SEJARAH AIDULADHA
Pada suatu hari, Nabi Ibrahim as menyembelih korban fisabilillah berupa 1,000 ekor kambing, 300 ekor lembu dan 100 ekor unta. Banyak orang mengaguminya.
“Korban sejumlah itu bagiku belum apa-apa.
Demi Allah! Seandainya aku memiliki anak lelaki, pasti akan aku sembelih kerana Allah ﷻ dan aku korbankan kepada-Nya,”
kata Nabi Ibrahim as.
Sebagai ungkapan kerana Sarah isteri Nabi Ibrahim as belum juga mengandung. Kemudian Sarah, menyarankan Ibrahim as agar menikahi Hajar.
Ketika berada di daerah Baitul Maqdis, Baginda as berdoa kepada Allah ﷻ agar dikurniai seorang anak, dan doa Baginda dikabulkan Allah ﷻ. Ada yang mengatakan saat itu usia Ibrahim as mencapai 99 tahun.
Dan sebab demikian lamanya maka anak itu diberi nama Isma'il as, ertinya "ALLAH ﷻ TELAH MENDENGAR".
Sebagai ungkapan kegembiraan kerana akhirnya memiliki putera, seolah-olah Ibrahim as berseru: "ALLAH ﷻ MENDENGAR DOAKU".
Ketika usia Ismail as menginjak kira-kira tujuh tahun (ada yang berpendapat 13 tahun),
pada malam tarwiyah, hari ke-8 di bulan Dzulhijjah, Nabi Ibrahim as bermimpi ada seruan, “Hai Ibrahim! Penuhilah nazarmu (janjimu)”.
Pagi harinya, Baginda as pun berfikir dan merenungkan erti mimpinya semalam.
Apakah mimpi itu daripada Allah ﷻ atau bisikan syaitan?
Dari sinilah kemudian tanggal 8 Dzulhijah disebut sebagai hari TARWIYAH
(ertinya : BERPIKIR/MERENUNG).
Pada malam ke-9 di bulan Dzulhijjah, Baginda as bermimpi sama dengan sebelumnya.
Pagi harinya, Baginda as tahu dengan yakin mimpinya itu berasal daripada Allah ﷻ.
Dari sinilah hari ke-9 Dzulhijjah disebut dengan hari ‘ARAFAH (ertinya: MENGETAHUI) dan bertepatan pula waktu itu Baginda as sedang berada di Tanah Arafah.
Malam berikutnya lagi, Baginda as bermimpi lagi dengan mimpi yang serupa. Maka, keesokan harinya, Baginda as bertekad untuk melaksanakan nazarnya itu. Karena itulah, hari itu disebut denga hari YAUMUN NAHR (HARI MENYEMBELIH KORBAN).
Dalam riwayat lain dijelaskan,
ketika Nabi Ibrahim as bermimpi untuk yang pertama kalinya, maka Baginda as memilih lembu-lembu yang gemuk, sejumlah 100 ekor untuk disembelih sebagai korban. Tiba-tiba api datang menyentapnya.
Baginda as mengira bahwa perintah dalam mimpi sudah terpenuhi.
Untuk mimpi yang kedua kalinya,
Baginda memilih unta-unta yang gemuk sejumlah 100 ekor untuk
disembelih sebagai korban. Tiba-tiba api datang menyentapnya, dan Baginda as mengira perintah dalam mimpinya itu telah terpenuhi.
Pada mimpi untuk ketiga kalinya, seolah-olah ada yang menyeru, “Sesungguhnya Allah ﷻ memerintahkanmu agar menyembelih puteramu, Ismail as”.
Baginda as terbangun seketika,
langsung memeluk Ismail dan menangis hingga waktu Subuh menjelang.
Untuk melaksanakan perintah Allah ﷻ tersebut, Baginda as menemui isterinya terlebih dahulu, Hajar (ibu Ismail as).
Baginda as berkata, “Hiasilah puteramu dengan pakaian yang paling baik, sebab ia akan kuajak untuk bertamu kepada Allah ﷻ .”
Hajar pun segera menghiasi Ismail dengan pakaian paling baik serta meminyaki dan menyisiri rambutnya.
Kemudian Baginda as bersama puteranya berangkat menuju ke suatu lembah
di daerah Mina dengan membawa tali dan sebilah pedang.
Pada saat itu, Iblis terkutuk sangat luar biasa sibuknya dan belum pernah sesibuk itu sebelumnya. Ke hulu-ke hilir ke sana ke mari. Ismail as yang melihatnya segera mendekati ayahnya.
“Wahai Ibrahim! Tidakkah kau perhatikan anakmu yang tampan dan lucu itu?”
seru Iblis.
“Benar, namun aku diperintahkan untuk itu (menyembelihnya),” jawab Nabi Ibrahim as.
Setelah gagal memujuk Ibrahim as, Iblis laktnatullah pun datang menemui ibunya, Hajar .
“Mengapa kau hanya duduk-duduk tenang saja, padahal suamimu membawa anakmu untuk disembelih?” goda Iblis sungguh-sungguh.
“Kau jangan berdusta kepadaku, mana mungkin seorang ayah membunuh anaknya?”
jawab Hajar.
“Mengapa Ia membawa tali dan sebilah pedang, kalau bukan untuk menyembelih puteranya?” rayu Iblis lagi.
“Untuk apa seorang ayah membunuh anaknya?” jawab Hajar balik bertanya.
“Ia menyangka bahwa Allah ﷻ memerintahkannya untuk itu”,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan