CIKGU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK GUNONG, KELANTAN, DISERANG.
Tulisan Shafiq Fadeli
.
Viral lagi, cerita tentang cikgu.
.
Jujur cakap, hati saya tersentuh dan tersentap bila menonton video Cikgu Sirajudin ini diserang oleh ahli keluarga pelajar.
.
Ini cukup memanggil saya untuk memberi sedikit ulasan.
.
1. Saya difahamkan ahli keluarga pelajar yang menyerang itu salah faham. Kalau ya pun salah faham, pergilah sekolah elok-elok dan bertanya dahulu. Bukannya masuk terus provok macam tu. Kalau bertanya dalam keadaan provok, tu bukan bertanya namanya. Itu mukaddimah untuk berkelahi.
.
2. Berapa abad lagi diperlukan untuk masyarakat kita faham yang pelajar-pelajar sekolah ni bukan bercakap 100% betul? Kalau anak balik bagitau sesuatu kepada mak ayah, jangan cepat percaya. Boleh jadi betul. Boleh jadi salah. Jadi, kalau nak sahkan macam mana? Betul, SIASAT la... Baru boleh nak ambil tindakan ke apa.
.
3. Orang awam tidak boleh sewenangnya masuk kawasan sekolah. Itu premis kerajaan. Orang awam boleh masuk dengan izin dan kebenaran. Jika tidak, boleh ditangkap kerana menceroboh.
.
4. Sekiranya kita orang ada adab, kita nak masuk kawasan sekolah mestilah memakai pakaian yang sesuai untuk masuk premis kerajaan dan sebagai gedung ilmu. Bukannya pakai pakaian macam pergi pasar.
.
5. Pengawal keselamatan sepatutnya mengawal keselamatan. Bukannya kerja buka tutup pagar dan kunci jam rondaan sahaja. Saranan saya, buang pengawal bertugas. Saman syarikat berkenaan.
.
6. Apalah nasib pelajar itu, entahlah. Jika persekitarannya dipenuhi oleh keluarga dan saudara mara yang tiada adab. Adakah kita nak mengharapkan mereka jadi beradab. Semestinya kita harapkan mereka beradab, tetapi jika role modelnya sebegini, bagaimana?
.
7. Kikislah budaya samseng dalam diri kita semua. Sikit-sikit mahu pukul, sikit-sikit mahu 'kecek kiro'. Belajarlah untuk hidup bertamadun, bukan macam orang gua. Samseng itu perlu, jika lihat anak kita buka aurat, samsenglah sikit tegur anak tu biar dia taat Allah. Tengok isteri kita mengumpat memfitnah, samseng la sikit tegur isteri. Tengok anak-anak muda jual beli pil kuda sebelah rumah, samseng la sikit tegur anak-anak muda tu. Ini tidak, samsengnya pada guru insan mulia yang mengajarkan ilmu kepada anak bangsa.
.
8. Kepada pelajar. Kadang-kadang dalam rumah kita, keluarga kita, saudara mara kita, ada insan yang pemarah, pongoh. Jika berlaku apa masalah di sekolah, balik terangkan elok-elok kepada keluarga. Bukannya pergi simbah petrol bagi api lagi tinggi. Bila pelajar terangkan elok-elok, keluarga pun hubungilah cikgu elok-elok. Atau pergilah sekolah elok-elok. Benda boleh selesai elok, buat apa kasar.
.
9. Oh ya, pelajar itu pasti akan jadi perhatian di sekolah nanti. Kawan-kawan akan jeling lain macam, disebabkan perangainya dan ahli keluarganya yang sangat memalukan. Malah guru-guru juga pasti terasa hati mengajar, pasti berbekas di hati. Kalau dia pindah sekolah pun, benda dah viral, 1 Malaysia dah tahu cerita ni. Pasti hatinya tak tenteram untuk belajar. Apa boleh buat, sendiri juga puncanya. Ahli keluarga sendiri juga puncanya.
.
10. Akhir sekali. Yang paling saya geram sekali. Cikgu tu berusia 52 tahun kot. Orang tua. Mana adab dan kasih sayang orang muda? Sepatutnya kita hormat orang tua. Paling tidak pun, kita pergi sekolah marah-marah, sekali tengok cikgu tu dah tua, kita cool down la sikit. Takde adab. Biadab. Macam mana anak-anak nak hormati orang tua, jika orang tuanya sendiri pun tidak hormati orang tua lain? Hormatlah orang tua. Tolong cerdik.
.
Semoga kes sebegini tak terjadi lagi lepas ni.
.
Ketika memberi ceramah kecemerlangan kepada pelajar, saya tidak fokus pada akademik semata-mata. Pasti saya akan fokus pada adab. Kerana jika adabnya bagus, inshaAllah akademiknya juga akan bagus.
.
Bila adab dah bagus, barulah saya akan bagi teknik belajar pum pam pum pam bagai.
.
Adab lebih utama dari ilmu.
.
Ilmu dan adab bermula dari rumah.
.
Kalau pelajar ke sekolah belajar macam-macam pun, tapi balik rumah habis dibasuh dibilas bersih dengan kebiadaban ahli rumah, maka rugilah.
.
Ubah.
.
Kembali kepada Allah dan Rasul.
.
Bermula dari diri kita sendiri.
.
.
.
SYAFIQ FADELI
Motivator
Tiada ulasan:
Catat Ulasan