Ahad, 28 Februari 2021

PdPR

 [TEKNIK GURU MENGAJAR MASA KINI]


Bismillah.


Guru bukan sahaja pakar dalam bidang keilmuannya, malah guru juga perlu menjadi seorang pemudahcara dan penyampai ilmu kepada para pelajar. Dengan keadaan pelajar yang sudah 'kreatif' dan 'luar biasa', maka guru juga perlu lebih kreatif serta luar biasa. 


Jom para guru kita ketahui teknik-teknik mengajar masa kini! 


1. Active interaction

- guru mengajar dengan menggunakan elemen komunikasi seperti eye contact dengan pelajar, perubahan intonasi suara sama ada mendatar, tinggi atau rendah, dan sebagainya. Cara ini guru menjadikan interaksi bersama pelajar lebih aktif dan berimpak. 


2. Applied-learning 

- teknik memang biasa digunakan oleh guru iaitu mengajar dan menunjukkan sesuatu perkara kepada pelajar. Kemudian praktikkan semula dengan menggunakan kaedah yang sama. Sesuai untuk subjek yang praktikal seperti sains, matematik dan sebagainya. 


3. Scanning & Levelling 

- untuk teknik ini, guru perlu mengesan tahap kefahaman dan iq para pelajar sebelum mengajar. Dengan kaedah ini guru dapat mengenal pasti metode yang bagaimana sesuai dengan semua pelajar. Belum tentu juga jika berada di dalam kelas yang sama, mereka berada pada tahap iq yang sama. Boleh buat dengan cara membuat kuiz, mock-exam dan sebagainya. 


4. Discussion & Feedback

- untuk lebih memudahkan sesi PdP tersebut maka guru-guru boleh menggunakan kaedah analogi dan perumpamaan. Contohnya bila guru mengajar subjek kemahiran hidup bagi sesuatu topik, maka kaitlah dengan perkara yang berkaitan dengan kehidupan kita. Boleh juga bertanya dengan pelajar untuk beri peluang mereka berfikir dan berkongsi pandangan. 


5. Story telling 

- teknik ini sangat sesuai untuk pelajar tadika dan sekolah rendah. Masukkan elemen kejutan, perubahan intonasi suara, gunakan props yang sesuai dengan tajuk ingin dikupas. Contohnya mengajar subjek sains tentang bumi, maka boleh bawal glob bumi atau bola sebagai kaedah penceritaan yang menarik dan kreatif. 


6. Body Language

- menggunakan anggota badan dengan membuat pergerakkan supaya PdP itu lebih aktif, menarik, kreatif dan lebih utama supaya pelajar ingat. Seperti cara mengira bilangan hari sesuatu bulan menggunakan jari. 


7. Picture & Group Technology

- saya yakin wabak pandemik telahpun berjaya mengeluarkan pelbagai kreativiti guru bagi pelaksanaan pdpr. Iaitu dengan menggunakan video animasi, poster gambar, slide presentation dan sebagainya. 


8. Self Reflection 

- sangat praktikal bila guru ingin bertanyakan soalan berbentuk KBAT. Biar pelajar memberikan respons jawapan mereka dan guru hanya perlu memperbetul serta memperkemaskan sahaja jawapan pelajar. Sudah pastinya ianya selaras dengan tujuan KBAT antaranya untuk melahirkan pelajar yang lebih kreatif, inovatif, dan berfikiran luas. 

.

.

Boleh ke boleh cikgu? 

Moga bermanfaat 😁


#KhalilKongsi 

#InspirasiGuru

#InspirasiPelajarCemerlang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan