KEGILAAN FATAMORGANA
Seorang ayah datang berjumpa seorang pengamal perubatan Islam mengadu tentang anak bujangnya. Satu-satunya anak yang tinggal di rumah ketika itu.
Pemuda itu seorang graduan universiti tetapi sudah 3 tahun menganggur. Dia tidak ada inisiatif untuk mencari kerja tetapi menghabiskan masanya di dalam bilik dengan bermain game di gadget.
Kurang mahu berbual dengan ibubapa atau adik beradik lain apabila mereka datang berkunjung, emosinya terserlah semasa menyendiri; berbual, menjerit & bergelak ketawa di hadapan komputer. Makan atau solat pun kena disuruh. Lazim, siang tidur - malam berjaga hingga ke Subuh.
Aneh. Si ayah merasakan anaknya terkena gangguan, mungkin disihir.
"Pakcik, benar anak pakcik tu kena sihir. Sihir Yahudi. Itulah tipu daya dunia yang penuh ilusi. Ketagihan game ni pakcik, lebih bahaya dari merokok"
Anak saya budak baik, bukan bukan jahat . Dia jarang keluar rumah & bergaul tak tentu arah. Sentuh rokok pun tidak. Apalagi dadah"
"Pakcik, orang gila pun tak jahat bukan?"
Anak saya waras, sihat walafiat. Bukan gila!
"Anak pakcik ni, jika saya katakan gila itu dah keterlaluan. Tetapi itu hakikatnya. Gila ilusi yakni jiwanya tak hadir di alam nyata."
"Hidupnya dalam dunia fatamorgana. Jiwanya ketagihan sesuatu yang bukan realiti. Game peperangan yang ditaja Yahudi tu telah meragut jiwa anak pakcik. Dunianya hanya sekitar itu & dia bersungguh-sungguh menjayakannya."
" Yang bermain di akal fikirannya adalah bagaimana untuk menang, visual-visual skrin sentiasa terpampang di mindanya. Hampir setiap saat. Apa langkah seterusnya, bagaimana strategi untuk menawan watak & apa langkah untuk menghadapi situasi itu ini, apa cara untuk meningkat ke level seterusnya dan sebagainya."
" Kehidupan alam realiti, bermesra dengan keluarga tidak penting. Apabila berbicara dengannya, seolah-olah dia tiada di situ. Jiwa dan rohnya diragut dunia fatamorgana. Bukan sahaja ibu ayah, adik beradik; Allah & Rasul lagilah tiada dalam hidupnya. Jiwanya kosong. Zero."
" Saya nak tanya, pakcik menyara anak 100% bukan? Termasuk bil internetnya."
Ya. Di rumah kami ada internet tanpa wayar.
" Beginilah, balik rumah nanti pakcik potong cable wireless tu. Maksud saya, tamatkan perkhidmatannya. Hakikatnya pakcik sedang menanam saham akhirat (aka neraka) dalam perkembangan jiwanya kerana pakcik yang membayar bilnya. Pakcik harus luangkan lebih banyak masa untuk berbual dengannya."
Tak boleh potong wi-fi tuan. Nanti anak saya mengamuk.
" Pakcik sayang sangat dengan anak pakcik tu nampaknya. (Aka takut). Jika perkara ini berlarutan bagaimana rasanya kehidupan rumahtangga dia nanti."
Pakcik diam.
" Pakcik boleh datang seminggu lagikah untuk melaporkan perkembangan terbaru selepas ambil langkah potong wi-fi?"
Pakcik diam.
" Pakcik kena bertegas dengan anak pakcik, pakcik kan orang tua. Anak pakcik bukannya budak-budak lagi. Layan dia seperti seorang dewasa. Langkah seterusnya pelan-pelan pulaukan dia, beritahu isteri pakcik jangan masak untuk anak. Moga-moga dia sedar dia memerlukan siapa dalam hidup ini."
"Ajar dia untuk menghargai kehidupan terutamanya orang tua. Semoga Allah dan Rasul ada dalam hidupnya suatu hari nanti"
Pakcik tunduk, tetap diam dan membisu.
ANTARA TANDA DEKATNYA KIAMAT, DI AKHIR ZAMAN LAHIRLAH ANAK-ANAK YANG BERLAGAK SEBAGAI TUAN KEPADA IBUBAPANYA DI DALAM RUMAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan