak beberapa tahun ini memang muncul ramai palatao dalam pelbagai bidang. Selain dari bidang agama, bidang sejarah juga antara yang sering muncul palatao.


Berkenaan perkataan palatao, saya tiada definisi tepat. Pertama kali dengar beberapa tahun lepas dari lidah Abu Ubaidah (bukan H4M45). Rupanya beretomologikan kalimah Kepala + Tau = Palatao. 


Mungkin definisi peribadi saya tentang makna palatao ialah, orang tak tahu yang buat² tahu apa yang dikatakan atau orang yang memandai-mandai ulas isu yang dia sendiri tidak tahu.


Jika definisi saya ini tepat, maka perbuatan ini ialah perbuatan yang sebenarnya menipu, berdusta dan berbohong. Hal ini jelas dari dalil,


كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

Cukuplah bagi seseorang itu digelar pendusta apabila menceritakan semua yang didengarinya. [Riwayat Muslim]


MUSIBAH PALATAO

Muncul nama-nama seperti Auni, Rofa dan Solehah yang menggunakan gelar mereka tapi membicarakan hal yang bukan bidang mereka. Menyelewengkan ilmu dengan karut marut yang melampau.


Lalu kata Dr Solehah "tak percaya so what?" sedangkan memberikan bukti atas dakwaan sendiri ialah wajib apatah lagi ketika memberikan pandangan yang syaz! 


Sedangkan kaedah mahsyur dalam bidang adab al-bahth wa al-munazarah menyebut:

إِنْ كُنْتَ نَاقِلًا فَعَلَيْكَ بِالتَّصْحِيحِ    وَإِنْ كُنْتَ مُدَّعِيًا فَعَلَيْكَ باِلدَّلِيلِ

“Jika sekiranya kamu menyatakan sesuatu hendaklah kamu mensahihkan dahulu berita itu, dan sekiranya kamu mendakwa hendaklah kamu menyatakan dalil atau bukti."


PINTU AJARAN KUFUR

Cukuplah kitab rujukan sejarah lama kita telah diolah dengan kaitkan sejarah kita dengan Zulkarnain , Nabi Sulaiman, Nabi Isa dan Nabi Khidir. Perkaitan ini telahpun diolah tanpa disiplin akademik  oleh orang terdahulu.


Namun hari ini bidang akademik telah dicabuli oleh orang yang memegang 'title' prof dan doktor.  Juga mengkaitkan sirah kita dengan para anbiya dan para sahabat TANPA bukti.


Dengan sesuka hatinya mencipta kisah para nabi dan para sahabat tanpa sebarang bukti dari hadith mahupun catatan ulama sirah. Ini ialah pintu kepada ajaran sesat.


Hal ini sebagaimana Yahudi juga mengolah palatao cerita tentang nabi² kita dan buat ikut tekak mereka. Lalu muncul lah agama Yahudi dari kaum Bani Israel. Juga munculnya Nasrani yang mengolah cerita kononnya Nabi Isa dibunuh. Lalu muncul ajaran baharu. Dua ajaran ini muncul tak lain tak bukan kerana rahib² mereka bebas mengolah kisah nabi² tanpa perlu dibuktikan dari mana-mana rekod agama. Walau dari bible sekalipun!


Syiah juga menggunakan teknik palatao ketika mengolah cerita para sahabat ramai yang kafir selepas Rasulullah wafat. Palatao nya juga tanpa perlu apa² sanad hadith. Berhujahkan "tak percaya, so what" pun boleh dah muncul ajaran baru.


UBAH SEJARAH, SENTUH FIQH

Bayangkan ketika kita sebut Melayu ialah darah Ahlul Bayt daripada rentetan rekaan cerita mereka ni. Mungkin kita anggap alah reka sejarah je takde impak pun.


Sedangkan impaknya ialah, orang Melayu ialah kaum yang haram dapat zakat kerana diharamkan zakat ke atas Ahlul Bayt.


Jika kita terima teori Melayu dari Qeturah sedangkan tiada hadith sahih dan ayat Al-Quran sebut tentang itu, maka kaum lain juga berhak untuk 'claim' benda yang sama.


Jika teori Melayu-Qeturah diterima kerana ada dalam Bible, adakah kita iktiraf 'tsiqah' intipatinya? jangan lupa yang dalam itu juga lah yang kata Isa anak tuhan.


Jika para sahabat ada ramai sampai di Kedah, pastilah ramai 'tabien' dan 'tabi tabien' di Kedah yang patutnya layak dijadikan rujukan. Namun hakikatnya tiada.


'TIMELINE' MERAPU

Ketika dia sebut Uthmaniyah suruh Dato Bahaman mesyuarat atas Gunung Jerai pada 1948. Uthmaniyah pun dah takde sejak 1923. 1948 tu Turki dah ada perdana menteri ke-8 dah. Jelas 'timeline' palatao ni pun memang ke laut.


Saidina Uthman pernah sampai ke Kedah? Nabi Adam turun di Gunung Jerai? Besi yang Zulkarnain guna untuk tutup Yakjuj Makjuj ambil dari Kedah? Kapal Tariq bin Ziyad pun kayunya dari Kedah. Pedang nabi pun tempa di Kedah? Semuanya tiada dalil dan bukti pun.


Malah patutnya kita persoal kenapa banyak² tokoh dahulu ada kaitan dengan Kedah sahaja? Hatta Pulau Pinang dan Perlis pun tak pernah dapat kredit yang sama walaupun dahulunya mereka satu negeri. Sebab ini semua palatao.


KESIMPULAN

Palatao dalam sejarah juga bakal memusibahkan agama ini. Apatah lagi yang dikaitkan ialah para anbiya dan para sahabat. Kita tak perlu dimuliakan dengan kisah² palatao ini.


KU NUKIL

Wahai bangsa keris

Cukuplah lok mu menjadi saksi

Perkasa genggam luka terhiris

Zaman berzaman masih  berpaksi


Wahai bangsa jawi

Persuratan mu bermula tak henti

Syair gurindam dondang senawi

Budi bahasa segala terbukti


Wahai bangsa tanjak

Kemas terikat berloket suasa

Ditala meriam pun tak berganjak

Hanya takut Yang Maha Kuasa


Jangan lah lagi rekayasa

Silam zaman saatnya masa

Terhormat sudah seluruh bangsa

Tak perlu tambah perisa rasa

Cukup sembah Yang Maha Esa

Mulia hendak-Nya sekalian wangsa


Taufiq Tuah

Value, Waghih

03.01.24 | 21.06.45

Arkitek

 Gambar lama. Dulu aku keje akitek firm. Akitek Akiprima, Era Design dan banyak lagi. Aku dipanggil Khas untuk maintain komputer dan latih semua Akitek2 buat 3d artwork dan animation. Sebelum tu, semua design adalah 2d


Aku sama2 design Sunway Lagoon, Sunway College, Sunway Hotel dan Kulim Hitech. Boss aku Ray Cheah, adik beradik Jeffrey Cheah (Boss Sunway Group)


Sunway Lagoon Hotel mula2 design, tak mcm skrg. Mmg sebijik mcm Disneyland. Tapi tak lulus .... 😅


Design Hospital, Sekolah, Stadium, Bus Station, Bangunan, Rumah dan mcm2 lagi


Pasar borong selayang (baru) dgn pasar borong Nilai 2 tu, aku yg design. Satu lot sebesar tapak kubur, depa jual 600k. Berebut cina beli .... 🤣


Dulu, komputer mahal. 286 yg aku pakai ni, 15 ribu. Satu Software AutoCad single user pun dah 12 ribu. Memori jgn cerita la. ramchip 256mb je mau 400. Skrin hijau bangang 14 inci tu pun mau hampir 800... 😂


Printer color pertama, saiz A3, die sublimation sebesar mesin fotostat, harga 45 ribu ... 😅


Harddisk? jgn mimpi la. Aku rasa korang tak jumpa zaman Floppy Disk .... 😂 Yang lembut, besar2 tu. File besar kena zip dulu


Kemudian aku buat networking, untuk pejabat kerajaan dan swasta. Panjat bumbung, drill lubang sana sini, pasang wayar. modal 1500 tapi org bayo 15 hingga 30 ribu .... 🤣 Sbb ramai tak tau networking. Novell Network, Protocol


Masa mula cdrw keluar, amatlah mahal. Satu hari ada sorang india jumpa aku kat pj. Dia dtg dari India. Ada kilang cdrw kat sana. dia offer harga 5.50 satu cdrw. Time tu harga cdrw sekeping mau berbelas ringgit. Semua org nak beli sbb x saba nak burn cd ... 🤣


Berpusu2 org call aku nak beli cd. Ada yg offer sampai 5 juta unit, nak terus booking, masuk duit dalam akaun aku. Masa tu aku dah pegi Mofaz, nak order Lamborgini Diablo atau Ferrari Testarossa sebijik. Tapi malangnya, keluar berita CNN kilang tu terbakar .... 😭


Aku pernah interview sykt komputer di Faber Tower.  ramai cina pakai smart lengkap dgn sijil yg apply. Aku sorang je yg rambut panjang pakai jeans, tak bawak sijil bagai.


Dia tanya aku, mana sijil, aku jawab takde. Aku cakap, aku cuma bawak IC. Dia tanya lagi, apa jawatan yg awak mintak, awak tak isi jawatan. Saya jawab, apa2 jawatan pun boleh. Kemudian dia bawak aku masuk bilik programming database. Dia suruh aku buat.


Dalam masa 45 minit aku siapkan programming. Masa tu guna Dbase III, cobol, fortran dan pascal sedikit machine language subroutine.


Terus aku dapat job tu


M. Nasir panggil aku "Tokey Komputer"


Mereka yg biasa keje dgn aku:

Ringgo Fotograf, Zarith Mega, Adik Rahim Maarof, hyder dan ramai lagi


Masa ni Aruah Shamrin Fotograf keje bahagian Purchasing Manager kat Proton HQ. Aku biasa deal dgn dia, supply conveyor belt


Satu aje aku nak cakap. Keje draftsman atau designer ni, dah jadi mcm "Mat Gian". Satu hari tak pegang mouse, rasa tak selesa sangat 😅


Gian nak cut, trim, copy, extend, purge, trace, arc, ellipse, array, chamfer, line, snap, ortho, iso, intersection, near, midpoint, endpoint, layer ......


✍️ Joey BPR

Katanya gambar ni tahun 1982

Yang tak kenal, Joey BPR, 61 tahun adalah lead vocalist kumpulan rock legend 80an, Bumiputra Rockers...saing2 Search, Wings dan Lefthanded

Khamis, 4 Januari 2024

Gula progula

 Bab gula dalam enjin.



Aku tak rasa benda ni terjadi di dalam kilang, kerana aku rasa tak ada sesiapa pun dalam kilang yang berani letak gula dalam enjin.


Kenapa tak berani?


Apabila kereta dipasang di dalam sesebuah kilang, kereta tersebut akan mempunyai satu dokumen yang digelar “Traveller”. Traveller ini merupakan satu dokumen yang mempunyai segala-gala kerja atau “job” yang telah dijalankan kepada kereta tersebut. Ada juga yang guna nama “Job Card” untuk traveller.


Setiap pekerja yang bekerja pada kereta tersebut mestilah akan chop atau tandatangan di dalam traveller tersebut, tak kiralah “job” kecil atau besar, semuanya bertanda. Segala proses pembaikan pun akan di-chop oleh setiap pekerja berkaitan (setiap pekerja ada chop sendiri).


Kemudiannya traveller tersebut perlu disimpan di dalam stor selama beberapa tahun, tak salah aku untuk kilang kereta yang aku pernah kerja dahulu, traveller untuk setiap kereta mestilah disimpan selama 15 tahun.


Setiap “job” perlu dicop oleh pekerja. Jadinya jika diorang nak buat sabotaj letak gula, sudah tentu diorang tak berani. Kemudiannya di dalam kilang, andai ada yang cuba untuk buat sabotaj, sudah tentulah diorang tak berani kerana “job owner” atau pemilik kerja tersebut akan memastikan tiada sesiapa pun yang akan sabotaj kerja dia.


Andaikan dia merupakan seorang yang ditugaskan untuk mengisi minyak enjin, sudah tentu dia akan memastikan tiada siapa pun yang akan sabotaj kerja dia dengan meletakkan benda asing di dalam minyak enjin.


Di dalam “line production” ada banyak stesen, stesen-stesen tersebut dibuat untuk pemasangan komponen tertentu. Contohnya di stesen 1 untuk pemasangan “rubber gromet” dan lapisan “insulation”, stesen 2 untuk pemasangan “wiring”, stesen ketiga mungkin untuk pemasangan tempat duduk.


Setiap stesen biasanya akan ada lebih dari dua orang pekerja. Andai ada yang berniat untuk buat apa-apa sabotaj, memang tak lepaslah. Banyak mata yang memerhati. 


Kemudiannya di setiap “line production” akan ada QC atau QA. Kemudiannya akan ada QA atau QC yang sentiasa berlegar-legar, contohnya QC atau QA yang ditugaskan untuk periksa nilai tork pada skru, bolt dan nut.


Itu belum kira pekerja dari Logistik dan Kejuruteraan yang juga sentiasa berlegar-legar di dalam “line production”.


Diorang pun akan memastikan segala-galanya di dalam keadaan yang baik, kerana chop mereka pun ada di dalam traveller sebagai pemeriksa stesen tertentu. 


Jika ada “defect” tertentu, diorang tetap akan ditanya dan jika diorang didapati tidak “observe” dengan tempat “defect” tersebut, sudah tentu diorang akan disembur oleh ketua diorang. 


Tengok nasiblah, jika ketua diorang ada makan petai sebelum kejadian, memang meluncur masuklah bau petai campur bau mulut ketua ke dalam lubang hidung QA dan QC tersebut. Nak tutup hidung takut pula ketua terasa, jadinya hidu sajalah bau petai tersebut. Kalau masa tu ketua tersebut ada buat “intermittent fasting”, lagilah power baunya.


Kerja kilang kereta ni bukan main-main, memang agak tertekan bekerja di dalam kereta. Ada beribu-ribu benda nak kena jaga. 


Ketua yang sembur air liur kepada anak buah itu pun sudah tentu dah kena sembur juga dengan ketua jawatan lagi tinggi 🤣🤣🤣.


Kebiasaannya di dalam kilang kereta, kena pula kilang kereta ala kilang Jepun, memang susahlah untuk buat sabotaj, kerana pekerja sentiasa diperhatikan. Aku rasa mesti kat “line production” tersebut ada satu tingkap besar dari pejabat pengurusan pengeluaran kereta, kemudiannya pejabat pengurusan tersebut lebih tinggi dari “line production”, boleh nampak semua pekerja. Itu belum cerita kilang yang ada CCTV, lagilah ketat kawalannya.


Apabila kereta sudah sampai ke pengedar, di dalam pusat pengedaran kereta atau “dealer” akan ada proses Pre Delivery Inspection (PDI). Masa PDI ini segala-galanya akan diperiksa lagi sekali. Minyak enjin, minyak transmisi dan benda-benda yang boleh dicapai oleh pemeriksa akan diperiksa lagi sekali, termasuklah bahagian luaran dan dalaman kereta.


Di sini pun biasanya kereta yang betul-betul baik sahaja akan dilepaskan kepada pelanggan. Jika kereta kurang baik, proses pembaikan akan dijalankan terus, dan segala “defect” akan “diserahkan” kepada kilang jika sah “defect” tersebut datang dari kilang.


Pemilik kereta bergula pula, mestilah seronok dengan kereta baru, dan sudah tentulah kereta tersebut akan dijaga dengan baik sekali. Kalau “parking” kat mana-mana, mesti kejap-kejap tengok, kejap-kejap tengok, kemudian kejap-kejap tekan “remote” kunci untuk memastikan kereta dikunci. 


Jadinya sudah tentulah gula tidak akan terlepas masuk ke dalam enjin. Orang nak buat sabotaj pun tak lepas.


Oleh itu, untuk kes enjin bergula yang sedang viral sekarang ini, bagi pendapat aku, seeloknya pemilik kereta dan pengilang tersebut buat repot kepada PDRM. Elok PDRM jalankan siasatan.


Mungkin pemilik disabotaj, mungkin juga pengilang pun disabotaj. Ada banyak kemungkinan.


Aku tak sabar nak tunggu PDRM siasat kes ini. Aku rasa jika PDRM campur tangan, mesti akan dapat punya dari mana datangnya gula tersebut, dan kenapa gula tersebut boleh bertapak di dalam enjin tersebut. PDRM bukan calang-calang.


Rakyat Malaysia dan gula berpisah tiada.

Tekan Minyak.