Sabtu, 5 Jun 2021

Memberi

 MUHASABAH PKP (SIRI 5)

KENAPA NAK TOLONG ORANG?


Manusia ini adalah sejenis makhluk yg cukup halus hati budinya.sangat unik dan aneh.terkadang boleh dibaca,terkadang tak dapat dijangka.Makhluk ini hidupnya saling perlu memerlukan di antara satu sama lain kerana fitrahnya yg rapuh,lemah,jahil dan zalim namun mulia kerana fungsinya yg luar biasa di bumi.


Ada juga suara-suara sumbang yg melaungkan slogan “ nak jadi manusia yg sempurna” .itu tak mungkin terjadi kerana manusia itu sendiri tidak sempurna penciptaannya.inilah namanya seni, sebab Allah sudah ada contoh makhluk yg sempurna iaitu malaikat.memang sengaja Allah cipakan manusia itu tidak sempurna kejadiannya kerana itu “SENI PENCIPTAANNYA.”


“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya” (At-Tiin :4)


Kekurangan yg ada pada manusia inilah yg menyebabkan mereka saling memerlukan bagi memenuhi kekurangan yg ada utk ditampung oleh manusia lain.inilah konsep yg dfahamkan sebagai “social animal” yg hidup mesti bermasyarakat dan tak leh hidup sorang-sorang macam kera sumbang.Pernah dengar ungkapan “ yang tak memerlukan,tidak diperlukan”.


Justeru itu manusia sangat memerlukan orang lain untuk menyempurnakan hidupnya apatah tah lagi apa yg dinamakan petunjuk yg di bawa oleh seorang Rasul utusan Allah.Hidup bantu membantu,tolong menolong ,perlu memerlukan dan beri memberi satu kewajaran dan kemestian.


Menolong manusia lain hakikatnya menolong diri sendiri,apatah lagi ketika Wabak Covid 19 ini.Hadis Rasulullah SAW yg diriwayatkan drp Anas B Malik RA, menyebut 

“ Amal-amal kebajikan dapat mencegah kejahatan yang akan menimpa, wabak penyakit dan kebinasaan. Dan ahli-ahli kebajikan di dunia merekalah juga ahli kebajikan di akhirat.(Riwayat al-Hakim)


Membantu orang adalah salah satu keadaan menghindari bala dan menolong diri sendiri.Sebab itu bersikap selfish & mementingkan diri sendiri itu sebenarnya mencelakakan diri sendiri.


Antara sifat yg cukup halus,murni dan mulia kurniaan Allah ialah memberi insan-insan yg kurang di sekelilingnya.

Memberi ialah satu seni yg dicemburui oleh orang-orang yg beriman.bahkan sangat dikagumi oleh penduduk langit sehingga menjadi salah satu tiket  pintu ke syurga.


Mari kita intai-intai golongan yg memberi di bawah :

1.Ada yg memberi kerana wajib itu dipanggil zakat.Selalunya digandingkan Allah bila sebut solat mesti ada zakat.Ini membuktikan pentingnya ibadah harta.Sikap manusia sangat kikir dengan hartanya sehingga Allah dahulukan harta dahulu sebelum nyawa dalam pengorbanan walaupun nyawa tiada galang ganti.Zakat juga sebagai latihan wajib kepada orang yg beriman sebelum rasa manis bersedekah yg sunat.Ini sifat pemberian hamba namanya.Sebenarnya rasa keterpaksaan bila memberi itu menunjukkan sifat hamba yg miskin yg belum mampu memberi orang lain sebab rasa tak cukup untuk diri sendiri.


“ Dan laksanakanlah salat, tunaikanlah zakat..” (Al-Baqarah : 43)


2.Ada orang memberi kerana rasa bersyukur.Dia merasakan kelebihan harta yg Allah berikan satu perkara yg perlu disyukuri.Tidak ada seorang yg dilahirkan minta untuk menjadi miskin dan papa melainkan orang gila saja.Tiba-tiba hidupnya mewah dan lebih drp insan lain.Lalu dia memberikan sedekah di atas lebihan itu tanda terima kasihnya.


“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu..”

(Surah Ibrahim : 7)


3.Ada orang memberi kerana rasa dia ada lebih.Setengah orang kaya merasakan dengan memberi dapat mengiyakan akan kekayaannya.Sehingga terasa aib kalau tidak memberi walaupun pemberiannya tanpa ilmu,iman dan kemanisan.Pemberian ini selalunya minta manusia mengangkat dirinya disanjung-sanjung bahawa “aku orang kaya”


Juga bagi orang-orang yang berkeadaan riak bangga diri dalam ibadat dan bawaannya .”

(Surah al-Ma’un : 6)


4.Ada orang memberi kerana rasa ada keuntungan kepada dirinya.Dia melihat janji Allah gandaan ganjaran dengan habuan akhirat yg luar biasa.gandaan dalam pulangan menjadi motivasi dan dorongan pemberian.peniaga yg baik akan sentiasa melihat keuntungan pulangan.apatah lagi pulangan yg besar itu jaminan drp Allah.


“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.”

(Surah At-Taubah : 111)


5.Ada orang memberi sebab hatinya terlalu kasih kepada akhirat sehingga segala harta dunia menjadi beban dan kepahitan kepadanya.Dia dibentang dunia kepadanya namun diambil yg cukup untuk dirinya dan yg lain disalurkan kepada jalan kebaikan.Inilah jiwa orang yg zahid.Dunia ini dipijak-pijaknya untuk ke kehidupan akhirat yg lebih lumayan dan canggih.


“ Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal (Surah Al-A’la : 17)


6.Ada orang memberi kerana dia merasa puas dapat berkorban untuk orang lain sedangkan diri sendiri yg susah bahkan lebih susah drp yg diberikan pertolongan.Inilah buah-buah iman drp jiwa yg ada ukhuwah.Memberi bukan kerana lebih tetapi kerana sayang.Inilah yg digelar “ ISAAR” .Sahabat Rasululllah SAW kalau diberikan makanan kepada “A”,maka makanan tersebut akan beredar di kalangan mereka kerana saling memanjangkan makanan kepada orang lain sehingga kembali kepada yg empunya makanan yg awal-awal memberi tadi.Ajaib bukan?


Dalam satu peperangan ada sahabat yg cedera parah nak air,bila di bawakan air terdengar sahabat ke dua berteriak nak air lalu yg pertama menyungguh agar di dahulukan sahabat yg ke dua begitu juga bila terdengar yg ke tiga nak air,yg kedua juga menyungguh agar diberikan yg ketiga.Kesudahannya semua gugur syahid mati dalam kehausan kerana “ ISAAR ” yg ada dalam diri mereka itu terlalu lazat.Benarlah firman Allah yg bermaksud :


“Dan orang-orang yang telah menempati kota Madinah dan telah beriman  (orang Anshor) sebelum kedatangan Muhajirin ,mereka 'mencintai' orang yang berhijrah kepada mereka.Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada Muhajirin dan mereka mengutamakan Muhajirin atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam kesusahan.(Surah Al-Hasyr : 9)


KESIMPULAN

Sahabat-sahabat yg dikasihi Allah.Hakikatnya wabak ini telah menjadikan kita manusia yg rendah diri dan sedar diri.Semua yg kita miliki hakikatnya pinjaman Allah yg sementara.Yang berbeza hanyalah bagaimana kita menggunakan  untuk melengkapkan ketidaksempurnaan diri kita di akhirat.

Dalam kepongan PKP ini cuba renung-renungkan diri kita sendiri.Bila melihat kesusahan orang lain yg serba kekurangan,kesusahan,kemiskinan dan kelaparan.Ada tak dalam ruang hati kita rasa nak membantu kerana sayang dan kasih?Kalau ada,benarlah “PERIBADI” mukmin yg penuh ukhwah itu sudah mula mendasar dalam jiwa yg bersih.Bersyukurlah kerana makhluk halus nakal yg bernama “Cik Corona” telah berjaya menyedarkan anda akan KEBESARAN ALLAH SWT.


Ikhlas ,

*U.Kamalulhysham@Farhan*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan