Tadi dengar perkongsian.. dia dapat buka kilang. Dia cakap, impian nak buka kilang ni, 10 tahun lalu. Tahun ke 10 baru tercapai. Dia just berangan, berazam, berdoa sepanjang 10 tahun tu. Sampai 1 masa, dia diuji dalam biz, mula- mula rasa sedih, rupanya dengan ujian tu lah dia boleh ada kilang sendiri.
Dia kata apaa- apa impian, impikan sungguh- sungguh. Logik tak logik, mampu tak mampu tu lain cerita. Berangan dulu.
Sentiasa cakap kat otak, apa impian tu. Ingatkan otak tentanh impian kita tu selalu. Nanti otak akan beri isyarat dekat 1 badan. So apa2 yang kita buat lepas tu, memang akan cenderung ke arah impian tu.
Lepas tu dia kata, nak berjaya ni, kena ada perasaan tak puas dengan sedia ada setelah beberapa tempoh masa. Kena berazam mahu lebih lagi.
Niat nak berjaya dan kaya supaya bila siapa je datang mintak pertolongan kita boleh hulur.
Lagi satu tips, kalau nak tau kita bakal berjaya, kita ada fasa terduduk. Tu memang petanda bakal berjaya.
Dia juga kata, dah berada pada fasa berjaya, kena gali ilmu, upgrade diri dengan ilmu. Tak boleh rasa selesa dah dengan setakat ilmu yang ada.
Contoh, dah berjaya dalam bidang kita, kena update dan upgrade ilmu yang ada di sekeliling yang sedang berada di kemuncak jugak contoh ilmu IT dan lain- lain.
Dan aku, ada impian nak buka kedai konsep kimi-A! . Dengan harapan, mana2 anak aku yang tak berjaya sambung belajar, nak kerja sendiri, boleh usahakan sama- sama kedai laksa tu. 1 anak 1 cawangan. InsyaAllah.
Dan aku memang target dalam masa 10 tahun akan datang. Doakan. ☺️☺️
Aku pon doakan korang semua akan berjaya juga capai impian masing- masing. Aamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan