Ahad, 6 Jun 2021

Kobit ivermectin

 Mohd Farhan Sharafuddin Alhamdulillah doktor pakar yg dijangkiti C-19 ambil keputusan untuk merawat diri sendiri dengan ifermektin dan vit C.


Dengan izin Allah pulih demam dlm masa  3 jam, selepas 12 hari demam tak kebah.


*dislaimer: please seek your doctors advice first. Do not self treat if you are ill.*


-----------


PENGALAMAN DISERANG COVID 19.


30.4.2021 PCR test aku positive utntuk C-19. Aku terus self kuarantine dirumah. Symptom yang aku alami adalah DEMAM PANAS yang kuat, SAKIT KEPALA, SAKIT-SAKIT BADAN serta TIADA SELERA MAKAN langsung. 


Satu perkara yang unik tentang C-19 ini adalah demam panas dan sakit kepala tidak berkurang dengan pengambilan Panadol, malah panas badan adalah berterusan sampai rasa mahu pengsan atau pecah kepala.


Aku tiada batuk, sakit tekak atau selsema dan pernafasan lancar seperti biasa.


Hari kelima aku dapat arahan untuk lapor diri di CAC Stadium Shah Alam. Beribu orang beratur dan aku turut sama sama dari jam 9 pagi sampai jam 4 petang baru selesai. Disebabkan umur aku diatas 60 tahun maka adalah WAJIB untuk aku menyambung kuarantin untuk tempoh 6 hari lagi di MAEPS Serdang. Alhamdulillah setelah perbincangan aku dibenarkan untuk menyambung kuarantin di Private Hospital Avisena di Shah Alam.


Aku gembira dan berpuas hati dan bersyukur untuk meneruskan 6 hari kuarantine di Private Hospital. Keadaan aku di Avisena Hospital adalah 1000 kali lebih baik dan selesa daripada di MAEPS Serdang.


Di hospital juga tiada sebarang rawatan yang mampu ditawarkan kecuali ubat Panadol setiap 4 ke 6 jam, itu sahaja. Aku terus demam dan demam serta langsung tak boleh makan selama di hospital.


Akhirnya pada 12.5.2021( sehari sebelum hari raya), aku minta AOR Discharge( keluar hospital dengan risiko sendiri). Bil hospital aku untuk 8 hari dengan ubat panadol sahaja mencecah sehingga RM12, 000.00 lebih


Sesampai dirumah aku mengambil keputusan untuk merawat sendiri dengan: 

1. Ifermektin 2 tab 12.5mg daily untuk 5 hari

2. IV Vit C 10gm daily untuk 3 hari

3. Liposomal Vit C 3 ke 5 gm sehari.


Terima kasih kepada Dr Pramjit Kaur dan kawan- kawan di MAAFIM atas perkongsian rawatan C-19.


Alhamdulillah Demam panas aku yang berterusan sejak 12 hari(4 hari quarantin dirumah dan 8 hari di Avisena  Hospital)  hilang setelah 3 jam selesai iv Vit C dan dose pertama Ifermektin.


Aku terasa seperti hidup kembali setelah 12 hari menderita teruk dan terasa terlalu lemah dan seperti tidak mampu lagi untuk menghadapinya.


Alhamdulillah sekali lagi, sejak itu, aku langsung tiada demam panas, tiada sakit kepala dan sakit- sakit badan lagi. Pada 16.5.2021 aku pergi ke CAC Sham Alam untuk mendapatkan pengesahan bebas C-19 dan memotong gelang pink.


Sekarang ini sudah hari ke 22 hari kena C-19 dan masih recuperating dirumah. Masalah yang aku alami sekarang mungkin sesuai dengan istilah yang disebut 'Long Covid'. Aku masih  terasa terlalu lemah dan lesu( fatique), cepat terasa letih, dan masih tiada selera untuk makan.


Aku berdoa semoga symptoms Long Covid ini akan selesai secepatnya. Amin


DATO DR ZULKAFPERI HANAPI

UMUR 62 TAHUN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan