Sabtu, 24 April 2021

Sedekah

 "IBADAH SOSIAL"


Pesan guru saya, "Cintai lah Ibadah Sosial"(Kemasyarakatan). Kata guru saya , Ibadah memberi kegembiraan kepada orang lain adalah lebih dicintai Allah daripada ibadah memberi kegembiraan kepada diri sendiri. Semakin Kita memberi kegembiraan kepada orang lain, semakin Allah mencintai kita.


Dalam memasak sesuatu hidangan, orang -orang Yang makan hidangan hanya melihat makanan yang tersedia di harapan mereka. Memuji makanan yang lazat, lauk yang segar . Tetapi Di sebalik proses membuat hidangan itu, adabnya kayu api untuk membakar ,adanya minyak, air, periuk Dan kuali. Bekerja Sama menghasilkan hidangan Yang lazat. Kata guru saya, jadi lah KAYU API itu. Berkhidmat tanpa perlu dikenali.


Berkhidmat di posisi apapun, niatkan kerana hendak memudahkan urusan orang, membantu orang lain. Maka nanti kita bekerja bukan untuk majikan, tapi bekerja untuk Allah. 


#IbadahSosial

#SantuniMasyarakat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan