Jumaat, 23 Ogos 2013

politik

Pada suatu malam, Ketika sedang makan malam sekeluarga, si anak yang berusia 9 tahun bertanya pada si ayah, 

"Ayah, apa itu politik?".

Jawab ayah, 

"Politik itu macam keluarga kita, ayah dapatkan wang untuk keluarga kita, ayah adalah kapitalis. Mama gunakan wang untuk menguruskan keluarga kita, jadi mama adalah kerajaan. 

Kakak pembantu rumah kita adalah golongan pekerja. Kamu adalah rakyat dan adik kamu adalah generasi masa depan. Faham?"

Semalaman si anak berusia 9 tahun itu tidak dapat lelapkan matanya berfikir tentang politik. Sehingga akhir sekali dia menjadi jemu dan hampir terlelap.

Pada waktu itulah, si adik buat perangai. Meraung tengah-tengah malam pulak.

Si anak itu pergi ke bilik ibu dan ayahnya hendak memberitahu bahawa adiknya yang bernama Ana itu sedang meraung kerana pampersnya sudah penuh najis.

Sampai di bilik dia lihat ibunya sedang lena tidur. Walau berkali-kali dipanggil, si ibu tetap tidur. Dilihat si ayah pula tiada di sebelah ibu.

Jemu mengejutkan ibu yang lena, si anak mengambil keputusan ke bilik pembantu rumah.

Bila dibuka pintu bilik pembantu rumah, si anak melihat si ayah berada bersama-sama dengan pembantu rumah.

Akhir sekali si anak terpaksa menyalin pampers adiknya sendiri.

Sewaktu sarapan pagi esoknya, Si ayah bertanya kepada si anak

"Dah faham apa itu politik?"

Si anak yang sedang makan dengan selambanya menjawab

"Dah".

Lantas si ibu mencelah

"Jadi apa dia politik tu?"

Si anak tanpa mengangkat muka melihat ayah dan ibunya, dengan tenang menjawab.

"Sewaktu kerajaan sedang asyik tidur, golongan kapitalis menodai golongan perkerja.

Akibatnya rakyat terabai dan masa depan bergelumangan dengan najis. Itu lah politik".

peluang kojer

Langkah kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh adalah amat dikesali. Sudah banyak kali kerajaan tunduk kepada majikan dan pihak lain berkepentingan. Sering kali juga kerajaan memberi berita gembira kepada menteri dari Bangladesh yang datang melawat.

Adakah kita sebegitu lemah hingga mudah tunduk kepada desakan negara Bangladesh yang sememangnya ingin seberapa ramai rakyat mereka meraih faedah ekonomi di sini?

Sebelum ini kerajaan meringankan pelaksanaan skim gaji minimum walaupun tujuan asalnya ialah menggalakkan majikan mengambil pekerja tempatan. 1.4 juta pekerja asing baru adalah satu jumlah yang sangat besar menyamai jumlah seluruh kakitangan awam di Malaysia. 

Bilangan 1.4 juta ini pekerja baru ini jika ditambah dengan jumlah hampir 2 juta pekerja asing sah dan 1 juta pekerja asing yang bekerja secara haram sudah melebihi angka 4 juta orang. 

Berapa juta agaknya peluang pekerjaan baru yang dapat diwujudkan dalam setahun? Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh dibawa masuk dan dibenarkan bekerja di sektor perindustrian dan perkhidmatan maka apa akan jadi kepada anak-anak tempatan yang tidak mempunyai kelulusan tinggi. 

Mengapa pekerja Bangladesh sentiasa menjadi 'anak emas' kerajaan Malaysia? 

Zaman Tun Dr Mahathir pekerja Bangladesh tidak pula dibenarkan bekerja di mana mereka suka. Zaman Tun Abdullah Badawi pengambilan pekerja asing Bangladesh telah dibekukan. Tapi di zaman kerajaan yang sentiasa mendahulukan rakyat ini bukan sahaja membenarkan pengambilan semula tetapi meningkatkan jumlahnya secara ketara. 

Tidak cukupkan masalah yang timbul apabila jumlah warga Bangladesh ini menjadi majoriti di sesuatu kawasan?

Lihat sendiri Chinatown di Petaling Street pun boleh bertukar menjadi BanglaTown. Sekarang ini warga Bangladesh sudah ramai yang berniaga dan bekerja sendiri.

Malah ramai yang ada taraf penduduk tetap dan dapat berkahwin dengan wanita tempatan dengan mengenepikan peraturan yang melarang pekerja asing berkahwin dengan rakyat tempatan jika tidak mahu permit kerja dibatalkan. Itu belum dikira lagi kes-kes maksiat seperti zina dan khalwat yang melibatkan lelaki Bangladesh dan perempuan Melayu. 

Apakah kerajaan nak merosakkan lagi akhlak perempuan Melayu yang mudah tergoda dengan pujuk rayu lelaki asing? 

Rakyat Bangladesh ramai yang terlibat dengan kes culik rakan senegara demi mendapat wang. Fikrkanlah jika mereka sanggup mengkhianati rakyat senegara demi duit apa yang mereka boleh lakukan kepada rakyat kita.

Jumlah warga Bangladesh di Malaysia sangat ramai dan bekerja di hampir semua sektor kecuali sektor awam. Paling menyedihkan kerja peringkat penyeliaan dan memerlukan sijil juga diberi kepada mereka. Itu belum lagi yang curi-curi menjadi pemandu teksi dan pengawal keselamatan sekaligus melanggar peraturan. Pihak berkuasa cepat menangkap rakyat sendiri yang melakukan kesalahan tetapi sering terlepas pandang kesalahan warga asing ini. 

Pengambilan terlalu ramai pekerja asing akan menyebabkan generasi muda yang tiada kelulusan tinggi hanyut dengan pelbagai masalah sosial akibat tiada pekerjaan tetap. Masih ramai anak-anak Melayu, Cina, India , Orang Asli, Sabah dan Sarawak yang mengganggur dan perlu pembelaan kerajaan.

jangan tertipu

Di kala saudara seagama kita dibunuh dengan kejam, kita terkinja kinja dengan hiburan.

Di kala saudara kita dibunuh tanpa belas, kita masih sokong negara negara tali barut musuh Allah!

Malu aku pada Allah... Apakah cukup dengan doa? Apakah cukup dengan derma? Sedangkan mereka di sana bertempur hanya untuk tegakkan agama tercinta!

Benar, ianya berlaku di negara mereka tapi dasar perjuangan mereka adalah kerana ALLAH! Kerana ISLAM! Jika mereka tumbang, tidak mustahil kita pula jadi sasaran...

Tak perlu perang...kita awal awal lagi dah tewas .. mereka cuma perlu bagi kita hiburan dan kita gembira menerimanya...

matrikulasi

Alasan rawat ketagihan merokok, pelajar hampir diliwat


JOHOR BAHRU 22 Ogos - Polis sedang memburu seorang pensyarah sebuah institusi pengajian di Tangkak, Ledang yang didakwa cuba mencabul kehormatan salah seorang pelajarnya atas alasan sebagai terapi rawatan untuk menghilangkan ketagihan merokok baru-baru ini.

Pensyarah berusia 45 tahun terbabit dikatakan mengarah pelajar berkenaan ke 'bilik rawatan' pada tengah malam Sabtu lalu selepas mangsa pernah ditangkapnya atas kesalahan merokok awal bulan ini.

Menurut sumber, pelajar berusia 18 tahun itu kemudian diarah menghisap rokok tanpa henti selama kira-kira 40 minit menyebabkan dia muntah dan khayal sebelum pensyarah itu mengangkat dan membaringkan mangsa di atas permaidani.

Pensyarah yang dipercayai berasal dari Melaka itu kemudiannya cuba meliwat mangsa namun tidak berjaya.

Lebih mengejutkan, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan serupa terhadap beberapa pelajar lelaki lain yang juga rakan mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk mencari bukti dan saksi atau mangsa yang lain.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Sementara itu, pihak pengurusan kolej tersebut enggan memberi sebarang ulasan tentang kes tersebut atas alasan pengarah kolej tidak ada.
Bagaimanapun, sumber memberitahu, kes itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan.

Malah, katanya, pengarah tersebut telah ke Putrajaya hari ini untuk melaporkan kes tersebut untuk tindakan lanjut pihak kementerian yang akan memutuskan tindakan sewajarnya terhadap pensyarah terbabit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130823/je_03/Alasan-rawat-ketagihan-merokok-pelajar-hampir-diliwat#ixzz2cmsfs4Y8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rabu, 21 Ogos 2013

sebarkan



بِســمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم
اللهم اِنا نَجْعَلُك فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم 
و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله
اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب  

اِهزِم الكفار من وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم يا رب العالمين


Basyar dan tenteranya kian menggila namun dunia tetap membisu.

Hari ini, 21-08-2013- Tentera rejim Syria telah sekali lagi melakukan pembunuhan beramai-ramai menggunakan senjata kimia termasuk bom kimia dan toksik yang dipercayai mengandungi gas Sarin di kawasan luar bandar Damsyik. Antara kampung yang terlibat adalah Al-Ghouta (Timur dan Barat) termasuk Ein-Tarma, Zamalka, Seqba, Kafr-Batna, Douma, Hamouriyi, Erbeen dan Al Marj.

Kebanyakan mangsa adalah terdiri daripada kanak-kanak dan wanita. Gambar-gambar ini adalah sebahagian daripada ratusan kanak-kanak yang telah mangsa kekejaman Basyar Assad hari ini. Keluarga mereka berusaha menyelamatkan kanak-kanak ini dengan memandikan mereka menggunakan air 7-Up.

Amat mengejutkan (sebenarnya tidak mengejutkan langsung!), kerana ketika ini Pemeriksa Senjata Kimia PBB sedang berada di Damsyik (atas jemputan Basyar) untuk memastikan kebenaran penggunaan senjata kimia oleh rejim Syria.

MARAHLAH! MARAHLAH! MARAHLAH dengan apa yang berlaku di sana sekarang. Marahlah dengan apa yang telah Basyar laknatullah lakukan kepada adik-adik dan anak-anak kita di sana sekarang. Mereka yang dizalimi, dihina dan dibunuh ini adalah cucu-cicit Khalid Al-Walid. Lalu MARAHLAH! Sekiranya kita masih punya secebis perasaan simpati.