Isnin, 1 Julai 2019

Open house

*OPEN HOUSE*

Kata Ustaz, "Open House ini walaupun disebut dengan nama open house iaitu rumah terbuka tetapi tidak semua juga dijemput.

Kekadang kita terasa bilamana ada kawan2 yang kita kenal ada buat open house tetapi tak jemput kita.

Konsep jemputan rumah terbuka biasanya kita jemput orang yang kita ingat dan hubungan kita baik dengan mereka.

Sebab itu apabila ada yang kita ingat tetapi hubungan tak ok kekadang kita tak jemput. Begitu juga ada yang hubungannya baik dengan kita tetapi tak teringat pula maka tak terjemput.

Ia berbeza dengan *RUMAH ALLAH.*

Kita ini walau betapa banyak kesalahan dan dosa2 kita dengan DIA.  Walau hubungan kita tak baik dengan DIA tetapi setiap hari, setiap masa kita boleh bila2 masa sahaja mengunjungi rumah ALLAH.

Tiada masalah untuk waktu dan detik mana kita nak singgah ke sana.

Namun begitu ia selalunya menjadi pilihan kita sendiri yang tidak mahu mengunjunginya sedangkan paling kurang 5 kali sehari kita diseru ke sana.

Kekadang kita juga sedih orang yang dijemput sungguh2 tidak datang ke rumah kita tetapi kita sendiri yang gagal ke rumah ALLAH meski berkali2 diseru langsung kita tak rasa apa2.

Sesuatu yang kita perlu fikirkan."

*Muhasabah Syawal.*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan