Monday, 2 December 2013

RIP

Kematian Hero Fast & Furious Paul Walker @ Brian O'Conner-Fast & Furious ini telah mengejutkan dunia dengan kematiannya. Ramai yg mengucapkan takziah atas kehilangannya antaranya dengan RIP .. “Rest in Peace” atau RIP bukan boleh sebarangan diucapkan. Ucapan RIP ini merupakan do’a Kristian Katolik kepada pengikutnya yang telah menemui ajal berbunyi “May his soul and the souls of all the departed faithful by God’s mercy rest in peace” atau ucapan asal didalam Latin "Anima eius et animae omnium fidelium defunctorum per Dei misericordiam requiescant in pace". Ucapan ini memohon kepada Tuhan agar roh simati dirahmati Tuhan. Agama Islam membenarkan ucapan takziah kepada keluarga orang bukan Islam yang telah menemui ajal. Kita bolehlah memberi ucapan seperti “kami bersimpati dengan apa yang anda hadapi”, “Kami turut bersedih diatas kehilangan beliau”, dan sebagainya. Atau didalam bahasa Inggerisnya seperti : “May Allah compensate you in your loss” , “Sorry to hear this tragic news, my sympathies are with deceased’s family on this sorrowful moment”, dsb. Apa yang dilarang adalah memohon Allah merahmati roh si-mati sepertimana ucapan Rest In Peace. Kita dilarang memohon agar Allah mengampuni si-mati yang bukan Islam. Firman Allah swt : مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli Neraka.” [surah al-Taubah : 113]. Kesimpulannya, Umat Islam dibenarkan menyampaikan takziah kepada keluarga si-mati yang bukan beragama Islam, dan takziah itu bukanlah do’a yang berbentuk memberi rahmat atau pengampunan, seperti RIP. Kita dibenarkan mengucapkan simpati kepada keluarga si-mati. Tak salah untuk merasai kehilangan.. tetapi jangan hingga kehilangan prinsip iman dan ihsan

No comments:

Post a Comment