Ahad, 11 April 2021

Upsr

 11 kebaikan apabila peperiksaan UPSR dimansuhkan.


1. Murid lebih seronok belajar, tiada lagi stres kerana peperiksaan ketika belajar diusia kanak-kanak.

2. Semua mata pelajaran yang diperuntukan dalam jadual waktu dapat dipelajari termasuk mata pelajaran elektif. Murid tidak lagi belajar MP (BM, BI, MATE, SAINS) pada waktu RBT/TMK, SEJARAH, Pend. Islam/Moral, PJ/PK, MUZIK, PSV.

3. Kemahiran dan fakta dalam semua bidang bagi setiap mata pelajaran dapat dipelajari dan diterokai secara menyeluruh, bukan hanya pada mata pelajaran tertentu dan topik khusus kerana desakan format peperiksaan.

4. Tiada lagi pengkelasan murid mengikut gred sehingga menafikan hak murid lain dalam pelajaran.

5. Pentaksiran Bilik Darjah dapat dilaksanakan secara menyeluruh tanpa kekangan format peperiksaan.

6. Semua murid mendapat hak kesamarataan, tiada lagi istilah ini murid cemerlang dan ini murid gagal! 

7. Murid dapat menghasilkan lebih banyak karya mengikut kreativiti dalam setiap mata pelajaran bukan hanya menghafal fakta tertentu hanya pada mata pelajaran tertentu (UPSR).

8. Diusia kanak-kanak, murid sepatutnya belajar dalam keadaan yang menyeronokkan, buka dibebani dengan tekanan pembelajaran yang beroriantasikan peperiksaan.

9. Pembentukan jati diri dibentuk di peringkat sekolah rendah dengan fokus pendidikan terhadap adab dan nilai, bukan penekanan kepada pencapaian dalam peperiksaan.

10. Hasil keputusan UPSR yang diperolehi HANYA sebagai salah satu elemen kecil untuk layak ke sekolah-sekolah menengah pilihan, bukan penentu kejayaan dalam kehidupan.

11. Penjimatan kewangan, ini kerana kos mengurus dan menjalankan peperiksaan awam menelan belanja yang sangat tinggi.   


#justsharing

#justthinkaboutit

#CnP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan