Ahad, 9 Februari 2014

xde degree

Disini kami senaraikan 5 sebab kenapa anda perlu berfikir dua kali sebelum menolak untuk date lelaki tanpa ijazah.

1. Ijazah bukan ukuran kepintaran seseorang

Kelayakan akademik bukan ukuran kepintaran seseorang. Jadi tidak ada sebab anda menolak seseorang lelaki hanya kerana dia tidak pernah jejakkan kaki ke universiti. Jangan terkejut jika hakikatnya dia mungkin lebih pintar dari anda yang lulus ijazah kelas pertama. Malah, kehidupan dan pengalaman adalah ‘guru’ terbaik kita yang sebenar bukan sekadar pendidikan formal.

2. Lebih praktikal

Biasanya lelaki yang ‘kurang bijak di atas kertas’ akan mempunyai kemahiran yang lain. Kemahiran yang mereka miliki mungkin lebih jauh bermanfaat berbanding pencapaian cemerlang akademik. Misalnya dia mungkin pakar dalam membaiki kereta, peralatan elektrik atau memasak. Kan lebih mudah hidup anda selepas berkahwin nanti.

3. Prospek lebih baik

Sedia maklum bahawa banyak graduan universiti yang tidak berjaya mendapat pekerjaan. Lebih teruk lagi ada yang menganggur bertahun-tahun walaupun mendapat keputusan yang cemerlang. Tempoh pengajian untuk mendapatkan segulung ijazah mengambil masa sekurang-kurangnya 4 tahun. Lelaki yang tidak menyambung pengajian tetapi bekerja dalam tempoh tersebut tentunya lebih stabil dari segi kewangannya berbanding lepasan ijazah yang baru mencari pekerjaan pertamanya.

4. Jangan jadi judgemental

Tidak ada ijazah tidak bermakna dia bukan calon suami yang baik. Tidak bermakna dia tidak bijak atau bukan seorang lelaki yang baik. Yang paling penting adalah hati budinya dan keserasian dengan anda. Bukankah rugi melepaskan seorang lelaki yang baik hanya kerana dia tidak berpendidikan tinggi.

5. Masih ada masa


Banyak universiti dan pusat pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah separuh masa atau pengajian jarak jauh. Tidak ada perkataan terlewat dalam menuntut ilmu.Jadi kalau dia tidak ada ijazah sekarang, tidak bermakna dia tidak akan menjejakkan kaki ke universiti sampai bila-bila kan.

Sabtu, 8 Februari 2014

show off

BERSAMA GEMBIRA, ADANYA AIR MATA.

Scroll newsfeed yg ada, berbaloi untuk dikongsikan 2 coretan dari rakan FB. Sekurang-kurangnya, kita mengingati deraian air mata mereka-mereka yang tidak segembira kita.

"Sedih melihat ada sahabat yang bertanya tentang bagaimana nak survive dengan belanja makan RM 5.00 sehari di universiti.

Dengan kos hidup yang makin meningkat, ditambah dengan kebanyakannya bakal menanggung hutang PTPTN. Ada teman di Kulliyyah saya hanya menjadikan mi segera dan air kosong sebagai alas perut untuk sepanjang hari.

Tambah sebak, melihat gambar teman-teman yang Allah rezekikan biasiswa menyambung pengajian ke luar negara mampu melancong keliling Eropah, Turki dan segala macam syurga dunia. Seronok berbelanja di butik-butik terkemuka.

Saya fikir ada sesuatu yang tak kena. Semacam berlaku jurang kelas yang terlalu melampau.

Saya tidak berniat untuk menyalahkan teman di luar negara. Saya cuma mahu berkongsi bahawa teman sepermainan kita dahulu, ada yang terpaksa berikat perut untuk meneruskan pelajaran.

Namun begitu, saya yakin masih ada yang prihatin. Pernah seorang teman yang belajar di luar negara, bank in wang sebanyak RM 1000.00 pada saya. Katanya: "Buat beli buku yang kritis. Buku yang mampu sedarkan umat. Mampu bantu umat maju ke depan." Saya terharu, dan dari situ saya sedar masih ada bahagia untuk kita. Kita mampu sebarkan bahagia.

Buat teman yang menerima biasiswa (dalam dan luar negara) , gunakanlah nikmat itu sebaik mungkin. Ingatlah, dalam duit rezekimu itu, ada terlalu banyak kisah perit dan air mata."

***************************
"Saya terasa, mungkin kita patut berpada-pada dalam mengupload gambar di dalam facebook.

Saya sendiri, banyak tersilap juga.

Tatkala kita upload gambar tentang makanan, ada sahabat kita yang kelaparan.

Tatkala kita upload gambar pergi ke sana ke mari, ada sahabat kita yang tinggal sahaja di bilik tidak ke mana, kerana dia tidak punya wang, tidak punya tajaan seperti kita.

Tatkala kita upload surat tawaran pekerjaan dengan gaji lumayan, ada sahabat kita yang berhempas pulas mencari kerja.

Dalam Quran sebut, تفاخر بينكم "Kamu saling berbangga-bangga dan menunjuk-nunjuk antara satu sama lain."

"Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya kamu bersikap tawaduk sehingga tidak ada seorang pun menginginkan apa yang dimiliki orang lain dan tidak ada seorang pun yang berbangga dengan apa yang dimilikinya." -Riwayat Muslim dan Abu Daud dan Ibnu Majah-

Jumaat, 7 Februari 2014

sedih touching

Takdir. Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. 

Dipendekkan cerita mereka pun disatukan.

Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara.

Isteri: "Boleh saya terus terang?"

Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu-malu."

Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya."

Suami terdiam. Nampak seakan terkejut.

Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah."

"Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..."

Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya.

Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina!

**

Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian.

Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.

Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim',

"Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!"

Tertusuk seketika kalbu pemuda. Tuan guru menyambung lagi,

"Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi.

Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu."

"Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat.

Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya.

Disebut dalam hadis Qudsi,

'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani)

Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?"

Tup.

Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya.

Doktor yang merawat masuk ke biliknya.

Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan."

Pemuda: "Apa ya?"

Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia."

Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un."

Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu."

Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju.

Perlahan-lahan dibacanya,

"Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.

Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri.

Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat.

Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata.
Tumpah seribu air mata.

honest man

Satu daripada quotation Tun Dr Ismail yang famous ialah an honest man is not neccssarily a nice man. Ini prinsip hidup Tun Dr Ismail. Sebab prinsip ini dia di geruni oleh kawan dan lawan. Tun Ismail selalu menasihatkan orang Melayu bahawa yang menguatkan orang Melayu ialah undang2. Tanpa undang2 orang Melayu akan lemah. Janganlah kita ingat kita ada askar melayu, polis melayu, raja Melayu, kita ini kuat. Orang lain pun kuat juga. Pahlawan Melayu Melaka dahulu pun kuat dan perkasa. Bila Portugis datang dengan teknoloji perang moden, empayar Melayu Melaka pun luput dari sejarah.

Sekali lagi, kita ulangi. Apa yang kita dapat dari menyembelih ayam dan menyimbah darah? Boleh kita hapuskan rasuah? Boleh kita berhentikan samun? Boleh ia meningkatkan pendapatan orang kampong?

Izinkan saya cerita suatu peristiwa Tun Dr Ismail. Suatu ketika seorang profesor( ketika itu professor madya) dari UM telah menulis suatu poison pen letter atau surat beracun yang mengecam bangsa cina. Polis sudah bersedia nak tangkap professor ini tapi Tun Dr Ismail kata- jangan, bring him to me.

Jadi pegawai dari kementerian dalam negeri pun membawa professor tersebut bejumpa dengan Tun Dr Ismail. Tun Dr Ismail bertanya pada professor itu- what kind of professor are you? Professor itu jawab, saya professor ilmu geography. No, that is not the question I am asking you. I asked , what kind of professor are you?

Apa yang awak boleh capai daripada menulis surat beracun tersebut? Ia hanya akan menimbulkan kemarahan orang Melayu dan menanam kebencian bukan Melayu. Akhirnya jadi pertumparan darah. You hendak jadi that kind of professor? Professor itu cuba membantah dengan mengatakan- itu Tunku buat macam itu..., Dr Ismail kata, that is not the issue. The issue is the poison letter you wrote. Ia boleh meningkatkan ketegangan kaum.

This is what I want you to do. You go back and withdraw all those poison pen letters, if not I will put you under ISA.

Sebab itu Tun Dr Ismail selalu kata, an honest man is not necessarily a nice man. Tun Dr Ismail was prepared to be brutally honest. 

Puisi

Puisi Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah Untuk Ubat MLM, Dr Google & Dr Facebook

Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah yang langsung tak makan ubat pun ada.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu pil.
Semua penyakit boleh sembuh.
Ada ubat yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar menjadi seperti baru.
Seperti bayi baru dilahirkan.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia pun dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendam kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
Ubat-ubat moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.
Aku dah bosan menjadi doktor bertauliah.
Aku dah nak bersara.
Aku dah nak balik kampung.
Membuka ladang kangkung.
Selamat tinggal.