Jika anda pendidik...Filem ini wajib ditonton
Antara babak dan perkara yang menarik
Filem
Menerima beliau sebagai guru besar baru, seorang cikgu bertanyakan kepada beliau...bila nak buat majlis perkenalan dengan guru besar...
jawapannya, buat apa nak buat majlis perkenalan sehingga kelas dibatalkan dan membuang masa, sedangkan saya boleh akses semua profil cikgu bila bila masa
Malaysia
Apabila pengarah atau pengetua atau guru besar baru datang , maka akan ada la perjumpaan, ...mulalah majlis besar besaran menyambut kedatangan...dan yang pasti kelas akan dibatalkan..
Filem
Beliau sebagai guru besar mengutamakan P&P..semua tindakannya untuk menjadikan P&P guru lebih berkesan...beliau masuk hampir kesemua kelas yang diajar oleh guru dan memberi komen P&P guru tersebut..beliau sendiri menjadi guru kelas bagi kelas yang bermasalah
Malaysia
Realitinya, pengurusan sesuatu institusi pendidikan menilai pendidik berdasarkan fail yang cantik dan berpuluh puluh...makin banyak makan hebat ...kalau tiada fail maka anda gagal dalam P&P..itulah persepsinya...panjang lebar keberhasilan ditulis untuk keseronokan sendiri...padahal masa untuk mereka bentuk P&p didalam kelas terhakis dengan kerja pengkeranian yang tiada gunanya
Filem
Collector ( agaknya Pengarah pendidikan negeri ) datang membuat lawatan kesekolahnya...dia menjemput dengan elok dan mengarahkan guru bertugas untuk mengiringi collector tersebut untuk lawatan kesekolah..apa yang dilihat ialah keadaan biasa sekolahnya
Malaysia
kalau ada pengarah buat kawatan ...mula la persiapan ( siap ada meeting) ...akan ditutup segala kecacatan, akan ditunjuk semua yang baik baik....semua aktiviti seolah olah terhenti apabila pengarah tersebut membuat lawatan...
Filem
Guru besar ( pelakun utama) ini muda, berani dan berterus terang...gred dan senioriti bukan penghalang untuk menjadi guru besar
Malaysia
Kebanyakkan menunggu masa untuk pencen, tidak berani dan tidak berterus terang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan