Ahad, 14 Ogos 2011

ptptpu...


Adilkah tindakan PTPTN?
Yang kecewa   
Isunya bermula apabila surat peguam dari pejabat guaman yg dilantik oleh PTPTN kerap kali sampai ke rumah bekas-bekas pelajar yang sudah tamat pengajian sama ada berjaya menghabiskan pengajian ataupun gagal di separuh jalan dan belum lagi melunaskan bayaran  untuk mebayar balik pinjaman tersebut (ada beberapa sahabat mengalami situasi sama). Kerisauan dari kedua ibu bapa saya mula terlihat. lalu saya susuli degan surat penangguhan bayaran.

Untuk beberapa ketika surat-surat saman dari pejabat guaman berhenti diterima. Baru-baru ini kebanyakkan peminjam seperti saya  menerima 1 lagi surat saman dari firma guaman tersebut, dan kali ni lebih mengejutkan kerana saya perlu hadir ke mahkamah utuk kes ini disebut. Saya sangat kecewa dan terus menelefon pejabat guaman tersebut dan bertanya.apa juga soalan yg ditujukan dan ini jawapannya "kami cuma diarah utk menyaman klien-klien yang berkenaan".

Apabila tiba hari sebutan kes, peguam yg mewakili firma guaman tersebut hadir sebagai wakil plaintif (PTPTN). kes saya disebut dan saya cuma perlu mengaku amaun yg saya telah terima dan seterusnya berbincang mengenai pelan bayaran dengan pihak perundangan PTPTN. Satu yg pernah saya fikirkan, lalu diungkap oleh peguam itu "PTPTN dah tak terlayan kalau setakat surat-surat  ni...dah banyak sangat dah..."   
Maksudnya, setiap pelajar yang telah berhenti meminjam (tak kira sebelum atau sesudah tamat pengajian ataupun gagal) dan masih belum berupaya bayar (atas sebab-sebab tertentu sepert belum capai gaji minimum,belum bekerja) akan melalui proses seperti saya sebelum masalah ini dapat diselesaikan. persoalannya, adakah wajar proses seperti yang saya alami adalah proses paling efektif sebelum semua masalah ni dapat diselesaikan sedangkan pada awalnya saya telah mengikut prosedur yang digariskan???Kita semua maklum bukan semua pelajar yang memasuki Universiti berjaya mendapat gaji besar dan kerja yang diidamkan.Apatah lagi yang terkandas pelajarannya dan hanya bekerja biasa sahaja memang tidak akan mampu untuk membayar maun seperti perjanjian asal.Apabila telah bekerja terpaksa membelanjakan wang untuk sewa rumah,kenderaan,makan minum dan pelbagai lagi.Apatah lagi yang telah berumahtangga? Saya kebingungan melihat tindakan PTPTN dan kerajaan sedangkan banyak lagi penghutang penghutang korporat,ahli ahli perniagaan dan syarikat-syarikat yang boleh dilepaskan kerana mereka tidak mampu atau muflis.Patutkah mereka mengejar peminjam-peminjam kecil seperti bekas pelajar ini tanpa budi bicara?Ditambah lagi dengan kos hidup yang begitu tinggi sekarang maka tolong lah kami rakyat yang tidak berada ini.
Tidak  banyak yang dapat dinyatakan secara jelas dengan sekadar luahan melalui surat ini. ni...Tapi saya merasakan halaman ini merupakan   platform yang paling sesuai untuk bagi topik seperti ini untuk diketengahkan... Terima kasih atas perhatian pihak-pihak tertentu..with these tiny problem, u are a good leader. but without these matter u will be the best leader ever...
Disini saya lampirkan jawapan PTPTN kepada editor untuk direnungkan bersama.Wajarkah setelah kes dibawa kemahkamah tetapi yuran pengurusan daripada 3% dinaikkan kepada 8% sekiranya tidak mampu membayar sekaligus amaun yang diminta.Bukankan ini mencekik darah dan menambahkan hutang bekas-bekas pelajar tersebut

13 Alasan...


WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ  

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-  

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 
    Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.  

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak.  Mengumpat orang.
Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."  

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 
      Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

 4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 
Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?  

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 
     Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?  

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
     Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.  

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
    Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?  

8. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 
     Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.  

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
    Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka   tempatnya.  

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer / pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
      Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?  

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
      Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.  

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 
       Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.  

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
      Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam

8 Dirham


Bulan ni bulan ape kawan kawan semua? Syaaban. Selepas ini bulan Ramadhan bakal menjelma. Dan bersedia ke tak ni dengan persiapan untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak? Salah satu keistimewaan Ramadhan sudah pastilah bulan dimana pahala adalah berlipat kali ganda untuk hambanya.
“Hai orang orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang orang sebelummu, agar kamu bertakqa” ( Al Baqarah 183)
Menurut Uthman bin Affan, semasa beliau sampai di rumah Rasulullah saw, beliau melihat Rasulullah saw sedang menjahit pakaiannnya. Pakaian itu sudah usang dan koyak di sana sini. Inilah satu-satunya pakaian yang dimiliki beliau bagi menutup auratnya semasa musim sejuk ataupun panas. Bukan beliau tidak mampu memiliki pakaian mewah seperti yang dipakai oleh Maharaja Rom dan Parsi, tetapi beliau ingin menjadi contoh tauladan kepada umatnya.
“Kemudian Rasulullah saw bercadang hendak pergi ke pasar membeli barang keperluan untuk keluarganya. BeliauMenderma itu satu fifat mulia membawa wang sebanyak lapan dirham kerana itu sahaja wang miliknya yang ada. Sedangkan sekiranya beliau mahu, Allah boleh jadikan pasir dan gunung itu menjadi emas” kata Uthman bin Affan
Menurut Uthman bin Affan lagi, dalam perjlanaan ke pasar, Nabi Muhammad saw bertemu seorang wanita yang sedang menangis kerana kehilangan wangnya. Lalu beliau memujuk wanita itu dengan memberinya dua dirham.
Apabila sampai di pasar, Nabi Muhammad saw membeli pakaian yang berharga empat dirham. Semasa dalam perjalanan pulang, beliau bertemu dengan seorang wanita lalu meminta pakaian itu dari Rasulullah saw. Beliau memberikan pakaian yang baru dibelinya itu. Kemudian beliau pergi semual ke pasar membeli sehelai pakaian yang lebih murah, berharga dua dirham
“Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Rasulullah saw bertemu dengan seorang hamba perempuan yang menangis. Menurut hamba perempuan itu, dia takut pulang ke rumah kerana bimbang dimarahi oleh tuannya. Maka Rasulullah saw menawarkan diri bagi menghantar perempuan hamba itu pulang ke rumah majikannya” cerita Uthman bin Affan
“Apa yang berlaku selepas itu?” tanya umar al-khattab
“Hamba perempuan itu kepunyaan keluarga kaum ansar. Rasulullah saw sanggup menghantar hamba perempuan itu hingga sampai ke perkampungan orang ansar” jawab Uthman bin Affan
I love RasulullahMenurutnya lagi, semasa itu keluarga itu sedang berbual-bual. Melihat kedatangan Rasulullah saw merasa berasa terlalu gembira. Apabila Rasulullah saw memberi salam, mereka tidak menjawab. Selepas tiga kali beliau memberi salam baru mereka menjawab. Apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu, mereka menjawab ingin mendengar Rasulullah saw mengucapkan banyak kali salam pada mereka.
“Diringkaskan cerita, hamba perempuan itu dimerdekakan oleh tuannya” kata Uthman Affan menamatkan ceritanya.
“Hanya dengan wang lapan dirhamRasulullah saw dapat membantu mereka yang dalam kesusahan, memberi pakaian kepada orang miskin dan dapat memerdekakan seorang hamba” kata Abu Bakar as-siddiq pula

Impian vs hidup


Pernah adik adik rasa kecewa putus cinta? Pernah adik adik kecewa tidak cemerlang dalam peperiksaan? Pernah adik adik kecewa kerana si dia telah menjadi hak orang lain. Rasa mahu menangis? Rasa dunia ini sudah hilang serinya? Kecewa yang bersangatan? Terasa mahu makan pil berdozen dozen?
Sengaja saya bertanya soalan sebegitu. Bukan apa. Cuma mahu membuka minda kita semua. Kalau kita jenis manusia yang suka menonton movie hindustan, mungkin kita akan mudah untuk hidup dalam imaginasi imaginasi indah yang cukup mengkhayalkan. Semuanya menarik. Semuanya baik baik. Sedangkan hakikatnya, mana ada dunia ini indah belaka. Pernah dengar satu cerita?
” Ada seorang lelaki pergi mengadu kepada Tuan Guru. Wahai Tuan Guru, bukankah dunia ini Allah yang ciptakan, Bukan kah dunia ini Dia ciptakan untuk hambanya yang soleh? Kenapa terlalu banyak dugaan yang Dia ciptakan terhadap dunia ini? Dimanakah tempat yang mampu untuk kita lari dari segala permasalahn hidup ini?” Keluh sang lelaki itu.
Kata Tok Guru ” Mahukah kamu tahu tempat yang mana kamu tidak akan sesekali terusik dengan kehidupan dan permainan dunia ini? Disana sudah pasti kamu akan bahagia dan tenang?” Disana. Kata Tok Guru itu merujuk kepada sebuah tempat yabng tertulis’Tanah Perkuburan Orang Islam’.
Walaupun itulah hakikatnya dunia ini, masih lagi Islam mengajar kita untuk terus hidup seumpama kita akan hidup untuk seribu tahun lagi, pada masa sama untuk beribadah seumpama esok adalah hari terakhir kita. Kerana itu perlu kepada impian yang kuat. Impian untuk terus hidup dengan bahagia, impian untuk terus berjuang mencari akan hak kita yang hilang diambil orang lain. Impian untuk menjadi seorang anak yang soleh. Impian untuk berjaya sehingga ke menara gading.
Manusia yang berimpian tinggi, tidak mudah mengaku kalah dengan perkara yang kecil kecil. tidak pernah berputus asa terhadap kegagalan. Juga tidak pernah hilang semangat terhadap perkara yang sia sia. Semangatnya kuat mengalahkan taufan dan halilintar yang sedang mengaum.
Belajarlah dari manusia manusia yang hebat diatas muka dunia ini. Terlalu banyak cabaran yang pernah mereka lalui. Pernah anda membaca kisah bagaimana perusahaan Honda berjaya sehingga ke hari ini? Pernah anda membaca kisah bagaimana Microsoft mampu menjadi satu jenama terkemuka? Pernah anda mengenali siapa pembuat mentol pertama dunia? Pasti anda akan mengetahui, disebalik satu kejayaan yang pernah mereka lalui, terdapat beribu ribu kegagalan yang pernah melingkari hidup mereka. Kalau mereka mampu untuk terus melangkah, apalah kita yang biasa ini.
Kerana itu kita perlu mempunyai impian yang besar dalam hidup ini. Selamat melangkah jauh. Ayuh...! kimi-'A'! itu M U D A H.... Insya Allah A..!!
kredit: http://www.fikrahislam.com

Inilah hariku


“Pukul berapa enta bangun pagi ini?” Tanya seorang teman. “Alhamdulillah ana bangun awal. Sekitar 4.30 pagi. Itukan pesan ayah kita selalu. Kalau bangun awal, kita mampu untuk menggapai sejadah memohon munajat kepada sang Pencipta”.
Doalah agar kehidupan kita pada hari ini adalah kehidupan yang penuh dengan barakah dan lindungan dariNya. Kata sang Hukama, “apa yang anda lakukan pada awal pagi itu menentukan kehidupan anda untuk seharian yang mendatang”.
Tak salah untuk bersedia dari seawal mungkin. Kerana disitu  terletaknya seribu keberkatan hidup. Rezeki itu kan datang pada awal waktu!
Jadikanlah hari ini hari yang terbaik dari hidup kita.. Sesungguhnya hari semalam adalah hari yang telah berlalu, dan ianya akan pergi buat selama lamanya. Sama ada kita sebagai manusia yang merancang kehidupan kita, telah berpuas hati dengan perancangan dan perlaksanaan itu, ataupun ianya meninggalkan seribu kepahitan dalam sanubari kita, ianya sudah pergi bersama sama perginya hari semalam. Dan tanpa perlu dirawati, ia tidak akan muncul kembali pada hari esok.
Seumpama kata Dr Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya La Tahzan : ”hidup sambil mengungkit ngungkit masa lalu bermakna menyia-nyiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyakkan perjuangan, dan memporak-porandakan masa kini. Allah sudah menceritakan tentang umat-umat yang lampau dan apa yang sudah mereka lakukan “Yang demikian adalah umat yang sudah berlalu” segalanya sesuatu sudah selesai bagi mereka”.Today is better than yesterday
Yang tinggal kepada kita sebagai seorang manusia adalah hari ini yang masih menyimpan seribu kata soal dengan isi tersirat yang hanya diketahui oleh sang Pencipta. Andai hari semalam itu amat pahit dalam jiwa kita, penuh dengan tangisan yang langsung tidak indah, bangkitlah pada hari ini.
Azamkanlah dalam dada bahawasanya hari ini adalah hariku. hari ini adalah kebangkitanku sebagai seorang muslim. Akan aku daki gunung yang tinggi. Akan aku redah lautan yang luas. Akan aku kejar walaupun tempang. Kerana sesungguhnya Dia menciptakan dunia ini untuk aku. Tiada yang terabai daripada penglihatannya.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud : “Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya pada hari ini sama dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T”.
Ayuh! Bangkitlah wahai hati hati yang sedang lena dibuai alam mimpi yang menyeronokkan. Ayuh sematkan dalam dada kita. Kita adalah satu umat yang cemerlang. Kita adalah satu umat pejuang. Kita tidak sesekali rela bangsa ini dicemuh dan dihina. Kita menderita tatkala saudara kita di Palestin ditindas dihina dan diaibkan. Bangkitlah untuk terus menyelongkar  kehidupan dan mencari rezeki rezeki yang  telah Dia sediakan untuik kita. Ini adalah bumi Tuhan, ia diciptakan  melainkan untuk sang perindu yang merindui kehidupan yang hakiki tatkala bertemu Rabb nanti.
kredit: http://www.fikrahislam.com