Tiada KBAT dan STEM.. National Curriculum England #2
1. Aku baca 'National curriculum in England: Science Programmes of Study'. Aku search perkataan 'HOT', 'Thinking skills' dan 'STEM', semua tak ada. Malah perkataan 'scientific thinking' pun tak ada. Anda search lah sendiri, spt foto yang aku lampirkan. Janganlah manja sangat.
2. Mana mungkin sebuah negara terkenal dgn scientists tak ada perkataan tersebut ?
3. Aku suka statement dalam kurikulum sains tersebut 'Pupils should be able to describe associated processes and key charateristics in common language...'
4. Juga statment 'They should also apply their mathematical knowledge to their understanding of science, including collecting, presenting and analysing data'.
5. Semua ini menunjukkan intergrasi disiplin yang bergantung kepada guru utk memanfaatkannya. Sebab itu juga satu kelas boleh buat satu projek yang merangkumi semua elemen - sains, maths, geografi, language...' tanpa tertakluk kepada subjek tertentu di bawah guru tertentu.
6. Aku selalu menulis mengapa tidak perlunya scientific thinking dalam silibus sekolah rendah, sebab aku fikir mereka belajar utk FAHAM sains dulu, belum lagi belajar utk berFIKIR mcm sainstis..
7. Silibus di ENGLAND pun tak ada scientific thinking. Pelik sungguh. Yang namanya scientific thinking tu dipanggil dalam kurikulum di England sebagai work scientifically - observing, recording, measuring... bahasa mudah utk anak2 sekolah rendah.
8. Bila aku baca kandungan silibus.. memang simple dan flexible silibus sains di ENGLAND. Tapi bila aku lihat hasil kerja anak-anak di sana (aku ada foto-foto yang aku simpan dan pengalaman melawat serta pengalaman anak aku sendiri) memang mereka belajar utk explore dan menguasai sains. Superb !
9. Sebab itu murid boleh FAHAM sains sebagai satu pengetahuan bukan kerana belajar dalam subjek sains untuk jawab peperiksaan. Mereka juga boleh berhujah dan menjelaskan fenomena sains dalam kehidupan, bukan fokus kepada As, atau menang Gold Medal jika sebahagian besar projek dilakukan oleh guru bersama murid terpilih. Mereka utamakan main stream.
10. Tentu sahaja bukan semua murid di England tu bijak sains, sama macam di Jepun jugak... dan lain-lain negara atas muka bumi ini, yang culas dan malas pun ada.. tetapi bila mereka menguasai sesuatu, mereka kuasai dgn pemahaman dan aplikasinya sehingga memberi impak ! Lihat sahaja pelbagai inovasi yang mereka hasilkan wpun dilakukan dalam garage dgn perbelanjaan sendiri. Kita tak ada budaya tersebut.
Sekadar membuka minda mereka yang lansung tak pernah tahu dan ambil tahu apa yang berlaku di negara lain !
OT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan