Isnin, 12 Ogos 2013

purdah

"Perlu ke pakai purdah?"

Berkaitan status purdah tadi, ada lagi soalan susulan ku terima.

*****

Penanya: Bro, tak puas hati jawapanmu.

Aku: Apa lagi yang tak puas hati? Ketupat baru separuh telan ni.

Penanya: Tetap tak puas hati.

Aku: Ok. Bentangkan apa yang kau tak puas hati tu.

Penanya: Erm so perempuan kena pakai la ni?

Aku: Kau lelaki ke perempuan sebenarnya?

Penanya: Lelaki.

Aku: Okay. Ko dah kahwin?

Penanya: Belum. Tapi bakal.

Aku: Okay. Kau suka tak jika isteri kau tu nanti, orang duk pandang-pandang, tatap-tatap?

Penanya: Suka tu ada sebab isteri cantik. Bangga. Tapi, dalam masa yang sama, sakit hati gak.

Aku: Kau suka tak orang puji-puji isteri kau cantik?

Penanya: Suka.

Aku: Kau suka tak orang compare kecantikan isteri kau dengan isteri orang lain? Katakanlah isteri kau nampak hodoh berbanding isteri kawan kau.

Penanya: Panas hati la bro kalau macam tu!

Aku: Kau suka tak lelaki-lelaki duk tatap, puji dan SAVE gambar-gambar isteri kau di komputer mereka? Katalah kau terbuka komputer mereka dan nampak gambar2 isteri kau, kau rasa apa?

Penanya: Marahlah! Celaka betul save gambar isteri aku! Gatal!

Aku: Katalah isteri kau tu tak jelita. Orang sekeliling duk komen muka dia, "Eii hitamnya dia..hidung pesek..pipi berjerawat..tamau aku isteri camni..". Kau suka tak?

Penanya: TAK SUKA!!

Aku: Kau suka tak lelaki-lelaki komen bentuk badan isteri kau? Dorang kata seksi la, gemuk la, tembam la, menggiurkan la, geram la.

Penanya: Gila! Mestilah aku bengang!

Aku: Kau risau tak kalau isteri kau diganggu dengan sebab wajah dia? Sama ada cantik atau tak, ada yang berminat. Then kena kacau, kena ancam. Kau rasa selamat tak?

Penanya: Tak selamat.

Aku: Kau akan lindungi isteri kau tak?

Penanya: Pastilah! Aku akan protect dia sampai hujung nyawa!

Aku: And then, soalan ko tadi sama ada kena pakai ke tak..dah ko jawab sendiri.

Penanya: Alhamdulillah. Terima kasih.

Aku: Dah. Aku nak makan rendang lak. Nak boroikan perut. Kau nak boroi tak?

Penanya: TAK NAK!!

Aku: Taknak sudah. Pergi main jauh-jauh. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan