Rabu, 13 Julai 2016

Ilmu انا لا ادري

"Tahukah kamu, bilakah bermulanya ilmu?" soal Tuan Guru.

"Dari buaian sehingga ke liang lahad," jawab si anak murid.

"Bukan itu jawapan yang saya mahu,"

"Jadi, apakah jawapannya wahai tuan guru? Ajarlah saya. Saya tak tahu."

"Itulah jawapannya."

"Maksud tuan guru?"

"Saya tak tahu."

Anak murid tersebut kehairanan dengan jawapan gurunya. Dia terus memohon agar gurunya memberi jawapan yang jelas. Jawab Tuan Guru:

"Ilmu itu bermula apabila engkau kata : 'Saya tak tahu'.

مسجد

Sebelum kematiannya, Alexander The Great mengarahkan jeneralnya melakukan 3 perkara berikut:

Pertama - Keranda mayatnya diusung oleh doktor-doktor pakar terhebat.

Kedua - Semua hartanya (duit, emas, batu permata) ditebarkan disepanjang jalan menuju tapak perkuburan.

Ketiganya - Tangannya dibiarkan supaya terkulai dan terkeluar dari kerandanya.

Ditanya oleh salah seorang Generalnya, Alexander menjelaskan begini:

1. Aku mahu doktor-doktor terbaik mengusung keranda aku kerana aku mahu mengingatkan manusia bahawa disaat kematian, setinggi mana kepakaran doktor, dia tetap tidak akan boleh menghalang kematian.

2. Aku mahu jalan menuju ke kuburku dipenuhi dengan harta kekayaan aku supaya semua orang akan memahami segala harta kekayaan sudah tidak berguna dan tidak boleh dibawa mati.  Ia tetap akan terus berada di dunia.

3. Aku mahu tangan aku terlepas bebas supaya ia mengingatkan yang kita datang ke dunia dengan tangan kosong dan akan pergi juga dengan tangan kosong setelah sumber termahal kita hilang, iaitu MASA.

Kesimpulannya:

Tak kiralah betapa hebatnya kamu semasa hidupmu takkan mungkin kamu dapat menyelamatkan dirimu dari mati. Pada masa itu terputuslah segala2nya kecuali amal jariah dan warisan2 kebaikan yang kamu telah wakafkan kepada masyarakat dan keluarga kamu.

KEBAHAGIAAN HIDUP...

Pada saat kita memakai jam tangan berharga RM500 atau RM50, kedua jam itu menunjukkan waktu yg sama.

Ketika kita membawa beg atau dompet berharga RM500 atau RM50, keduanya sama dapat membantumu membawa sebahagian barang/wang.

Ketika kita tinggal di rumah seluas 50m2 atau 5.000m2, kesepian yg kita alami tetaplah sama.

Ketika kita terbang dengan "first class" atau "economy class", kita akan mendarat di waktu dan tempat yg sama.

Kebahagiaan sejati bukan datang dari harta duniawi.

Jadi ketika kita memiliki pasangan, anak, saudara, teman dekat, teman baru dan lama... lalu kita berbual, bergurau, tertawa, bernyanyi, bercerita tentang berbagai hal, berbagi suka dan duka... itulah kebahagiaan sesungguhnya.

Hal penting yang patut direnungkan dalam hidup:

1. Jangan mendidik anakmu untuk obses menjadi kaya. Didiklah mereka menjadi bahagia. Apabila mereka dewasa kelak, mereka akan menilai segala sesuatu bukan dari harganya.

2. Kata2 yg terbaik: "Makan makananmu sebagai ubat. Jika tidak, kamu akan makan ubat2an sebagai
makanan."

3. Seseorang yg mencintaimu tidak akan pernah meninggalkanmu kerana walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan menemukan 1 alasan untuk bertahan.

4. Banyak sekali perbezaan antara "manusia & menjadi manusia". Hanya orang bijak yg mengerti tentang itu.

5. Hidup itu antara "B" birth (lahir) dan "D" death (mati). Di antaranya adalah ada "C" choice (pilihan) hidup yang kita jalani. Keberhasilannya ditentukan oleh setiap pilihan kita.

Jika kamu mau berjalan cepat, jalanlah sendirian. Tetapi, jika kamu ingin berjalan jauh, jalanlah bersama sama.

6. Ada 6 doktor terbaik:

a. Keluarga.
b. Santai/rehat.
c. Bersenam.
d. Makanan yg sihat.
e. Sahabat/kawan.
f. Ketawa.

Pelihara semua itu dalam semua aspek kehidupan & nikmatilah...

Wallahu a'lam...

 Masjid nilai berjuta sedang asnaf di depan mata ~

Bismillahirrahmanirrahim...
Pertama sekali, tulisan aku kali ini tidak ditujukan kepada mana-mana masjid secara khusus. Ini ialah pandangan umum aku sebagai seorang makmum dan manusia.

Sepanjang Ramadhan lepas, aku ziarah lebih 30 keluarga asnaf. Keluarga yang benar-benar hidup dalam kesempitan. Hal ini membuka mata aku untuk menulis dan memberi cadangan. Satu cadangan yang pernah aku utarakan tapi dipandang sepi suatu ketika dulu.

Kali ini, aku menulis lagi. Utarakan semula cadangan dan pandangan aku, moga-moga ada yang mempertimbangkannya.

Masjid kita punya dana. Sesetengahnya punya dana yang sangat besar sehingga lebih 20k sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Aku cadangkan, sisih 10% sebulan dari derma orang ramai untuk beli makanan asas. Beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Mana-mana penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain macam dugaannya. Kadang kita tengok orang tu pakai kereta, duduk rumah sewa, kita sangka dia ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ni, takkan sesekali tamak. Dia akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau bulan depan dia 'lega' dia tak berbaris untuk ambil bekalan dari masjid lagi. Percayalah!

Malahan, jika dilaksanakan, perasaan malu pasti menusuk kalbu. Yang jarang-jarang ke masjid, mula mendekati masjid kerana rasa malu itu. Kan indah cara dakwah macam ni. Bukan dengan sindiran sinis sehingga orang menjauhi masjid.

Masjid kita, sesetengahnya dana sampai tak tahu nak buat apa. Maka ditukar pagar baru, di'upgrade' tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Telan air liur tengok masjid elok ditukar cat baru. Sedangkan beras secupak di dapur pun hutang dengan kedai runcit.

Tidakkah ahli masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, tapi memberi manfaat kepada ramai orang.

Mengapa kita tidak mencontohi gereja? Begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no phone sahaja. Ambillah duit dalam kotak itu berapa yang diperlukan. Tidak ditanya kerja, tidak ditanya mengapa. Esoknya pihak gereja call pula, tanya tentang kehidupan. Masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja ambil dana lagi. Mudah kan? Jangan pelik lagi kalau ada yang murtad. Itu salah satu punca.

Melainkan dana masjid itu cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja. Itu lain cerita, ini kisah masjid yang kaya raya.

Sungguh. Aku cukup kecewa. Sangat kecewa sebenarnya melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf di depan mata. Rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Mungkin ada ajk masjid dalam friendlist aku. Mohon panjangkan cadangan aku ini. Kalau setiap kampung buat begini, alangkah bagusnya. Si fakir rasa dipeduli, masjid makin didekati.

#MFS
* sebuah rasa yang diperam lama.

Kisah monyet

*TAZKIRAH*

*🍃MONYET DAN DENDAM🍃*                      

Di Afrika, ada sebuah teknik yang unik untuk berburu monyet di hutan Afrika. Si pemburu menangkap monyet dalam keadaan hidup2 tanpa menggunakan senapang dan ubat bius serta tanpa cedera.

Cara menangkapnya biasa-biasa saja, pemburu hanya menggunakan balang berleher panjang dan sempit. Balang itu diisikan dgn kacang yang telah diberi bau atau aroma untuk memikat monyet2 itu datang ke balang-balang itu.

Setelah diisi kacang, balang-balang itu ditanam dalam tanah dengan dibiarkan mulut balang itu tanpa tutup.

Para pemburu mula melakukannya di waktu petang. Besoknya, mereka akan menangkap monyet2 yang tangannya sudah terperangkap di dalam balang dan tangan mereka tak boleh dikeluarkan.

*Bagaimana monyet2 itu terperangkap ?*

Sesungguhnya haiwan hanya ada nafsu tapi tak menggunakan otak seperti manusia. Monyet-monyet itu akan tertarik pada aroma yang keluar dari setiap balang itu.

Mereka mengamati lalu memasukkan tangan untuk mengambil kacang2 yang ada di dalamnya. Oleh kerana menggenggam kacang itu, maka monyet2 itu tidak boleh menarik keluar tangannya.

Sepanjang mempertahankan kacang2 itu, selama itu pula mereka terperangkap.

Balang-balang itu terlalu berat untuk diangkat. Jadi, monyet2 itu tidak akan dapat pergi ke mana-mana..!

Sebenarnya monyet2 itu boleh selamat jika mau melepaskan genggaman tangannya, tapi mereka tak mahu melepaskannya...

Wahai Sahabatku...

Mungkin kita akan tertawa melihat tingkah monyet2 itu.
Tapi, tanpa disedari sebenarnya ramai manusia melakukan hal yang sama seperti monyet-monyet itu. Ini bermakna manusia mengikut hawa nafsu spt haiwan monyet itu walaupun  mereka boleh berfikir manakala monyet tak boleh.

Mereka ini mengenggam erat setiap masalah yang dimiliki tanpa mahu melepaskannya.

Mereka sering menyimpan dendam, benci dan iri, tak mudah memberi maaf, tak mudah memaafkan.

Mulut mungkin berkata ikhlas, tapi dendam marah membara masih ada di dalam dada. Sehingga tak mampu melepaskannya. Terus mempertahankannya.

Bahkan, kadang-kadang membawa "balang-balang" itu ke mana pun & pada bila-bila mereka pergi. Mereka terus menjalani kehidupan ini dengan memikul beban berat itu.

Tanpa disedari, mereka sebenarnya sudah terperangkap dengan penyakit kepahitan yang berat, yg boleh pada merosakkan sel2 tubuh mereka, dan putusnya saraf-saraf DNA-nya.

Jika hal ini dibiarkan berlarutan, maka kemungkinan besar sel-sel yang rosak tadi perlahan berubah menjadi sel-sel barah..!!

Kajian tentang sel tubuh yg rosak menjadi sel barah inilah yang menyebabkan Prof. Dr. Bruce Lipton, dari USA, menerima hadiah Nobel dlm bidang Biologi Molecular.

Sebenarnya mereka akan selamat dari sakit berbahaya ini jika mereka mau melepaskan semua fikiran, perasaan dan emosi negatif (su'u zhon, kecemasan, marah, dendam, benci, iri dengki, menganggap diri benar, orang lain selalu salah...dll) terhadap sesiapa pun.

Jika kita perhatikan dalam kehidupan kita seharian masih ramai orang2 yg hatinya seperti tangan monyet tersebut.

Jom Saudara-saudara ku! *marilah kita lepaskan, maafkan, ikhlaskan*. Kita boleh.

*"Taqobbalallaahu minnaa  wa minkum"*

Baarokallaahu Fiikum.

Ya Allah
Maafkan segala  kesalahan  dan khilaf Kami serta berkatikanlah umur kami dlm ketaatan kpdMu,  Matikan kami dgn husnul khootimah dan izinkan kelak kami boleh bertemu dgnMu...

Yaa Robb...aamiin...
 aamiin Ya Robbal 'Alamin

WALLAHU A'LAM.

Isnin, 11 Julai 2016

Tido

JiwaKental:
Eksperimen 'Celik' tanpa tidur selama 30 hari oleh Ahli sains Russia..keputusannya??mengerikan!

Tidur adalah sangat penting dalam kehidupan kita , tidur untuk merehatkan fizikal dan mental kita yang penat bekerja seharian.
Bagaimana kalau kita tak tidur?dipaksa jangan tidur? Mata lebam, otak sengal ting tong kan..huhu..

Pada tahun 1940an, beberapa ahli Saintist Russia buat satu ekperimen dimana memilih  5 orang lelaki yang merupakan pembelot atau musuh negara itu. Mereka disuntik dan dipakaikan topeng gas peransang selama 30 hari berturut2. Matlamatnya hanya untuk melihat bagaimana keadaan manusia jika mereka tak tidur selama sebulan?

Mereka ditempatkan dalam satu bilik tertutup yang terdedah dengan gas dan menggunakan
mikrofon untuk berkomunikasi sesama sendiri. Mereka dibekalkan dengan buku bacaan,  tandas dengan air, makanan yang cukup untuk bertahan selama sebulan, katil setiap seorang dan bantal tilam untuk tidur.

Hari 1-3:

Bagi tempoh tiga hari pertama, keadaannya seperti biasa.  Tahanan diberi janji palsu bahawa jika mereka bekerjasama dengan baik, dan berjaga (tidak tidur) selama 30 hari, mereka akan dibebaskan terus. Semua perbualan mereka dipantau, emosi  perasaan  perbualan mereka juga direkodkan.

Hari ke4:

Selepas empat hari berlalu, perbualan mula berkurang. Tak banyak yang dibualkan.

Hari ke 5-9:

Menjelang hari kelima hingga ke9, banduan mula mempamerkan  paranoia masing2, kebimbangan mereka , apa nasib mereka dan berbisik2 sesama sendiri dan menyatakan mereka dikhianati serta diberi janji manis, semuanya stress.

Hari ke 10-13:

Menjelang hari yang kesepuluh, mereka mula menjerit-jerit stress. Selama tiga jam mereka berlari kesana kemari sambil menjerit dengan kuat. Dan berlanjutan hingga hari ke13.

Hari ke14:

Hari ke14, suara mereka mula lemah. Doktor yang memeriksa menyatakan pita suara mula terkoyak. Semuanya diam tidak lagi menjerit2.Mereka diberikan pesanan dari sistem  interkom , Sekiranya mereka bekerjasama, mereka akan dibebaskan. Namun jawapan yang diterima amat memeranjatkan...
"Kami tidak lagi mahu dibebaskan" kata suara itu dengan tenang.

Hari ke 15:

Pada hari yang kelima belas, para penyelidik mengeluarkan gas-perangsang dari dewan itu dan menggantikannya dengan udara segar. Sebagai tindak balas, tahanan merayu untuk gas untuk dihidupkan semula..seperti mereka telah imune dengan gas tu. Semasa diperiksa,   empat daripada lima nya masih bernafas. Makanan yang dibekalkan langsung tidak disentuh dalam tempoh lima hari. Kepingan kulit dan daging bahagian dada, peha mereka juga mula terkopek.

Seorang dari tahanan mayatnya bernanah kerana kulitnya terkopek teruk.

Bila hendak diusung keluar mereka memberontak. Bila ditanya kenapa? Mereka menjawab "kami mesti tetap berjaga disini kami tidak mahu bebas"

Pelik. Tapi itulah keputusan eksperimennya.

Sabtu, 9 Julai 2016

Nombor satu

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga  tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai  saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*
Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Sebarknlah,xperlu nk sebar ke 20 org,40 org mahupn 100 org.

Sebar je seikhlas hati demi secubit keinsafan diri.

Jumaat, 8 Julai 2016

Menantu perempuan

Ramai yang bersedia nak jadi isteri, tapi tak bersedia nak jadi menantu.

Aku pernah cakap dalam satu status 2/3 bulan lepas;
Bila kau kahwin, kau bukan kahwin dengan laki tu saja, kau juga kena 'kahwin' sekali dengan ahli keluarga.
Ok, ni 10 panduan buat para menantu perempuan yang pulang berhari raya di kampung suami.

Pertama;
Benda basic, belikan buah tangan. Sebaiknya benda berupa pakaian. Kain, baju, atau tudung. Kalau kau beli untuk mak kau yang itu, kau beli jugak lah untuk mertua kau yang itu juga.

Kedua;
Tak kira lah kau pandai masak ataupun skill ko cuma biasa biasa, untuk awal awal kau ambil satu spot kat dapur. Paling baik incharge job memotong dan menyiang. Kalau kau terer masak sekali pun, kau jangan dulu take up peranan penting tu. Biar mak mertua kau hendel hal masak menu utama. Kena ingat, tu rumah dia, dia dah berpuluh tahun masak untuk hari raya, jadi kau jangan kacau air tangan masakan mak mertua tu. Dok je sebelah buat kerja potong sayur siang ikan.

Ketiga;
Untuk menantu bertudung. Balik kampung ni takkan lah kau nak usung aircond kondo kau sekali pasang kat bilik ye tak? Jadi benda panas, berkuap, kipas tak kuat, kena tidor ruang tamu atas toto, tak selesa, rambut busuk apa semua ni kau kena expect dan kau kena rileks. Biasa lah bila kumpul adik beradik ramai ramai, kena lah berpayah. Kalau asyik merungut nak selesa macam duduk kat rumah sendiri, elok kau jangan balik.

Keempat;
Mahirkan sikit hal hal busana muslimah. Benda ni berguna bila kau berborak dengan adik ipar, kakak ipar dan anak saudara remaja. Jangan semua benda ambil mudah, nanti orang bercerita pasal butik MCC, Calaqisya, trend bunga dokoh, tudung double loop apa semua tu kau nganga. Bila kau ambil tahu, senang nak berborak, masuk klik.

Kelima;
Masa hari raya, seeloknya incaj satu job yang mudah tapi sentiasa diperlukan. Contoh paling senang bancuh air dan top up bekas kuih raya. Pendek kata, kau fokus yang tu je indirectly kau dah ada satu job yang simple yet consistent. Contoh lain kau boleh kontrol sinki basuh pinggan mangkuk. Yang ni pun ok, cuma pergerakan kau terbatas lah.
Bottom line, dapatkan satu job tetap sepanjang hari raya tu.

Keenam;
Bangun awal dan terus ke dapur teman mak mertua. Ni terguna pakai pada hari raya ke dua onwards. Ingat, tak perlu pun nak sediakan sarapan pagi semua tu, kau cuma bancuh air panas, bila dah siap suruh laki kau turun dapur sarapan.

Ketujuh;
Bila kau buat satu plan melibatkan laki kau, tiba tiba laki kau bgtau yang mak dia pun ada plan lain melibatkan dia, kau kena menangkan mak mertua kau. Contoh mudah nak faham, laki kau dah janji nak bawak ko ke A, tiba tiba mak mertua kau ajak pergi B, kau beralah lah. Sebab utama, tu je masa masa mak mertua kau ada dengan anak lelaki dia, jadi bagi priority kat dia. Kau jangan tarik muka, kalau tarik muka 2 benda akan jadi:
1. Laki kau jadi serba salah
2. Mak mertua kau tahu ada somebody tak bersetuju.
Mak ni, dia tengok sekali air muka anak dia dah tahu kalau ada benda yang tak kena.
Paling selamat, in case ada small conflict macam tu, menangkan laki dan mak mertua kau. Jangan tarik muka, tu pun penting. Berhati hati.
Cara kau nak faham benda ni mudah, kau bayangkan bila kau dah jadi ibu tua nanti. Kau letakkan situasi sekarang, kau pun akan harap anak kau teman kau dan pentingkan kau masa hari raya.

Kelapan;
Jangan ada sebarang pakatan dengan siapa siapa pun kalau ada benda yang buat kau semak. Trust no one except laki kau. Ambil jalan tak berpihak. Kalau ada sorang menantu lain suka mengelat, kau jangan mulakan komplen. Biar lah biras lain nak komplen, tapi bukan kau.

Kesembilan;
Banyak bagi perhatian kat mak mertua kau. Tengok bila dia solo buat apa apa kerja, kau pergi lah berborak. Tak perlu tolong pun, just berborak sembang sembang.

Kesepuluh;
Sentiasa menangkan anak ipar duai kau. Kalau anak anak main sama sama, ada rebut rebut barang, kau masuk campur dan menangkan anak orang lain. Ipad tab suruh anak kau kongsi, atau bagi pinjam ke sepupu dia. Tunjukkan sikit toleransi tu. Pasangkan Didi and Friends suruh tengok sama sama.

Good luck!
Kau tak setuju? Aku peduli apa.
#TheBattleOfMenantuBalikRaya
Kredit : Fdaus Ahmad.
Photo : Azmir Arshad @ Amex photography

Khamis, 7 Julai 2016

Ikrar psyarah matrik

Pagiku.....laju melangkah menuju kuliah, ilmu didada ingin diluah, moga pljrku mendapat ilmu berkah...IKHLAS aku melangkah....

Dhuhaku....aku memohon kpd ilahi, semoga rezeki utk ku lbh diberkati, dlm niat suci mendidik ank bangsaku nanti....IKHLAS aku mengharapi..

Tengahariku.....kalut langkah menuju tutoran, menerang kembali isi kandungan, yg td pljr kuliahku hny berdiam, ku kira faham, bl ditanya terkulat2 memberi jawapan...IKHLAS aku menerangkan....

Petangku.....masih gagah meneruskan langkah kaki
, menuju makmal memantapkan teori, walau penat mendidik dr tadi, aku tetap gagahi demi mencurah ilmu buat pljr ku lg...

Senggang waktuku....sgt bermakna...soalan kuiz perlu ditaksir, soalan tugasan perlu diteliti, RPS perlu dilengkapi, byk lg urusan rasmi perlu dihadapi...

Senggang waktuku.....sgt bermakna....kuiz perlu ditanda, tugasan perlu dibaca, lab report perlu disemak segera, lenguh tgn ku menanda jwpn tak seberapa, namun takkan mampu mematah iltizam yg ada..

Dr pg hingga ptg.....segala aktiviti utk merancang kecemerlangan pljr tersayang, walau kerapnya pljr tak ikut apa yg dibincang....soalan ditnya, dijawabnya sebarang....

Namun.....kami PENSYARAH MATRIK berikrar....kami akn terus mendidik pljr tanpa jemu dn cekal, utk mencapai kejayaan kekal, utk menjadi insan yg berakal, semoga berkekalan dunia dn akhirat...amin!!!

Rabu, 29 Jun 2016

Malam qadar

Lailatul Qadar
Oleh: Dr. Nawal al-Ied

Ringkasan ceramah Dr. Nawal al-Ied

Lailatul Qadar
Dinamakan demikian; karena saat itu ketentuan taqdir turun dari langit ke bumi. Dan dinamakan demikian kerana nisbat kepada taqdir.

🌱Ibadah pada malam itu menyamai 84 tahun.

Sebagai contoh;
Apabila anda mengucapkan, "Astghfirullah." Seolah anda beristighfar semenjak anda lahir hingga usia 84 tahun.

🌱Pada malam itu bumi menjadi sempit lantaran banyaknya jumlah malaikat. Pada malam itu malaikat turun yang jumlahnya melebihi bilangan batu kecil kerikil, supaya dapat mengamini doa kita.

🌱Terdapat beberapa bentuk taqdir yang Allah Azza wa Jalla tetapkan untuk manusia;
1. Taqdir Azali
2. Taqdir tahunan
3. Taqdir harian

Kita dapat mengubah ketetapan harian maupun tahunan dengan doa.
Sebagai contoh;
Apabila Allah telah tetapkan taqdir yang buruk bagi kita tahun depan (wafatnya anak, gagal menikah, dsb)
Lalu anda mulai berdoa dengan penuh keikhlasan pada malam Lailatul Qadar, dengan memohon taufik, bahagia, dan keselamatan, dsb.

Niscaya Allah Azza wa Jalla memerintahkan malaikat untuk menghapus lembaran yang telah ditetapkan kesengsaraan dan mereka ganti dengan menuliskan kebahagiaan bagi kita.
"Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki. Dan milik-Nya lah lauh mahfudz."

Pada malam Lailatul Qadar malaikat melawati hamba lalu menghiburnya, karena telah ditetapkan kematian baginya. Atau melawati seorang hamba lalu menyambutnya dengan diterimanya amal dan dibebaskannya dari neraka.

1 jam pada malam Lailatul Qadar menyamai 8 tahun, 1 minit menyamai 50 hari, maka di manakah orang-orang yang memperbanyak kebaikan?

Wahai akhawat, Rabb kita maha mulia lagi maha pengasih, Dia telah membuka pintu-pintu rahmat, langit, dan surga untuk kita. Dan Dia menyeru kita kepada-Nya, supaya kita memohon dan kembali kepada-Nya.

Janganlah kita semua melewatkan kesempatan ini.

Lailatul Qadar adalah malam agung, janganlah kita semua melewatkan disebabkan sibuk dengan pasar,  perkara-perkara melenakan yang lain.
Sebab Rasul 'Alaihish shalatu was salam apabila telah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan, beliau mengukuhkan sarungnya dan sholat semalam suntuk.

Kita tak tahu, ada kalanya ini adalah Ramadhan terakhir yang kita tempohi.

Perbanyaklah zikir, sedekah, membaca Al Qur'an, Qiyamul lail, dan berdoa,
اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, mencintai ampunan, maka ampunilah kami."

Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedang majoriti mereka adalah suri rumah tangga dan mereka juga tidak memiliki gaji untuk digunakan.
Apabila kita mendengar keutamaan sedekah, kita merasa perit dan gusar .
Seraya berkata, "Bagaimana, sedang aku tak memiliki wang?"
Oleh yg demikian, kita segenap wanita diperintahkan untuk bersedekah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, "Wahai segenap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."
Dan itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita? Dan solusinya?
Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
Sebab Dia menjadikan sedekah bukan hanya terbatas pada harta. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Berikut contoh-contohnya;
Sedekah itu beraneka ragam;
# Setiap tahlil dan takbir adalah sedekah
# Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah
# Amar ma'ruf nahi munkarmu adalah sedekah
# Bukalah sms mu setiap hari, bersedekah dan kirimlah ucapan baik kepada setiap yang kau kenal, dan setiap kalimat baik adalah sedekah.
# Senyummu di wajah suami, anak-anakmu, dan kaum muslimat adalah sedekah.
# 2 rakaat dhuha menyamai 360 sedekah
# Tahanlah dirimu untuk berbuat buruk, itu adalah sedekah
# Singkirkanlah gangguan dari jalan
# Ucapkanlah salam kepada siapa yang kau temui
# Berilah makan pembantumu, sebagaimana kamu makan dan itu adalah sedekah.
# Berilah makan burung atau binatang, atau manusia dan itu sedekah bagimu.
# Muliakanlah tamu melebihi 3 hari, dan itu sedekah.
# Berusahalah menolong dan membantu baik kaum maupun bukan kaum, dan itu sedekah bagimu.
# Tuntutlah ilmu, ajarkan, dan sebarkanlah, itu sedekah bagimu. Baik dengan mendengar, membaca, atau menulis, sesuai kemampuanmu.
# Seteguk air yang kau berikan untuk orang haus adalah sedekah.
Milik Allah lah segala puji dan kurnia.

Kaedah penting: Ikhlas dan mengharap pahala.
Karib kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (dua orang tuamu, suami, dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama, lalu yang terdekat, kemudian terdekat.

Dan saya mengingatkan bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.
Sebarkanlah ilmu ini, supaya menjadi sedekah untukmu, dengan izin Allah.

Bersiaplah sejak sekarang, kuatkanlah tekad dan sudahilah kesibukan, belanja, dan setiap apa yang menyibukkan dari malam-malam itu sejak sekarang juga. Jangan lewatkan kesempatan itu, dan itu adalah keberuntungan.

Yang memiliki group-group WA hendaknya dikirim, supaya pahala berlipat ganda insya Allah. Kesempatan emas.

Semoga Allah memberi kita taufik untuk mengamalkan setiap apa yang dicintai dan
diridhai-Nya.

Diterjemahkan oleh:
Al Faqir ilaa 'afwi Robbih
19 Ramadhan 1437 H

Isnin, 27 Jun 2016

Shopping

cnp
Buat encik suami ini antara tips yang mungkin berguna untuk anda

Apabila isteri ajak pergi shopping pakaian raya, bersiap sedialah kita dengan tenaga dan peralatan yang cukup supaya kita tidak jatuh pengsan.

Orang perempuan, walaupun berpuasa, dia boleh shopping di beberapa buah mall dan pergi kesemua tingkat yang ada dalam mall tersebut satu persatu.

Entah dari mana kekuatan tu datang, anda pasti terkejut.

Biasanya lelaki2 dalam mall tu akan follow dari belakang dengan muka nak makan orang. Sebaliknya si isteri pula berjalan di depan penuh bersemangat dengan senyuman.
.

Saya lihat dan perhati sendiri suasana begini dalam SOGO dan beberapa mall lain. Abang sado pun pucat muka dibuatnya.

Ada suami yang terduduk di belakang tiang. Ada yang berjalan sambil tengok Hp, di matanya tiada apa yang menarik dalam mall tu. Ada juga yang tertidur di kerusi rehat yang disediakan.

Saat ini jika ada anak, kitalah yang perlu dukung atau jaga anak kecil tu. Isteri kita akan hilang sekelip mata sahaja. Sekejap dia di depan, sekejap di belakang, tiba2 ada di sebelah kiri atau kanan, kadang2 hilang terus. Kena call baru jumpa.

Boleh sakit tulang belakang dukung anak dari tingkat 1 sampai tingkat 8. Sebaiknya bawa stroller.
.

Ketika isteri sedang pilih2 pakaian dan tanya, cantik tak pakaian tu, jangan cakap semua cantik, tapi pandai2 la komen..

"Macam senget sikit.."

"Warna terang sangat.."

"Rasa2 yang tu lagi sesuai.."

Dan seumpamanya walaupun di mata kita semua nampak sama saja. Isteri kadang2 bukan nak minta pandangan kita sangat, cuma saja2 nak manja dan tengok apa kita jawab. Dia tahu citarasa kita bukan best sangat pun.

Maka pandai2 bagi pendapat untuk hiburkan hatinya.
.

Walaupun ingin hiburkan hatinya, kita kena berhati hati dengan jumlah perbelanjaan waktu tu. Isteri biasanya akan tergoda macam nak tergolek atas lantai kalau nampak offer 50%, 70% dan ke atas.

"Bang... Tengok tu bang! Diskaun 70%! Mana Nak dapat ni bang, ni rezeki kita dengan anak2 ni bang. Kalau lambat kompem habis bang! Wajib beli ni!"

Bagi isteri, membeli barang offer adalah satu kemenangan. Bagi anda pula, cuba elakkan poket kering adalah satu kejayaan. Maka berjuanglah dengan aman.
.

Kita mungkin akan pulang dengan keadaan yang lebih penat dari bersenam di Gym. Sebaliknya isteri pula pulang dalam keadaan riang gembira.
.

Kalau kita rasa kita kuat, ketika shopping, isteri lagi kuat dari kita.
.

Saat itu mungkin adalah antara aktiviti yang menggembirakan mereka. Teman mereka tanpa banyak soal. Meskipun muka kita memang sah2 nampak bosan dan letih, tutup mulut dan biarkan mereka habiskan masa untuk shopping.
.

Di rumah mereka penat jaga anak dan berhias untuk kita. Jarang2 sekali teman dia dengan senang hati. Inilah antara tugas kita sebagai suami.
.

Jika rasa penat, perhatikan wajah suami orang lain dalam mall tersebut. Mereka mungkin lebih penat dari anda..

Sabtu, 25 Jun 2016

Nikmat Allah

TANDA MATA HATI YANG MASIH BUTA TERHADAP ALLAH

Bila ALLAH sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak ALLAH

Bila ALLAH bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak ALLAH

Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian..

Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat ALLAH dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari ALLAH hidup untuk ALLAH dan balik kepada ALLAH. Semoga roh para rasul, nabi, tabien, syuhada, para pejuang agama, ulama, saudara mara, sahabat handai kita yang telah pulang kepada ALLAH dicucuri rahmat.. Kita PASTI menyusul..

Semoga ada kebaikan dan manafaat untuk semua, In Shaa ALLAH

Innalillahiwainnailaihirajiun...

Jumaat, 24 Jun 2016

Senyum

Fakta mengenai susah hati:

1. Apabila anak kita gagal di sekolah, kita menjadi murung, senyuman kita bertukar menjadi masam - namun ia tidak mengubah hakikat bahawa anak kita gagal di sekolah.

2. Apabila menghadapi kematian ahli keluarga, kita susah hati dan pilu, namun adakah ia akan hidup semula?

3. Kita gagal dalam mencapai hasrat kita, seperti mengalami kerugian dalam perniagaan, susah hati kita tidak akan menjadikan hasrat kita tercapai dan perniagaan kita mencapai keuntungan.

4. Kita dimarahi di tempat kerja, kita menjadi marah, kecewa dan putus asa, adakah keadaan di tempat kerja akan menjadi lebih baik.

5. Ada yang sedih kerana berasa dirinya miskin, dia menjadi susah hati dalam menghadapi kehidupan, adakah beliau akan menjadi kaya?

6. Ada yang terkilan kerana apa yang dikatakan oleh musuh - sedarkah bahawa dengan terkilan, anda sebenarnya sedang membantu serangan musuh pada diri sendiri.

7. Ada yang merasakan dunia dia gelap semata-mata kerana apa yang dihajatkan dan didoakan tidak kunjung tiba. Lagi dia berada dalam kesedihan, lagi benda yang dihajatkan tidak kunjung sampai.

8. Orang yang susah hati - air jernih disangkakan racun, bunga ros dilihat kaktus, taman hijau seolah gurun dan merasakan diri hidup di penjara di bumi Allah yang luas ini.

Bila menghadapi sebarang situasi buruk, kawal minda, jangan susah hati, kerana susah hati akan menarik lebih banyak situasi yang tidak diingini kerana air liur beracun yang ditelan bertambah dalam keadaan kita sedih... ingatlah semuanya adalah sebahagian daripada ujian Allah, dan Allah tidak akan menguji kita di luar kemampunan kita.

Apa yang perlu disedih sekiranya kita masih mempunyai dua mata, dua telinga, mulut, tangan, kaki, lidah, jantung, ketenangan dan badan yang sihat?

(Quran 55: 13)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?

Ingatlah tiada istana yang boleh melindungi anda akibat dan musibah yang melanda anda akibat dari kesedihan dan kemurungan anda - meskipun anda jutawan, berjawatan tinggi dan mempunyai anak dan isteri yang baik.

Senyum senantiasa perisai semulajadi Allah kepada manusia dalam menghadapi ujiannya.

Khamis, 23 Jun 2016

Kematian

🍁 ISLAM VS MELAYU BAB KEMATIAN🍁

📌Mendengar berita kematian
-------------------------------
👉🏻Melayu

Alfatihah

👉🏻Islam :

Innalillahi wa inna ilaihi rojiun

📌 Usung jenazah
----------------------------
👉🏻Melayu:

Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.

👉🏻Islam :

Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu

Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

📌 Tanam jenazah
-----------------------------
👉🏻Melayu:

- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
- Tabur bunga
- Tabur batu

👉🏻Islam :

Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.

📌Kubur jenazah
---------------------------
👉🏻Melayu:

- Kubur dihias bagai pengantin
- Kubur ada bangunan
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Ada pakej upah baca Al Quran
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang kurangnya $ 1000...MasyaAllah.

👉🏻Islam :

- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada bangunan
- Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
- Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kuburan
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat islam.

📌Kenduri Arwah
----------------------------
👉🏻Melayu:

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri  bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.

Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.

Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*

👉🏻 Islam :

Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.

Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )

Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)

Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.

📌Talqin
-------------
👉🏻Melayu:

Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

👉🏻Islam :

Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.

   BERLAPANG DADA , RENUNGKANKAH...
MELAYU SEKADAR BANGSA
DAN ISLAM ITU AKIDAH KITA..

🌺Jadikan pesan nabi saw dlm hadis 👇🏼sbg panduan:-

"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”

(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)

مستكبرين

Gr8 thoughts by an obstetrician good friend...

Menjawab kegundahan YB Rafizi Ramli

Saya tidak pernah menulis tentang politik kerana saya akui tidak arif dengan simpang siur perjalanan politik. Namun PRK serentak di 2 buah DUN baru-baru ini tidak dapat tidak telah menarik perhatian ramai termasuk saya.

YB Rafizi Ramli di dalam kesimpulannya selepas keputusan PRK baru-baru ini menyatakan rasa hairannya terhadap sebilangan besar masyarakat yang seolah-olah ‘tidak kisah’ dengan segala bebanan termasuk bebanan GST, skandal 1MDB, harga barangan naik, rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berleluasa.
Seakan-akan satu persatu peluru yang dikeluarkan serta jurus-jurus silat yang dipelajari tidak tembus atau kebal di tubuh masyarakat. Masyarakat terus seolah-olah tidak mahu berubah.
Ada yang menyarankan kepada YB Rafizi tidak perlulah lagi membongkar keburukan dan kesalahan pemerintah kerana semua itu tidak akan mengubah apa-apa. Rakyat tetap memilih kerajaan yang korup.

Saya ingin menjawab dan meleraikan kekusutan fikiran YB Rafizi tentang mengapa rakyat sanggup terus ditindas. Mengapa rakyat terus merelakan diri mereka dipijak-pijak oleh pemerintah? Mengapa rakyat tidak mahu melakukan perubahan.

Tidak susah. Semua jawapan itu sudah lama terdapat di dalam al Quran. Analisis tentang keengganan penduduk sekitar Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menjatuhkan pemerintah yang menzaliminya telah pun dibentangkan di dalam kitab mukjizat itu 1400 tahun dahulu.

Satu-satunya manuskrip lengkap yang menceritakan peradaban demi peradaban, tamaddun demi tamaddun yang telah berlalu-diceritakan semula kepada Nabi yang agung, bukan sahaja sebagai pengubat dan penguat jiwa mendengar ujian-ujian berat yang dilalui para nabi, tetapi juga untuk menceritakan pada mana-mana zaman akan ada 2 karakter ini—yang satu golongan minoriti yang digelar ‘mustakbirin’ dan yang satu lagi golongan majoriti yang digelar ‘ mustad’afin’-iaitu golongan orang yang sombong dan golongan orang yang lemah.

Pernah terdetik di hati kenapa di dalam alQuran terlalu banyak bercerita tentang Nabi Musa. Firaun pada zaman itu adalah mustakbirin yang menganggap dirinya Tuhan. Mungkin bukan Tuhan dalam erti kata penciptaan tapi Tuhan dalam erti kata kekuasaannya ke atas makhluk yang lain. Berbekalkan kekayaan, kerajaan, kekuasaan dan disokong oleh menteri-menteri seperti Haman dan Qarun, mereka menekan rakyat sendiri dan para hamba.

Bagaimana pula kaum Firaun itu sendiri? Adakah mereka tidak tahu tentang kezaliman Firaun ke atas orang-orang Israel? Adakah mereka tidak sedar Firaun dan pembesar-pembesarnya mengaut keuntungan berganda-ganda atas nama hubungan dengan Firaun? Perlukah ada seorang YB Rafizi di sana untuk membongkar semua kebobrokan Firaun?
Tidak perlu. Mereka sedia tahu perkara-perkara ini berlaku.
Kalaupun ada seorang Rafizi di sana pada ketika itu untuk membongkar salah laku dan pecah amanah Firaun, kaum Firaun itu tetap tidak akan berganjak dari memberi sokongan kepada Firaun.
Mereka telah memilih untuk diri mereka sendiri untuk menjadi mustad’afin-kaum yang lemah. Dan nanti Firaun akan mengetuai kaumnya, golongan mustad’afin ini untuk masuk ke neraka. Di dalam neraka berlakulah perbalahan. Golongan yang selama ini diam baru mula mahu bersuara ketika sudah berada di pintu neraka! Alangkah besarnya penyesalan ketika itu.

Kenapa ini berlaku?

Ini berlaku bilamana manusia lupa akan asal usulnya. Bila manusia mengenal dirinya, dia akan mengetahui dia berada di antara 2 keseimbangan.

Di satu sudut dia adalah hamba yang lemah yang diciptakan pada awalnya dari lumpur tanah liat hitam, sehingga iblis pun tidak sudi sujud kepadanya. Kemudian keturunan Adam dijadikan pula dari air yang tidak dipandang orang. Dia sedar dia tidak mampu mengubah gunung dan tidak mampu menyongsong langit.
Bila dia lupa, maka lahirlah golongan Mustakbirin-orang-orang sombong yang memandang rendah orang lain dan selalu ingin mengeksploitasi mereka.

Di sisi lain, ia adalah manusia mulia yang dipilih oleh Allah untuk menjadi Khalifah. Ia adalah manusia yang malaikat semuanya sujud kepadanya. Ia ditiup roh oleh Allah ke dalam dirinya dan dia diberi ilmu dan pena.
Bila dia lupa, maka dia meletakkan dirinya ke tahap yang rendah. Dia membiarkan manusia lain menindasnya. Merelakan saja. Dia merasa dia tiada potensi diri sendiri dan hidup matinya sangat terikat dengan pemerintahnya. Dia lupa Allah yang memberi rezeki dan terus menyokong pemimpin mustakbirin kerana bimbang jika tidak disokong, dia akan kehilangan rezeki, pekerjaan bahkan nyawa.

Berapa ramai manusia hari ini merendahkan dirinya dihadapan ‘Boss’ kerana merasa Boss yang memberi gaji. Berapa ramai yang menghinakan diri di hadapan menteri-menteri kerana mahukan projek.
Perhatikan, di mana-mana 2 karakter utama ini akan sentiasa ada.

Di dalam al Quran, di banyak tempat disebutkan tentang kedua-dua karakter ini yang saling tuduh menuduh. Kasihan sungguh si Mustad’afin, sudahlah hina di dunia, di akhirat nanti juga terhina bersama penindasnya!

“ …dan alangkah hebatnya kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari meeka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yang lain. Orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: ‘ Kalau tidaklah kerana kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman.’
Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: ‘ kamikah yang menghalang kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak)sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa.”  Saba’ ; 34: 31—33.

Bagaimana untuk keluar dari kemelut ini?

Al jawab—manusia itu mesti disedarkan akan jati dirinya. Disedarkan akan potensi dirinya yang dimuliakan Allah untuk menjadi pentadbir bumi. Dia perlu segera dikejutkan bahawa dia adalah manusia yang dilahirkan ibunya dalam keadaan merdeka, kenapa dia harus menghambakan dirinya sendiri.
Dia perlu segera sedar bahawa Tuhannya ialah Allah dan tiada tuhan-tuhan Firaun kecil yang sepatutnya menjadi perantara. Dia mesti segera sedar bahawa Allah-lah yang menjamin rezeki baginya, bukan manusia. Dan yang paling penting dia mesti cepat-cepat memutuskan hubungan keterikatannya dengan Firaun itu sebelum Firaun itu menyeretnya ke neraka bersama dengannya. Dia mesti menyoal Firaun itu sekarang, bukan menunggu sehingga bila sudah berada di dalam neraka! Keengganannya untuk menyoal tindak tanduk Firaun adalah satu kesilapan fatal!

Mungkinkah ini boleh terjadi?
Lamakah masa yang diperlukan?

Al-Jawab----sangat mungkin dan sejarah telah membuktikannya.
Lamakah?  Tidak lama. Boleh berlaku hampir serta merta kalau Allah mengizinkan dan sejarah telah membuktikannya.
Atau katakan 10, 20 tahun …..mungkin.

Inilah yang terjadi kepada para ahli sihir Firaun. Padahal sebelumnya mereka sangat menginginkan menjadi orang-orang yang dekat dengan Firaun. Orang-orang yang mempunyai ‘kabel’ yang kuat.
Namun, bila Allah memberikan hidayah, dan nampak jelas di mata mereka siapa sebenarnya Tuhan, maka sekelip mata mereka menyungkur sujud kepada Tuhan Musa dan Tuhan Harun!
Hilang semua ketakutan kepada si Mustakbirin.
Hilang semua pergantungan dan harapan.
Timbul keberanian yang selama ini entah di mana.

Kata mereka, ‘….kerana itu putuskanlah apa yang hendak kamu putuskan. Sesungguhnya kamu hanya akan dapat memutuskan pada kehidupan di dunia ini sahaja’  ( surah Taha, 20:72)

Keberanian apakah ini?
Tidak takut lagi ancaman penjara. Tidak takut lagi ancaman bunuh.
Sesuatu dalam dirinya telah berubah.
Secara fisiknya, dia tetap sama.
Namun kepercayaan dan keyakinannya telah berubah.
Dia sudah mengenal dirinya dan Tuhannya.

Oleh itu, perubahan yang diharapkan tidak akan berlaku bila kita cuma sekadar memberi informasi tentang keburukan penguasa.
Mereka tidak buta. Mereka telah lama tahu. Di dalam hati kecil mereka, kebenaran tidak akan dapat disorokkan.
Perubahan juga tidak boleh berlaku bila kita pula mahu berubah menjadi Firaun. Kita pula yang memberi ‘gula-gula’ dan berkata ikutlah aku kalau kamu mahu selamat.

Perubahan hanya dapat berlaku bila kita mengubah apa yang ada di dalam jiwa manusia.
Jiwa manusia perlu di’besar’kan sebelum dia dapat menjalankan tugasnya dengan lurus.
Jika bekas jiwanya kecil, bagaimana mungkin akan ada perubahan yang besar darinya.

Saya sarankan berilah tumpuan kepada si Mustad’afin ini. Mereka adalah golongan majoriti. Berilah tumpuan kepada usaha-usaha men’tamaddun’kan manusia.
Kalau terus mengikut cara yang sama, hasilnya pastilah sama.
Gunakanlah segala dana, panggil segala pakar, buatlah kajian bagaimana menggerakkan manusia ini.

Di dalam al Quran, jalannya telah terbentang luas. Hubungan antara manusia, kehidupannya dan alam sekitarnya telah dinyatakan dengan terperinci.

Kembalilah kepada kerja-kerja memakmurkan manusia dengan al Quran.
Kembali kepada kerja-kerja memahamkan al Quran dan as Sunnah. Ini adalah kerja-kerja utama yang pasti membuahkan hasil. Sejarah telah membuktikannya. Adakah kita lupa kita pernah menakluki 2/3 daripada dunia?

Saya memberi penghargaan kepada usaha-usaha mendalami al Quran dan hadis seperti yang dijalankan Semat Quran,al-bayyinah foundation, Maktabah Ustaz Emran dan beberapa badan lagi.  Semoga Allah memberkati usaha-usaha mereka.

Semoga YB Rafizi tidak bingung lagi.

Rujukan:

1. Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Butiy. Membina Tamaddun menurut manhaj al Quran. Pustaka Salafi, 2003.
2. Al Quran

Jumaat, 17 Jun 2016

Student

NOTICE TO ALL STUDENTS
Leave all the excuses outside the door
If you didn’t do your tutorial answers, JUST admit it
If you didn’t understand the question, ask for help
If you didn’t study for the test,
Accept the grade and resolve to do better
(with my help if necessary) NEXT time

If you refuse to follow my rules, accept the
C O N SE Q U E N C E S
This is not a democracy
This is MY tutorial Class:
And I’m here for one reason and one reason only
TO TEACH YOU
TO INSPIRE YOU
TO HELP YOU GROW
I’ll do my part. The rest is UP TO YOU
In shaa Allah

Sahabat

kalau kau rasa kau salah satu pelajar Malaysia, kau baca. kalau tak, kalau kau malas, teruslah kau scroll bawah laju laju. aku tak rugi apa apa.

sini aku mahu mula:

aku risau. risau dengan kerjaya masa akan datang.

macam mana masa depan aku? aku takut. takut tak ada kerja. takut gaji aku tak cukup mahal. takut nak pilih course. ramai senior senior aku dulu yang menganggur kalau masuk universiti ini dan itu masuk course itu dan ini. nak tahu senior aku graduate dari United Kingdom dah bertahun tahun menganggur dan sekarang apply jadi cikgu math. see? rezeki masing masing, jangan nampak rendah expect rendah, tapi nampak tinggi terus expect tinggi. ingat kalau balik dari luar negara terus dapat jadi Engineer atau Doctor? tak. ini soal rezeki, bila kita bicara soal rezeki ini semua ni peraturan Allah. macam mana kau di universiti dulu? macam mana kau study? macam mana kau perform dulu? cara komunikasi kau macam mana dengan manusia? macam mana kau handle masalah? hubungan dengan Allah kau macam mana? ini je base kalau kau nak lepas belajar, kalau kau nak dapat kerja baik baik. jangan expect tinggi kalau solat 5 waktu entah kemana, solat berjemaah tak jaga, kuliah feqah, tasawwuf dan akidah di mana mana surau pun tak hadir. batas pergaulan kau hancur.

dah tu berlambak je diluar sana yang tak ada agama, solat pun tak jaga okay je berjaya?


bila kau tak jaga benda ni ini hanya antara dua; antara kau terus berjaya atau kau gagal di pertengahan. hati hati jika kau terus berjaya dan makin berjaya. itulah istidraj. makin kau menjauh dari Allah makin kau berjaya. kau telah hilang manisnya iman dan Islam. Allah itu ar Rahman dan ar Rahim, ar Rahman itu maksudnya pemurah. tidak kira kau Islam, bukan Islam, munafik atau mu'min Allah itu pemurah. dengan izin Allah, kau usaha kau dapat. tapi sayang wahai manusia, ar Rahman itu hanya kepada mereka yang berpegang pada Allah. ar Rahman itu akan kau lihat di akhirat nanti.

tapi takpelah kan paling kurang kau dah sampai objektif; berjaya didunia. tapi lepas kau mati kau nak expect apa? pertolongan Allah dan Rasulullah? maaf aku nak pesan, didunia pun kau tak akur dengan Allah dan Rasullah jangan kau expect pertolongan lepas kau mati. wallahi pengakhiran dunia itu akhirnya mati, tapi akhirat itu abadi. kekal.

wallahi aku ingin pesan sekali lagi, lebih baik Allah tegur kau dengan kegagalan dan kau sedar yang kau telah menjauh dari Allah. kau mungkin dilihat gagal disisi manusia, tapi alhamdulillah kau masih ada iman, kau sedar yang kau menjauh dari Allah.

Dia itu Allah kau nak apa Dia ada. yakin. yakin. berapa kali aku pesan soal yakin. itu base dalam Islam, itulah iman. apa maksud iman? yakin dan amal dengan setiap apa yang Allah dan Rasullah sampaikan.

ramai mana kawan aku yang,


"weh aku confirm memang tak boleh."

"weh dah penuh tempat kosong untuk belajar course tu. aku takkan boleh punya orang lain lagi hebat kot."


aku dah berbuih mulut pesan dengan sahabat sahabat aku,

"weh jangan pernah putus harapan, selagi kau mampu kau usaha, usaha. tapi bila time berdoa kau kena yakin dengan Allah."

in the end? kau tahu aku nak cakap apa kan. yes, mereka berjaya. mereka dapat masuk dengan course/tempat belajar yang mereka mahu.

sebenarnya above of everything, aku nak tekan satu benda je:

Allah kau kena jaga, Rasulullah kau kena pegang erat erat dengan apa yang Rasulullah ajar. nampak mundur tak mundur kau kena pegang! pegang!

kau kena ingat, "addunya sijnul mu'min wajannatul kafir."

dunia ini penjara bagi orang mu'min. (yes, memang nampak susah, nampak je susah tapi bila kau dah jatuh cinta dengan Allah dan Rasulullah wallahi rasa kekosongan kau akan hilang. kau nak expect apa dengan penjara?) dan indah dilihatnya bagi mereka yang lawan Allah dan Rasul. dah lah, ada masa aku sambung lagi ok?

-dari sahabatmu yang concern. share tak mahu share terpulang, aku pesan kerana aku sayang dengan sahabat sahabat aku disini.

hanya t.m.i bukan illusi, adios.

Ahad, 12 Jun 2016

Buka di masjid

=============================
KENAPA TAK MASAK? KENAPA BERBUKA DI MASJID
=============================

Soalan ni saya terima semalam di post berkenaan saya berbuka di masjid dan tak masak untuk keluarga,

datangnya dari seorang puan budiman dari Terengganu yang baik hati bertanya secara terbuka,

dan saya dapati ada yang dalam diam juga tertanya2... alhamdulillah ramai nak tahu.

Saya nak share kisah yang bermula pada tahun 2012. Tahun itu, saya belum lagi buat bisnes. Hanya makan sahaja produk tapi tak buat bisnes.

Satu hari dalam bulan Ramadhan 2012, jutawan Tuan haji Roslan Ghazali ajak bincang tentang peluang bisnes di Hotel  De'Palma Ampang, saya hadir bersama mak sedara saya.

Sewaktu berbincang, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :

" Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya"

Beliau jawab :

"InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka"

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa

Beliau menjawab : " Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam ... tengok2 dah azan..RUGI..! "

" Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL.."

" RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa "

Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan....

" Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. "

"Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun... ALLAHu akbar...."  kata beliau lagi....

"Buatlah kakyong.. inshaaALLAH lain you rasa...dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai...inshaaALLAH " Akhiri beliau

Saya senyp sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan jutawan Haji Roslan Ghazali

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka,

atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan

Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga "mengejar" bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka.....

Saya terbanding diri saya dengan beliau...

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu,

ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit,

buah lah

air lah

kuih tak potong lagi lah

tuang nasi lah

memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri....

Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk saya beralasan untuk tidak ke masjid

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Inilah sejarahnya kenapa saya akhirnya telah 4 tahun tak memasak di rumah untuk anak-anak berbuka.

Terima kasih tuan jutawan Haji Roslan atas tarbiyah yang tuan sisipkan....

sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan....

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk tidak masak untuk anak-anak berbuka sebaliknya menumpag KASEH di rumah ALLAH....

Saya bukanlah orang yang banyak amal soleh plus dosa pula sangat banyak sampai tak tertanggung,

Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat....

Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima oleh ALLAH walau banyak cela dan tak sempurna,

namun ALLAH terima kerana RAHMATNYA amat luas dan besar....

dan seoga kita berjaya mendapat itqun minann naar di Ramadhan kali ini, lepas dan bebas dari api neraka dan keluar dari Ramadhan bak bayi baru lahir, fitrah, bersih dari dosa....

Asy-hadu an la ILAHA illALLAH

Astaghfirullah

As-alukal jannata wa a'uzubika minan naar

ALLAHumma innaka 'afuwwun kareem

TUhibbul 'afwa

fa'fu'anni

aamiiin

Khamis, 2 Jun 2016

Titanic

Luqman Hakim:
Tahu tak korang, semasa Titanic karam, ada 3 kapal lain berada berdekatan dengannya?

Yang pertama, kapal Sampson, berada 7 batu dari Titanic. Mereka nampak isyarat api kecemasan, tapi masa tu mereka tengah sibuk menangkap anjing laut secara haram. Disebabkan mereka takut kantoi, mereka pun terus bergerak ke arah bertentangan. Kapal itu seumpama kebanyakan orang, yang sangat sibuk dengan urusan sendiri hingga tak perasan ada orang yang memerlukan bantuan.

Kapal kedua bernama Californian. Kapal ini berada 14 batu dari Titanic, dikelilingi oleh ais. Mereka nampak api putih tapi kerana suasana yang agak sukar dan keadaan sudah gelap, mereka memutuskan untuk tidur dan tunggu hingga esok. Semuanya meyakinkan diri bahawa tiada apa2 yang berlaku. Kapal itu seumpama orang yang selalu menunggu 'masa yg sesuai' untuk buat sesuatu.

Kapal terakhir, Carpathia, sebenarnya sedang bergerak ke arah bertentangan sejauh 58 batu dari Titanic! Mereka menerima isyarat kecemasan dan kaptennya memohon petunjuk dari Tuhan sebelum menukar haluan, memecah ais dengan kuasa maksimum. Dan kapal ini telah menyelamatkan 705 mangsa Titanic yang terselamat.

Halangan dan penyebab utk lari dari tanggungjawab sentiasa ada. Tapi sesiapa yang menerimanya akan sentiasa mendapat kemenangan.

Semoga kita dapat hasilkan lebih ramai Carpathians & hapuskan Californians & Sampsons untuk kehidupan yg lebih baik.

Rabu, 1 Jun 2016

Masalah

Wahai anakku,
Ingatlah 10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10 petua ini boleh membantu kamu menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai kecemerlangan di akhirat.

1. Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya 3 hari sekali.

2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.

3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.

4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.

5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.

6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.

7. Tiada orang yang boleh mengawal minda kamu, selain kamu. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan kamu.

8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Kamu akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.

9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala kamu malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.

10. Senyum selalu. Bukan kamu seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah kamu cumalah mainan minda kamu. Yang ada hanyalah cabaran sementara.

Dari ayahandamu. Senyum

Kaya miskin

Mungkin ada dalam kalangan kita tertanya tanya antara kaya dan miskin yang mana lebih baik dan mana yang lebih mulia?

Hakikatnya , jawapan itu ada pada surah Al-Anbiyak ayat 35 : *"AKAN KAMI UJI KAMU dengan KEBURUKAN dan KEBAIKKAN"*

jikalau si kaya ego dengan hartanya , maka dia durjana. Sebaliknya jikalau dia mencari rezeki yang halal dan pemurah , maka dia akan beroleh rahmat daripada Allah SWT .

Jikalau si miskin terus bersangka buruk dengan kesempitan hartanya , maka dia juga durjana .
Sebaliknya jikalau dia terus menerus bekerja kerana Allah SWT dan bersangka baik pada-Nya , maka dia juga akan beroleh rahmat daripada Allah SWT .

Sebenarnya , orang yang paling baik dan paling mulia bukan dilihat pada nilai kaya ataupun miskinnya tetapi ia dilihat pada sejauh mana kefahaman mereka dalam menyingkap mana satu ujian yang menjadikan mereka bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT

 HABIB ALI ZAENAL ABIDIN BIN ABU BAKAR AL-HAMID

Selasa, 31 Mei 2016

Kembali

Alkisah seorang pelajar yang terlampau sedih…

Suhaimi seorang pelajar yang cemerlang. Namun ketika mengaji di luar negara, Suhaimi mendapat tamparan hebat apabila mendapat berita keluarganya mati dalam satu kemalangan.

Hanya tinggal Suhaimi seorang di luar negara. Selepas menyelesaikan segalanya, Suhaimi pulang mengaji di luar negara.

Kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau hilang arah. Hatinya perit dan mindanya lesu, dan ada kalanya terfikir untuk membunuh diri.

Akhirnya Suhaimi terjebak dengan arak. Arak yang memabukkan mengkhayalkan Suhaimi daripada kesakitan di dunia ini. Suhaimi juga mula terlupa menjaga solat.

Rakan-rakan serumah mula mengesan perubahan Suhaimi. Rakan karib beliau Mat Lutfi sedih melihat keadaan Suhaimi. Beliau cuba membantu sedaya upaya untuk menyelamatkan rakan karibnya.

“Dia sahabat ana. Ana tak akan tinggalkan dia. Ana akan selamatkan dia,” kata Mat Lutfi kepada rakan-rakan serumah yang ingin menghalau Suhaimi keluar dari rumah.

“Ustaz ana mengajar saya sejak kecil kena jauhi orang yang tidak jaga solat walau apa alasannya sekalipun,” kata seorang rakan serumah.

“Orang kata kalau kita dekat dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat wanginya. Jika kita dekat dengan tukang besi, kita akan dapat kotornya,” itulah kata-kata Hashim, ketua usrah pada Mat Lutfi agar beliau bersetuju dengan keputusan menghalau Suhaimi keluar dari rumah.

“Itu bukan Suhaimi sebenar. Kita boleh selamatkan dia. Dia cuma tersasar kerana nasib malang yang menimpa keluarganya,” tegas Mat Lutfi.

Rakan-rakan serumah semasa duduk bersama pernah membuat perjanjian bertulis bahawa sesiapa yang hendak meninggalkan rumah, bukan kerana nak kahwin, perlu ada konsensus dari semua pihak.

Sesiapa saja yang tidak bersetuju, hasrat meninggalkan rumah perlu dibatalkan. Disebabkan memegang pada perjanjian, maka rakan-rakan serumah terpaksa terima bantahan Mat Lutfi untuk Suhaimi terus tinggal bersama.

Di rumah, setiap kali Mat Lutfi tiada, Hashim akan mengingatkan Suhaimi dengan nada yang keras tentang balasan di akhirat dan suruh Suhaimi bertaubat dengan segera.

Apabila masa solat tiba dan Suhaimi tidak muncul dan Mat Lutfi tiada, Hashim akan berkata: “Tak yah panggil dia. Hati dia tiada Allah. Kalau dia ingat Allah dia sendiri akan datang. Biarkan dia. Kita teruskan.”

Sekiranya Mat Lutfi ada, Mat Lutfi akan memastikan Suhaimi solat berjemaah bersama-sama. Mat Lutfi tidak akan membiarkan Suhaimi berseorangan di dalam bilik. Demi menyelamatkan rakan baiknya, Mat Lutfi sanggup meninggalkan privacy tinggal seorang di dalam bilik untuk tinggal bersama Suhaimi di dalam bilik yang sama.

Tapi kesedihan melampau Suhaimi menyebabkan beliau masih tertarik dengan arak.

“Tanpa arak ini, ada tak tahu macam mana nak hidup Fi. Sekarang ana tinggal seorang di muka bumi ini. Fi, biarkan ana. Ana tak boleh diselamatkan lagi,” rayu Suhaimi setiap kali Mat Lutfi cuba memujuknya kembali ke pangkal jalan.

“Ada Allah lagi. Ada syurga menanti. Mi cuba buang dulu. Cuba pun dapat pahala dah,” kata Mat Lutfi.

“Petang tadi, Hashim kata hati ana dah hitam, keras tak boleh baiki lagi. Ana pun rasa begitu… Fi jangan dekat dengan ana, nanti Fi pun terkena dosa,” kata Suhaimi.

“Boleh Mi. Bagi ana cuti ini – anta ikut program ana. Sekarang dah mula cuti, ana tak balik Malaysia kali ini. Ana tinggal sini,” kata Mat Lutfi.

Sebelum pulang ke negara, Hashim memberikan amaran terakhir buat Suhaimi ketika Mat Lutfi di dalam tandas.

“Jikalau lepas cuti ini, aku balik jumpa botol arak lagi, aku akan tendang kau keluar rumah ini. Aku tak nak tinggal dengan orang yang tak ingat Allah dan langgar perintah Allah. Aku tak nak tinggal dengan orang berdosa. Jikalau terpaksa, aku akan halau kau dengan Mat Lutfi keluar bersama. Kamu ini malukan agama Islam! Menyampah,” kata Hashim.

Mat Lutfi terdengar kata-kata itu. “Cukuplah itu. Ini ujian Allah pada kita untuk menyelamatkan rakan. Bukannya rosak buang! Kalau tiga bulan ini aku gagal, aku keluar bersama Suhaimi, kau usah bimbang.”

Sepanjang cuti, Mat Lutfi mengatur program padat bersama Suhaimi. Suhaimi tidak dibiarkan keseorangan dan tidak letih pada waktu malam. Hari-hari awal, setiap malam, Mat Lutfi akan mengajak Suhaimi mengikutnya membaca Quran sehinggalah beliau tertidur. Waktu Suhaimi tertidur, Mat Lutfi mengambil botol araknya dicuci bersih dan digantikan dengan fruit juice.

Mat Lutfi tahu Suhaimi masih curi-curi minum ketika beliau tidur kepenatan. Diharapkan Suhaimi dapat menyesuaikan diri dengan fruit juice itu dahulu.

Setelah seminggu, Suhaimi bertanya: “Fi, anta tukar semua arak ana jadi fruit juice ya?”

“Ya.  Sorry… Sebab di internet, dia kata untuk mengubati ketagihan arak, tak boleh terus, kena slow-slow. Ana harap dengan pertukaran itu, Mi boleh buang ketagihan itu walaupun terpaksa minum dari botol arak,” kata Mat Lutfi.

“Sedap juga. Terima kasih,” kata Suhaimi.

Setiap hari, program dipenuhkan untuk Suhaimi, Mat Lutfi menghabiskan segala masanya dan sebahagian besar duitnya untuk menyelamatkan Suhaimi – dengan membawanya berjalan-jalan, apabila tiba waktu solat singgah di masjid, menyertai program kebajikan membantu anak-anak yatim dan orang tua dan sebagainya.

Pada tengah malam satu hari selepas bulan kedua minggu ketiga, Suhaimi bangun tetiba, Mat Lutfi sedar Suhaimi bangun.

“Tolonglah Mi. Tahan. Jangan pergi sentuh arak itu. Jangan. Ya Allah, berilah kekuatan pada sahabatku ini,” doa Mat Lutfi dengan air mata bergenang.

Suhaimi masuk ke tandas – agak lama. Mat Lutfi terfikir, “Rasanya sebelum tidur tadi saya dah check, tiada arak dalam tandas. Mengapa lama sangat?” Mat Lutfi tidak bangun.

Suhaimi keluar dari tandas. Mukanya basah dengan air seolah-olah baru mengambil wuduk. Mat Lutfi curi-curi melihat.

Suhaimi mendekati almari yang biasa disimpan araknya. Malam semalam Mat Lutfi tidak sempat menukar araknya menjadi fruit juice kerana keletihan.

Melihat Suhaimi membuka almari, Mat Lutfi teringin nak bangun menghalang. Apabila melihat Suhaimi membawa keluar kain sejadah, Mat Lutfi terus batalkan niat untuk bangun.

Suhaimi buat solat tengah malam. Hati Mat Lutfi cukup gembira dan tidur kembali sekembalinya Suhaimi ke katil selepas solat.

Besok pagi, Suhaimi yang mengejutkan Mat Lutfi untuk solat subuh.

“Mi. Anta ok?”

“Ok. Mengapa?”

“Anta bangun solat tengah malam semalam. Ana sangat gembira.”

“Ana pun tak tahu mengapa. Tetiba terasa nak solat. Terasa ada benda nak kata pada Allah. Hati terasa Allah dekat,” kata Suhaimi.

“Apa dia?” tanya Mat Lutfi.

“Baru sedar, Allah tidak pernah putus harapan pada ana. Selama ini, ana marah mengapa ana dibiarkan keseorangan di bumi ini. Ana hilang punca sehingga tersesat. Jika Allah tak sayangkan ana, manalah Allah akan bagi kekuatan pada anta untuk membawa ana kembali ke pangkal jalan. Allah tak pernah putus asa pada ana dan ini terbukti bila ana diberikan sahabat terbaik macam anta. Jikalau Allah tak sayang ana, anta dah pergi balik bercuti kot dan ana mungkin dah mati dalam mabuk,” kata Suhaimi.

Mat Lutfi terus memeluk Suhaimi – segala usahanya berjaya.

Sekembalinya semua rakan serumah dari Malaysia, mereka melihat Suhaimi seperti seorang yang lain – bukan yang lain, tapi Suhaimi yang lebih baik daripada dulu.

Hashim kagum tapi terlampau bangga untuk mengakuinya.

“Jangan kau buat dosa maksiat lagi. Aku tak akan bagi peluang kedua,” tegas  Hashim.

Tapi rakan-rakan serumah semua menggerumi Mat Lutfi dan bertanya apakah yang dia lakukan untuk menyelamatkan rakan mereka yang pada hemat mereka tidak dapat diselamatkan lagi.

“Tak apa. Ana cuma faham Islam ini sempurna. Tapi orang Islam tidak. Jadi melalui itu, ana percaya Suhaimi boleh kembali ke pangkal jalan. Kita kan pewangi, takkan pewangi boleh tewas pada tukang besi.”

Senyum.

Sekadar perkongsian. Tulisan ini ditulis anak angkat selepas menonton video terbaru “Sebelah Sayap” Mat Luthfi. Tahniah atas filem yang memberikan renungan mendalam dalam kegiatan berdakwah.

Kadang-kala manusia sering terlupa kita hanyalah makhluk berdosa yang kaki masih berpijak di bumi Allah. Ujian Allah datang pada bila-bila masa dan pelbagai bentuk – seperti Suhaimi yang terjerumus ke dalam arak dan maksiat, tapi adakah kita mampu mengharunginya seperti Mat Lutfi atau melarikan diri seperti Hashim? Renungkan.

Ahad, 29 Mei 2016

Asma الله

Rukun Syahadah

1. Mengisbatkan ada Zat Allah Ta'ala. Mengesakan Allah, dia sajalah yang wujud sedia ada. Zat itu adalah rahsia Allah tidak ada yang boleh menggambarkan, menceritakan atau mensyaratkan. Dari dia semua makhluk dijadikan dengan kehendaknya seperti Arsy Allah, Kalam, Luh Mahfuz, Syurga dan neraka, 7 tingkat langit, dunia dan segalanya.

2. Mengisbatkan ada Sifat Allah Ta'ala. Menyedari bahawasanya tidak akan terjadi sesuatu melainkan terjadinya didahului dengan sifat Allah. Dialah yang maha Wujud, telah sedia ada, kekal, bersalahan dengan sekalian makhluk dan tidak berhajat kepada makhluk. Allah maha mendengar, melihat, berkata-kata maka bersaksi bahawa melihatnya mata kita ini bukan disebabkan mata tetapi disebabkan sifat Bashar Allah. Mendengarnya telinga ini bukan kerana telinga tetapi disebabkansifat Sama`a Allah. Berdiri, bergerak, melakukan ibadah dan segalanya adalah dengan sifat Qudrat Allah. Dengan itu janganlah kita sekali-kali berasa bangga, berasa pandai, berasa kuatnya diri ini padahal semuanya adalah dengan kehendak Allah (Iradat Allah).

3. Mengisbatkan asma dan `afal (Perbuatan) Allah Ta'ala. Setiap sesuatu yang berlaku adalah disebabkan `afal Allah. Makhluk tidak mampu menyembuhkan penyakit. Tidak mampu memberi rezki, tidak mampu mematikan atau menghidupkan.

Kita ambil contoh bila kita ditimpa penyakit. Kemudian kita makan ubat. Setelah itu sembuh. Yang menyembuhkan itu bukanlah ubat tetapi dengan adanya `afal Allah dari asmanya ar-rahim.

Kita juga selalu mengharapkan sesuatu dari orang, contoh dalam hal gaji. Dalam kepala dah tertanam yang bagi gaji itu adalah syarikat atau kerajaan atau bos. Tetapi sebenarnya ianya adalah disebabkan `afal Allah dari sifat asmanya Al-Razzaq dialah yang memberi rezki.

Yang memotong itu bukan pisau tetapi Al-Aziz. Yang menggerakkan kenderaan itu bukan enjin tetapi Al-Muqtadir dan yang menghidupkan enjin dengan pembakaran minyak ialah AL-Qadir Yang Maha Berupaya. Yang mengenyangkan dan menghilangkan dahaga adalah dengan afalnya dari asmanya Al-muhyi Yang Maha Menghidupkan. Kalau kita ditimpa musibah, masaalah tidak ada selain kerana afalnya dari asmanya Al-Muntaqim.

Nah Nampak tak disini. Kemana perginya diri kita atau makhluk tadi? Semuanya lenyap dalam afal dan asma Allah. Inilah yang dinamakan matikan diri kamu sebelum kamu mati.

Apabila kita kenal sifat, asma dan afal Allah, hilanglah perasaan marah, hasad, dengki, menyalahkan sesuatu, dendam, bangga dengan diri sendiri, meninggi diri, menunjuk-nunjuk dan banyak lagi sifat-sifat keji yang dah terbuku didalam hati kita.

Siapa lagi nak dimarah kalau gaji dibayar lambat? Siapa lagi nak dipersalahkan kalau berubat kesana sini tidak juga sembuh-sembuh, mekanik mana nak dimaki kalau enjin kereta kita rosak lagi ditengah jalan. Sebab itu lah Allah terangkan :

“Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik) (Al-Rad : 22)

Maka dari situlah datangnya sifat sabar barulah terpancar keimanan bila adanya kesabaran tadi.

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.” (Al Imran: 142)

Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “ Kami telah beriman” padahal mereka masih lagi belum diuji. Dan sesungguhnya kami telah menguji mereka yang telah terdahulu maka sesungguhnya Allah telah mengetahui siapakah yang benar iman mereka dan mereka yang berdusta. – (Al Ankabut ayat 2-3)

Dan tidaklah beriman lagi seseorang itu selagi belum diuji Allah. Dengan ujianlah juga kita dapat merasakan betapa ujudnya Allah, meneguhkan iman dan kesaksian syahadah kita.

4. Dan yang terakhir – Mencintai Rasullulah dan menetapkan dan meyakini bahawa agama yang dibawa Rasulullah adalah benar serta menjadikan Rasullullah sebagai contoh akhlak didalam ap

Jumaat, 27 Mei 2016

Temuduga

Jawapan: Tak perlu diperkenalkan lagi. Saya kan sudah terkenal. Encik saja yang belum kenal saya lagi.

Soalan: Kenapa awak memilih company ini?
Jawapan: Jangan perasan, temuduga ini saya anggap sebagai latihan sahaja. Saya ada temuduga kerja untuk company yang lebih besar dari ini.

Soalan: Apa kelebihan awak berbanding orang lain?
Jawapan: Saya lebih bagus dari encik.

Soalan: Kenapa saya perlu mengambil awak bekerja?
Jawapan: Kerana dalam masa satu tahun saya telah bekerja dengan 100 company.. Saya ada banyak pengalaman.

Soalan: Adakah awak mampu bekerja dalam pasukan?
Jawapan: Ya saya mampu. Dan sayalah ketua pasukan itu. Arahan saya adalah yang terbaik.

Soalan: Apa yang awak boleh lakukan untuk company ini dalam masa 5 tahun?
Jawapan: Saya rasa company ini akan muflis dalam masa 2 tahun. Jadi dengan adanya saya, company ini akan muflis dalam masa 5 tahun.

Soalan: Ada apa2 yang awak nak tanya?
Soalan: Erm.. berapa umur encik?
Jawapan: 50 tahun. Kenapa?
Kenyataan: Encik perlu berhenti kerja.

Isnin, 23 Mei 2016

Anak kecil

Perkongsian sebelum off hp

Resepi yg mendidik anak2 syurga kita

1— Jika melihat anakmu menangis, jangan buang waktu untuk mendiamkannya. Coba tunjuk burung atau awan di atas langit agar ia melihatnya, ia akan terdiam. Karena psikologis manusia saat menangis, adalah menunduk.

2— Jika ingin anak-anakmu berhenti bermain, jangan berkata: "Ayo, sudah mainnya, stop sekarang!". Tapi katakan kepada mereka: "Mainnya 5 menit lagi yaaa". Kemudian ingatkan kembali:"Dua menit lagi yaaa". Kemudian barulah katakan:"Ayo, waktu main sudah habis". Mereka akan berhenti bermain.

3— Jika engkau berada di hadapan sekumpulan anak-anak dalam sebuah tempat, yang mereka berisik dan gaduh, dan engkau ingin memperingatkan mereka, maka katakanlah: "Ayo.. Siapa yang mau mendengar cerita saya, angkat tangannya..". Salah seorang akan mengangkat tangan, kemudian disusul dengan anak-anak yang lain, dan semuanya akan diam.

4— Katakan kepada anak-anak menjelang tidur:"Ayo, tidur sayang.. besok pagi kan kita sholat subuh", maka perhatian mereka akan selalu ke akhirat. Jangan berkata: "Ayo tidur, besok kan sekolah", akhirnya mereka tidak sholat subuh karena perhatiannya adalah dunia.

5— Nikmati masa kecil anak-anakmu, karena waktu akan berlalu sangat cepat. Kepolosan dan kekanak-kanakan mereka tidak akan lama, ia akan menjadi kenangan.

Bermainlah bersama mereka, tertawalah bersama mereka, becandalah bersama mereka. Jadilah anak kecil saat bersama mereka, ajarkan mereka dengan cara yang menyenangkan sambil bermain.

Selain itu, jangan lupa berdoa dan bermohon kepada Allah, agar anak-anak kita menjadi perhiasan yang menyenangkan
.
"Ketahuilah anak menjadi hebat bukan karna sekolahan atau pesantren tapi karna pendidikan di rumahnya dari ayah dan ibunya karna itu jadikan rumah-rumah kalian tempat didik untuk anak-anak dan cucu kalian."

- Habib Abu Bakar Adni AlMasyhur -

2 roti

NAFSU TERSEMBUNYI

Beberapa pakar sejarah Islam meriwayatkan sebuah kisah menarik, kisah Imam Ahmad bin Miskin, seorang ulama abad ke-3  dari kota Basrah, Iraq. Beliau bercerita:
Aku pernah diuji dengan kemiskinan pada tahun 219 Hijriyah.
Saat itu, aku sama sekali tidak memiliki apapun, sementara aku harus menafkahi seorang isteri dan seorang anak.
Lilitan hebat rasa lapar terbiasa mengiringi hari-hari kami.
Maka aku bertekad untuk menjual rumah dan pindah ke tempat lain. Akupun berjalan mencari orang yang bersedia membeli rumahku.

Bertemulah aku dengan sahabatku Abu Nashr dan kuceritakan keadaanku. Lantas, dia malah memberiku 2 lembar roti isi manisan dan berkata: “Berikan makanan ini kepada keluargamu.”
Di tengah perjalanan pulang,
aku berselisihan dengan seorang wanita faqir bersama anaknya. Tatapannya jatuh di kedua lembar rotiku.
Dengan nada yang sayu dia memohon:
“Wahai Tuan, anak yatim ini belum makan, tak terdaya terlalu lama menahan rasa lapar yang melilit diri.
Tolong beri dia sesuatu yang boleh dia makan.
Semoga Allah Ta'ala merahmati Tuan.”
Sementara itu, si anak menatapku tekun dengan tatapan yang takkan kulupakan sepanjang hayat.

Tatapan matanya menghanyutkan fikiranku dalam khayalan ukhrawi, seolah-olah syurga turun ke bumi, menawarkan dirinya kepada siapapun yang ingin meminangnya, dengan mahar mengenyangkan anak yatim miskin dan ibunya ini.
Tanpa ragu sedetikpun, kuserahkan semua yang ada ditanganku. “Ambillah, beri dia makan”, kataku pada si ibu.
Demi Allah, padahal waktu itu tak sesen pun dinar atau dirham kumiliki. Sementara di rumah, keluargaku sangat memerlukan makanan itu.

Spontan, si ibu tak dapat membendung air matanya(menangis) dan si kecilpun tersenyum indah bak purnama.
Kutinggalkan mereka berdua dan kulanjutkan langkah kakiku,
sementara beban hidup terus bergelutan dipikiranku.
Sejenak, kusandarkan tubuh ini di sebuah dinding, sambil terus memikirkan rencanaku menjual rumah.
Dalam posisi seperti itu, tiba-tiba Abu Nashr dengan kegirangan mendatangiku.
“Hei, Abu Muhammad...!
Kenapa kau duduk duduk di sini sementara limpahan harta sedang memenuhi rumahmu?”, tanyanya.

"Masyaallah....!”,
jawabku terkejut.
“Dari mana datangnya?”
“Tadi ada lelaki datang dari Khurasan.
Dia bertanya-tanya tentang ayahmu atau siapapun yang punya hubungan kerabat dengannya.
Dia membawa berduyun-duyun kenderaan barang penuh berisi harta,” ujarnya.
“Jadi?”, tanyaku kehairanan.
“Dia itu dahulu saudagar kaya di Basrah ini. Kawan ayahmu,dulu ayahmu pernah memberikan kepadanya harta yang telah
ia kumpulkan selama 30 tahun.
Lantas dia rugi besar dan bangkrap.
Semua hartanya musnah, termasuk harta ayahmu.Lalu dia lari meninggalkan kota ini menuju Khurasan.
Di sana, keadaan ekonominya beransur-ansur baik.

Bisnesnya meningkat jaya.
Kesulitan hidupnya perlahan-lahan pergi,
berganti dengan limpahan kekayaan.
Lantas dia kembali ke kota ini, ingin meminta maaf dan memohon keikhlasan ayahmu atau keluarganya atas kesalahannya yang lalu.
Maka sekarang, dia datang membawa seluruh harta hasil keuntungan niaganya yang telah dia kumpulkan selama 30 tahun berniaga dan ingin berikan semuanya kepadamu,
berharap ayahmu dan keluarganya berkenan memaafkannya.”

Ahmad bin Miskin melanjutkan ceritanya:
“Kalimah puji dan syukur kepada Allah Ta'ala  meluncur dari lisanku.
Sebagai bentuk syukur.
Segera kucari wanita faqir dan anaknya tadi.
Aku menyantuni dan menanggung hidup mereka seumur hidup.
Aku pun terjun di dunia perniagaan seraya menyibukkan diri dengan kegiatan sosial, sedekah, santunan dan berbagai bentuk amal solih.

Adapun hartaku, terus bertambah melimpah ruah tanpa berkurang.
Tanpa sedar, aku merasa TAKJUB dengan amal solihku.

Aku MERASA, telah MENGUKIR lembaran catatan malaikat dengan hiasan AMAL KEBAIKAN. Ada semacam HARAPAN PASTI dalam diri, bahawa namaku mungkin telah TERTULIS di sisi Allah Ta'ala dalam daftar orang orang SOLIH.

Suatu malam, aku tidur dan bermimpi.
Aku lihat, diriku tengah berhadapan dengan hari kiamat.
Aku juga lihat, manusia bagaikan berombak lautan.

Aku juga lihat, badan mereka membesar.
Dosa-dosa pada hari itu berwujud dan berupa, dan setiap orang memikul dosa-dosa itu masing-masing di punggungnya.
Bahkan aku melihat, ada seorang pendosa yang memikul di punggungnya beban besar seukuran kota Basrah,
isinya hanyalah dosa-dosa dan hal-hal yang menghinakan.
Kemudian, timbangan amal pun ditegakkan, dan tiba giliranku untuk perhitungan amal.

Seluruh amal burukku diletakkan di salah satu sisi timbangan,
sedangkan amal baikku di sisi timbangan yang lain.

Ternyata, amal burukku jauh lebih berat daripada amal baikku..!
Tapi ternyata, perhitungan belum selesai.
Mereka mulai meletakkn satu persatu berbagai jenis amal baik yang pernah kulakukan.
Namun alangkah ruginya aku.
Ternyata dibalik semua amal itu terdapat "NAFSU TERSEMBUNYI".

Nafsu tersembunyi itu adalah riya', ingin dipuji, merasa bangga dengan amal solih.
Semua itu membuat amalku tak berharga. Lebih buruk lagi, ternyata tidak ada satupun amalku yang terlepas dari nafsu-nafsu itu.Aku putus asa.
Aku yakin aku akan binasa.
Aku tidak punya alasan lagi u  ntuk selamat dari seksa neraka.

Tiba-tiba, aku mendengar suara,
“Masihkah orang ini punya amal baik?”
“Masih...”,
jawab suara lain. “Masih berbaki ini.”
Aku pun menjadi tidak tentu, amal baik apakah gerangan yang masih berbaki?
Aku berusaha melihatnya.
Ternyata, itu HANYALAH dua LEMBAR ROTI isi manisan yang pernah kusedekahkan kepada wanita fakir dan anaknya.
Habis sudah harapanku...

Sekarang aku benar benar yakin akan binasa sebinasanya.
Bagaimana mungkin dua lembar roti ini menyelamatkanku,
sedangkan dulu aku pernah bersedekah 100 dinar sekali sedekah dan itu tidak berguna sedikit pun.
Aku merasa benar-benar tertipu habis-habisan.
Segera 2 lembar roti itu diletakkan di timbanganku.
Tak kusangka, ternyata timbangan kebaikanku bergerak
turun sedikit demi sedikit, dan terus bergerak turun sehingga lebih berat sedikit dibandingkan timbangan keburukkanku.
Tak sampai disitu, tenyata masih ada lagi amal baikku.

Iaitu berupa AIR MATA wanita faqir itu yang mengalir saat aku berikan sedekah.
Air mata tak terbendung yang mengalir kala tersentuh akan kebaikanku. Aku, yang kala itu lebih mementingkan dia dan anaknya dibanding keluargaku.
Sungguh tak terbayang, saat air mata itu diletakkan, ternyata timbangan baikku semakin turun dan terus memberat.
Hingga akhirnya aku mendengar suatu suara berkata,
“Orang ini selamat dari seksa neraka...!

Masih adakah terselit dalam hati kita nafsu ingin dilihat hebat oleh orang lain pada ibadah dan amal-amal kita..????!!!

Allahuakbar!!!aku bermohon kehadrat Allah Tuhan Pemilik Hari Pembalasan agar diriku,keturunanku juga sahabat²ku semua dijauhkan dari sifat dan juga amal dari Nafsu Yang Tersembunyi.

Sumber tazkirah telah kupetik dari kitab"KISAH TAULADAN"
"Ar-Rafi’i dalam  Qalam (2/153-160)".

semoga bersama kita beroleh manfaat.

Selamat beramal dan beristiqomah

Oleh Abu Musoddiq

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Vida

Assalamualaikum Sahabat² Rakan Hati ❤

✍🏻 *TIPS KEJAYAAN*
_Seorang Lagenda & Tokoh Usahawan Paling Popular & berpengaruh di Malaysia_

*Dato Seri Vida*
========================

Seperti yang dijanjikan, FJ nk berkongsi ilmu yang kami dapat semalam dalam sesi Q&A bersama dato seri vida di Persada JB. Walaupun ilmu itu harus dituntut langsung pd tuannya, tapi FJ Harap pembacaan ini dapat mencetuskan inspirasi.

Tiba masuk je DSV dalam dewan, gegak gempita seisi dewan. Diiring dengan polis & pengawal keselamatan, aura dato vida mmg tak boleh disangkal lagi. Ibarat Beyonce datang malaysia. Mcmtulah jugak Dsv dikawal. Luar biasa hebat! Pakaian yg sgt cantik menonjolkan sisi cantik DSV. Penuh blink2. Makeup yg mapan . Kemas & menutup usia sebenarnya 45. Boleh dikatakan DSV founder kosmetik paling menonjol dlm sejarah malaysia.

Mula je DSV memegang microfon, semua da menjerit. eMcee buat tagline qu puteh sambil ajuk2. Dato vida tegur " salah tu. takde karakter! " die tegas orangnya menegur ssiapa je dia rasa tak betul. Lpastu, DSV pon tnjuk tagline dengan gaya yg menggoda, lucu, semua tergelak. Katanya , TAGLINE perlu beserta GAYA, mimik muka, pergerakan. Orang akan ingat Brand kita. Penggunaan warna yang terang sangat penting dalam jenama!

DSV jugak tekankan, pembuatan video. Kos video iklan die je dah 25k. Die bayar 500k setahun lumsump di tv3. Die kata, iklan kena teliti. Sebab nak menangkap perhatian pelanggan , bukan suka je tapi nak pergi beli. Kata DSV, dia taknak jadi macam senior2 beliau. Bile dah meletop, diam. Terus tenggelam. Nak naik semula dah susah. *IKLAN MESTI BERTERUSAN* ! DSV dah banyak labur duit , 8 tahun dlm bisnes. Dia pada awalnya, orang di belakang tabir. Tak nak promosi diri. Guna artis anzalna untuk jadi model Produknya. TAPI katanya dia guna artis tak berjaya! Sebab mcm " tak cukup " Disebabkn ni, dsv buat keputusan tonjolkan diri dlm iklan. Barulahhhh booooommm!!! FJ setuju hal ni, founder kena tonjolkan diri. Jangan malu. U have to be proud.

*Tips Kejayaan DSV* :

1- iklan yang kreatif
2- founder tonjolkan diri dlm iklan
3-tagline dengan karakter
4- offline & media sosial
5- menaja program2 hiburan
6- Fb Ads
7- Pergi ke pemborong , check sendiri barang tiruan.
8- hati kena kering. Sskali kita kena garang!
9- mengekalkan momentum hebat dengan berdoa. Doa yang jelas. Sebelum buat keputusan mohon doa. Doa mesti ada skrip. Kena betul2 spesifik.
10- dsv tuka duit beli emas. Emas harga naik bbanding simpan duit dlm bank. dsv buka kedai emas.
11- nak beli kreta, cari yang selesa. Dia plg suka " vellfire" walaupun ade banyak kreta.
12- sedekah anak yatim. Zakat bayar lebih. Sebab takot termakan hak org lain.
13- DSv percaya pada metafizik. Fengshui.
- jangan ada air yg bocor di rumah.
-air terjun depan rumah ke arah rumah, bukan bertentangan.
- matahari kena masuk smua kawasan dlm rumah
14- dsv tak sombong. Humble. Ikhlas mengajar. Nampak gaya cikgu. Sbb dsv bekas guru
15- disebabkan kes brunei haramkan qu puteh, 500,000 set tak boleh dijual.katanya, agen pemutih dlm krim kalau xde macamana nk putih.
16- kalau bukak kedai, jgn bazir duit pada kos nak renovate, banyakkan produk.
17- money make money.
18- dia jarang holiday. Kena bg perhatian pd biznes. Kena fikir.
19- nak jual produk, tanya " kenapa orang kena beli produk aku. "
20- wajib pegang 7p ( product, price, place, promotion, people.. )
21- jangan bazir duit buat kempen awareness. Bila buat iklan, kena ada sale lepastu. Tu tujuan iklan.
22- segala- galanya dia serah pada allah.
23- cari pekeja yg jujur. Bukan pencuri.
24- walaupun 2 org anaknya meninghal dunia kebakaran, tapi dia yakin anak2nya doakan & menunggunya di sana
25- carilah pasangan yg memahami perjuangan anda! Kerana biznes ialah satu perjuangan!

U are truly DiVA
Thank you Dato Seri Vida

Jika anda rase post ni bermanfaat, kongsikan kejayaan ni dengan rakan2 ni semoga ekonomi ummah terus maju.

Komen " aku boleh ! " ツ cheeeseee!