Bismillah....Maha Suci Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...Selawat & Salam Buat Rasul Junjungan Baginda Sallallahu 'alaihi Wassalam Serta Keluarga Baginda...
~6 PUNCA MANUSIA MELETAKKAN KESOMBONGAN MELEBIHI KESEDERHANAANNYA~
ILMU -
" Tidak bergunalah seseorang manusia itu menjadi bijak pandai, jika dia sombong & bongkak dengan kelebihan pengetahuan yang dimilikinya "
* Bijak Pandai tetapi susah nak kongsi ilmu, Riak dan bercakap besar.
KETURUNAN -
" Iman manusia tidak boleh diwarisi, walau dari seorang ayah yang bertakwa "
" Kekayaan Dunia tidak menjamin Kebahagiaan di Akhirat jika tidak menggunakannya kearah dan tujuan yang baik dijalan Allah. "
* Sombong kerana berasal dari keluarga Kaya Raya dan keluarga yang memiliki nama yang baik.
KECANTIKAN -
" Kecantikan tidak akan kekal selamanya di dunia ini kerana ia akan hilang dimamah masa yang mendatang "
* Berasa bangga dengan paras rupa yang kacak/cantik dimilikinya
KUASA -
" Manusia akan berubah apabila dia memiliki kuasa dan bersikap riak dengan kedudukan yang dimilikinya "
* Kuasa yang dimilikinya menyebabkan dia lupa siapa diri dia sebelum ini, dan sentiasa merasa dirinya terlalu agung dari orang lain
KEKAYAAN -
" Kekayaan Dunia tidak menjamin Kebahagiaan di Akhirat jika tidak menggunakannya kearah dan tujuan yang baik "
* Bagi-nya, Harta yang dimiliki mampu membeli apa saja, Termasukkan Jiwa Manusia itu sendiri
KENALAN -
" Berkawanlah dengan orang yang baik maka kearah kebaikkan kita akan dipimpin oleh mereka, Dan janganlah berkawan dengan orang yang jahat maka sifat jahatnya akan mempengaruhi kita "
* Berasa Bangga kerana berada disekeliling orang yang Pandai, Kaya dan Berkuasa, kerana kedudukan itu baginya mustahil untuk orang lain.
"Jangan kamu berlagak sombong. Takbur. Kerana kesombongan kamu itu takkan mampu untuk menembusi bumi, menyamai tinggi gunung ganang. "
-Surah al isra', 37
Tiada ulasan:
Catat Ulasan