Isnin, 18 September 2023

Sedekah

 Kita bersedekah bukan untuk dapat 'pulangan berganda' semata. Kita bersedekah kerana kita membenarkan janji Allah bahawa harta kita itu bukanlah mutlaq milik kita. 


Semua yang kita ada, itu pinjaman dari Allah. 


Kerana itu namanya sedekah (صدقة) yang datang dari kalimah صدق bererti "benar". Sesiapa yang bersedekah bererti dia membenarkan imannya. Dia tahu harta bukan segalanya, semuanya kurniaan Allah. 


Sy. Ali al-Qurahdaghi membuat teguran dalam karya beliau Fiqh al-Mizan untuk kita betulkan neraca pemahaman terhadap dalil al-Quran dan hadith. Maka kita sedekah bukan kerana "selepas ini berganda duit aku". 


Bagaimana jika duit kita tidaklah bertambah, adakah sedekah kita sia-sia? 


Sama sekali tidak, bahkan pahalanya berganda di akhirat nanti. Maka ibadah sedekah bukanlah semata 'pulangan', tetapi ganjaran akhirat.


Kredit Garden Of ALQURAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan