Jumaat, 23 Ogos 2013

matrikulasi

Alasan rawat ketagihan merokok, pelajar hampir diliwat


JOHOR BAHRU 22 Ogos - Polis sedang memburu seorang pensyarah sebuah institusi pengajian di Tangkak, Ledang yang didakwa cuba mencabul kehormatan salah seorang pelajarnya atas alasan sebagai terapi rawatan untuk menghilangkan ketagihan merokok baru-baru ini.

Pensyarah berusia 45 tahun terbabit dikatakan mengarah pelajar berkenaan ke 'bilik rawatan' pada tengah malam Sabtu lalu selepas mangsa pernah ditangkapnya atas kesalahan merokok awal bulan ini.

Menurut sumber, pelajar berusia 18 tahun itu kemudian diarah menghisap rokok tanpa henti selama kira-kira 40 minit menyebabkan dia muntah dan khayal sebelum pensyarah itu mengangkat dan membaringkan mangsa di atas permaidani.

Pensyarah yang dipercayai berasal dari Melaka itu kemudiannya cuba meliwat mangsa namun tidak berjaya.

Lebih mengejutkan, suspek dipercayai turut melakukan perbuatan serupa terhadap beberapa pelajar lelaki lain yang juga rakan mangsa sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Ledang, Supritendan Harun Idris ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes tersebut dan siasatan sedang dijalankan termasuk mencari bukti dan saksi atau mangsa yang lain.

Menurutnya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan.
Sementara itu, pihak pengurusan kolej tersebut enggan memberi sebarang ulasan tentang kes tersebut atas alasan pengarah kolej tidak ada.
Bagaimanapun, sumber memberitahu, kes itu sudah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan.

Malah, katanya, pengarah tersebut telah ke Putrajaya hari ini untuk melaporkan kes tersebut untuk tindakan lanjut pihak kementerian yang akan memutuskan tindakan sewajarnya terhadap pensyarah terbabit.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130823/je_03/Alasan-rawat-ketagihan-merokok-pelajar-hampir-diliwat#ixzz2cmsfs4Y8
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan